RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 19 Februari 2014

MENJAWAB TULISAN US NASRUDDIN TANTAWI BERKAITAN "UG" DAN "KONSENSUS NASIONAL"

AKU membaca tulisan YB Ustaz Nasruddin Tantawi, MP Temerloh yang juga AJK Dewan Ulamak PAS Pusat di dalam akhbar Harakah (17-20 Feb 2014) yang bertajuk "Konsensus Nasional 5 Tahun Terlewat?".  Oleh kerana tajuk itu berbentuk 'soal' (?), ertinya beliau sendiri mahu diberi jawapan atau beliau ingin memberikan jawapan di atas tajuk berkenaan.  Rengkasnya, tulisan beliau bebas untuk kita ulas.

Pada pendapat aku, YB Nasruddin terlebih dahulu mesti tahu apakah yang dimaksudkan dengan "Konsensus Nasional' itu, apakah yang terkandung di dalamnya, apakah konsepnya dan berbagai perkara lagi sebelum beliau ingin menyebut bahawa "Konsensus Nasional" itu bersamaan dengan "UG" (Unity Government) yang dikatakan oleh beliau pernah diusahakan oleh PAS semenjak tahun 2008.  Benarkah ianya sama?

YB Us Nasruddin Tantawi
Jika Us Nasruddin menyebut bahawa "UG" pernah cuba diwujudkan pada tahun 2008, aku lantas teringat kisah "rundingan dalam kelambu" di Selangor sejurus selepas PRU ke 12.  Ketika itu, tiada siapa yang tahu terutamanya di kalangan rakan-rakan di dalam PR, bahkan dikatakan ada pimpinan di dalam PAS sendiri tidak tahu adanya "rundingan di dalam kelambu" ini telah diusahakan di Selangor di antara PAS dengan Umno Selangor.  Mungkin peristiwa ini lebih diketahui kisahnya oleh Dr Hassan Ali yang ketika itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Nasa (Timbalan Presiden PAS waktu itu) dan kita boleh dengar sendiri kisah ini dari YB Khalid Samad yang banyak mengisahkan tentang rundingan yang menjadi asas kepada cerita "UG" itu.

Jika itulah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Us Nasruddin Tantawi, ertinya terlalu jauh bezanya dengan "Konsensus Nasional" yang cuba diusahakan oleh DS Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang sekarang.  Perbezaannya adalah dari segi matlamat "UG" itu sendiri pada waktu itu (merujuk kepada kejadian di Selangor).  Pak Lah selaku PM, akhirnya mengaku bahawa lebih dari sekali pertemuan telah diadakan oleh PAS dengan Umno.  Mungkin Nawaitunya baik, tetapi kaedahnya tidak bijak samasekali.  Apakah rundingan untuk bekerjasama dengan Umno untuk mentadbir Selangor tanpa memaklumkan kepada rakan-rakan di dalam PR yang telah sama-sama bersusah payah merampas Selangor dari Umno/Bn itu bijak?  Ada cerita menyebut bahawa sekiranya rundingan itu berjaya, MB Selangor adalah dari PAS, Timbalannya pula adalah Umno kerana Kerusi di dalam Dun Selangor waktu itu cukup untuk berbuat demikian tanpa perlu sokongan dari PKR dan DAP.

YB Khalid Samad - lantang tolak "UG"
Alhamdulillah, rahsia ini terbongkar juga di mana majoriti pimpinan PAS amat tidak senang dengan kaedah sedemikian rupa.  Menendang kawan untuk mendapatkan kuasa memerintah itu bukan cara sebuah Parti Islam, ini disuarakan di dalam Muktamar PAS.  YB Khalid Samad (MP Shah Alam sekarang) adalah di antara yang paling lantang menolak "UG" sedemikian rupa.  Beliau pernah menceriitakan bagaimana Dr Hassan Ali waktu itu amat marah kepada beliau kerana kegagalan cita-cita tersebut.  

Secara rengkasnya, "UG" dengan Umno waktu itu gagal kerana majoriti ahli PAS sendiri tidak sanggup untuk mengkhianati rakan-rakan mereka dari PKR dan DAP.  Kisah seakan-akan seperti ini berlaku juga di Perak sebelum kejatuhan Kerajaan PR oleh para pengkhianat dari PKR dan DAP.  Ada cubaan untuk merealisasikan "UG" ini secara sulit juga tanpa pengetahuan rakan-rakan dari PR.  Ini disebut oleh Us Ahmad Awang di dalam Muktamar PAS selepas kejatuhan Kerajaan PR di bawah YB Nizar.  Walaupun Us Ahmad Awang tidak sebut secara terperinci atau panjang lebar, kata-kata beliau sudah cukup menggambarkan "UG" yang cuba dibawa ke Perak itu amat tidak disenanginya.

Sekali lagi aku cuba memikirkan apakah ini yang dimaksudkan oleh Us Nasruddin Tantawi bahawa "UG" bermula dari tahun 2008 itu adalah sama dengan "Konsensus Nasional"?  Konsensus Nasional adalah kerjasama di antara PR (PKR, PAS dan DAP) dengan kerajaan (Umno/Bn) di atas beberapa perkara untuk memberi kebaikan dan faedah kepada rakyat tanpa sedikitpun melibatkan gabungan kerajaan bersama atau ertikata lain kerjasama politik.  Ianya juga tidak rahsia kerana semua pimpinan PR telah dimaklumkan perkara ini.  Bahkan, Us Nasruddin Tantawi sendiri di dalam tulisannya menyebut bahawa Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang juga dijemput untuk hadir bersama berbincang.  Masalah Presiden PAS "uzur" atau disebut oleh Us Nasruddin Tantawi 'menguzurkan' diri itu, itu perkara lain.  Pokoknya, rundingan peringkat awal untuk merealisasikan "Konsensus Nasional" ini tidak menjadi rahsia pun di kalangan PR.  Itu beza dengan "UG" tahun 2008.

Konsensus Nasional seperti yang kerap disebut oleh DS Anwar itu adalah untuk PR bersama-sama dengan kerajaan bagi mengatasi beberapa masalah terutamanya masalah yang kritikal sekarang seperti masalah perkauman, keselamatan termasuk sentimen agama yang semakin hebat diprovokasikan oleh pihak-pihak tertentu.  Tentunya beberapa isu ekonomi, pendidikan, hak asasi dan sebagainya turut dimasukkan di dalam agenda atau fokus "Konsensus Nasinal" ini.  Tiada satu pun agenda untuk membentuk kerajaan bersama atau pembahagian kuasa politik di antara PR dan Umno/Bn.

Maaf, jika "UG" yang aku tafsirkan tahun 2008 itu bukan "UG" yang Us Nasruddin Tantawi maksudkan.  Apakah ada "UG" lain yang tidak dirahsiakan?  Wallahu Aklam. 


7 ulasan:

  1. UG Sngor dan UG Prk adalah ilham dari Umno utk melagakan PR.....

    UG yang sebenar adalah apa yg diilhamkan TG Presiden ketika Najib baru bercita-cita merampas takhta daripada Pak Lah.

    Daripada membiarkan Najib yang tiada asas agama ingin terus menerus menggadai maruah negara seperti yang telah dia dan rosmah lakukan hingga hari ini, ada baiknya Pak Lah berUG bersama.

    Malangnya gang2 najib terutamanya Mahathir menghasut sehinggalah beberapa pemimpin utama PKR dan Dap termelatah sekali.

    Akhirnya rosmah yang kenyang membuntat !

    wallahualam

    BalasPadam
  2. ye ke PKR dan DAP melatah? Setahu kita org Hassan ali jumpa Khir Toyo nk perintah bsama kat Sgor. Hassan Ali nk jd MB Sgor, Timb Khir Toyol. Alhmddlah, Allah selamatkan PAS dari kjasama tersebut. Jika tidak, mana PAS nk letak muka bila terbongkar kes Khir Toyol seperti skrg? Allah dah tunjuk bahawa Umno bukan sahabat PAS sebenarnya...jika betul Pak Lah tu nk berbaik dgn PAS...tentu dia pjuangkan royalti TGanu dan Kelantan tu...tapi dia buat tak tahu je sampai skrg.....itulah khianatnya PAS pd Umno...takkan tak serik kot...

    BalasPadam
  3. sepeupu khairy, bukan setakat pkr dan dap melatah je,sampaikan terlompat2 tgk habuan mcm kes perak dan di negeri2 lain.

    kedah jatuh pun salah satu punca utamanya terlompat2 pkr dan dap selepas pru 13

    BalasPadam
  4. Terajang keluar je puak2 UG ni...
    Jenis pembelot dlm dlm kelambu...

    BalasPadam
  5. punca rampasan adalah kes lompat2 di beberapa negeri,semua tau siapa khianat siapa...

    tahniah kerana telah belajar seni politik,tindakan awal adalah 'kajang move'.

    tapi jgn hanya rafizi dan anwar je main peranan,yg lain2 jd kerbau balo je

    BalasPadam
  6. itu pandangan tuan dan teman2. jgn lupa, ramai juga yg menyokong pimpinan pemuda dan ulamak.apa yg pasti,saya slalu baca dan lihat kumpulan yg benci puak 'UG' ni memaki dan mencarutkan ulama melainkn tg nik aziz saje yg mrk sanjung.

    BalasPadam