RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 8 Disember 2012

SITUASI DI KEDAH 'SURAM' UNTUK PR?

 
Oleh:  WFAUZDIN NS
 
BENARKAH jangkaan beberapa penganalisis politik yang meramalkan Kerajaan PR yang diterajui oleh PAS di Kedah bakal tumbang di tangan Umno/Bn?  Jika kita merujuk kepada laporan media kawalan Umno, begitulah dikhabarkan.
 
Tetapi hakikatnya malam tadi, bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar kita boleh menyaksikan sambutan rakyat Kedah yang tidak kalah dengan sambutan di Stadium Sultan Mohamad, Kota Bharu, Kelantan yang lalu di dalam Program Himpunan Kebangkitan Rakyat.
 
Sekiranya pimpinan Umno menyaksikan situasi di atas, maka dengan sendirinya mereka mula berfikir apakah yang menyebabkan rakyat Kedah begitu meluat dengan Umno.  Kedah adalah negeri mantan PM yang kononnya tersohor seluruh dunia iaitu Tun Mahathir Kutty.  Tidak kisahlah samada Tun Mahathir ini Melayu asli atau tidak, kenyataannya rakyat Kedah tidak mahu Melayu yang menipu dan kaki rasuah.  Buktinya, rakyat Selangor sudah pun menolak Khir Toyo walaupun Khir Toyo itu terlebih Melayunya.

Rakyat Kedah sudah tahu cerita bagaimana hilangnya hasil balak di Kedah sewaktu zaman parti sekutu APCO itu memerintah.  Maka, kali ini mustahil rakyat Kedah mahu menempah bala untuk menyerahkan kembali kuasa kepada Umno.

6 ulasan:

  1. hanya yg buta kayu saja tak tau nak menilai situasi PR Kedah

    BalasPadam
  2. THE GRAND PLAN


    Salam. Alhamdulillah saya dah lama hidup di negara kita ini. Sepanjang tempuh tersebut sekarang ini lah saya nampak berapa parahnya persaudaraan orang-orang Melayu/Islam sesame sendiri.

    Bila nak PRU kali ini saya gerun sebab jika kita orang Melayu/Islam tidak insaf kita akan berbunuh sesame sendiri (Nauzubillah Hi Min Zalik).

    Sebagai “orang tua” saya terpanggil untuk menulis beberapa perkara yang saya harap anak-anak muda dan saudara sekalian akan memikirkannya secara teliti dan mendalam. Tolak perasaan dan ketepikannya dahulu.

    Dasar penjajah memanglah nak memecahbelahkan rakyat dinegara takluknya. Di negara kita yang didiami orang Melayu telah dibawa masuk Bangsa Cina dan India.

    Orang Melayu (majoriti) serta Cina dan India telah bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan. Alhamdulillah kita telah Merdeka pada tahun 1957. Oleh kerana Melayu majoriti, bangsa lain ikut setuju apa yang diutarakan oleh Orang Melayu. Tetapi tetap terpendam didalam hati mereka cita-cita untuk menguasai pemerintahan negara ini.

    Berbagai strategi telah dirancang dan digunakan mereka. Umpamanya “strategi sokong dan hentam.” Di wujudkan dua kumpulan satu bersama dengan orang Melayu yang memerintah (menyokong) dah lagi satu yang menghentam. Strategi ini sungguh efektif. Sedikit demi sedikit kuasa Orang Melayu terhakis.

    Apabila Singapura merdeka ia telah bersatu dengan Malaysia. Tetapi oleh kerana lain pendirian Perdana Menteri Lee Kuan Yew dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman maka Singapura telah menarik diri keluar daripada Malaysia.

    Tindakan keluar Singapura merupakan satu kesalan yang amat sangat kepada Lee Kuan Yew. Kalaulah dia sabar sudah tentu Negara Singapura lebih besar lagi daripada sekarang. Alhamdulillah Allah telah selamatkan negara kita, Islam dan Orang Melayu daripada MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI seperti orang Melayu disana sekarang ni. Tetapi cita-cita negara yang lebih besar ini masih terpendam dihati mereka.

    Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan langkah pertama untuk mengambil kuasa negara ini. Alhamdulillah KERANA ORANG MELAYU BERSATU CUBAAN TERSEBUT GAGAL.

    Mereka sedar kalau Orang Melayu bersatu mereka takkan dapat menguasai negara ini. Kalau nak berjaya PERPADUAN ORANG MELAYU MESTILAH DIHANCURKAN .

    Sebab itulah mereka bersatu dengan PAS dan PKR. Mereka tahu PAS tak ngam dengan UMNO/BN. Saudara tanya diri sendiri - Kalau tiada UMNO/BN hendak ke DAP bersatu dengan PAS?

    Sekarang mereka duduk tepi gelanggang dan tengok orang Melayu PAS dan UMNO bergaduh dan berbunuh sesame sendiri. Bila Orang Melayu/Islam BERPECAH senang mereka ambil alih pemerintahan negara ini sebab mereka majoriti dan Melayu/Islam minoriti.

    Keadaan ini akan jadi lebih teruk lagi sebab mereka akan bersatu dengan negara jiran kita. Masa itu kitalah jadi minoritI dan mereka majoriti. ORANG MELAYU/ISLAM AKAN HIDUP MEREMPAT DINEGARA SENDIRI.

    INI YANG HARUS KITA INGAT DAN HINDARI. SEBAB ITU SEMUA ORANG MELAYU/ISLAM MESTI BERSATU. JANGAN KIRA PARTI. KIRA KITA ORANG ISLAM/BANGSA MELAYU DAN BERSATU MENCEGAH DARIPADA TERLAKSANANYA “GRAND PLAN” TERSEBUT”

    “Grand Plan” ini akan dapat digagalkan bila Bangsa Melayu/Islam bersatu. Jika tidak terkuburlah Orang Melayu PAS, UMNO dll.

    KALAU TAK BERSATU SAYA ANGGARKAN PALING LAMA ORANG MELAYU/ISLAM DAPAT MEMERINTAH NEGARA INI IALAH 10 TAHUN LAGI.

    Allah selamatkan kita daripada BALA TERSEBUT.

    BalasPadam
  3. Sedih Melihat Nasib Agama Islam, Masa Depan Orang-Orang Malayu dan Cucu Cicit Kita Dan Negara Kita Yang Kita Cintai Ini BINASA.

    Apa yang saya nampak kita orang-orang Melayu akan membinasakan diri kita sendiri, agama Islam dan masa depan cucu cicit keterunan kita.

    PUNCANYA ADALAH PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU ISLAM ITU SENDIRI.

    Kita perlu kaji sejarah negara jiran di selatan Semenanjung Malaysia. Asalnya Pulau itu milik Melayu. Melayu yang memerintahnya. Bila berlaku perpecahan dikalangan orang-orang Melayu di situ Bangsa Asing dapat menguasai negara tersebut. ORANG MELAYU DI NEGARA ITU HIDUP MEREMPAT DI NEGARA YANG PADA ASALNYA ADALAH MILIK MEREKA.

    DIANTARA KESAN BURUKNYA ADALAH:

    1) Tak mungkin orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di negara tersebut.
    2) Tiada juruterbang/pilot Melayu bagi pesawat pejuang tenteranya.
    3) Azan tak bolek kuat dan speaker mesti menghala kedalam masjid
    4) Saluran TV kegemaran orang Melayu tidak dibenarkan mengucap “Assalammualaikum” semasa memulakan apa jua rancangan
    5) Dalam tentera kalau orang Melayu dapat jadi Sarjan sudah kira bernasib baik
    6) Bila menghantar alatan-alatan tentera - tentera daripada Orang Melayu tunggu di gate sahaja dan tidak dibenarkan masuk kedalam pengkalan.
    7) Penduduk-penduduk Melayu dipecah-pecahkan supaya tidak kuat.
    8) Bangsa yang sama dengan pemerintah dibiarkan/digalakkan untuk menjadi rakyat negara tersebut. Ini terus menenggelamkan majoriti Melayu disana.

    Apa yang menyebabkan berlaku keadaan tersebut ialah PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU.

    MAHUKAH KITA KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA???

    Sebenarnya penindasan dan tekanan terhadap Orang-Orang Melayu secara halus telah pun mula berlaku di salah sebuah negeri di Negara kita ini.

    Kalau kita tidak berkuasa dinegara kita ini jangan MIMPIKAN Orang Melayu menjadi:-

    a) Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (mungkin satu penggal saja)
    b) Menteri di Kementerian yang penting seperti Kementerian Kewangan dll.
    c) Menjadi Ketua Setiausaha Negara
    d) Menjadi Ketua Polis Negara
    e) Panglima Angkatan Bersenjata kita, Tentera Darat, Laut dan Udara
    f) Pegawai-Pegawai Daerah
    g) Dan lain-lain jawatan yang dipegang oleh Orang-Orang Melayu kini.

    JANGAN BIARKAN KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA INI!!!

    Kehancuran Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara ini boleh dielakkan!!! BAGAIMANA?

    ORANG MELAYU MESTILAH BERSATU

    Jangan kira Parti – PAS, UMNO atau PKR. KITA BERSATU ATAS DASAR KITA ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU.

    Bila bersatu kita tidak perlu “MEMINTA SEDEKAH UNDI UNTUK MEMERINTAH NEGARA KITA INI”

    Hukum apa pun boleh kita laksanakan – UNDANG-UNDANG ISLAM, HUDUD dan sebagainya boleh kita laksanakan sebab KITA BERSATU DAN KITA MAJORITI.

    Sekarang ni baik parti apa pun PAS, UMNO, PKR tak mungkin dapat melaksanakan Undang-Undang Islam OLEH KERANA KITA BERPECAH. Ini memang di sukai oleh bangsa asing. JANGAN KITA MELUTUT KEPADA MEREKA.

    Ingat perintah Allah dan Rasullullah saw. Kita ORANG ISLAM mestilah bersatu barulah kita kuat.

    SAYA CABAR PEMIMPIN PAS, UMNO DAN MELAYU DALAM PKR SUPAYA SELAMATKAN ISLAM, ORANG MELAYU DAN KETURUNAN KITA.

    KETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN BERJUANGLAH UNTUK ISLAM, BANGSA MELAYU/KETURUNAN KITA DAN NEGARA KITA.

    “BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”

    Ingat “Mereka Berpecah” Untuk Menguatkan Kedudukan Mereka.

    Jangan Perpecahan Kita Mengjahanamkan Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Negara KITA.




    INGAT “GRAND PLAN” MEREKA UNTUK MENYATUKAN NEGARA KITA DENGAN NEGARA DI SELATAN TANAH AIR. JIKA BERLAKU MEREMPATLAH ORANG MELAYU DI NEGARA SENDIRI

    Saudara Ikhlas Memperjuangkan Islam, Bangsa Melayu Dan Negara Melayu ini ??? Tolong Sebarkan Nota Ini.

    BalasPadam
  4. Sdra Kasim Selamat,

    Saya cukup mengakumi catatan di atas. Tapinya, sebahagian orang Melayu/Islam masih belum sedar dan bebal mengenai agenda DAP dan kuasa asing (musuh) mengunakan khudrat orang Melayu /Islam di negaranya sendiri bagi membenam tamadun Melayu dan Islam tanpa mereka berbuat apa-apa.

    Mereka (musuh) telah berjaya menanam sikap membenci, bermusuh-musuhan, perpecahan di kalangan orang Melayu secara sedar dan tak sedar melalui pelbagai kaedah, menuduh kerajaan yg rata-rata Melayu tidak demokratik, mengamalkan rasuah, tiada kebebasan, menekan bangsa lain sehinggalah orang Melayu sendiri berani memperbodohkan bangsa sendiri, menghina kesucian Islam di dalam gereja, melarang azan, menagih-agihkan daging korban, bukan Islam masuk masjid memberi ceramah, bukan Islam memperlekehkan ayat suci Al-Quraan, mengadakan parti meraikan kemenangan lima negeri dengan memanggang babi, mempromosi kebebasan agama kalangan Melayu/Islam, mendoakan kehancuran, meminta bantuan asing utk menghancurkan negara sendiri, rela meminggir akidah Islam kerana memberi penghormatan simati bukan Islam!!.

    Malahan, orang Melayu kini lebih rela `menikam' bangsanya sendiri tanpa bangsa asing atau kuasa asing berbuat demikian. Buktinya: PKR beria-ia membuat ceramah di kawasan UMNO yang mereka pun tahu akan mendapat bantahan dan tentangan kalau tidak kerana DAP, PKR dan PAS mahu melihat Melayu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

    Lihat sahajalah kaedah, simbol dan lambang yg digunakan oleh PR dalam menjana himpunan jalanan kononya atas kebangkitan rakyat. Mereka mengunakan baju kuning, lambang "gengaman tanggan" yang benar-benar mengikuti amalan POPOVIC, Yahudi Serbia menghancurkan negaranya. Tidakah orang Melayu tidak sedar bagaimana DSAI begitu rapat Yahudi hingga sanggup meminta maaf kerana kenyataannya sedangkan tidak berbuat demikian terhadap bangsanya sendiri!

    DAP dan kuasa asing cukup mengiktiraf pemipin PKR, PAS kerana berani menerjah dan menghayun bangsanya sendiri tanpa merasa bersalah. Malah sehingga kinipun belum ada sepatah perkataan dari Karpal, LKS dan kuncu-kuncunya mengiktiraf perjuangan Melayu terdahulu hingga kini yang akhirnya dapat `bersenang-senang dan beryawa' di muka bumi bernama Malaysia. Ambiaga, Malaysiakini, Suaram semuanya sepakat dgn DSAI kerana berjaya menambah `keperitan dan luka' yang menghampiri perpecahan bangsa Melayu di negara tahah tumpahnya sendiri.

    Rintitan di atas adalah cebisan perkembangan situasi politik dalaman yang melanda orang Melayu/Islam kini. Apakah ianya akan berakhir atau Melayu/Islam akan menjadi satu riyawat dan kenangan bagi anak cucu cicit kita...fikir-fikirlah orang Melayu. Berpolitiklah secara berhemah tetapi Bangsa dan Islam jangan diperjudikan dan digadai hanya kerana merebut kuasa dan kemewahan. Au'zubillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya amat bersetuju dengan pandangan kassim selamat dan juga pelatuk. Saya yang telah menjengah ke umur setengah abad ini amat bimbang dengan trend berpolitik orang orang melayu dewasa ini. Kebanyakan anak anak muda yang tidak pernah melalui zaman susah dan derita yang dilalui generasi terdahulu tidak menyedari akan bahaya yang sedang menunggu. Hanya setelah negara tergadai baru orang melayu sedar akan penting nya perpaduan. Ketika itu menangis air mata darah pun tak berguna.

      Padam
  5. Saya tertarik dengan komen sdr.Kassim Selamat,Pelatuk dan shafim.Tahniah dengan hujah anda...saya sebagai anak Melayu,kagum dengan politik UMNO kita...jika ada manusia menggugat kekuasaan Melayu kita,tiada lain...kita keluarkan filem 3T,kita suruh orang usung tilam supaya anakcucu kita tahu betapa hebatnya musuh politik kita,kita cari orang mahu menjaja bontot untuk ketuanan Melayu,kita robohkan masjid dan rampas tanah mereka yang menggugat kuasa politik kita!Kita rampas royalti minyak kerana kita ada kuasa/undang-undang dalam genggaman kita.Akhirnya kita nyanyi bersama-sama "Nenek moyang kaya raya,Habis tergadai Harta Benda,Bumi dipijak milik orang"

    pesanan:ABU

    BalasPadam