RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 17 April 2015

PAS TETAP SOKONG PKR TIDAK KIRA SIAPA CALONNYA, YANG TIDAK WALA' ITU KOMPOM PARASIT !!

PAS menyerahkan kepada rakannya PKR untuk menentukan calon sesuai bagi PRK Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei depan. Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi Pas, mereka akan menyokong siapa sahaja calon yang diletakkan oleh PKR.

“Mesyuarat Pas Pusat juga telah sepakat menyerahkan (pemilihan calon) kepada PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan Pas Permatang Pauh menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK Permatang Pauh, mewakili parti itu atau sebaliknya.

Terdahulu, memetik dalam satu laporan media, Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad berkata, Pas Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon PRK Permatang Pauh. Mengulas lanjut kata Tuan Ibrahim, tidak timbul isu bantahan daripada Pas kerana ternyata kerusi tersebut sebelum ini milik PKR. "Pas akan tetap turun membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh nanti," katanya.

Aku merasakan kenyataan dari Ustaz Tuan ini sudah cukup menggambarkan kerjasama di antara PAS dan PKR tetap terjalin samada di Permatang Pauh mahupun di Rompin nanti. Pedulikan suara "parasit" yang kelaparan itu. Usah dilayan suara orang yang sentiasa ada di dalam hatinya hasad dan dengki semenjak di Sg Acheh lagi. Itu bukan suara PAS kerana PAS adalah parti Islam yang tidak mungkin boleh bersekongkol dengan beberapa ahlinya yang ada niat jahat yang menjurus ke arah kehancuran bukan saja kepada PR, tetapi lebih serius lagi untuk merosakkan Pas dari dalam.

Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim telah cuba dikaitkan dengan 'jebon' beserta dengan beberapa pimpinan Pahang seperti Ustaz Suhaimi Saad (Ketua Penerangan Pas Pahang) dan Ustaz Yusof Embong @ UYE, namun beliau tetap berdiri di alam nyata. Buat Ustaz Tuan, menyokong Ulamak bukan bererti kita mesti ada sifat hasad dan dengki atau dendam. Menyokong Presiden atau tidak, bertanding Timbalan Presiden atau apa jua jawatan, itu hak Ustaz Tuan Ibrahim. Kita mesti hormati hak beliau. Sebagai Naib Presiden, menjadi tanggungjawabnya menegur suara-suara 'parasit-parasit' di Permatang Pauh ini.

Buat PKR, teruskan bekerja kuat di Permatang Pauh untuk mengekalkan Kerusi keramat itu. Buat PAS pula, tidak mustahil di Rompin Pas mampu buat kejutan. Di kedua-dua Kerusi ini hanya akan boleh dimenangi jika semangat kerjasama kita mengatasi perbezaan pendapat. Biarkan 'parasit-parasit' itu melalak sesuka hati mereka. 
 
Alhamdulillah, di Rompin, kami, Pas dan PKR tidak tidak mendengar lagi suara-suara 'parasit', dan jika ada kita akan tentang habis-habisan. Pas dan PKR mesti benamkan Umno/Bn di Permatang Pauh dan di Rompin, InsyaAllah.

15 ulasan:

  1. bkn mcm pemimpin pkr dan amk...mulut cam longkang hina parti kawan....main lepas jer ckp...cam best...rasa mcm x perlu org lain...time perlu...mula panik...nasib baik ada blogger2 longkang...dapat jgk spin...alih2 pas jgk yg salah....aduihhh...tapi itula ulamak...bezanya org yg ada agama dan dia nk kpd agama dgn org yg ada agama tapi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAK DIN PATIN MMG KAKI SPIN

      Padam
    2. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
      KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

      Padam
  2. Apa kata nenek fauzdin jadi calon

    Round satu pauh telanjang dgn berlari

    Confirm nenek fauzdin menang prk pauh

    BalasPadam
  3. Dr wan azizah wan ismail

    Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura , ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi . Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'. [1]

    Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.


    YB umno ado?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni apa bende lahabau ni merepek?? Kedepan kebelakang tunggang langgang. Haha

      Padam
    2. Syg wan jijah nie. ..blaja tnggi tnggalkn keje lalu jd bini bnduan peliwat....

      Padam
  4. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berkeras menuntut permohonan maaf daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhubung penghinaan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan berhubung pergerakan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

    BalasPadam
  5. Permatang pauh....sapa calon? Nuha atau Azizah? Azizah atau Nuha? Nuha tu belum matang lagi dalam politik, kurang pendedahan, lagi 6 bulan ok la kot. So, Wan Azizah patut jadi calon. Mesti menang punya. Lepas 6 bulan, agak2 bila si Nuha dah ready, Wan Azizah boleh letak jawatan, bagi Nuha bertanding pulak. Menang lagi. Pastu kalau Nuha tu rasa beban sangat hal2 politik ni, dia boleh letak jawatan, Wan Azizah boleh ganti balik tempat dia. Orang Permatang Pauh memang suka mengundi. Maklum la pembangunan takde, takde keje buat. Bila ada PRK ni seronok, ada la hiburan skit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lps nenek kipas tu pencen, nurul izzah pulak ganti. Pastu cucu Nuar pulak. DiPmtg Pauh org dh jelek dgn kluarga tunggang langgang nie

      Padam
  6. Ini kata Din blogger;
    "Alhamdulillah, di Rompin, kami, Pas dan PKR tidak tidak mendengar lagi suara-suara 'parasit', dan jika ada kita akan tentang habis-habisan. Pas dan PKR mesti benamkan Umno/Bn di Permatang Pauh dan di Rompin, InsyaAllah."

    Ini pulak kata kami:
    PKR bole pi jahanam laa...


    Abie Toyib
    Ahli Pas Tulen
    KUALA ROMPIN

    BalasPadam
  7. ye ye…dh puas kutuk pas mau jilat balik haa…nak beli jiwa ke din…tgu hari mengundi din…pegi mampos pkr

    BalasPadam
  8. Permatang Pauh memang milik PKR, itu adalah hak PKR untuk mencalon sesiapa sahaja. Bagi pendapat saya mungkin lebih baik letak calon pelapis kerana barua-barua Umno akan menjadikan WAWI sebagai modal untuk menyerang peribadi beliau kerana Utusan Meloya dah mula menyerang sedang calon PKR pun belum diumumkan lagi. Ini kerana isu beliau melepaskan jawatan itu kepada DSAI dan begitu juga dengan isu beliau dijadikan calon mee segera di Kajang. Jika WAWI tetap pilihan PKR maka itu memang hak PKR dan tiada siapa boleh pertikaikan. PAS tetap sokong sebagai rakan Pakatan. Sekadar bagi pendapat, sekurang-kurangnya PKR mempunyai pelapis yang kuat. Tetapi bila ada suara AMK menyuruh TGHH berundur, itu sudah mencampuri urusan PAS. Sepatutnya benda ini tidak berlaku kerana PAS hanya Tahalluf Siyasi sahaja dengan PKR dan DAP. Tidak perlu menyerang seperti DAP yang mana mereka sendiri melanggar penjanjian 'setuju dengan tidak bersetuju', malah mereka lebih teruk turut berkempen untuk calon kesukaan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musafir Buasir...jgn nk menyamar jd org kami...org kami dah jelek dgn PKR. Parti ketum lucah bole blahhh la...

      Padam
  9. pkr mana ada kerusi….umur pkr berapa tahun…kerusi semua atas ehsan pas…pegi mampos dgn pkr…pkr serpihan umno…perangai sama jer…jgn jd bodoh musafir lalu

    BalasPadam