RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 13 Januari 2017

PRU14 - PARLIMEN TEMERLOH HAMPIR PASTI TIGA PENJURU

PARLIMEN Temerloh  P.088 dikhabarkan menjadi Kerusi panas menjelang PRU14 akan datang.  Selain dari Bn yang akan diwakili oleh Umno, Kerusi ini juga menjadi rebutan di antara Keadilan dan Amanah, manakala Pas sudah semestinya akan mempertahankan Kerusi tersebut yang dimenangi oleh wakil mereka, YB Us Nasrudin Hassan Tantawi yang telah mewakili Pakatan Rakyat di dalam PRU13 yang lalu.

Pada PRU13 yang lalu, YB Us Nasrudin hanya menang dengan majoriti 1,070 menewaskan calon dari Bn iaitu Dato' Saifudin Abdullah yang kini telahpun menyertai Keadilan dan memegang jawatan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan.  Kemenangan YB Us Nasrudin di Temerloh hakikatnya dibantu oleh pengundi-pengundi di Dun Mentakab yang dimenangi oleh calon Dap, YB Tengku Zulpuri dan juga dari Dun Kuala Semantan yang diwakili oleh YB Syed Hamid (Amanah).

Perebutan Kerusi Parlimen Temerloh ini di kalangan parti Pembangkang mungkin tidak timbul sekiranya Pas tidak menjadi seperti sekarang.  Sekiranya Pas adalah sebahagian dari komponen PH, jaminan boleh diberi bahawa Kerusi tersebut tetap milik Pas pada PRU14 akan datang kerana Pas adalah penyandangnya sekarang.  Sekiranya ini berlaku, kita yakin Kerusi Parlimen Temerloh tetap akan kekal di tangan Pembangkang atas sokongan pengundi-pengundi Pas, Keadilan, Dap, Amanah, PPBM (Bersatu) serta pengundi-pengundi atas pagar yang jelas majoritinya amat meluat dengan Umno/Bn.  Kemungkinan besar juga, Pas akan dapat menambah majoritinya kerana berlaku perpecahan di dalam Umno sekarang.   

Malangnya, Pas memilih untuk bersendirian.  Pas tidak mahu dilibatkan dengan barisan pembangkang yang lain di dalam PH.  Tidak kiralah apa jua alasan dan dalil Pas, tindakan ini merugikan Pas sendiri.  Atas satu perhitungan yang cetek dan tidak matang, Pas mengecewakan para penyokongnya lebih-lebih lagi pengundi-pengundi yang mengundinya di dalam PRU13 yang lalu.  Harus diingat, majoriti yang mengundinya dulu bukan ahli Pas dan Pas tidak boleh mendabik dada dan menganggap itu kemenangan mutlak Pas semata-mata.

Apabila Pas memilih untuk bersendirian dan ingin berada di luar pakatan pembangkang, PH tiada pilihan selain dari meletakkan calon mereka di Parlimen Temerloh pada PRU14 akan datang.  PH tidak mahu mengecewakan majoriti penyokong-penyokong mereka di Temerloh.  PH tidak akan membiarkan para pengundi di Temerloh dipaksa untuk memilih parti yang jelas tidak mahu berpakat melawan Umno/Bn.  Maka, Kerusi Parlimen Temerloh wajib diwakili oleh calon dari PH pada PRU14 akan datang.

Kewujudan Parti Amanah dilihat sebagai pengganti Pas di dalam PH.  Sekiranya Parlimen Temerloh ini Kerusi tradisi buat Pas, pastinya wakil dari Amanah ada asas untuk mendakwa mereka wajar diberikan tempat untuk bertanding di Temerloh bagi menggantikan Pas yang terkeluar dari PH.  Persoalannya, benarkah Parlimen Temerloh ini Kerusi tradisi Pas?  Sejarah melihat Kerusi Parlimen Temerloh tidak pernah diwakili oleh hanya satu parti sahaja dari pembangkang.  Pas dan Keadilan pernah bertanding di Temerloh, bahkan suatu ketika dahulu Almarhum Pak Sako dari PRM juga pernah bertanding di Parlimen Temerloh.  

Sehubungan itu, Kerusi Parlimen Temerloh kini boleh dikatakan terbuka untuk ditandingi samada oleh Keadilan atau Amanah di dalam PRU14 akan datang bagi mewakili PH.  Pas mungkin akan mempertahankan Kerusi tersebut bagi mewakili blok ketiga yang katanya ingin juga melawan Umno/Bn.  Sudah hampir pasti, di Temerloh bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru, iaitu satu perkara yang amat dibenci oleh kita semua lebih-lebih lagi para pengundi yang amat ghairah untuk melihat Umno/Bn tersungkur kali ini.  Perkara yang amat dibenci tapi mesti dilakukan kerana tiada sepakatan.  Ada parti yang masih mempunyai keegoan yang tinggi.

Apakah Keadilan lebih wajar diberikan tempat di Temerloh selepas ini?  Atau, mungkin Amanah boleh mencuba nasibnya untuk membuktikan parti mereka mampu menggantikan Pas di situ?  Aku tidak melihat  bahawa Amanah mesti diletakkan di Temerloh atas hujah bahawa Amanah adalah pengganti Pas dalam PH semata-mata.  Berapa banyak kawasan yang ditandingi oleh Pas di seluruh negara dan adakah Amanah telah bersedia untuk bertanding di semua Kerusi tersebut?  Jawapannya sudah pasti tidak, kerana kita harus memahami bahawa parti ini baru berusia setahun lebih dan kita tidak boleh menekan Amanah untuk terus menjadi sekuat Pas yang telah berusia hampir sebaya dengan Umno.  Mungkin ada beberapa kawasan yang Amanah berpotensi untuk menang tetapi mungkin bukan di Temerloh.  

Bagaimana pula dengan Keadilan?  Keadilan sememangnya telah bersedia di Temerloh sejak dahulu lagi tetapi tewas sebelum diserahkan kepada Pas atas dasar pertukaran Kerusi waktu itu.  Jentera Keadilan, bukan sahaja di Temerloh tetapi di banyak tempat memang diakui ada kelemahan, namun faktor jentera bukan satu-satunya faktor untuk kemenangan.  PJ Pas Pahang sendiri, Us Tuan Ibrahim di dalam PRU13 yang lalu bertanding di Dun Jengka, memiliki jentera yang amat hebat namun beliau tewas di Jengka.  Faktor paling penting adalah bagaimana kita mahu mendekati rakyat yang akhirnya mereka ada sentimen untuk menumbangkan Umno/Bn.  Keadilan hebat kerana parti ini sejak dulu dapat membawa sentimen ini dengan berbagai isu yang dekat dihati rakyat.

Akhirnya, siapa yang telah memulakan kerja di Temerloh?  Siapa yang amat dekat dihati rakyat Temerloh?  Siapa bakal calon yang mungkin ditampilkan oleh Amanah atau Keadilan di Temerloh?  Ini semua memainkan peranan penting untuk menentukan siapa layak untuk disabungkan di dalam pertandingan tiga penjuru nanti.  Khabarnya, Pengerusi Amanah Pahang, Dr Hamzah juga berminat untuk bertanding di Temerloh.  Keadilan pula ada ramai tokoh lama dan baru yang boleh ditampilkan di situ.  Apakah Timbalan Pengerusi Keadilan Pahang, Sdr Ahmad Nizam akan mencuba nasibnya sekali lagi?  Aku rasa, Dato' Saifuddin Abdullah tidak strategik untuk masuk kembali ke gelanggang di Temerloh.  

Mana-mana parti dari PH yang berhajat kepada Kerusi Parlimen Temerloh ini mestilah telah bekerja kuat dan menunjukkan kesungguhan, bukan sekadar sebagai mengisi tempat.  Keadilan tidak boleh bertanding hanya kerana itu Kerusi Keadilan yang pernah ditandingi.  Amanah juga tidak boleh bertanding hanya kerana alasan mereka sebagai mengisi tempat Pas di dalam PH.  Aku lebih suka Keadilan kurang Kerusi asalkan yang menggantikan Keadilan itu boleh tewaskan Umno/Bn dan menambahkan Kerusi PH.  Sekiranya Keadilan tidak bersedia, Amanah pun belum bersedia, maka jika PPBM (Bersatu) bersedia, maka tidak salah jika parti ini diberikan peluang untuk bertanding.  Di dalam rundingan Kerusi di antara PH dan PPBM nanti, kita harus berlapang dada dan meletakkan kepercayaan kepada pimpinan kita di dalam menentukan Kerusi mana yang bakal parti kita tandingi.

Apa yang penting, jangan benarkan Umno/Bn dan sekutu mereka menang tanpa bertanding.

18 ulasan:

  1. Asal bukan umno dan pas yg menang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah kah....berangan nak PANTAT

      Padam
    2. Mencarut ikut sunnah Tontowi gi German. Pay per view satu.

      Padam
    3. Carut..itulah hati kotor.

      Padam
    4. Ahli pas boleh mencarut. Tak berdosa.

      Padam
  2. Sekarang ni senang ja. Pilih parti yg nakkan perubahan dan boleh menang.
    Rakyat dah bosan dgn permainan pemimpin2 yg mempengaruhi orang saja utk mengundi mereka tapi buat kerja macam haram jadah. Rakyat skrg mahukan perubahan.

    BalasPadam
  3. TITM Yang bertanding di Jengka dengan jentera yang hebat tetapi kalah. Sebab apa kalah..? Sifat munafik dia jauh lebih tinggi dari sifat muslim dia ni. Nak tahu tanya siapa yang pernah berjiran dan berkerja bersama atau biasa berpolitik bersama beliau. Beliau ni lebih kepada suka bertukar-tukar kereta mewah dari ambil tahu permasalahan rakyat maupun ahli bawahan. Cakap langsung tak serupa bikin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita klu mengaku org Islam...x baik nuduh org lain kafir ke munafik...itu pesan Nabi...sbb dia akn berbalik pd kita...nanti bila ada sifat munafik dlm diri kita...amik hak org pun kata hak sendiri

      Padam
    2. Hadis palsu mana ni? Nabi pesan sifat orang munafik dan orang munafik duduk di neraka paling bawah dari kapir. Jangan sambung lidah munafik dengan Nabi SAW!

      Padam
    3. Tapi ciri2 munafik di kalangan pimpinan pas terlalu jelas..tak apalah aku ckp dlm hati jerlah..pas parti org munafik (ckp dlm hati tau).

      Padam
  4. Moh rhodong kite tolakk Umno dan Sekutunya Pas. Undi PH tolak Pencuri 2.6b dan tuan Penasihat 4 saksi. Moh kite weyh!

    BalasPadam
  5. Sokong parti yg perjuangkan hak rakyat dan tolak kezaliman..

    BalasPadam
  6. Sokong Pas Sokong Syiah. Pi Iran Kantoi Tipu Wakil KUIS. Kondem Kutuk Qardhawi Dan Ulama KUIS Tipu Lagi Nak Letak Jawatan.

    BalasPadam
  7. ala mat sabu g iran mse dlu jdi pas x nk kecoh plak... lwn je 3 pnjuru redha je la msing2 sshkn rkyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budaya Syiah suka bertaqiyyah aka berpura dan menipu meresap ke dalam pimpinan Pas. Berjaga dan beringatlah wahai ASWJ.

      Padam
    2. Tipu tu, mana ada syiah dalam PAS yang ada dalam PAN memang ramai, berjaga-jaga lah golongan Sunni.

      Padam
    3. Masa mat sabu pergi, hadi pun dah ada kat perhimpunan tu..hadi dtg lagi awal dari lain2 pemimpin pas.jadi tak hairan jika hadi berjubah mcm ayatollah.

      Padam
  8. disyorkan Dato' Saifuddin Abdullah tanding kerusi DUN dan Parlimen. Calon paling sesuai sebagai MB Pahang selepas PRU14.

    BalasPadam