RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 2 Ogos 2012

NGO-NGO DI SELANGOR YANG SEMAKIN BEBAL

Oleh:  WFAUZDIN NS
SEKALI lagi NGO's pro Umno buat kerja bodoh apabila mendesak JAIS menghalang sebarang ucapan politik di dalam masjid dan surau di Selangor.  Sasaran mereka yang dikatakan sering bercakap soal politik di dalam masjid dan surau itu adalah YB Khalid Samad, YB Dr Siti Mariah dan YB Dr Halimah yang kesemuanya dari PAS.  Satu memorandum telah dihantar kepada JAIS untuk menunjukkan kebebalan mereka.

Mereka beranggapan sedemikian kerana sekarang ini bulan Ramadhan dan ada beberapa masjid atau surau yang mengadakan tazkirah di mana di era Umno perintah Selangor Tazkirah ini jika ada pun mungkin hanya berkisar topik haid dan nifas sahaja.  Bagi mereka politik dengan agama tiada kena mengena seperti tiada kena mengena Shahrizat dengan suaminya di dalam isu NFC walaupun tidur sekelambu.  Begitulah jahilnya puak-puak yang minda mereka masih dijajah oleh penjajah sebelum merdeka.  Penjajah mengajar bahawa jangan campor adukkan politik dengan agama, ertikata lain politik suku, agama suku.  Maka, parti warisan penjajah ini pun mengamalkan `mazhab' penjajah ini.  




NGO seperti GAPS, TIBAI, PERKASA dan JATI secara jelas dan nyata menolak bahawa politik boleh dibicarakan di dalam masjid.  Mereka mempersoalkan ketiga-tiga tokoh PAS tersebut tidak bertauliah untuk berucap di dalam masjid.  Maksudnya, jika ada tauliah maka itulah dia tazkirah sebenar mengikut Islam.  Najib banyak kali berucap di dalam masjid bahkan Rosmah juga.  Ertinya, Najib dan Rosmah ada Tauliah dan mereka layak mengajar agama atau berucap dalam masjid.

Kita ingin berpesan kepada puak-puak ini, jika kamu tidak mahu bercakap soal politik Islam di dalam masjid atau sememangnya kamu jahil untuk bercakap soal itu, kamu jangan halang orang lain untuk memperkatakannya.  Walaupun politik dan Islam itu tidak boleh dipisahkan, tetapi rata-rata pemimpin PAS yang berucap di dalam masjid tidak berkempen untuk PAS atau PR.  Salahkah jika mereka berucap bahawa umat Islam kena tolak pemimpin yang zalim, rasuah dan pemimpin yang bersekongkol dengan pencuri lembu kondo?  Itu bukan ucapan politik tetapi dakwah agama dan ianya wajib untuk disampaikan.

Masalahnya, kebanyakan kemungkaran yang disebut oleh penceramah PAS itu banyak dilakukan oleh pemimpin Umno.  Justeru itu, mereka terasa dan bimbang sekiranya rakyat tahu betapa rasuahnya mereka.  Oleh yang demikian, mereka cari alasan bagaimana untuk menyekat orang ramai dari mengetahui tentang kemungkaran mereka.  Maka timbullah hukum baru yang dicipta bahawa politik tiada di dalam Islam.

Mereka lupa, Presiden JATI sebelum diterajang keluar dari PAS adalah orang yang paling aktif bercakap di dalam masjid dan sememangnya beliau mempunyai Tauliah ketika itu walaupun beliau bukan berpendidikan agama yang tinggi kerana bidangnya hanyalah motivasi sahaja.   Adakah waktu itu Presiden JATI ini hanya bercakap pasal haid dan nifas atau soal akidah semata-mata?

Nampaknya Umno di Selangor terdesak untuk mencari salah kerajaan negeri di bawah Tan Seri Khalid Ibrahim.  Mahu cari kes rasuah tiada.  Main isu kepala babi dan kandang babi pun tak jalan. Main isu air pula memakan diri.  Akhirnya cuba guna isu masjid.  Seperti biasa terpaksa guna Istana untuk menghalalkan tindakan mereka.  Istana pun berkata, "Jangan berpolitik di dalam masjid".  Itu pun satu hal juga..../wfauzdin.blogspt.com

12 ulasan:

  1. bila ngok-ngok lembu gerombolan parti sekutu apco buat laporan ! ABU !

    BalasPadam
  2. yang mengaruk tu bukan orang tp lembu-lembu peliharaan.pasal tu xknal erti kebenaran

    BalasPadam
  3. Semua org tau puak2 tu bukannya NGO tapi ahli2 parti belah sana.Kononya berlagak nak tegak Islam tapi cuba nak halang org lain nak cari ilmu.Kalau kita sendiri tak mau jgn halanglah org lain yg nak cari ilmu .Puak2 ni nak cuba balik kezaman mereka perintah dulu apabila masjid dan surau sunyi dari ceramah dan tazkirah.Apabila masjid dan surau makmor ngan majlis ilmu mereka akan meroyan buat tuduhan2 macam kerana mereka tahu bila rakyat berilmu tak ada sapa yg nak menyokong mereka

    BalasPadam
  4. aku bukan ngo
    bukan ahli umno..
    bukan ahli pas
    tp bekas penyokong pas...

    tp aku cukup setuju masjid,surau mesti dikecualikan dr politik..setuju bebenor2

    bukan pasal dlm islam xda politik..

    tp kesudahannya buruk..bila ditmbang baik buruk lebih byk buruk abis...ikut kaedah islam... sekurang2 elakkanlah...

    tmn aku cukup mature.. xda org ckp pasal politik.. walau masing2 ada pegangan pokitik masing...aman tenteram...surau penuh jugak..tp xda bunyi2 politik pun..

    cuba ada masuk politik...tmn berpecah...kat surau ada dua team..dah mula jadi xsenonohh...mula mulut masing2 bau hanyir...

    mesti panas punyalah...so kalau kg 2 korang da berjangkit benda ni...pindah lg baiklah..

    bangang punya puak2 pas totak ni..dia ingat dia betul.. cubalah paham bukan semua suka umno..bukan semua suka pas... xusah ckp la...

    ingat antara islam dan politik...islam lg tinggi dr politik..bukan dlm islam xda pokitik..tp lebih mulia dr politik....


    so pls la...jgn rosakkan perpaduan tmn..kg2.. surau2 kecik tu..

    BalasPadam
  5. xyah nk mngaku2 bekas ahli pas la..hehehe..pencacai2..kt tmpt aku ok je wlaupn dlm tazkirah selitkn dgn politik..bkn cuma smata2 politik,tp crita sirah nabi,ayat2 al-quran dlm al-quran pn Allah sbut ada 2 golongan hizbullah wa hizbusyaitan...tok2 guru ngn ust2 just bgtau kpd jamaah spaya menilai mana baik buruk kmpulan yg bwk kerosakan dgn kumpulan yg ajak kpd kebaikan...so jamaah menilai la.... dlm quran bkn smata2 citer pasal bersuci,ibadah solat,naik haji saja...tp melingkupi smua aspek tmasuk politi...jgn jd bangang sgt,klu ye pn nk jd bangang,jd la sorg2 jgn ajak org lain... alhamdulillah rmai jgk jemaah masjid aku yg totok keris tlanjang tue yg dh rajin pg dgr tazkirah n mengaji kt masjid,cuma yg bebal lg yg mls pg mengaji...cuma tau kondem tok2 guru ngn ust2 je la..padahal bebal soronok dgn dunia...

    BalasPadam
  6. Tanpanama 8:46
    Ngaku ajelah ko tu chai... Wakakak!

    BalasPadam
  7. xpercaya sudah..tp lillahitaala

    dan aku pernah ikut jemaah jugak...

    cuma aku masih syg kawan2 sahabat..
    semua baik..

    tp xboleh kita rosak ukhwah ..seharusnya silent sj..bijak la.. be smart.. gaduh2 buat apa 1 kg..

    BalasPadam
  8. sape x kenal umno

    BalasPadam
  9. tapi umno bleh pula , siap ada logo bn lagi pd beg sumbangan dalam surau

    BalasPadam
  10. kalau nak bg xpe la...ikut nasihat nabi masing2..amik amik pangkah ikut sendiri...lagi suka ada la..

    sumbangan surau ka mmg adun MP patut tgk2 kwsn dia..

    xkan nak taruk gambar nik aziz kot..

    BalasPadam
  11. Hanya sekular sahaja yang melarang orang berbicara hal politik dan dunia di dalam masjid. Pada sekular masjid hanya untuk beribadat semata-mata seperti tokong dan kuil.

    BalasPadam
  12. Sya sempat menghampiri kunjungan ngo ngo tu ketika serah memo kat pegawai jais tu kat lobby....sempat ambil satu salinan memo tu. Yg dibantah hanya 3 perkara, beri tazkirah x de tauliah-sultan marah, jais pun larang. Apa susah, nak sgt beri tazkirah mohon je tauliah. Ke 2, ceramah politik KEPARTIAN....politik islam boleh tp bukan politik kepartian. Ke 3, arahan jais buat tazkirah lps solat sunat witr, tp x dipatuhi. Pelik, mereka kerajaan tp langgar peraturan srndiri.....itu yg dibantah setakat yg sya baca salinan memo tu

    BalasPadam