KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Khamis, 12 Februari 2015

MARAHKAN AZMIN, ANWAR JADI MANGSA

ANWAR telah disumbatkan di dalam penjara.  Pertamanya terima kasih kepada pimpinan-pimpinan PR yang sudi bersama Anwar disaat getir pada 10 Feb baru-baru ini.  Dari DAP, pimpinan utamanya hadir berikan sokongan dan terpancar komitmennya menentang kezaliman walaupun DAP bukan parti Islam dan Lim Guan Eng bukan ulamak.  Dari PAS, aku tidak pasti bos mereka hadir atau tidak, tetapi ada juga pimpinan PAS yang hadir walaupun mereka bukan Ulamak.

Melawan kezaliman itu kewajipan Islam.  Untuk melaksanakan hukum Islam, tentulah menentang kezaliman ini mesti diutamakan.  Bagaimana mahu wujudkan perundangan Islam seperti hukum Hudud jika kita abaikan melawan kezaliman, kecuali jika kita merasakan Anwar memang bersalah.  Tetapi kita kata Anwar memang dihukum oleh sistem yang tidak adil, kita luahkan simpati tetapi kita tidak hadir beri sokongan.  Maka jangan pelik jika Non Muslim ketawakan kita dan merasakan cita-cita untuk melaksanakan hukum Islam itu hanya mainan politik.  

Aku tidak peduli siapa hadir atau yang tidak hadir untuk memberikan sokongan.  Yang hadir itu adalah mereka yang kenal siapa Anwar dan apa yang Anwar telah lakukan kepada rakyat di negara ini.  Ada yang simpati dengan Anwar, tetapi kerana bencikan kepada Azmin mereka tidak tunjuk muka pun di Mahkamah Putrajaya.  Kebencian mereka pada azmin, Anwar mereka ketepikan bahkan di dalam FB terlalu galak mereka menyerang Azmin sekaligus mereka menunjukkan tidak simpati langsung pada anwar.  Ada yang ketawa panjang dan menunjukkan kesyukuran mereka apabila Anwar dihukum penjara.  Puas hati mereka kerana masuknya Anwar ke dalam penjara seolah-olah dendan mereka pada Azmin berbayar.

Kalau kamu tidak mahu bersama Anwar lagi, ramai lagi yang akan meneruskan kerja yang ditinggalkan oleh Anwar.  Kerja kamu teruslah membelasah Azmin dan usah pedulikan Anwar di sebalik tembok penjara Sg Buluh itu.  Dendam kamu biarlah Anwar bayar.

Anwar bukan tidak tahu ini semua.  Dia tahu tetapi dia bukan pengemis sokongan kamu.  Dia telah buat apa yang perlu dia buat lebih 17 tahun semenjak dia dihukum di dalam kes Fitnah Liwat I dulu.  Perjuangan dia melangkau dari kepentingan diri dan keluarganya, jauh sekali untuk Azmin yang kamu musuhi itu.  Kamu katalah apa saja kepada Azmin tetapi aku dapat melihat keikhlasan kamu selama ini.  Aku pun bukan pemuja Azmin tetapi aku tahu Anwar adalah yang terbaik yang kita ada.  Menyokong Anwar bukan bermakna taksub kepadanya atau Azmin.

Sebelum Anwar masuk penjara kamu tidak berbuat apa-apa kerana bagi kamu menyokong Anwar sama seperti menyokong Azmin.  Tetapi apabila Anwar dihukum penjara, kamu bangkitkan pula soal mengapa Azmin tidak berbuat apa-apa?  Kamu yang tidak tunjukkan setiakawan kepada Ketua Umum, tetapi kamu bising di luar seolah-olah kamu telah berjuang bersama Anwar sebelum ini.

Mencari saja salah Anwar dan salah Azmin.  Kamu rasa puak kamu saja yang terbaik.  Kamu mahu Anwar menjadi seperti Nabi atau Malaikat?  Tiada salah atau dosa?   Kamu tidak pernah lakukan kesalahan?  Anwar telah difitnah dan pejuang ini dizalimi.  Walaupun Anwar ada melakukan beberapa tindakan politiknya yang mungkin tidak tepat, tetapi siapa boleh nafikan kehebatan pejuang ini di dalam membantu PR?  Apakah kita lupa jasa-jasanya yang begitu banyak hanya kerana beliau tidak mengikut kehendak kita?  

Sebagai pemimpin, tentulah ada percaturannya yang betul dan tepat, ada juga yang tidak tepat.  Itu lumrah sebagai pemimpin.  Yang pentingnya adakah pemimpin Umno/Bn lebih baik dari Anwar? 

16 ulasan:

  1. apa pun kami tak sukakan keadilan. Terus terang kami bukan UMNO atau PAS itu sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu kita tahulah bahawa kau memang dah lama tinggal dalam hutan,nasib baik dapat juga baca blog,jadi juaga macam manusia

      Padam
  2. Ada aku kisah kenyataan kau take sokong siapa?

    BalasPadam
  3. takpe din aku redho.anwar masuk penjara..umur dia bape dah..kalu ikutkan ayah dia..dia pun dah dekat2 latu..ya betul ada salah silap anwar tu.. ambillah masa ni bertaubat pula...bila lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. KALAU BAPAK KO KENA MACAM TU. DIFITNAH DITUDUH DAN DISUMBAT DALAM PENJARA.. MACAM MANA PERASAAN KO? SURUH BAPAK KO BERTAUBAT DAN KO SEBAGAI ANAK TERIMA JA HUKUMAN YG KENA PD BAPAK KO?..KALAU MCM TU BAGUSLAH KO ANAK YG TAAT..TP KALAU KO TAU ORG YG NGADU TU X MANDI X MELAWAN X KESAN PERGELUTAN X SOLAT CAMNE PERASAAN KO?? KO RELA BAPAK KO TERUS DISUMBAT KE PENJARA?? HAH BODOSS!!!

      Padam
  4. Sebenarnya blogger dinosaur macai pkr yg bertanggungjawab 'memenjarakan' anwar. fitnah , maki hamun dan spin yg dimainkan oleh mereka telah menyebabkan PR kucar kacir dan rakyat mulai menjauhi anwar. Mereka menyerang ulamak dgn keterlaluan dan tanpa mrk sedari pekung PKR terbongkar dgn sendirinya dan rakyat mulai menilai kembali perjuangan PKR. Lihatlah apa yg berlaku di eropah dan amerika .........serangan yg memburukkan Islam telah mebuka mata ramai rakyat eropah dan amerika utk mengkaji Islam dan akhirnya ramai yg tertarik dgn Islam. Justeru tak payahlah menyalahi org lain jika puak2 macai sendiri tak mahu mendengar nasihat baik yg diberikan. Jgn ingat orang ramai bodoh dan boleh diperbodohkan dgn berita fitnah dan putar belit sebagaimana yg dilakukan oleh media umno. Blogger macai seharusnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya dlm hal ini. Sekalung 'Tahniah' buat blogger ini krn telah membunuh karier politik anwar serta 'memenjarakannya'.............Alhusyeen,greenboc,mountdweller, young suka kuning, sisi bukit, cipan tenuk & tapai, libang libu, tulang besi, kedah la nie dan berapa blog lagi. Turut menyumbang dlm hal ini ialah individu2 spt .......amuraria, bat8, mosibat serta sejumlah yg lain. Pendek kata anwar terpaksa 'membayar' harga yg tinggi kerena mulut2 dan jejari gatal mereka ini yg selalu menyebarkan fitnah serta putar belit !

    BalasPadam
    Balasan
    1. TERBAIK TUAN. ITU LAH REALITI DAN HAKIKAT APA YG BERLAKU.

      Padam
    2. Blog greenboc dengan mountdweller kalau komen negatif pasal PKR dan daPIGS memang takan disiarkan. itulah keadilan versi pkr. kiranya din ni kira oklah jugak sbb bagi orang anti-pkr komen. syabas din.

      Padam
  5. Sudah lah Din....buat apa nak tegakkan benang yg basah. Itula, lain kali jgn buat suka hati kat org lain. Jgn ingat diri tu hebat sangat. jgn ingat orang lain tak pandai strategi..tikam kawan, jatuhkan kawan, jaga kroni....Bila nak buat hukum islam tak nak, lepas tu nak suruh ulamak pergi sokong anwar kat mahkamh persekutuan buat apa. percayalah kpd undang2 Lord Reid ko tu...

    BalasPadam
  6. kesian kau din...sape pulak lepas ni kau nak kipas....ada aku kisah pasal anwar..lantok kome ler...lepas ni jgn mengemis kat PAS...pegi lar jumpa kak rosmah yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dasar Pas .bila susah senget mencari sokongan .bila dah ada pangkat sikit sombongya tak terhingga.kau belajar dari presiden kaulah tu,aku ni ahli pas tapi dah benci ,kau tunggulah akan kehancuran Pas,

      Padam
    2. Tok guru Nik Aziz yg di kagumi-terbaik

      Padam
  7. PAS perasan ingat depa tu parti yang sgt kuat..jd depa ni nk tunjuk hebat la kuih pkr kuih dap..hampa tgk la tak kemana PAS..depa dah lupa tahun 2004 dulu tumpo PAS..sejarah tu akan berulang lagi..

    BalasPadam
  8. Aikkkk?? Pkr dgn Pas dah gaduh tuduh menuduh?

    Yg senyum lebar DAPigs. Melayu sama melayu gaduh.

    BalasPadam
  9. Pas tu ok, yg haram jadah bdk2 yg sibuk nk bodek hadi awang, ala yg konon geng ustaz tu. Geng ustaz pala hotsk diorg, geng mcm zuhdi ni la yg buat org benci kt ustsz pas. Ckp psl islam mcm dia je la yg tau, menyampah aku.

    BalasPadam
  10. kahkahkah...mahkamah lord reid? Jgn jadi bangang bro....Hadi itu hari kes saman pil kuda tu mhkamah syariah ke...mahkamah Islam ke...mahkamah Mahsyar? wakakaka....bodonya koooo

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini