KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

KEDAI JUALAN WALKIE TALKIE @ RADIO AMATUR

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Sabtu, 14 Februari 2015

US NASA SUDAH MULA TUNJUK TARING "UG" BILA TOK GURU TIADA

MALAM tadi, aku menonton berita di Astro Awani.  Banyak berkisar tentang berita kepulangan ke Rahmatullah, Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada Khamis malam Jumaat dan dikebumikan pada pagi Jumaat yang mulia siang tadi.  Al Fatihah.

Tiba-tiba muncul suara mantan Timb Presiden PAS, Us Nasa.  Beliau diminta mengulas tentang masa depan PAS dan PR setelah ketiadaan Tok Guru Nik Aziz.  Beliau menjawab, dengan tiadanya Anwar Ibrahim (dipenjara) dan Tok Guru Nik Aziz yang telah meninggal dunia, maka kajian semula boleh dibuat oleh PAS tentang kerjasama mereka dengan PR.  PAS perlu melihat kepentingan Melayu Islam, katanya.  Lagi pun katanya, DAP telah banyak menunjukkan sikap menolak dasar Islam yang ingin dibawa oleh PAS.

Us Nasa pun mungkin secara tidak sengaja menyebut, sebenarnya usaha untuk bersatu dengan amno ini telah pun bermula di tahun 2008, namun gagal walaupun usaha itu mendapat restu Majlis Syura PAS. Cuma Us Nasa tidak sebut usaha itu gagal disebabkan adanya Tok Guru Nik Aziz.  Ertinya, tepatlah seperti yang juga disebut oleh Us Ahmad Awang di dalam Muktamar beberapa tahun dulu iaitu UG memang wujud waktu itu.
Paling mengejutkan, jika Tok Guru Nik Aziz pun tidak setuju dengan UG, apakah Majlis Syura waktu itu buat keputusan tanpa pengetahuan Tok Guru?

Lupakan itu.  Ini bukan salah PAS.  Sekarang PAS pun sudah nyatakan tiada lagi UG.  Tidak mungkin PAS akan bekerjasama politik atau bergabung dengan amno.  Almarhum Tok Guru Nik Aziz pun selalu sebut, selagi dia hidup dia takkan redha PAS ber UG bersaama amno.  

Nah, mungkin Us Nasa melihat ini peluang terbaik.  Tok Guru Nik Aziz sudah tiada.  Anwar pun di dalam penjara untuk tempoh 5 tahun.  Peluang terbaik untuk Us Nasa realisasikan cita-citanya yang gagal dulu.  Persoalannya, adakah penyokong-penyokong PAS kesemuanya bengap macam dia?

Tabik Ketua Pemuda PAS, sdr Suhaizan Kayat di dalam berita yang sama, dengan tegas sebut adalah lebih baik PAS terus perkuatkan PR.

 

23 ulasan:

  1. Aku sokong Nasa gerakan dengan cepat agar Pas bolih bergabung dengan Umno.Semoga kita cepat tahu bagaimana Parti yang berpandukan Islam ini menampakan wajahnya.Dan kiat dalam Pakatan bersdedia untuk menerima Pasma sebagai gabunagn untuk mneraju negara.Insyaallah PKR,DAP dan PASMA akan bolih bersama disokong olih gerakan Profesinaol dalam Pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Politik lain2 tak apa. Yg ptg satu padu

      Padam
  2. Baguih la Nasya oiii awat tak ajak Hasang Ali sama joint balik untuk rancangan UG tu sebab Tok Guru dah tak dak dah la nie hampa boleh la berimpun semula dan join dengan AMANO tu lepaih tu boleh la jadi menteri apa-apa dalam kebenet nanti kemudian boleh tunjuk kat pembangkang dan ahli PAS yang dok ketegak tak mau ikut hampa dengan bekata tengok kami la nie dah jadi menteri ,hampa bodo dok ikut telunjuk DAP dan PKR ha la dok menyesai buat apa, itu dailok kot yang hampa akan ucap pada pembangkang.

    BalasPadam
  3. Bila TGNA telah tiada, parasit PAS mula bersuara. Apa Nasha ingat semua ahli PAS akan akur kepada pengkhianatan? Kenapa Nasha x timbulkan MCA, MIC dalam BN yang akan jadi rakan PAS nanti...Mereka sokong dasar Islam ke...? Mana2 pemimpin PAS yang berani bawa PAS keluar join BN, silakan. Nasha ingat ahli PAS sekarang ahli Pak Turut ke? Tanpa PKR dan DAP parti PAS x pernah menang kerusi di Selangor, Perak, Johor, Pahang pun...Semasa PAS tak menang kamu diluar PAS ke...? Kenapa Nasha x keluar PAS masuk UMNO? Kotor sangat ke UMNO hinggakan Nasha malu nak daftar sebagai ahli...?

    BalasPadam
  4. Kepada kuncu2 UG inilah masa terbaik utk bawa keluar PAS dari PR. Kami ahli biasa diperingkat bawahan akan keluar beramai-ramai utk tetap bersama PR. Kami dah muak dgn perangai pemimpin PAS yg serupa dgn pemimpin umno. Rakyat akan terus berjuang menentang kerajaan yg zalim.

    BalasPadam
  5. biarla pas diluar bn.ang nk msk umno..masuklah...itu jer...soal pas jd pemimpin or dibuli dlm pr...kita serah pd ahli

    BalasPadam
  6. Saya sgt setuju komen anda

    BalasPadam
  7. Ulama apa yang tak sanggup melihat umat islam/melayu bersatu..TGNA..kalau UG sekalipun UMNO fikir dua kali nak kena kan PAS sbb org PAS sekarang bukan bodoh lagi..yang baik kita sokong yang jahat kita tentang..media massa tiada limit..salah.. kita hentam UMNO ke PAS ke (PASMA tolak tepi k)..itu guna perpaduan bukan suruh jadi komponen BN pun nanti jadi sindrom bisu..

    BalasPadam
  8. Din
    Apa hak sdr nak sentuh hal dlm kain PAS,tumpukan saja pada cari KETUM baru kau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. APA? kau ingat Pas kau tu bersih sampai tak bolih di sentuh.sudahlah kau.duduklah dibawah ketiak Hj hadi tu

      Padam
    2. Bukan pas tu parti politik? Masa pru minta rakyat sokong, maka ia perlu menerima komen rakyaf.

      Atau pas bukan parti politik ?

      Padam
    3. Tak apa la....terima kasih. Bior ler kami penyokong pas kat PR aje. Klu nasa nak join umno , silakan...

      Padam
  9. Senang cerite..mana2 ahli ke pemimpin pas berminat dengan umno..biar depa saja yang masuk jadi ahli umno. Parti pas terus kekal bersama ahli2 yang setia dengan pas diluar umno. Amacam?

    BalasPadam
  10. din…jgn ler di sebuk kan dgn parti lain…jga ler nuar berahim ko tu yer….ko dh buang tabiat ke???

    BalasPadam
  11. CUBA CAKAP MANA LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN DAP YG TERANG2 MEMUSUHI ISLAM DARI UMNO YG DAH TENTU ISLAM

    MEMANG DASR TAKSUB MELAMPAU SANGGUP MENJILAT KAFIR BABI DARI ORG ISLAM SENDIRI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah Tanya parti Christian di Sabah Sarawak? Siapa nak orang pandai macam us hellfire? Unmo bukan nak ajar bersama, tapi nak hancurkan parti tuan. Tak paham ker?

      Padam
    2. org kafir yg adil lebih dihormati dr org ngaku islam tp zalim! sbb tu Rasulullah saw hantar sahabat hijrah ke negara raja najasyi.

      hanya org bodoh je sangka dap ada kuasa nak hapus Islam diMalaysia ini.

      selama ini dap ke yg perintah sampai ada kes memali, operasi lalang, ISA, akta hasutan, mati dlm lokap, adik aminurasyid kena bunuh oleh polis, sarbana kena humban dr tingkat atas, tanah rezab melayu hilang hampir 90%, hutan gondol dikelantan dan pahang dan banyak lagi?

      sblm terima sbrg maklumat fikir dulu.

      umno ada 50thn perintah MALAYSIA kalau nak laksanakan hudud... nampak tak huruf besar MALAYSIA tu, NEGARA MALAYSIA bukan negeri kelantan tau...

      Padam
  12. 9:19..kalau pas join umno..maknanya pas join sekali dgn MCA & MIC..cuba citer apa beza MCA dgn DAP...
    Apa yg DAP tak setuju hudud..MCA pun sama tak setuju..bezanya DAP tak pernah ambil dan makan duit rakyat..ada faham...pegi belajar lagi..

    BalasPadam
  13. dalam bn ada 13 parti...yg ada bunyi2 islam umnok dng parti taib mahmod jer..yg lain?????.....sembang lebih la luuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. ..mosabit mosibat siGay Tua sudah mariiiiii.......tepok tepok

      Padam
    2. anumaria takde ke

      Padam
  14. UG adalah benda tak wujud. Hanya wujud dalam otak orang tak betul

    BalasPadam
  15. Wfauzdin, tgh cari ikan patin?

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini