RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 8 Januari 2013

AYUH WARGA TENTERA - "SATU PELURU, SATU MUSUH, SATU UNDI, SATU BATU NISAN UNTUK UMNO"

Oleh:  WFAUZDIN NS

KEBANGKITAN rakyat tidak lagi boleh disekat.  Bayangkan tidak pernah berlaku sebelum ini orang-orang yang pernah memegang jawatan besar di dalam ATM dan PDRM, yang pernah memegang jawatan besar sebagai Pengarah dan sebagainya kini mula membenci Umno.

Aku berucap mewakili KOBAT di Temerloh kelmarin
Di dalam ATM, sudah berapa ramai yang berpangkat Jeneral, Kolonel sehinggalah ke pangkat bawah sekali apabila bersara atau menamatkan perkhidmatan mereka amat membenci Umno.  Menamatkan perkhidmatan bagi mereka amat melegakan kerana tidak lagi terkongkong dengan peraturan-peraturan yang berat sebelah.  Di dalam ATM, pemimpin Umno boleh berkempen politik di dalam kem tentera, sebaliknya pihak Pembangkang usah bermimpi.  Malahan terdapat tekanan pula kepada warga tentera untuk hadir ke ceramah-ceramah Pembangkang walaupun peraturan membenarkannya.

Begitu juga yang berlaku di dalam PDRM.  Kini tidak pelik jika bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Fauzi kini berada bersama Pakatan Rakyat.  Sama seperti Brigidier Jeneral (B) Abd Hadi yang kini aktif berkempen untuk Pakatan Rakyat.  Pelik apanya seorang Kolonel yang pernah menjadi CO (Pegawai Memerintah) Rejimen Askar Melayu kini berada bersama DAP.  Ini semua menunjukkan betapa Umno tidak lagi ada harga kepada rakyat semua golongan.  Hinggakan seorang Pendakwaraya yang pernah menjadi Pendakwa kepada kes DS Anwar Ibrahim, apabila terkeluar dari kongkongan Pendakwa berkenaan boleh bersama DS Anwar pula.  

Ertinya apa?  Ertinya Umno kini terlalu nazak.  Kekuatan Umno kini hanya menumpang kepada jentera-jentera kerajaan yang mereka kuasai termasuk media.  Najib sehingga kini terkedu tidak boleh berkata apa-apa apabila diserang oleh Deepak dan Musa Hassan.  Rosmah jauh lagilah.  Cabaran debat oleh DS Anwar Ibrahim tidak pernah disambut oleh Najib, maka ertinya Najib takut kepada hujah DS Anwar.  Mengapa takut?  Beliau tahu rahsianya banyak di dalam poket DS Anwar.

Kononnya alasan Umno DS Anwar tidak layak untuk berdebat dengan Najib yang 'suci' dari salah laku moral.  Tetapi, Umno takut juga untuk berdebat dengan Presiden PAS.  Adakah Presiden PAS juga tidak sesuci Najib dari segi moral?  Semua ini alasan bodoh untuk melindungi kebaculan mereka.

Pada Program Bersama Anak Muda, Jelajah Anak Muda Ke Pahang yang telah diadakan pada 06 Jan baru-baru ini, aku sendiri dijemput untuk menyuarakan rasa benci kepada Umno.  Selaku bekas tentera, aku tahu apa yang dirasai oleh warga-warga tentera yang berada di dalam kem sekarang.  Mereka sedar ke mana wang LTAT mereka dipergunakan.  Tetapi apa yang mampu mereka lakukan?  Mereka bukan ada "Union" atau persatuan untuk mereka luahkan perasaan mereka.  Apa yang ada hanya Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), tetapi apa peranan PBTM selain dari mengampu?

Baru-baru ini terang dan jelas PBTM mahu bekas-bekas tentera menyokong Umno/Bn.  Kononnya tanpa Umno, tentera akan mati.  Khurafat.  Persatuan seperti ini lah yang khianat kepada tentera dan bekas tentera.  Mereka langsung tidak berbunyi apabila isu LTAT dan dana pencen tentera ini telah disalahgunakan untuk seorang pemimpin Umno yang tidak pernah satu hari pun memakai seragam tentera.

Ayuh, warga tentera.  Lakukan perubahan jika mahu nasib anda terbela.  "Satu Peluru Satu Musuh, Satu Undi, Satu Batu Nisan Untuk Umno".

3 ulasan:

  1. Sdra Wan,

    Dakwaan mengatakan ramai bekas tentera sokong PR adalah sesuatu yg sangat jelik yg dikeluarkan tanpa sandaran fakta berilmiah, sekadar menyedapkan hati sdra sahaja.

    Tidak keterlaluan kalau dikatakan Sdra bagaikan `kacang lupakan kulit' yang tidak pernah mensyukuri kerahmatan, nikmat ALLAH kerana perkhidmatan dululah yg menjadikan sdra dan keluarga dapat menikmati `kekayaan' dan berada ditahap sekarang.

    Penglibatan Sdra dalam politik adalah kehendak sdra dan keizinan ALLAH tetapi untuk mengheret semua kekancah politik sebagaimana sdra mungkin tidak boleh diterima sama sekali. Ini kerana perjuangan politik Sdra hanyalah kerana kerakusan nafsu untuk memenuhi impian dan rakan `kongsi politik' yg membenci sesama seagama malah menanam sifat politik kebencian, syak wasangka dan menfitnah sesama saudara. Begitu juga yg telah beralih sokongan.

    Kalau adapun yg mungkin tertarik dengan `panggilan sdra' mungkin mereka nak tanya tentang sumbangan sdra dan rakan kongsi politik terhadap kebajikan warga bekas tentera? selama ini. Bukan mahu balasan atau imbuhan tetapi sekadar mahu menilai dan mengukur perjuangan sdra yg kononnya memperjuangkan nasib para bekas tentera tanpa `pilih bulu'.

    Sehingga kinipun, nasib bekas tentera yg menyertai `landasan politik' sdra tetap sama tak berubah, yg banyak hanya janji...dan kata-kata manih yg tak kemana bagaikan perahu tak berdayung atau berenjin ditengah lautan China Selatan.

    Sdra Wan, ukurlah diri sendiri sebelum mahu mengheret orang lain. Bekas tentera tidak akan terpesona dengan ceramah dan pidato sdra walau didengari berhari-hari pun, Yg pasti rahmat dan rezeki hasil usaha diri sendiri dan keredhaan ILLAHI. Setakat membenci kerajaan tidak membawa kita kita kemana-mana yg pasti mereka `di atas tampuk' mendapat habuan yg selama ini kononnya `memperjuangkan nasib' warga bekias tentera sedangkan sdra menjadi pencacai dan diperalatkan sahaja. Mereka yg di atas dan sdra disuruh `menjaja' kemiskinan, kesusahan, penderitaan dan keperitan kehidupan bekas warga tentera bagi mencapai impian `syaitan' utk merebut kuasa, kemewahan dan kepentingan peribadi.

    Semuga ALLAH memperkuatkan keimanan kita agar kita merasai keindahan dan kerahmatan SYURGA. Amin.

    BalasPadam
  2. Memang patut sangat semua bekas tentera bersatu dan tumbangkan kerajaan UMNO/BN yang korup. Tak kan nak tunggu habis duit tabung tentera tu baru nak melawan? Dah lambat tu....

    BalasPadam
  3. Salam semua rakan sesama islam.

    Kenapa orang islam kena datang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat?

    Baca di sini :

    astanakandis.blogspot.com

    Selamatkan negara, selamatkan agama.

    Jumpa di kl semua pada sabtu 12Jan2013.

    BalasPadam