RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 9 Oktober 2013

TIMBALAN PRESIDEN PAS - BIAR SAJA MAT SABU VS US TUAN IBRAHIM

SEHINGGA kini kita belum mendapat pengesahan muktamad siapakah yang akan mencabar kedudukan Tuan Hj Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS di dalam Muktamar PAS akan datang.  Cumanya yang kita dengar bahawa yang mungkin menawarkan diri adalah Us Tuan Ibrahim Tuan Man dan Us Nik Amar.  Seorang lagi, Datuk Husam Musa saya tidak fikir dia akan bertanding.

Walaupun ramai yang beranggapan Tuan Hj Mat Sabu tidak perlu dicabar memandangkan beliau telah menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada parti dengan berkesan.  PAS semakin ke hadapan jika dilihat di dalam keputusan PRU 13 yang lalu, itu pun di dalam keadaan PRU yang penuh dengan 'penipuan'.  Mungkin sebab itulah maka Datuk Husam Musa tidak akan menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Nombor Dua di dalam PAS.

Mat Sabu
Jika pun ada pertandingan, aku rasa bukan kerana Mat Sabu gagal berperanan tetapi adalah kerana keinginan untuk melihat golongan Ulamak berada di Kerusi tersebut.  Jika itulah alasannya, aku bersetuju jika salah seorang dari golongan Ulamak masuk bertanding sebagai alternatif kepada ahli-ahli PAS untuk buat pilihan. Kita tidak boleh nafikan bukan sedikit di dalam PAS yang mahukan Ulamak menduduki Kerusi Timbalan Presiden tersebut.  Maka, untuk memuaskan hati semua pihak adalah wajar seorang Ulamak tawarkan diri dan tokoh itu tidak ada yang lain melainkan Us Tuan Ibrahim Tuan Man yang paling sesuai.

Us Tuan Ibrahim Tuan Man
Seandainya Us Nik Amar yang juga seorang Ulamak menawarkan diri, maka sudah tentu undian untuk golongan Ulamak ini akan berpecah dan tentulah 'tidak adil' jika akibat pecahan undi tersebut akhirnya Mat Sabu yang menang.  Bukan bermakna aku tidak suka Mat Sabu menang tetapi aku lebih suka lihat sesiapa yang menang bukan kerana pecahan undi lawan masing-masing.  Lagi pun, perlu apanya Us Nik Amar masuk bertanding jika Us Tuan Ibrahim sudah masuk mewakili golongan Ulamak?

Seandainya berlaku pertandingan dua penjuru iaitu di antara Tuan Hj Mat Sabu dan Us Tuan Ibrahim, maka kita boleh lihat di dalam PAS siapakah yang sesuai dan disepakati oleh Jemaah untuk menduduki Kerusi Nombor Dua tersebut, samada golongan Aktivis atau pun golongan Ulamak.  Siapa pun pilihan ahli-ahli  PAS nanti kenalah terima dengan terbuka. 

1 ulasan:

  1. Saya sebagai ahli PAS biasa berpandangan bahawa Mat Sabu ini tak payahlah dicabar. dia sudah ok. Janganlah atas sebab dia bukan ulama, maka dia.harus dicantas. Sewajarnya kalaulah orang yang nak cabar Mat Sabu ini betul2 ulama tulin, lagi baik dia fokus kepada isu2 lain yang lebih mendesak.Kerja yang seumpama ini UMNO dah buat sejak dulu lagi, takkanlah kini PAS pula nak tiru. Tuan Ibrahim ini, 'heavyweight' dalam PAS, banyak perkara2 yang lebih besar dia boleh perbetulkan. Semua yang ada biarlah saling lengkap menlengkapi. Bukan cetus percanggahan.

    BalasPadam