TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

RADIO KOBAT FM

Rabu, 4 September 2019

PESANAN TUN M JANGAN BOIKOT MEMBOIKOT ADALAH SIFAT TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Ramai walaun dan macai pembangkang perasan kononnya usaha mereka memboikot barangan bukan Islam itu berkesan sehingga Tun M menasihatkan agar rakyat tidak perlu boikot memboikot barangan sesiapa pun.

Tun M sedar, ramai kaum Melayu terutamanya anak-anak muda yang bekerja dengan syarikat atau majikannya bukan melayu. Tun M tahu, banyak pekedai runcit melayu yang bergantung kepada syarikat pemborong kaum bukan melayu untuk membekalkan barang ke kedai mereka. Tun M arif sangat bahawa berapa peratus sahaja kaum Melayu yang ada bengkel kereta atau motor, kalau ada pun mereka masih bergantung dengan kaum lain untuk membekalkan alatganti bengkel mereka. Syarikat pencetak akhbar pun tidak banyak dimiliki oleh kaum Melayu sehinggakan akhbar Harakah pun dicetak oleh pencetak bukan melayu.


Berapa kerat Melayu yang menjual telefon bimbit atau komputer atau kedai membaiki telefon dan komputer? Kedai no ekor atau sport toto milik kaum lain, tetapi pelanggan mereka paling ramai adalah Melayu. Mahu sembang boikot lagi?

Tun M tidak mahu kalau kaum lain boikot kaum Melayu kerana yang susah nanti Melayu juga. Baru seminggu kedai Cina tutup untuk menyambut Tahun Baru Cina, kelamkabut orang Melayu mahu beli barang dapor. Mahu beli rokok dan topap henset pun cari kedai Cina.

Selaku pemimpin, Tun M mahu rakyat Malaysia hidup muhibbah dan saling membantu. Jangan pedulikan lebai sombong yang berkempen memboikot sedangkan seluar dalam lebai dan bininya pun dibeli di kedai Cina.

Janganlah bodoh, kemudian sombong pula.

1 ulasan: