RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 10 Mei 2013

RAKYAT TIDAK PEDULI AZMIN MINAT ATAU TIDAK UNTUK BANGKIT BERHIMPUN

JIKA Azmin Ali ada hak untuk menegur tindakan DS Anwar Ibrahim yang bekerja siang malam menyedarkan rakyat tentang penipuan pilihanraya, aku juga berminat untuk menegur Timbalan Presiden PKR ini.

Pertamanya tahniah kerana menjelaskan beliau akan terus bersama parti dan ingin bersama rakyat.  Tentang isu perhimpunan rakyat membantah penipuan pilihanraya yang bakal diadakan di setiap negeri, jika Azmin tidak berminat untuk turut serta beluau tidak harus menyekat kebangkitan rakyat untuk terus berjuang, bukan sahaja setiap hari bahkan setiap kali mata berkedip.  Azmin mungkin ada alasan untuk tidak berminat apatah lagi beliau telah menang selesa.  Mungkin satu hari nanti Azmin akan berkata buat apa adakan ceramah hari-hari?

Azmin berkata, ada cara lain untuk menentang penipuan pilihanraya iaitu siapkan bukti dan bawa ke mahkamah untuk petisyen pilihanraya.  Aku mahu tanya Azmin, tidakkah beliau sedar bahawa semuanya itu telah pun kita mulakan di mana Sdr Rafizi, Pengarah Strategi PKR telah diamanahkan untuk mengumpul semua bukti tersebut?  Adakah Azmin fikir itu kerja yang sudah memadai tanpa rakyat dimaklumkan perkara sebenar?  

Azmin pernah dituduh melakukan perkara sumbang di dalam tandas.  Mengapa Azmin tidak laporkan sahaja kepada Polis atau menyaman pihak yang menyebarkan aksi tidak senonoh yang kononnya dikatakan beliau itu?  Mengapa Azmin ke hulu ke hilir berceramah untuk mempertahankan dirinya dan menerangkan isu fitnah tersebut?  Mengapa tidak dihentikan setakat membuat laporan Polis?  

Azmin harus faham, untuk berdepan dengan rejim zalim ini tidak cukup dengan hanya bergantung kepada laporan atau mahkamah kemudiannya duduk diam.  Jika ini yang kita amalkan sejaktahun 1998, nescaya Azmin pun tidak akan merasa menjadi YB sampai sekarang.

Isu tentang perlantikan MB Selangor, memang semua maklum bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah dipersetujui oleh rakan-rakan di dalam PR, tambahan pula beliau telah buktikan beliau mampu mentadbir Selangor dengan efisyen dan cemerlang.  Jadi, tepatlah jika Presiden Parti menamakan Tan Sri Khalid sebagai calon MB Selangor.

Soal kononnya Presiden masuk campur urusan di dalam parti di Selangor, aku mahu tanya Azmin adakah beliau lebih berhak camportangan urusan parti di negeri-negeri lain?  Adakah Azmin mahu nafikan ini semua?  

5 ulasan:

  1. TERBAEEEEKKK
    Azmin nie kalu keluar parti pun
    "KAMI RAKYAT KEBANYAKAN TAK KESAH"

    Kekalahan Pru-13 (walaupun bukan cara gentleman fight)
    banyak hikmahnya...

    Kini Rakyat Kenal Siapa Pejuang Sebenar & Siapa Pejuang Munafik di antara kita.

    PRU-14 kita "tendang Azmin jauh2"
    Tiada Semangat Setia Kawan Dalam Perjuangan.
    Mudah Lupa apabila diberi kemudahan oleh Allah SWT


    BalasPadam
  2. Sebenarnya penjelasan Azmin tu lebih mendatangkan banyak kekeliruan pada aku. Apa hujahnya kerusi MB tu milik PKR sedangkan PKR minoriti berbanding DAP dan PAS.

    Adakah dengan melantik TS Khalid tu amalan nepotisme?

    Mungkin Azmin telah bekerja kuat dan banyak bagi sumbangan kepada PR, tapi kena ingat rezeki dari Allah.

    Tindakan Azmin ini mengundang curiga rakyat.

    Diharap Azmin dapat jernihkan suasana.



    BalasPadam
  3. Sudah2lah YB Azmin. Ikut aje suara majoriti. Teruskan perjuangan anda spt masa lalu. Itulah yg terbaik. kita bukan berckp bg pihak diri sendiri disini kita berckp bg pihak rakyat seluruh Malaysia. Dato Seri Anuar lebih tau ape yg terbaik untuk dilakukan. Rakyat sendiri bersedia kearah itu (gathering).Jadi tiada apa yg nak dipertikaikan disini. Just carry on with the joblah. Buangkan rasa tak puashati tu. Jalankan tjwb yg dh diberikan keatas anda.

    BalasPadam
  4. Azmin ni perasan tak abis. Zuraida? Kau tunggu la nasib kau masa PRU14 nanti, jangan masa tu terhegeh2 nakkan undi/kerjasama PAS dan DAP. Mulut longkang!!

    BalasPadam