KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Isnin, 18 Ogos 2014

SIAPA KATA PAS BUAT 'U-TURN" ?

TAHNIAH kepada PAS terutamanya yang telah membuktikan bahawa parti itu mempunyai prinsip tersendiri di dalam menyelesaikan kemelut MB Selangor.  Kenyataan media yang ditandatangani oleh Tok Guru Presiden PAS sudah cukup untuk melemahkan urat saraf Umno.  PAS menyatakan keputusan parti itu untuk menyokong DS Wan Azizah sebagai calon MB Selangor di samping meletakkan juga Azmin Ali sebagai calon ke dua.  

Apa yang penting dan menghancurkan harapan Umno adalah apabila PAS menolak dan tidak menyokong TSKI sebagai MB dan PAS akan terus bersama PR untuk lawan Umno/Bn.  Apakah PAS buat "U-Turn' setelah sebelum ini PAS menyokong TSKI dan menolak Azizah?  Jawapannya tidak.  PAS menyokong TSKI sebelum ini adalah kerana waktu itu TSKI adalah ahli PKR.  Apabila TSKI dipecat dan TSKI tidak pula menyertai mana-mana parti di dalam PR, maka tiada ertinya PAS mahu menyokong beliau.  Secara automatik keputusan Majlis Syura tidak lagi releven atas perkembangan terbaru itu.

Bagaimana dengan kenyataan PAS bahawa parti itu menolak DS Wan Azizah?  Adakah PAS telah "U-Turn" juga?  Jawapannya tidak.  Buktinya PAS mencadangkan calon kedua iaitu Azmin Ali dan PAS secara automatiknya memang mahu Azmin sebagai MB Selangor.  
 
Namun, selagi PAS berada di dalam PR maka PAS tidak boleh memaksa rakan-rakannya PKR dan DAP untuk menerima kesemua pandangan dan pilihan PAS.   Apabila Mesyuarat Majlis Presiden PR diadakan pada petang semalam sejurus selesai Mesyuarat AJK PAS Pusat, maka PR membuat kesimpulan bahawa hanya DS Wan Azizah saja dicalonkan untuk menjadi MB Selangor setelah mengambil kira Azmin Ali juga turut menyokong Presiden PKR itu.  Itulah semangat PR yang selama ini berjaya menyatuka padukan kita.

Tentunya puak-puak yang ingin memecahkan PR atau yang ingin melihat PAS bersendirian melawan Umno atau jika ada puak yang ingin melihat PAS masuk ke dalam 'tong najis' itu akan terasa kecewa yang amat sangat di atas keputusan PAS dan PR.  Gagallah usaha mereka selama ini walaupun awalnya dilihat seperti seolah-olah berjaya.  

Aku berpendapat sudah sampai masanya TSKI menderaf surat letak jawatan segera.  Sementara menanti kepulangan Tuanku, TSKI bolehlah bersedia dengan surat meletakkan jawatan, atau memohon perkenan Sultan untuk mengadakan undi tidak percaya di Dun Selangor sekiranya TSKI masih perasan beliau memiliki sokongan majoriti di dalam Dun.  Jika dilihat dari peristiwa di Perak dulu dan keputusan mahkamah atas kes di Perak, tidak masuk akal jika Dun Selangor dibubarkan.  Ini adalah kerana PR memiliki majoriti lebih 2/3 di dalam Dun.  Apa yang perlu, TSKI letak jawatan dan DS Wan Azizah boleh mengadap Tuanku untuk ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru.

Jika TSKI meminta dengan Tuanku untuk bubar Dun, terbuktilah nanti bahawa terdapat 'hipokrit' di dalam institusi raja berpelembagaan di negara kita ini.  Kerajaan PR Selangor adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan ianya patut kekal selagi majoriti di dalam Dun masih menyokong PR.

17 ulasan:

  1. Hakikatnya ialah krisis selangor menampakkan kebodohan politik pas

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..... memang sabar & bertenang adalah tempoh utk sesuatu jawapan yg jitu...
      tp bila keadaan kecemasan sepatutnya la berpegang terus pd asal perjuangan...knp perlu tunggu & fikir lagi

      Padam
  2. Kesilapan utama PAS adalah terlalu lama menangguhkan keputusan yang sepatutnya disegerakan menyebabkan keresahan seterusnya mengundang konflik keraguan antara ahli-ahli dengan pemimpin PAS, dan antara PAS dengan rakan parti yang lain.

    BalasPadam
  3. Pandangan saya, ada sebab PAS buat keputusan lewat & sebelumnya tak setuju dgn PKR.. sebabnya - nk bgtahu PKR/DAP..yg PAS bukan parti alas kaki diorg..kali ni PAS beralah, masa akan datang korang pulak yg kna mengalah dgn PAS...amacam, ok?

    BalasPadam
  4. Bukan begitu.Setiap Parti dan setiap peminpin ada kesilapanya.Yang sempurna hanya Allah.Ini adalah hikmah allah .berlakunya Isu ini telah ramai yang tahu siapa pengkianat yang tersembunyi samada dalam PKR atau Pas.Ketentuan Allah yang memberi kelegaan kepada semua.walaupun ada yang tak tidur malam,ada yang tak ada selera makan,ada yang berkobar-kobar agar Pas berpecah,macam-macam andaian.Alhamdullah Allah telah memberikekutan kepada PR unutk mentdbir Selangor dengan cara yang lebih baik.semoga rakyat Selangor mnedapat keuntungan selapas ini.Pejuang yang sebenar ialah YB Azmin dan 2 adun Pas yang mendajikan isu ini menarik bagi kita dan memusnahkan harapan musuh kita.Takbir

    BalasPadam
  5. Haprak jugak kamu ini, wahai WFAUZDIN apabila ayat kamu "....selagi PAS....tidak boleh paksa....." Siapa paksa siapa? PAS parti berintergriti, ada maruah, ada akhlak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau PAS parti berintergriti dan bermaruah dan berakhlak kenapa presiden sendiri tidak buat kenyataan sepertimana beliau buat kenyataan menyokong TSKI diawal krisis ini,dulu Mat Sabu buat kenyataan kerana biliau tidak dapat hadir dalam mesyuarat presiden PR sekarang beliau sendiri hadir kenap Mat Sabu juga yang keluar muka di TV meloya ,apakah ada percangahan pendapat atau hanya PAS takut untuk berdiri diatas kaki sendiri atau hanya mampu jadi pak turut.

      Padam
  6. Akhirnya terserlah watak-watak anjing yang menggigit tangan orang yang menolongnya, terserlah musang-musang tok janggut jenis cakap tak serupa bikin.Terserlah lah juga belang masing-masing termasuk bloger-bloger ...... Rakyat yang melihat dan menilai.Kami kenal mana batu dan mana permata.

    BalasPadam
  7. SATU PUAK FIRAUN, SATU PUAK MUNAFIK. ELOK DAH. YANG SESAMA SYAHADAH DIMUSUHI. YANG MEMIJAK ISLAM TERANG-TERANG DISAHABATI. RUPANYA SEKARANG BARU NAMPAK. RASULULLAH DAH SEBUT RIBUAN TAHUN. KALAU PUAK PAS KATA UMNO TU TONG TAIK, AKU KATA PAS NI LAGI TERUK, LADANG BABI. JANGAN MARAH SEBAB, ATAS NAMA ISLAM PUAK PAS NI BOLEH KATA KAT ORANG LAIN MACAMLAH ORANG LAIN TU BUKAN MANUSIA. TAK SEDAR DIRI LAGI. TANYALAH ORANG KEDAH PASAI APA PAS BUNGKUS DI KEDAH. SEBAB ORANG KEDAH TAHU TAIK SAPA LAGI BUSUK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak Firaun tu puak yang sokong MAHAFIRAUN kau ke Yeop. Habis kau taknak kita bersahabat dengan China DAP la ye. DAP tolak hudud patut pun sebab depa kapiaq. Yang Melayu UMNO dikiepalai mahafiraun hang tu beriya-riya menentang hudud ok ke....PAS bungkuih kat Kedah pasai Hj Hadi dengaq sangat kelentong Ustaz Azizan dan Din Ayam. Aku orang Kedah, aku tahulah sebab apa. Kedah kalah sebab uztaz Azizan kencin manis, tak dapat jalan-jalan masuk kampong pi salam tangan dengan orang kampong. Kalau dia buat macam tu UMNO tak akan rampas Kedah.

      Padam
    2. umno tak tentang hudud, cuma mengikut seperti apa yang ustad azizan katakan. secara realitinya, kita hidup berkongsi kuasa dengan bukan Islam. Kalau nak hudud perlu dapatkan sokongan majoriti dalam gabungan kuasa tu.

      Padam
  8. Tuan,

    Boleh saya buat sedikit pembetulan...Sebenarnya PAS bukan U-Turn. Yang gila khinzir sokong TSKI tu adalah Hj Hadi Awang, Din Ayam dan Si Serban Besar Tantawi. Majoriti pemimpin PAS lain tak kebulur nak campurtangan atau memandai umumkan pendirian peribadi untuk keruhkan keadaan.

    BalasPadam
  9. Betul. Yang sokong TSKI tu hanya beberapa kerat sahaj, tapi majoriti pemimpin dan ahli PAS semua sokong agar TSKI diganti.

    BalasPadam
  10. kali ni PAS beralah, masa akan datang korang pulak yg kna mengalah dgn PAS...amacam, ok?

    ITU CAKAP ANON 7,22

    BILA DAP DAN PKR BERALAH DGN PAS?????TAK SEDAR KA PASSELAMA NI JADI PENCACAI PAKATAN JA....TAKDA SAPA PUN YG HORMAT PAS...SEDARLA







    BalasPadam
  11. PAS dah Lama Parti Sesat..lagi Menyesatkan

    Ulamak Semua Penipu Agama..

    Hadis Nabi pon tak boleh Pertahankan..

    Tak sesat lagi.. Syiah yang MengSyiahkan

    Mat Sabu, Mujahid rawa, Khalid Samad, Hanifa Maiden (keluarga Tun Mahathir Mamak), Mustopa Ali.. tegar Syiah yang menyesatkan

    BalasPadam
  12. Blogger bodoh tahap keldai.

    BalasPadam
  13. This Is What Women Really Want !!
    Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!
    KLIK HERE !!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini