RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 23 November 2014

ISU WANG PAMPASAN PEGAWAI-PEGAWAI TSKI, BUKAN SALAH EXCO PAS SAHAJA

BENARKAH mantam MB Selangor TS Khalid Ibrahim (TSKI) telah membelanjakan sejumlah lebih kurang RM 2.6 Juta hanya untuk membayar pampasan kepada bekas-bekas pegawainya?  Adakah bekas pegawai-pegawainya itu dibuang atau meletakkan jawatan?

Jika dibuang atau ditamatkan perkhidmatan, tentu ada prosedur atau garis panduan di dalam memberikan pampasan kepada mereka.  Apakah sejumlah RM2.6 Juta itu mematuhi prosedur pembayaran?  Seandainya pula rekod menunjukkan mereka tidak dibuang tetapi meletakkan jawatan apabila MB Selangor juga meletakkan jawatan, adakah ada peruntukan mana-mana yang membolehkan mereka dibayar pampasan?  Jika ada, benarkah sejumlah itu perlu dibayar?

Setahu kita, dan bekas Exco PAS sendiri iaitu Dr Halimah Ali sering memberitahu TSKI ini seorang yang kedekut hatta untuk membelanjakan satu ringgit.  Jika benar, ertinya sejumlah wang RM 2.6 Juta itu dianggap sedikit sebenarnya untuk diagihkan seramai lebih kurang 8 orang pegawainya.  Boleh dikatakan hampir kesemuanya kecuali seorang mendapat ratusan ribu ringgit sebagai pampasan.

Terbaru, bekas Exco di zaman TSKI iaitu Ir Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan kini Exco di bawah MB baru, Azmin Ali telah menyatakan bahawa jangan libatkan Exco-Exco terdahulu dalam isu ini.  Beliau akui tahu tentangnya tetapi tidak tahu tentang agihan dan jumlah yang dibayar.  Ertikata lain, Exco-Exco telah dimaklumkan tetapi kesemua mereka tidak tahu berapa jumlah yang diberi kepada pegawai-pegawai berkenaan.  Adakah mereka juga menjadi "pak angguk" di hadapan TSKI?

Ini bukan salah Exco PAS sahaja kerana semua parti PKR dan DAP masing-masing ada Exco dan mesti bertanggungjawab atas isu ini.  Tentu sukar mahu percaya TSKI yang kedekut dan yang disanjung oleh Haji Hadi dan Majlis Syura itu boleh melakukan sesuatu yang bertentangan.  Oleh itu, aku menyokong agar siasatan mesti dibuat segera agar ianya tidak menjadi kudis kepada pentadbiran yang baru. 


18 ulasan:

  1. Exco DAP & PKR masa tu dah dipecat! Yang tinggal ialah Exco PAS 4 orang yang menjadi 'rubber stamp'. Memang exco tak buat keputusan... tapi bila keputusan pemberian pampasan tu dimaklumkan dalam mesyuarat exco maka ianya satu 'endosan' bila tiada bantahan dari ahli mesyuarat. Mengapa exco PAS tak tanya atau usul? Tidur? Bodoh? atau kerana sekongkol? Sepatutnya exco PAS yang terlibat tak dilantik semula jadi exco sebab tak sensitif dengan duit rakyat dan kerana wala cara bodoh dengan arahan Hadi Awang yang sokong TSKI meskipun tahu TSKI dah dipecat dan bukan lagi ahli PR.. Senang cerita kalau bodoh dan kena kencing dengan TSKI maka mengaku je.. Jangan nak lepas tengkuk dan cuba nak kelirukan rakyat dengan soal teknikal dalam mesyuarat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bear apa yang tulis.atk sepatutnya melepaskan dir dalam hal ini,jangan cuba melepaskan diri,O.ketika memberi sokongna kepada Khalid tak peduli apa orang nasihatkan,Apa pulak tidak bolihkan libatkan exco pas ,bukankah ketika itu kamu semua sedang main taik,sekarng baru sedar busuknya,Beliau mengaku tahu tentangnay,apa maknyanya ini?bangang punya exco.padan muka kamu semua,terutama Iskandar samad yang dulu bamnyak kenyataan mempertahankan Khalid lebih dari exco lain.sepatutnya kamu letak jawatan exco kerana kini sudah ramai orang pertikakikan keikhlasan kamu dan bimbang tidak amanah,lagi dibimbangi akan jadi duri dalam daging tentang tibul isu ini.

      Padam
  2. KOREK DIN KOREK.....HAHAHA

    BalasPadam
  3. Tuan

    Betul kata sizzly 7761 diatas.

    Pampasan RM 2.6 juta itu dibayar semasa TSKI m3ngetuai kerajaan sem3ntara minoriti bebas yang disokong oleh PAS.

    Logiknya, jika TSKI tidak dapat menubuhkan kerajaan minoriti ini, pampasan RM 2.6 juta ini, pengstrukturan bekalan air di Selangor, KIDEX dan entah apa lagi beban/bala yang ditinggalkan oleh TSKI yang masih belum terbongkar.

    Isu pokok ialah TSKI boleh buat semua ini kerana dia menguasai pentadbiran kerajaan negeri melalui kerajaan minoriti yang disokong oleh PAS. Kalau beliau xboleh tubuh kerajaan ini, dia semua ini tidak akan terjadi.

    Siapa punya angkara yang membolehkan TSKI menubuhkan kerajaan minoriti ini? Disinilah te4letaknya punca kepada masaalah yang kita dok hebohkan sekarang!

    Yang membantu TSKI menubuhkan kerajaan minoriti ini ialah TGHH sorang. Atas kehendak peribadi TGHH yang kemudiannya menggunakan seluruh jentera PAS termasuk MSU dengan pelbagai cara yang melanggar perl3mbagaan PAS dan ilmunya yang tinggi. Dia sanggup membuat PKR dan PAS sendiri kucar kacir kerana keh3ndak pe4ibadinya yang kita sendiripun tak jelas atas sebab apa dia bertindak begitu nekad.

    Kuatnya sokongan TGHH sehingga dia memberi jaminan yang beliau dan PAS akan memantau setiap langkah TSKI jika TSKI dikekalkan sebagai MB? Apa yang dia pantau sehingga perkara ini boleh berlaku.

    Ingat lagikah kita kepada alasan TGHH ketika mahu menyokong kerajaan minoriti TSKI dengan membenarkan 4 orang Exco PAS menganggotai kerajaan kerajaan minoriti ini?

    Jadi dalam soal pampasan RM 2.6 juta ini kita tidak boleh mempersalahkan TSKI 100%. Kesalahan yang lebih besar perlu dipikul oleh TGHH secara peribadi, PAS dan 4 Exco PAS tersebut.

    Kita sedang melihat bagaimana TGHH telah ditipu dan diguna oleh TSKI big time untuk melaksanakan ag3nda peribadi b3liau dan UMNO.

    4 Exco PAS juga perlu dipersalahkan. Mereka gagal dalam tugas mereka untuk menjaga kepentingan PR dan rakyat Selangor dengan membiarkan TSKI bertindak membelakangkan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bat8

      Yong setuju. Aneh sekali. Masing-masing kata tak tahu banyak mana. Kalau tak ambil tahu, sampai bilapun tak akan tahu.

      Ada mulut, tanya sajalah. Susah sangat ke nak tanya?

      Kalau dah tanya, TSKI masih tak beri tahu, kan nampak sangat janggalnya?

      Apa guna jadi exco kalau perbelanjaan tidak ambil tahu?

      Padam
    2. Betul tu. Perintah satu negeri pun dah huru hara...
      Apa nk buat? Langsung takde leadership skill. Ramai pemimpin tertinggi PKR dah blah sbb x tahan dgn sikap hipokrit Anwar. Yg tinggal hampeh tak ada otak. Nak harapkan macai? Berguling atas jalan sambil memfitnah ada la.

      Nak harapkan UMNGOK. Lagi hampeh.

      Jadi rakyat nak harapkan siapa skrg?

      Padam
    3. Haji Hadi Awang lah jadi harapan. Dia kan teror dalam semua hal. Kalau tak Din menantu and the geng pun boleh diharap bagi pulun Esos yang tak munasabah banyaknya entah apa added value yang dicipta mereka kepada syarikat kerajaan negeri. Setakat jual aset kepunyaan rakyat negeri simamat tongkang pun boleh tolong lelong tanah dan pasir selagi ada. Ada faham kah. Itu banyak sangat Esos pun patut mau siasat kerana disegi moral tidak betul kalau dinilai dari kaca mata Islam. Ada patut kah....itu semua hak rakyat lain kalau itu company TKSI dan Haji Hadi punya. Ada faham kah???? Faham tak???,,

      Padam
  4. Kecoh la korang ni. Masing2 nk tunjuk pandai dgn analisis kedai kopi. Last sekali UMNGOK jugak disalahkan. Cari la kelemahan sendiri. Cukup2 la asyik nk menunding jari ke orang lain ok. Rakyat dah meluat tgk tingkahlaku korang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau pun bodoh ,tiada sesiapa ketika ini mengatakan Umgok yang di salahkan .Baca dengan teliti bila dah faham baru komen

      Padam
    2. Utk pengetahuan TN 9.52 diatas ni yg bangang lagi BAHALOL aku paste komen dari Bat8:

      >Kita sedang melihat bagaimana TGHH telah ditipu dan diguna oleh TSKI big time untuk melaksanakan ag3nda peribadi b3liau dan UMNO.

      ADA FAHAMKAH 9.52....???

      Padam
    3. HIHIH. ..9.52 KO DOK DIAM BOLE TAK. JGN KOMEN. MALUKAN PUAK KO AJE. ...

      Padam
  5. Memang betul sekali apa yg dikatakan, iaitu PAS bersekongkol dgn TKSI dlm hal ini. Apa yg nak dipertahankan lagi? Seperti menegakkan benang basah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah Pas pulok dituduh....

      Padam
    2. Tak faham- faham lagi ke? Awat bangang sangat!

      Padam
  6. Tu lah yg tak pernah buat salah ialah PKR je. Puak2 ni geng mirip malaikat dan maksum sbb tu keje dok korek kesalahan kemudian tokok tambah mcm2 kalau tak jumpa depa reka cerita fitnah. Dulu puak ni juga tuduh menantu hj hadi mcm2 tapi senyap slps terbongkar fitnah tersebut, pas tu persoal kehadiran hj hadi tp depa diam setelah gambar anuar ponteng dok makan mlm kat amerika dan mcm2 lg lah yg tak mampu aku nak tulis kat sini. Entah2 geng ni juga yg buat fitnah video lucah UAI ? Pakat2 berbaiklah dgn puak2 ni untung2 dpt syafaat dlm kubur tak payah kena soal dlm kubur atau paling tidak mgkn dpt soalan bocor sbb depa dah ambil alih tugas malaikat kot tukang jaga amalan seseorang. Kita pakat tunggu dalam kubur nanti !

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR: Pakar Kelentong Rakyat.

      Padam
    2. 3:30 apa yg engkau merepek sgt..komen engkau dari atas sampai bawah ni meroyan jer...apa masalah engkau sebenarnya..dah tak takut dosa...mengutuk org tak abis2..pelik manusia mcm engkau..

      Padam
  7. Sanggup menjawat..maka sanggup le bertanggungjawab.
    Jadi exco negeri hanya jadi pak angguk saja ke??? Semasa mesyuarat tu tak kan lah main setuju je????Macammana pun exco PAS mesti bertanggung jawab pada amanah rakyat...

    BalasPadam