RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 4 September 2019

HILMAN MAHU ISU SEMBURIT DIBONGKAR SEMULA?

Wahai Hilman !! Mengapa nak salahkan Biro politik dlm isu video semburit? Kisahnya Haziq mengaku beliau orangnya dalam video semburit tersebut dan Haziq sebut pasangannya adalah Azmin. Azmin tidak mengaku. Adakah kamu mahu parti menghukum Haziq atas pengakuan melakukan aksi semburit itu bersama Azmin? Adakah kamu mahu parti menghukum Haziq sahaja tanpa melibatkan Azmin? Azmin juga patut dihukum kalau kamu percaya pengakuan Haziq.

Isu video semburit ini, parti telah serahkan kpd pihak polis untuk siasat yang sehingga kini kita tidak tahu apa kesudahan kes ini. Mana mungkin boleh hukum Haziq melakukan liwat bersendirian? Sebab itulah parti hanya memecat Haziq atas kesalahan beliau menuduh Azmin secara terbuka dengan perbuatan rasuah tanpa bawa bukti, bukannya atas kes semburit.

Kalau kamu tidak sabar untuk mengetahui siapa pasangan Haziq, apa kata kalau kamu minta Azmin saman Haziq atau pihak yang melaporkan ujuan kesahihan video yang menyatakan Azmin terlibat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan