MEMANG sudah dijangka, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli untuk membatal tuduhan terhadapnya di bawah Akta Bank
dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 berkaitan dengan National
Feedlot Corporation (NFC). Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ghazali Cha.
Rafizi didakwa di bawah Bafia awal tahun ini kerana didakwa mendedahkan maklumat akaun perbankan penting yang berkaitan dengan NFC dan juga pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Rafizi didakwa di bawah Bafia awal tahun ini kerana didakwa mendedahkan maklumat akaun perbankan penting yang berkaitan dengan NFC dan juga pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Oleh sebab itu, salahkah kita mendoakan agar Umno hancur sehancur-hancurnya? Apabila berlaku kes sedemikian, bagi orang Islam yang beriman dan berakal mustahil mereka mahu mendoakan kesejahteraan buat Umno. Tentu ada yang bertanya apa kaitannya dengan Umno di dalam kes ini? Jawapannya, memang tiada kaitan kerana yang didedahkan akaunnya oleh Sdr Rafizi itu bukan keluarga Ketua Wanita Umno (?).
Sistem kehakiman jangan diperlekehkan walau apa jua keputusan. Kita tidak mahu komen tentang keputusan Hakim tersebut, namun sistem kehakiman adalah berada di bawah sistem perundangan yang berada di bawah Kerajaan Umno/Bn. Kehakiman berada di bawah Menteri yang jaga Undang-Undang di mana Menteri itu juga sekarang ini dikatakan terpalit dengan kes melibatkan kemewahan anaknya. Menteri itu bukan ahli PAS, PKR mahu pun DAP.
Kaitannya kes ini dengan Umno siapa boleh nafikan? Maka, amat wajar sekali kita semua mendoakan setiap hari agar Umno hancur agar semua ahli Umno akan selamat dan boleh bersama kita untuk memartabatkan maruah rakyat dan negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan