RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 26 Mei 2015

HEBAT STRATEGI POLITIK UMNO GUNAKAN HUDUD, KITA PUN TIDAK RUGI, KAN?

AKU ingin merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Harakahdaily.net di bawah ini.  Memang amat mendukacitakan kita semua jika benar seperti yang disebut oleh Pensyarah ini di hadapan orang kuat PAS yang memperjuangkan Hudud, Ustaz Mokhtar Senik.

Mungkin masih ada rasa 'bersangka baik' dengan Umno.  Namun, samada benar Umno ikhlas atau sekali lagi kita dikencing, hakikatnya Umno berjaya pecahkan Pakatan hanya bermodalkan "Hudud".  Selepas ini, bagi Umno tidak penting lagi kerana jelas sekarang Pakatan sudah tidak bersatu.  Ini lebih utama dari Hudud bagi Umno.  Awal lagi aku sebut, Umno Kelantan memang tunjuk ikhlas menyokong Hudud sampai menangis-menangis di dalam Dun Kelantan sebab mereka tahu menangis air mata darah sekalipun yang berkuasa melaksanakan Hudud ini adalah Kerajaan Pusat, parti induk mereka juga.

Jika benarlah Umno Kelantan itu ikhlas mahu Hudud tetapi gagal dibawa masuk ke Parlimen, Umno Kelantan masih mampu tersenyum kerana Pakatan tidak lagi seperti dahulu.  Mereka sudah terbayang peluang baik mereka di Kelantan pada PRU 14 nanti.  Lojik akal, di dalam keadaan Pakatan kukuh pun, Umno Kelantan berjaya rampas 6 Kerusi Dun dari Pas, tentulah di waktu Pakatan sedang 'berbalah' di dalam soal Hudud, peluang Umno terbuka luas.  Siapa yang rugi?  Tiada siapa yang rugi kerana kemenangan itu tidak penting.  Redha Allah itu penting.

-----------------------------------------------------------------------------------

Petikan: Harakahdaily.net

Biarpun sudah diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah peringkat Persekutuan, namun Umno dan Kerajaan Pusat dilihat masih berdolak-dalik.

Malah kemungkinan tidak dapat ditolak Umno akan kembali serius membincangkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan apabila tiba kempen Pilihan raya Umum ke-14.

Sedangkan pada 28 Mac tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom memberitahu di Dewan Rakyat, sekiranya kerajaan Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud, kerajaan Pusat turut bersama-sama.

“Terpulang kepada ahli-ahli Yang Berhormat untuk membawa usul persendirian bagi membentang Rang Undang-Undang daripada ahli yang bukan ahli kerajaan di Dewan Rakyat,” kata Jamil Khir ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.


 
 
Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dr Azhar Abdullah berkata sehingga sekarang tidak kelihatan keazaman yang kuat daripada Umno untuk memastikan KJS dapat dilaksanakan di Kelantan.

“Kita tahu Umno tidak ikhlas untuk memastikan perundangan tersebut benar-benar dapat dilaksanakan di negeri ini,” katanya pada penerangan KJS dan GST di Kampung Kasar malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad.

Dr Azhar berkata ketidaksungguhan Umno juga dapat dilihat apabila sehingga sekarang gagal membentangkan pindaan Akta 355 di Parlimen.

Sedang difahamkan pada 15 Disember 2014 Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju supaya pindaan di buat ke atas Akta 355.

Selain itu usul persendirian bagi membolehkan KJS dilaksanakan di Kelantan, yang dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi lepas tidak mendapat kebenaran parlimen.

“Saya percaya Umno akan perap usul persendirian tersebut sehingga PRU ke-14. Kalau lulus pun mungkin pada peringkat bacaan pertama, selepas itu kerajaan pusat akan menangguh sekali lagi untuk membolehkan kajian dilakukan kabinet,” katanya. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

6 ulasan:

  1. Jika dibandingkan DAP, PKR dan UMNO dalam isu hudud ni UMNO lebih baik, kesemua adun umno Kelantan telah menyokong usul tersebut.

    Sehigga ke hari ini tidak tertonjol kelibat PKR atau DAP menyokong usul tersebut.

    Kepada pemimpin Islam tidak kira DAP, PKR, PAS atau UMNO suka saya mengingatkan bahawa itu adalah tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan sebagai pemimpin terhadap Allah swt.

    Kalau tak mampu untuk menunaikan amanah sebagai pemimpin lebih baik jgn jadi pemimpin atau lebih baik keluar saja dari Islam supaya tidak terikat dengan amanah tersebut.

    BalasPadam
  2. Satu satunya Adun PKR menyokong usul tersebut. Jadi jangan buat fitnah.

    BalasPadam
  3. Din.. no worries.. pas akan tetap bersama pr.. yg kelihatan sekarang seolah2 umno permainkan pas.. sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.. x percaya ke? Kita tunggu..

    BalasPadam
  4. Din.. no worries.. pas akan tetap bersama pr.. yg kelihatan sekarang seolah2 umno permainkan pas.. sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.. x percaya ke? Kita tunggu..

    BalasPadam
  5. Sepatutnya apabila Pas membntaangkan husud Dap akan menyokong dan meyakinkan org Cina bhw hudud tidaknmelibatkan.mrk.orgbcin akan yakin kerana mrk percaya Dap skrg.bukan nya jadi batu api membuat org cina sangsi.disinilah terserlah ketidak ikhlasan hati Dap kpd islam dan Pas.Apakah Dap tak suka org Islam malaysia baik dan jadi masyarakat contoh

    BalasPadam
  6. Memang org pas kena kencig dengan org umno

    BalasPadam