RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 24 Februari 2014

MARAHKAN ANWAR, RIDHUAN TEE HINA KAUM MELAYU?

AKU tahu lama dah Ridhuan Tee ini memang kuat ampu Umno, bahkan dia merasakan dia paling "melayu' dari Melayu.  Spesis pemikiran yang bercelaru Ridhuan Tee ini maka beliau gemar menggunakan perkataan "kiasu" kepada musuh politik Umno sedangkan beliau sikit pun tidak boleh buktikan golongan "kiasu" yang beliau sebutkan itu ada kes rasuah, penyelewengan, pecah amanah atau sebagainya berbanding pemimpin Umno yang beliau jilat itu.  Itulah Ridhuan Tee.



Aku ada membaca kenyataan terbaru beliau di dalam Malaysian Insider di mana beliau merasa tidak duduk senang mendengar khabar DS Anwar bercakap politik di dalam Gereja.  Baca di SINI.  Oleh kerana pemimpin Umno itu teramat bencinya mereka kepada Anwar, maka Ridhuan Tee yang pengampu tegar ini pun ikut rentak mereka walaupun ada yang gelar beliau "ustaz".  Beliau menyatakan;

"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka. 

"Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!" tulisnya. 

Tidak pasal-pasal bangsat ini menghina kaum Melayu.  Kita tidak kisah beliau berbangsa Cina kerana suku atau bangsa ini di luar kehendak kita, itu semua kuasa Allah Maha Pencipta.  Kita pun tidak pernah sentuh soal bonda Ridhuan Tee pun tetap Cina dan tidak Islam.  Iman itu anugerah Allah, taufik dan hidayah datang dari Yang Maha Esa.  Namun, sewajarnya Ridhuan Tee bersyukur dengan "keCinaannya" yang mendapat rahmat Islam.  Amat malang beliau mengaku Islam tetapi tingkah laku umpama anjing mencari makan dari bangkai-bangkai di jalanan dan longkang.

Di dalam menghuraikan soal memasuki Gereja, sepatutnya beliau kemukakan hujah atau nas yang melarang umat Islam memasuki Gereja walaupun untuk berpolitik.  Jika Ridhuan Tee menganggap umat Islam tidak boleh memasuki Gereja dan bercakap soal politik, itu membuktikan bahawa Ridhuan Tee mengiktiraf akidah Umno iaitu Islam dan politik itu terpisah.  

Salahkah Anwar berpolitik di dalam Gereja kerana Anwar percaya bahawa politik itu adalah sebahagian dari agama, dan di Gereja kita boleh bercerita kepada mereka kebaikan Islam dan politik yang bersatu padu sesama manusia berbilang kaum dan agama?  Salahkah Anwar memberitahu Gereja bahawa Islam tidak membenarkan ugama lain dihina apatah lagi secara fizikal dengan melakukan tindakan provokasi memainkan sentimen keagamaam?  

Apabila Anwar ingin menjelaskan kepada Gereja bahawa prinsip PR adalah menghormati kepercayaan agama lain, bagi Ridhuan Tee itu adalah politik yang 'haram' untuk orang Islam lakukan di Gereja.  Tetapi tindakan serbu dan merampas Bible di dalam stor Gereja oleh sekumpulan umat Islam itu boleh dan diperbolehkan walaupun Bible itu ada kelulusan KDN.  Tanpa rundingan, tanpa dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri atau Exco yang berkaitan, puak ini bagai lanun rempuh Gereja.  Bab ini Ridhuan Tee tidak ulas sebab dia tahu itu lah taktik terbaik untuk pecah belahkan perpaduan.

Ulasan bangsat Ridhuan Tee tanpa hujah yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith menjadikan beliau dilihat tidak ubah seperti Ibrahim Alkataki dari Perkasa.  Apa sahaja yang Anwar buat, tetap Ridhuan Tee anggap salah.  Apa sahaja Bik Mama buat, Ridhuan Tee tergagap-gagap atau berkias-kias untuk menyatakan haram.  Atas sebab inilah aku sedikitpun tidak berminat melihat rancangan Pencetus Ummah bukan kerana para pesertanya, tetapi kerana host yang dipilih itu adalah Ridhuan Tee yang tidak patut digandingkan dengan para peserta yang jauh lebih bermaruah darinya.  Kena pula rancangan tersebut menjemput Kazim Elias sebagai Juri.  

Penghinaan Ridhuan Tee terhadap Melayu seperti yang beliau sebutkan itu menjadikan Ridhuan Tee lebih hina dari kaum Cina.  Oleh kerana kebenciannya terhadap Anwar, beliau menghina Melayu.  Aku meluat dengan Ridhuan Tee gampang ini, tetapi sesungguhnya aku tidak akan hina kaum Cina walaupun aku tahu Ridhuan Tee tetap berbangsa Cina sampai mampus nanti. 

23 ulasan:

  1. Mmg tepat apa yg dikata oleh RT. Tepat kena pd btg hidong spesis melayu yg tak sedar diri skrg ini. Baru tersentak melatah meroyan dibelasah sebegitu oleh cina muaalaf berkenaan.

    Spesis melayu tak sedar diri skrg ini lebih mementingkan politik nak menjatuhkan musuh tidak sealiran daripada menegakkan maruah agama dan bangsa, sanggup bersekongkol dgn kafir laknatullah yg terang2 tanpa rasa takut dan rasa bersalah mencampuri urusan Addin..

    Buta kah kamu sekalian???

    BalasPadam
  2. Zombies mmg buta......kikikik

    BalasPadam
  3. Dari tahun 2010 lagi, apabila Kerajaan Persekutuan menyatakan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang terancam dan bakal berhadapan dengan krisis besar, Pakatan Rakyat tidak langsung mencari jalan untuk mengatasinya, sebaliknya menyatakan Projek Langat II yang menjadi isu pada ketika itu adalah mekanisme untuk para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional melantak duit rakyat. Projek itu sendiri kata mereka bukanlah satu projek perlu.Apabila Kerajaan Persekutuan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk melantik kontraktor dan konsultan mengendalikan dan menguruskan Loji Air Langat II bagi membolehkan projek itu diteruskan, lain pula helahnya.Kata Pakatan Rakyat, mana mungkin Selangor kekurangan air mentah. Apatah lagi air banjir, air di takungan dan empangan selain air lombong dan kolam yang terdapat di seluruh Selangor mencukupi untuk keperluan domestik tanpa perlu mengimport air mentah dari Pahang.Penjelasan demi penjelasan tentang ketidaksesuaian air mentah yang dimaksudkan oleh Pakatan Rakyat, tidak dihiraukan, bahkan mereka semakin galak pula menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah terlalu terdesak untuk mencari duit.

    Empat tahun kemudian, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor sendiri, bermula esok, catuan air akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor!Mana pergi kesemua air lombong, air kolam, air banjir dan air di takungan seperti yang digembar-gemburkan pada tahun 2010 dahulu? Mana perginya suara Elizabeth Wong, Xavier Jeyakumar, Halimah Ali dan sebagainya yang mempertahankan kenyataan bahawa Selangor tidak akan mengalami krisis air, bahkan bekalan air mentah mencukupi sehingga 2019 bukannya 2014????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bukti siapa sebenarnya yg mempolitikkan isu air. PRU13 BN di kutuk hebat PR kononnya sengaja menimbulkan isu air. Hinggakan rakyat Selangor mula mempertikai dan membenci BN Selangor yg dianggap cuba bermain kotor.

      Tahun ini dgn kuasa Allah swt, peristiwa ini benar2 terjadi. 

      Padam
    2. Apabila negeri selangor nak beli syabas dan puas serta puncak niaga ari tu nape tak sey jual bila dah susah baru dok gaduh-gaduh,kutuk sepatutnya dah senang lenang maka duit hasil jualan.Serah semua harta dan masalah kepada Kerajaan Selangor.Sayang nak lepaskan itik bertelor emas.

      Padam
  4. Kalau macam tu Ust Ridzuan Tee...... Taukeh babi atau penyembelih babi tidak akan mati sampai bila-bila lah sebab Malaikalmaut tidak masuk ke Pasar Babi atau rumah Penternak Babi sebab Haram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh punya beruk. Nak buat lawak tgk keadaan laa.

      Padam
    2. Kita pakat doakan agar kemarau terus-terusan sehingga akhir tahun,baru le orang islam akan sedar kuasa Allah.Bala Allah terkena kepada semua orang yang baik dan jahat yang islam dan juga kafir.Terlalu banyak maksiat diSelangor dan KL.

      Padam
  5. Kahkahkahh...masih tak hilang bodohnya Cai Umno....dia ingat Kjaan Sgor tu ade kuasa penuh atas Syabas dlm isu air? Baca la sikit kasi cerdik beb....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah....mmg spesis bahalol la puak melayu yowtai ni. Mmg la kjaan Selangor takda kuasa atas syabas. .tp bertanggung jawap atas sungai yg air nya di proses oleh syabas.

      2 47 kecik2 tak mau MAMPOSS dah besar menyusahkan manusia

      Padam
  6. Apa la bengapnye Ridhuan Tee....masuk gereja pun salah? Tak baca ke kisah para sahabat? Tu la..mngaji malas...bodoh piang. Zaman khalifah Islam dulu pun ada yg masuk gereja. Kalau betul itu salah, mngapa majlis ugama Islam atau JAKIM tak tangkap Anwar masuk gereja? Jgn jadi bodo sgt....

    BalasPadam
  7. inilah yg d katakan dulu itik bila da jadi ayam habis semua itik d kutuknya. terlebih ayam drpda ayam...

    BalasPadam
  8. la br tau ke kek 1malaya nie yg byk dapek gelaran phd tu bukan semuanya pandey...psl mmg senang untuk dpt phd kek 1malaya nie..sapa kata susah...kah..kah..kah..? paling senang la..ada yg mmg fail..di suruhnya buat pembetulan sehingga 1-2 thn...la klu kek overseas...fail is fail la...kek 1malaya hancus, hampeh..tu yg jadi mcm sekor di atas tu...mana dapat phd dia...kek universiti 1malaya la..tu yg biol sangat hujahan dia tu...BAHLOL TAHAP ANJING LA...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nih apa punya bangang merepek meraban ni 7.39. Mabuk holy water ya...kahkahkah

      Padam
    2. tu la ko anon 1.52 ptg..bodoh bahlol..tolol...ko baca apa yg dia tulis tu..tahap kematangan simamat tie nie bukan hanya hebat sangat pun...mamat anon d7.39 nie menceritakan apa yg terjadi kek 1malaya punya universiti- tu yg menghasilkan ahli akademik yg biol cam mamat tee dan ko jugak anon 1.51ptg...bahlol nak mampus..ko ada baca kupasan simamat biol tee tu tidak menyeluruh...klu dia sorang ahli akademik semua dia sapu tiada yg tertinggal la nie sibuk hanya pada sorang aje..apasal? itu namanya partisan memihak- so adakah itu kematangan? aku ingat ko nie lulusan dlm negeri yg bangang spt mamat tee nie...biol yg meloyakan...gi tgk academician yang tidak berpartisan di luar cam ne mereka hebat bukan spt simamat tee kebiolan cam ko juga anon 1.51ptg...? FIKIRKAN LAH...

      Padam
  9. eeehh phd tahap taik , pun nak hairan, tinggok muka pun macam cibai, orang melayu bodo umno saja yang percaya ini apek.

    BalasPadam
  10. Ulama paling tak boleh dipercayai, cakap bukan macam orang islam. Bila PM buat, bisu seribu bahasa. Yang haram tak pernah tegur, jangan lah hidup suka mengampu, berdosa jawapnya. Ilmu saja tinggi tetapi kosong pemikiran. Ada berani cuba berdebat dengan Dr MAZA, dia lagi netural. Yang salah tetap salah, itu yang dikata ustaz tulin... bengang punya manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sapa kata mamat cina nie ulamak...setahu aku ularmak ada la...basic dia sains politik, lps tu buat diploma pengajian islam, master dan phd sains politik bila la si mamat cina setaraf dgn ulamak- ularmak ada la...? ularmak..king cobra..kah..kah..kah..?

      Padam
  11. Kah..kah..kah..mcm2 komen zombies DAP dlm blog ni. Semua tulis tak pakai otak. Mcm bagus je

    BalasPadam
  12. Ingat lagi bagaimana hebatnya Pakatan Rakyat memberikan sokongan dan mengangguk-angguk macam burung tukang cagut ulat di batang kering apabila Khalid Ibrahim memberitahu, hasil kajian dan siasatan yang dijalankan oleh konsultan yang diupah khas oleh Kerajaan Negeri Selangor, terdapat 17 lombong yang airnya lebih murah untuk dirawat dan disalurkan bagi kegunaan di Lembah Kelang?Konon-kononnya kos rawatan air lombong itu jauh lebih murah berbanding rawatan ke atas air sungai.

    Menariknya sekarang ini, seluruh penduduk Lembah Kelang terpaksa berhadapan dengan catuan bekalan air terawat kerana Khalid Ibrahim dan Pakatan Haramjadah hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai buat kerja. Mereka hanya berbangga-bangga kerana hebat berceramah, bercakap, berjanji dan gelembong kosong seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, sedangkan hasil kerja adalah KOSONG!

    Mana air lombong? Mana 17 lombong yang kononnya boleh menampung bekalan air mentah untuk dirawat dan disalurkan kepada penduduk di Lembah Kelang???

    BalasPadam
  13. Blog tenook paling bangang, badigol, langsiuuul.....!
    Ko kalo marah sangat kat RT bagi bola tanggung buat pe? Bodo piang pong boleh bagi smash kat dahi lu la biool. Wokfauzdin, lu pencacai dsai, langsiuuul, badigol....?
    Ko marah sangat pasal RT bagi smash bila dsai main bola tanggung kan, kan, kan!
    Apo yang ko tulis tu, hanyalah membuka pekong altokpekong kat dada lu woooi!
    1jijah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro8.56..bwk bersabar..

      Kang jap lg timbul zombies belacan dari spesis melayu yowtai terkam lu bro. He he

      Padam
  14. mengapa harus marah melayu masuk gereja ,salahkah seorang anak melayu masuk gereja ?.lihatlah keadaan dan tujuan seseorang itu dulu.kita tak boleh semborono menjatuhkan hukum.ambillah keadaan saya,saya melyu beragama islam menghantar ibu mertuaku kedalam gereja kerana beliau mahu menunaikan kewajibanya sebagai kristian,adakah saya kristian?.isteri saya berkata keikhlasan saya menghantar ibunya kegereja semoga allah swt.akan memberi hidayah pada ibunya atas kebaikan suaminya.,adakah perbuatan isteri saya memesongkan akidahnya?.pendakwah islam seharusnya berfikir diluar kotak pemikiran untok mengamit bukan islam berasa senang dan tenang untok berbicara pasal islam.siasah itu islam islam itu siasah berpisah tiada.

    BalasPadam