RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 20 Februari 2014

MB SELANGOR - USTAZ HADI PUJUK KHALID? MENGAPA PERLU GUSAR?

AKU ada terbaca Tweet dari MSO (Mohd Sayuti Omar), berbunyi " Ekoran kerja senyap2 Hj Hadi kecek Khalid agar jgn letak jawatan bagi halang Anwar jd MB, elok kalau beliau buat kenyataan terbuka". (Twitter)

Perlukah aku melatah?  Atau aku hanya perlu diamkan saja?  Atau aku boleh tidak percaya atau boleh percaya dengan berita yang dibawa oleh MSO?  
Tidak salah sesiapa pun di kalangan kita suka kepada seseorang atau tidak suka kepada seseorang.  Tuan Guru Hj Hadi boleh saja suka kepada TS Khalid, dan beliau juga boleh tidak suka kepada TS Khalid.  Tuan Guru Hj Hadi tidak boleh kita paksa untuk menyukai DS Anwar atau sebaliknya.  Itu perlu kita terima.  Sesiapun mesti begitu, jangan kita tentukan siapa yang patut orang itu suka atau tidak suka.

Andainya DS Anwar Ibrahim suka kepada Tok Guru Nik Aziz, kita tidak boleh paksa Anwar untuk lebih menyukai Tuan Guru Hj Hadi.  Andainya Tuan Guru Hj Hadi lebih suka TS Khalid jadi MB Selangor berbanding DS Anwar, itu adalah hak peribadi Presiden PAS itu.

Jadi, apa yang tidak kena?  Jika benar, diulangi jika benar ada pujukan dibuat agar TS Khalid jangan lepaskan jawatan MB Selangor, itu juga tidak salah.  Andainya Tuan Guru Hj Hadi lebih suka TS Khalid jadi MB, memanglah wajar memujuk TS Khalid kekal di situ.  Serupa juga, ada yang lebih suka Anwar jadi MB Selangor, mereka akan sedaya upaya memujuk Anwar menjadi MB.  Jadi, apa masalahnya?  Tiada masalah, itu hak masing-masing.

Bila berlakunya sedemikian, akhirnya masing-masing mahu tidak mahu, suka tidak suka terpaksa terima keputusan majoriti di dalam PR.  Itu pun jika mahu menghormati keputusan bersama, dan ketepikan kehendak peribadi atau kumpulan.  Ada yang mahu Khalid kekal menjadi MB, ada yang mahu agar Anwar diberi peluang menjadi MB, dan tidak mustahil ada yang menolak kedua-duanya dari menjadi MB dan mahu orang ketiga diketengahkan.  Itu pun tiada masalah, boleh saja kerana masing-masing ada hak untuk nyatakan sokongan.

Contoh, Hj Hadi mahu TS Khalid dikekalkan menjadi MB Selangor.  Azmin Ali mahu Anwar menjadi MB Selangor.  PAS Selangor pula mahu Iskandar Samad menjadi MB Selangor.  DAP tentunya tidak boleh mencalonkan wakil dari DAP untuk menjadi MB Selangor kerana di Selangor DAP tiada wakil Melayu Islam.  Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menetapkan Melayu Islam sahaja yang boleh dilantik menjadi MB.  Maka, mereka semua tentulah sedaya upaya cuba untuk menaikkan calon MB Selangor pilihan masing-masing.  Tentu saja ada strategi dan kempen dilakukan, termasuk memujuk dan sebagainya.  Itu tidak salah sebenarnya.  Buat DAP pula, tunggu dan lihat siapakah calon-calon yang dikemukan oleh PAS dan PKR untuk menjadi MB Selangor. 

Setelah masing-masing letakkan calon pilihan masing-masing, tentunya PR akan berpakat dan kesemua Adun di dalam PR di Selangor akan diberi hak untuk memilih siapa paling layak untuk menjadi MB Selangor.  Waktu inilah kita boleh melihat kesepakatan kita sesama PR samada boleh terima keputusan majoriti atau tidak.  Waktu itu, lupakan saja kehendak peribadi atau kumpulan dan terimalah keputusan majoriti sesama kita.  Ertikata lain, tiada calon lain yang bakal menjadi MB Selangor kecuali dari PR iaitu PAS atau PKR.  Rugikah jika berlaku begitu walaupun ianya bukan dari calon kehendak kita?  

Jika Anwar menang di Kajang, Kerusi PKR tetap kurang satu daripada PAS.  PAS ada 15 Kerusi, PKR ada 14 Kerusi (jika, InsyaAllah, menang di Kajang) dan DAP ada 15 Kerusi.  Umno/Bn hanya ada 12 Kerusi sahaja.  Secara metamatiknya, undi dari Adun DAP amat penting bagi menentukan siapa MB Selangor.  Itu pun jangan salah tafsir, kerana mungkin tidak semua Adun dalam PKR akan suka dengan Anwar begitu juga mungkin tidak semua Adun dari PAS yang tidak suka Anwar jadi MB.  

Kesimpulannya, buatlah apa sahaja pilihan tetapi jangan lupa kita di dalam PR wajib mematuhi kehendak majoriti di dalam PR khususnya di dalam isu MB Selangor.  Jika ini boleh dipatuhi, InsyaAllah, PR akan diyakini oleh rakyat jelata.


13 ulasan:

  1. Bagus pandangan tuan.

    BalasPadam
  2. Tuan,masalahnya apa tanggapan semua penyokong PR .sesuai kah dalam keadaan sebegini Hj Hadi(kalau benar)pergi memujuk Khalid,Dimana sepekatan dalam pasukan PR.Jangan bina masalah .Apakah Hj.Hadi juga tidak setuju DSAI menjadi Menteri Besar.Biarlah hanya Pemuda Pas sahaja yang menunjukan tidak matang dalam berpolitik.Belajarlah dengan Tok Guru Nik Abd Aziz.Seorang pemimpin yang memahami dalam apa juga keadaan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. saudara/i... bila tang Hj hadi blh pertikai dimana kesepakatan PR. Bila Anwar buat kajang move sendiri tak beritau pemimpin tinggi PAS n Dap (cuma beritau org2 tertentu) di pusat atau Selangor tak fikir pula kesepakatan buktinya Lim Guan Eng n Hj Hadi dan org2 pas selangor tak diberitahu. kononya strategi

      Padam
  3. laaaa ni apa pulak masalahnya.Wahai pemimpin PR mari kita tumpukan perhatian dalam usaha mengekalkan kemenangan PR dalam PRK Kajang. Tau tak mengapa spr sengaja melewatkan tarikh pengundian? salah satu sebabnya nak bagi hangpa bergaduh dulu bertelagah sesama sendiri pastu senangla musuh ambik kesempatan atas kamu.itu pun tak boleh baca ka? Takkan dah lama dalam politik tak boleh faham kut...aku dok tengah motong getah nipun boleh faham....aku pengikut tegar PR pun kadang2 rasa nak bagi penampar sorang sedas kat pemimpin2 yang perasan pandai dan tamak ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta maaf la.... secara pribadi saya biokot prk kajang.... sesudah bersusah payah memenangkan dun kajang dlm pru13 ini yg terjadi... menyerah kemenangan demi kepentingan peribadi org tertentu.... kalau demi rakyat sudah tentu tidak akan terjadi prk.... berapa pula duit yg harus dibelanja...??? Untuk senang keputrajaya itu sekadar alasan... kenapa sampai perlu membelakangkan rakan pakatan pas dan dap bukankah mereka mereka juga sahabat @ anggota pr.... kenapa masa nak pilihanraya ni sibuk nak bantuan buat la sendiri....

      Padam
  4. Boikot je la kalau tak setuju

    BalasPadam
  5. Hj.hadi adalah pemimpin tertinggi pas.tindakan beliau bukan individually. itu kputusan bersama pimpinan di s'ngor, pemuda dan ulamak. so,ahli2 mesti patuh.kalau rasa lebih pandai x perlu sokong pas.sila jadi ahli pkr atau mane2 parti yg korang suke.tolong jgn pecahbelahkan pas...

    BalasPadam
  6. sy cadangkan sokong BN je dikajang,. senang skit BN nk kerja.. dah suma benda yg PR buat tak leh sepakat.. ade je tak kena.. nak naikkan parti ke nak tolong rakyat ni.. wake up la.. org kt bwh tgh susah ni.. kalau la TG Hadi bertanding kt DUN selangor, rsanya pimpinan PAS xnk angkat ke.. hurmmm

    BalasPadam
  7. Tak payah sokong BN dan tak perlu undi DSAI. Kalau dia menang pun dikhuatiri tak lama lg kena PRK lagi bila DSAI dibawa masuk keistana hinggap dia yg berhampiran

    BalasPadam
  8. Sbb itulah aku baca artikel ini utk tenangkan fikiran. Betul la tu, PAS ada hak buat pilihan samada itu kputusan peribadi mahupun kputusan parti. Itu hak mereka. Tapi PAS juga kena hormati hak rakan2 yg lain. Bab tak mklum pd PAS tu, telah dimklumkan awal kpd SUA PAS, Mustafa Ali. Mungkin mustafa Ali memikirkan ini soal strategi maka beliau tidak mahu hebuhkan kpd pimpinan yg lain. Dlm PKR pun bkn semua pimpinan tahu, sbb tu hnya bberapa org saja atur strategi ini tetapi bukan dirahsiakan kpd PAS atau DAP. Pmimpin kanan telah dimklumkan awal seblm kerusi tersebut kosong, cuma mklumat itu tak sampai ke bawah kerana jangkamasa diatur singkat agar strategi diatur tidak dpt dikesan musuh. Merahsiakan strategi seperti ini bukannya khianat, yg khianat tu macam PAS berunding dgn Umno di SGor dulu utk tubuhkan KJaan bersama sewaktu Hassan Ali jadi Pesuruhjaya PAS SGor. Itu mmg kompom khianat.

    BalasPadam
  9. Apa bezanya Hj Hadi dan Din Ayam? Ayah mertua dan menantu. Keputusannya, Hj Hadi = Din Ayam. Tiada sahaja Tuan Guru Nik Abd Aziz di dunia ini kelak, PAS akan berkubur dengan cabaran politik masa kini dengan idea-idea dan perangai buruk geng-geng UG +K (Ulama Gila + Kuasa).

    BalasPadam
  10. sebok kata Tuan Guru pujuk Khalid kekal MB ni betul ke Tuan Guru ada pujuk ? benda yang tak pasti betul/tidak tak payahlah buat spekulasi. Kalau tak betul ianya akan jadi fitnah. kalau dengar kata penulis politik spt MSO memang macam tu,macam2 isu dia nak tulis. Pandai-pandailah olah isu supaya tak terperangkap dengan Umno dan musang berbulu ayam.

    BalasPadam
  11. monkey shooter - Kenapa mesti kutuk Tuan guru dan menantunya,apa salah dia dengan awak ? bila tak berkenan dengan awak ,semua awak tembak . UG tu siapa...UG tu awaklah U GILA ! Main sedap mulut hentam pemimpin. Pencacai Umno !

    BalasPadam