RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 10 Mei 2013

ISU MB SELANGOR - TS KHALID KEKAL, AZMIN KENA BELAJAR AMALKAN TEORINYA SENDIRI

TAHNIAH, Pakatan Rakyat Selangor telah buat keputusan melantik bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Selangor.  Keputusan ini adalah hasil tolak ansur dari rakan-rakan Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS yang memiliki lebih Kerusi Dun di Selangor berbanding PKR tetapi bersetuju untuk meneruskan khidmat Tan Sri Khalid Ibrahim, begitu juga dengan DAP yang memiliki Kerusi terbanyak di Selangor.

Aku juga menghormati pendirian Azmin Ali tentang isu MB Selangor ini jika mengikut formula atau teorinya iaitu MB Selangor dari PKR mestilah melalui Pejabat PKR Negeri atau Majlis Pimpinan Negeri Selangor.  Ertikata lain, tidak ada jalan lain untuk meletakkan calon MB dari PKR tanpa melalui saluran parti di negeri tersebut.  Itu teorinya.  Aku yakin nama Tan Sri Khalid Ibrahim tiada di dalam senarai calon MB Selangor yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PKR Negeri Selangor.  Calonnya aku percaya adalah Azmin Ali sendiri.

Retoriknya pula, bagaimana dengan banyak kes di serata negeri, senarai calon termasuk calon Dun ditentukan oleh JPRP (Jabatan Pilihanraya Pusat) yang diketuai oleh Azmin sendiri?  Apa yang kita faham senarai calon Parlimen, JPRP boleh tentukan atau ada hak untuk memilih calon-calon yang mereka fikir layak, tetapi untuk calon Dun, sepatutnya kuasa menentukan calon lebih wajar diberikan kepada Pengerusi MPN atau Biro Politik Negeri untuk menentukannya.  Malangnya, ada kes calon Dun pula 'datang dari belakang' tanpa melalui Ibu Pejabat Negeri sendiri.  Ertikata lain, ada calon Dun menggunakan 'kabel' dari JPRP yang diketuai oleh Azmin dan beberapa orang kuncu-kuncunya.  

Adakah formula Azmin yang dinyatakan di dalam Sidang Medianya pagi tadi (Jumaat) dipraktikkan oleh Azmin sendiri?  Jika kuasa MPN dirampas oleh JPRP, mengapa perlu risau jika Presiden menggunakan kuasanya menentukan MB Selangor?  Bukankah Tan Sri Khalid Ibrahim telah menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang sebagai MB Selangor, justeru itu rakyat memberikan sokongan berlipat kali ganda kepada PR di dalam PRU 13 baru-baru ini?  Apatah lagi DAP dan PAS juga turut berkenan dan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.  Sepatutnya kita sebagai ahli-ahli PKR amat gembira dengan sokongan DAP dan PAS kepada PKR biarpun kita memiliki Kerusi yang terendah di Selangor.

Sehubungan itu, Azmin Ali boleh lupakan teorinya buat sementara waktu sehingga beliau juga boleh beramal dengan teori atau formulanya sendiri.


Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Saifudin:

Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua.

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

3 ulasan:

  1. kami rakyat benar benar menaruh harapan berdoa tanpa jemu bagi kemenangan pakatan rakyat.tanpa mengira batasan umur,bangsa,warna kulit serta tanpa mengira keadaan cuaca keluar kejalanraya mencula merayu wakil/calon kami menang untok mewakili kami.kami tidak ditaja oleh sesiapa pun membanting keringat cara kami demi suara rakyat suara keramat.amat sedih dan malang sekali bilamana wakil yang menang dan diberi amanat oleh rakyat menghianati kami.kenapa sebelum ini bukan main hebat lantangnya bagai membelah bumi DEMI SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT persepakatan di-ikat mantap.jangan permainkan rakyat kerana rakyatlah raja yang mentauliahkan mereka yang menang dalam pilihanraya.demi suara rakyat suara keramatlah yang akan menjadi tsunami pada mereka yang "penghianat".

    BalasPadam
  2. moga azmin ali tidak terikut dengan katak-katak lain yang senama ali dibelakangnya !

    BalasPadam