RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 21 Disember 2013

TUNGGU APA LAGI? PRESIDEN FAM PERLU LETAK JAWATAN

MAHU tunggu apa lagi?  Sasaran FAM untuk layak di Pusingan Kelayakan Piala Dunia gagal.  Penyokong bersabar kerana kita ubah sasaran untuk Piala Asia.  Bila tiba waktunya untuk kita menyaksikan kebangkitan Skuad Bolasepak kita, kita terus gagal lagi.



Maka harapan seterusnya kita tunggu di Sukan SEA, Myanmar yang sedang berlangsung untuk kita pertahankan Pingat Emas.  Sukan SEA ni sukan yang boleh dikatakan low class la dan kalau kita dapat Pingat Emas pun tak boleh kita mendabik dada.  Namun kita tetap mengharap sekurang-kurangnya mengubat luka yang terlalu banyak sebelum ini.  

Sebelum ini banyak perlawanan persahabatan telah kita adakan termasuk menghabiskan duit rakyat buat latihan di luar negara.  Banyak perlawanan persahabatan kita tewas, dan alasan tetap sama iaitu itu bukan tumpuan atau fokus kita.  Fokus kita perlawanan sebenar di dalam pertandingan nanti.

Kita tampil di Sukan SEA sebagai pasukan yang akan mempertahankan Pingat Emas.  Kita bukan saja gagal mempertahankan Pingat Emas, malah langsung tiada pingat.  Jika ada yang berani meketakkan KPI terhadap FAM, apakah status KPI tersebut?  Dikatakan ranking bolasepak negara kita naik 4 tangga, tetapi apa ertinya jika di dalam Sukan SEA pun kita langsung tidak mendapat Pingat?  

Sudah lama kita mendengar desakan agar Presiden FAM meletakkan jawatan atas prestask buruk bolasepak negara kita.  Sehingga wujud kini Pages menuntut Presiden FAM meletakkan jawatan.  Mengapa hanya jurulatih atau pegawai saja yang terpaksa di kambing hitamkan?  

Kali ini, kita desak lagi Presiden FAM tolonglah letak jawatan segera.  Kita mahu Presiden FAM adalah individu yang betul-betul minat dengan bolasepak dan selalu turun padang menyaksikan pemain-pemain kita turun bermain, bukan hanya datang sewaktu Final sahaja.  Kita mahu individu seperti Datuk Anuar Musa sekurang-kurangnya menjadi Presiden FAM kerana terbukti beliau amat berminat dengan bolasepak dan mempunyai banyak idea untuk bangunkan bolasepak sepertimana yang beliau lakukan ketika menerajui Red Warrior Kelantan.  

13 ulasan:

  1. kat mesia jer ader presiden seumur hidup bola ... tak ke bodo tu nama nyer ... ha ha ha ... selagi ader presiden seumur hidup selagi tu lah sukan bola mesia tak maju ke mana ha ha ha !!!!

    BalasPadam
  2. bebaskan sukan dari politik dan raja.lantik mereka yg betul2 profesional untuk terajui apa saja bidang sukan,aku percaya pasti berjaya!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. institusi Raja tak perlu libatkan diri dengan memegang jawatan tertinggi..bagaimana nak mesyuarat jika kita gunakan patik dan tuanku...nak hentam presiden takut dikatakan durhaka..akhirnya sukan seperti bola sepak jadi macam makyong diistana...rakyat biasa sahaja perlu jadi presiden sukan terutama sukan bolasepak jika kiata rakyat mahu lihat bolasepak kita setanding Britain.

      Padam
  3. Nanti ada pulak pembaca tuduh ni semua kempen "Menggulingkan Institusi Sultan & Raja Melayu" le pulak ???

    ho ho ho ...Selagi pemimpin yang atas dah 'mati pucuk' tentunya le orang-orang kanan, kiri, bawah dia pun imkompeten sana sebab dah "mati akal" + "tahu kipas" saja untuk tembuluk masing-masing saja.

    Idea ada TAPI kerja tak efisien, lebih kurang...banyak "wayang" saja.

    BalasPadam
  4. aku amat setuju jika datuk anuar musa mengantikan presiden fam sekarang (SERTAMERTA)

    BalasPadam
  5. Setuju sangat2 Preseden diTUKAR. Jgn hamba dituduh hina sultan pulak.

    BalasPadam
  6. aku setuju presidem Fam diganti org baru...x kira dr kalangan raja atau org politik. klu or poltiik, cari yg bebas dr memegang jwtn yg byk, hanya keutamaan fokus pd FAM.

    BalasPadam
  7. aku suka komen Hanz Azdi..nnti ada makhluk kata " Kempen Nak Menggulingkaj Institusi Sultan & Raja Melayu'...kah.,kah..kah..Bingai, bengap lain yg dickp ..lain yg dia buat...

    Teringat kisah Sultan...dlm eksperimen Wolfgang Kohler..tu lagi hebat???

    BalasPadam
  8. Persatuan Sukan dan Olahraga tak perlu Raja dan Menteri jadi Presiden kerana persatuan jenis ini terbuka untuk dikritik dan menerima pandangan peminatnya.Yg wajar memimpin adalah bekas-bekas olahragawan yg punya kebolehan, nama, pengalaman dan sedia menerima kritikan orang ramai.Inilah salah satu kelemahan organisasi sukan dan olahraga dinegara ni.Contoh: FAM - dlm AJK FAM tak siapa yg berani bersuara sebab takut "derhaka" dan lebih teruk takut dicap "anti-Sultan".Lebih baik "ikut" sahaja, kalau nasib baik boleh dapat "Dato".FAM tidak terkecuali, banyak lagi persatuan sukan dan olahraga yg menerima nasib sama.Dengan senario bagini tak munkin taraf sukan dan olahraga Malaysia boleh maju seperti diKorea, Jepun dan Thailand. Lihat Sukan SEA baru-baru ni diMynmar - Thailand meragut 107 Emas,Malaysia tak dapat separuh pun dari yg dimenangi Thailand, itu pun dah riuh dlm.akhbar tempatan.

    BalasPadam
  9. kualiti bolasepak malaysia semakin teruk, presiden dan koncu2nya bertanggungjawab, so letak jawatan .... kalau tidak kita jangan beri sokongan kepada team negeri dan team kelab yang ada .... membazir je .....

    BalasPadam
  10. garamlada.blogspot.com23 Disember 2013 pada 6:23 PTG

    Eloklah semua yang rasa bertanggung jawab di FAM terutama Presiden melepaskan jawatan di FAM. bagilah peluang kepada mereka yang lebih bertenaga dan beridea untuk mencemerlangkan sukan no satu negara itu. Kami dah bosan dengan pelbagai perancangan yang tidak menjadi dan tiada idea dari pengurusanFAM sekarang. Hormati tuntutan rakyat!

    BalasPadam
  11. Kalau betul nak ubah fam, mulai 2014 pakat semua boikot liga bolasepak. Jangan sorang pun pergi stadium. Biar stadium kosong dua tiga bulan. Biar jwtnkuasa fam je jadi penonton. BUkan rugi pun tak tengok bola kat stadium.

    BalasPadam