MASIH lagi soal "Amanat Haji Hadi". Umno masih terliur mahu main isu ini sedangkan Umno tiada 'peluru' untuk meneruskan permainan. Mereka mengumpan untuk mencabar Presiden PAS tampil bersama Pakar-Pakar agama kaki ampu mereka berdepan di TV. Tok Guru Haji Hadi kata, tiada masalah hatta dibawa berapa banyak pun Tok Peti-Tok Peti beratus-ratus peti untuk berdepan dengan beliau.
Seperti biasa, Umno kecut. Tok-Tok Peti pun kecut. Memang spesis kecut pun sebab puak mereka telah memilih pemimpin yang tiada `telor' untuk menjadi pemimpin. Aku sudah lama jangka, isu "Amanat Haji Hadi' ini hanyalah isu Pilihanraya untuk memerangkap PAS. Namun, kebodohan mereka memakan diri.
Akhirnya Rais anak Yatim kata tidak perlu berbahas mahu pun berdailog di dalam TV. Sebabnya, telah difatwakan bahawa "Amanat Hj Hadi" itu adalah menyeleweng. Siapa mahu percaya kepada Rais anak Yatim yang bininya pun telanjang sentiasa tanpa menutup kepala? Mahu percaya pada Najib? Lihat bini Najib maka kita tahu manusia yang tidak kenal "najis Mughallazah" ini tidak layak mahu ulas bab agama. Dia sendiri pun tidak faham apa yang disebut di dalam "Amanat Hj Hadi". Dia mudah faham "Amanat Mamak Kutty" yang sebut "habis semua tangan orang-orang Islam menjadi kudung kalau Hudud dilaksanakan".
Itulah spesis yang kita tidak hairan lebih rapat dengan Syaitan yang dikenali. Spesis ini lah yang kita mahu campakkan ke dalam lubang lahad selepas pilihanraya umum nanti.
Sdra Wan,
BalasPadamKalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam, semua Ulama sepatutnya duduk berbincang demi kesucian agama bukan mengeksploitasi isu kerana politik. Selagi itulah, agama Islam tidak akan dihormati oleh bukan Islam.
Berdebar tunggu PRU13... Moga Allah palingkan hati2 mereka yang menyokong umno bn supaya memangkah PR..Amin Ya Rabb..
BalasPadamSokong tuan tanah,...abang saya veteran UMNO,kakak PAS,abng ipar UMNO,ibu PAS,saya bekas UMNO sekarang penyokong PR dan Idealisme Anwar Ibrahim,tidak ada masalah dalam keluarga. 'Amanat Hj Hadi' hanya isu setiap kali pilihanraya, kerana pemimpin UMNO takut kehilangan kuasa dan hilang kakayaan juta-jutaan. KO UMNO dan HANCUR UMNO.
BalasPadamInilah kita, Islam itu bersaudara. Kenapa kita hanya pentingkan diri sendiri sedangkan ada saudara kita yg sanggup mengkafirkan bapa sendiri, bercerai, memutuskan pertalian sdra...bla...bla... hanya `termakan' amanat tersebut. Apakah kerana kita memperjuangkan parti mewajarkan kita mengeluarkan fatwa bagi membenci mahupun berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Islam bukan berlandaskan fatwa, ianya dari AlQuraan dan Hadis. Kena ini terjadi apabila setiap kali ada p/raya setiap kali itulah amanat berkumandang. Kenapa semasa PAS menyertai UMNO dia tak keluarkan fatwa ini? ,malah menghentam DAP yg kafir tu.
PadamSdr Pelatuk,...itu bukan fatwa/amanat,UMNO mengangkatnya menjadi fatwa/amanat demi kepentingan politik.Ucapan Ustaz Hadi di Banggol Peradong itu berdasarkan buku yang dikeluarkan oleh JPM dan menepati syariat Islam dalam menjaga batas2 iman dan kufur kepada perintah Allah swt.Ustaz Hadi tidak menyebut ahli-ahli UMNO menjadi kafir tetapi ahli2 UMNO yang terasa.Kalau tak terasa,tak ada masalah...bekas KPN boleh keluarkan fatwa (kot?) bahawa Nik Aziz Bapak Kafir. Justeru, penganut mazhab UMNO boleh teruskan menerbitkan filem 3TX/lucah dan liwat untuk survival politik UMNO...mazhab UMNO Baru 1998.
BalasPadam