RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 17 November 2014

HUDUD - DULU SALAHKAN UMNO, KINI TUDING JARI PADA DAP DAN PKR

GAGAL laksanakan hukum Hudud, mahu salahkan DAP dan PKR?  Bukankah suatu ketika di bawah kerajaan PAS Terengganu hukum Hudud telah diwartakan malahan katanya telahpun diperkenankan oleh Sultan Terengganu.  Waktu itu MB Terengganu bukan pemimpin PasMa kerana PasMa belum wujud lagi waktu itu.  MB Terengganu waktu itu Tuan Presiden PAS sendiri.

Mengapa Hudud gagal dilaksanakan?  Aku tahu jawapannya sebab itu aku tidak sedikit pun salahkan PAS apabila Hudud tidak dapat dilaksanakan ketika itu bahkan ketika ini pun tidak dapat dilaksanakan di Kelantan walaupun Kelantan berpuluh tahun di perintah oleh Mursyidul Am PAS sendiri.  Bukan salah Hj Hadi mahu pun Tok Guru Nik Aziz.  Kita sebenarnya tahu sebab apa tidak dapat dilaksanakan, tetapi apabila ada sedikit krisis sesama kita di dalam PR, kita alih telunjuk kita yang selama ini menuduh kerajaan Pusat yang menghalang Hukum Hudud dari dilaksanakan, kita kini menuding kepada PKR dan DAP pula.  Umno/Bn sudah tidak bersalah lagi dalam soal ini.  Lihat betapa teruknya kita berkawan.

Aku masih ingat betapa PAS di Terengganu begitu bersungguh-sungguh mahu laksanakan hukum Hudud.  Siapa yang halang waktu itu?  Bukankah pemimpin Umno waktu itu bahkan Kerajaan Pusat juga turut menyatakan Kerajaan Pusat tidak akan bekerjasama sedikit pun dengan Kerajaan PAS Terengganu jika hudud dilaksanakan.  Kita sedar, banyak jabatan dan ejensi yang ada hubungkait dengan perlaksanaan hukum Hudud ini di bawah Kerajaan Pusat.  Contohnya pihak berkuasa seperti Polis, Warden Penjara, Kehakiman dan sebagainya semua itu di bawah Kerajaan Pusat.  Mustahil Hudud dapat dilaksanakan tanpa kerjasama Kerajaan Pusat, bahkan Perlembagaan pun ada halangannya.  Tetapi, mengapa sekarang ada "Ostat" yang menjaja ke hulu ke hilir mendakwa PKR dan DAP menghalang dan menentang Hudud?

Jika benar DAP atau PKR menentang Hudud, bagaimana selepas Kerajaan PAS Terengganu hilang kuasa di negeri itu, DAP dan PKR terus bekerjasama dengan PAS?  Lojiknya DAP dan PKR akan tinggalkan PAS sebab mereka tahu PAS tetap mahu kepada Hudud hingga sekarang.  Tetapi tidak berlaku demikian.  Jika ada seorang dua pimpinan di dalam DAP atau PAS yang memberi ulasan tentang Hudud seolah-olah menggambarkan menentang Hudud, itu bukan suara mutlak atau keputusan mutlak PKR dan DAP.  Jika DAP tolak Hudud sekalipun, DAP tidak pernah menentang secara keras bila PAS di Terengganu atau Kelantan ingin laksanakannya.  Mereka yang secara jelas gunakan kuasa dan undang-undang untuk menghalang Hudud itu adalah rejim Umno/Bn sekarang, bukan DAP atau PKR.  

Anwar pernah ulas tentang Hudud.  Anwar memang ada sebut Hudud bukan ajenda utama di dalam PR.  Manifesto PR yang dipersetujui tidak pernah letak Hudud sebagai agenda utama dan manifesto ini turut ditandatangani oleh Presiden PAS.  Adakah ini bererti Presiden PAS juga terlibat menentang Hudud?  Apa yang Anwar sebut, bukan waktu ini Hudud sesuai dilaksanakan selagi sistem kehakiman negara yang penuh dengan ketidakadilan, amalan rasuah yang berleluasa dan kehidupan rakyat yang masih tertekan.  Bahkan lebih penting, Putarajaya bukan milik PR maka sukar buat kita mahu sampaikan penerangan berkaitan Hudud ini kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.  Sebab itu, Anwar tidak pernah halang usaha Kerajaan PAS Kelantan sekarang bekerjasama dengan Kerajaan Pusat di dalam melengkapkan beberapa perkara untuk merealisasikan Hudud di Kelantan.  Ertinya, Hudud perlu kepada kajian dan persedian yang rapi sebelum dilaksanakan.  

Malangnya, bila PAS gagal laksanakan Hudud atas sebab-sebab yang mereka sendiri tahu, terdapat beberapa pimpinan mereka yang menuding jari kepada DAP dan PKR atas kegagalan itu.  Di mana konsisten kita terhadap musuh yang kita kenali selama ini?  Apakah kemelut yang berlaku akhir-akhir ini di atara PKR, DAP dan PAS telah membutakan mata kita terhadap kezaliman musuh selama ini?

13 ulasan:

  1. Pas memang hamPas sekarang

    Sesama sendiri pon mereka melaknat, inikan pula mereka yg bukan dari kalangan mereka.

    BalasPadam
  2. Mmg betul pun PKR dan DAP batu penghalang besar utk laksana hudud. Parti liberal sodomis PKR DAP....jgn lupa tu ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg umno dah berkuasa sejak merdeka tapi tak melaksanakan hudud juga apakah halnya oi islam bani melayu umno

      Padam
  3. Tanpa Nama 8:30...aku nak kata ko haramjadah takleh pulak....ini bahasa hak milik najib.. aku nak kata ko barua pun takleh .sebab ini bahasa tuang presideng uzur syarie pas ...maka nasib ko memang baik kali nii..kalau tak memang aku kata ko haram jadah dan barua@ bangang bahlol segala.....tapi kalau ada peluan nanti memang akan aku kata ko haramjadah dan barua tuu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut la memaki hamun.
      Nama pun Mosabit Musibat siGay Tua....
      Kihkihkih. ....

      Padam
    2. Mohsabit Rumput, aku bagi peluang pd kamu. Parti Pkr Dap adalah Parti Liberal LGBT pengilang fitnah, ok.

      Padam
  4. Masih terngiang kata2 Karpal Singh sewaktu umno dan pas bincang hudud..."langkah mayat aku dulu".

    Selain itu katanya "Anwar harus bertaubat"

    BalasPadam
  5. Puak2 ni tidak pandai politik.

    BalasPadam
  6. baguslah DAP hentam PAS , PKR balun PAS , bloger bantai PAS....UMNO pula terus terusan hentam duit rakyat...berhentilah bloger promana2 pun...musuh kita umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat macammana ramai yg bengong.....tak tentu hala...

      Padam
    2. Mmg pun...puak PR ni bengong bangang.mcm ni nk perintah Malaysia ke.piiiidaaaahhhh. lagi teruk dari umngok. At least umngok tak jual agama mcm pkr

      Padam
  7. UMNO dah memang musuh kedua kepada PAS. DAP dan PKR adalah rakan seperjuangan PAS kalau rakan seperjuangan menolak hudud bermakna mereka menolak rakan seperjuangan sendiri dan lebih teruk lagi mereka menolak tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pemimpin ISLAM. Jangan pulak nanti PKR dan DAP menjadi musuh kedua kepada PAS macam UMNO. Musuh pertama manusia yang jelas dan nyata ialah syaitan. Syaitan lah yang telah menciptakan musuh kedua tadi. Hanya mereka yang lemah saja akan disesatkan olehnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan posting yg terbaik...melambangkan kematangan dan cerdik. Bukan mcm macai2 umngok atau PKRsodomist.

      Padam