RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 23 Oktober 2019

ANWAR BERI KEBEBASAN PENUH KEPADA RAFIZI DAN SENTIASA MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADANYA



Baru-baru ini, di dalam program anjuran ARK (Akademi Keadilan) "Kerajaan Baharu" - Adakah Naratifnya Baharu?, yang telah diadakan di Hotel Swiss Garden, Jalan Pudu, KL , Presiden Keadilan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah ditanya oleh salah seorang peserta forum tentang Sdr Rafizi Ramli yang dilihat seolah-olah terpinggir dan menyepikan diri setelah banyak membantu PH di dalam kempen memenangi PRU14 yang lalu.

Anwar telah memberikan jawapan bahawa Sdr Rafizi sekarang adalah Naib Presiden Keadilan, beliau berhak untuk melaksanakan tugasnya di mana-mana sekalipun dan beliau selaku Presiden akan menyokongnya. Meskipun para hadirin mahukan Anwar menjawab atau mengulas panjang lebar sedikit tentang Sdr Rafizi, namun melihat kepada waktu yang terhad untuk Anwar menjawab beberapa soalan lain, jawapan pendek Anwar itu sudah cukup memberikan isyarat jelas bahawa sokongan dan kepercayaan Anwar terhadap Rafizi masih utuh.


Ramai tertanya-tanya, mengapa Sdr Rafizi dilihat "menyepi"? Adakah beliau merajuk? Sebenarnya beliau tidak menyepi, beliau masih memberikan pandangannya samada melalui twitter mahupun FB pagenya. Tiada sebab untuk beliau merajuk kerana beliau sejak awal lagi sewaktu di dalam kempen PRU14 yang lalu telah menyatakan hasrat untuk berehat agak lama selepas PRU14 bagi menumpukan kepada banyak kes mahkamah yang dihadapinya. Apatah lagi, setelah PRU14 yang lalu beliau kerap mengalami masalah kesihatan. Mungkin akibat terlalu kuat bekerja siang dan malam sebelum ini menjadikan kesihatannya sedikit terjejas, maka selepas PRU14 yang lalu, itulah waktu yang sesuai untuk beliau berehat bersama keluarga.

Namun demikian, sebagai pejuang politik, bercuti atau berehat tidaklah sama dengan percutian orang biasa. Tangannya masih bisa menulis untuk menyatakan sesuatu perkara dan isu khususnya berkaitan politik. INVOKE masih berfungsi walaupun tidak serancak sewaktu berkempen dahulu. INVOKE kini berperanan lebih kepada memantau aras sokongan rakyat kepada kerajaan PH dari semasa ke semasa. Bahkan, Sdr Rafizi turut turun membantu kempen PH di PRK di Port Dickson dan di Rantau. Waktu itu, beliau berkeadaan kurang sihat dan cergas sepenuhnya, namun tetap turun membantu kempen.

Benar, Sdr Rafizi kadangkala berbeza pendapat dengan Anwar. Beliau tidak mahu melihat Anwar dikelilingi oleh pengampu-pengampu yang bakal merosakkannya. Itu sahaja tujuan Rafizi. Anwar pula ada pandangannya sendiri dan ini dihormati oleh Rafizi. Walaupun berbeza sedikit sebanyak, Rafizi tidak pernah biadab dan kurang ajar terhadap bosnya itu. Rafizi tahu adab dan akhlak. Tidak seperti beberapa pimpinan parti yang lain, bila telah berjawatan dan berkedudukan, pantang ditegur oleh Anwar, terus sombong, ego dan biadab.

Marilah kita bersama berdoa agar Sdr Rafizi dianugerahkan kesihatan yang baik dan diberikan keringanan dan kemenangan di dalam kes-kes mahkamah yang bakal dihadapinya tidak beberapa lama lagi. Rakyat mendambakan susuk tubuh anak muda ini kembali aktif di persada politik tanahair di samping Anwar Ibrahim dan membantu Anwar membangunkan negara ini sebaik sahaja Anwar ditabalkan sebagai PM ke 8 nanti, InsyaAllah.

7 ulasan:

  1. Rafizi Ramli memang layak memegang gelaran pembohong nombor satu dalam negara.

    Paling bangang punya kencing. Macai tadah haahh..!!

    1. Rafizi Ramli kata harga minyak RON95 boleh DIKEKALKAN RM1.80 seliter jika PH memerintah walaupun harga minyak dunia kekal mahal dengan hujah Rafizi guna harga minyak dunia mahal kerajaan akan kutip lebih cukai dimana setiap dolar harga minyak naik kerajaan kutip RM1B setahun dan boleh digunakan untuk tampung subsidi minyak supaya HARGA TETAP KEKAL RM1.80

    Anda baca senarai fitnah Rafizi Ramli :

    2. Fitnah mengenai dakwaan terdapat permintaan untuk seks dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang melibatkan kerajaan Selangor. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti terhadap tuduhan itu.

    3. Fitnah dan putar belit tentang isu GST.

    Baca sini : http://tunfaisal.blogspot.my/2014/06/gst-siri-6-jom-dedah-pembohongan-rafizi.html

    4. Fitnah Tabung Haji akan rugi RM933 juta. Akibat fitnah itu, seramai 3,954 pendeposit Tabung Haji menutup akaun mereka. Tetapi Rafizi sendiri masih tidak tutup akaunnya dalam Tabung Haji dan turut menerima dividennya.

    5. Fitnah ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi 'Langkah Kajang' dalam usaha menjadikan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Besar Selangor. Perkara berkenaan dibawa ke mahkamah, terbukti bahawa segala dakwaan PKR, Rafizi dan Saifuddin adalah fitnah.

    6. Fitnah UMNO serang gereja menggunakan Molotov. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.

    7. Fitnah kerajaan BN beli BMW 7series. Rafizi membuat tuduhan kononnya kerajaan membeli kereta BMW untuk kegunaan, ia bagaimanapun dinafikan syarikat BMW sendiri dan tiada permohonan maaf daripada beliau.

    8. Fitnah kononnya yuran konsultan oleh MMC Gamuda kepada MRT sebanyak RM7 bilion. MMC Gamuda menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta. Rafizi tidak meneruskan fitnahnya dan tidak lagi dimainkan isu ini.

    9. Fitnah kerajaan akan menanggung kos berjumlah RM8.2 bilion bagi projek pembinaan hospital UiTM di kampus Puncak Alam. Padahal, kos sebenar hanyalah RM559 juta. UiTM mengeluarkan kenyataan amat terkilan dengan maklumat tidak tepat dan disensasikan oleh Rafizi.

    10. Fitnah FELDA mengambil hutang bagi membiayai Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). FELDA menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menegaskan FELDA sedang dilelong oleh Teresa Kok

    11. Fitnah PAS menerima rasuah RM90 juta dari 1MDB. Hadi Awang menafikannya dan mengatakan ianya satu tuduhan yang bohong 300 peratus. Beliau menyarankan agar Rafizi untuk segera bertaubat meminta keampunan di atas dosa menyebarkan fitnah.

    12. Fitnah kerajaan menggunakan khidmat Florence Goh iaitu bekas Pelobi Presiden Amerika untuk melobi kepentingan negara. Florence Goh tampil menafikannya dan menganggap Rafizii seorang yang cuai sehingga menjadikan dirinya dan syarikat beliau sebagai mangsa fitnah.

    13. Fitnah Hakim Syariah terlibat dalam gejala rasuah. Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan

    FITNAH RAPIJI MACAI HADAM
    KENCING RAPIJI MACAI TADAH
    KIKI ALJUB GAK KENA KEMAM
    KEPALA PENIPU KENA MENGALAH

    KIKIKI..!!

    14. Fitnah bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung pembayaran gratuiti kepada pencarum LTAT. LTAT sekarang sudah dijual borong oleh Menteri Drop From School.

    15. Fitnah Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengurangkan elaun pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) daripada RM250 kepada RM125.

    Rafizi Ramli PKR semakin memperbodohkan di samping mempertabatkan diri beliau sebagai pembohong nombor satu dalam negara Malaysia ini.

    Fitnah dan putar belit Rafizi PKR ini memang sudah melampau. Dalam masa yang sama, Zaid Ibrahim pernah mengingatkan Anwar Ibrahim supaya tidak usah berselindung di bawah skirt Rafizi.

    Seperti yang kita semua sedia maklum, Rafizi Ramli juga telah dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Rafizi berbohong, ke kau syok sendiri?

      Sudah-sudahlah walaon. Kalau dah bodoh tu bodoh juga hahaha!!!

      Persepsi kau je tu hahaha!!!

      Padam
    2. Hadi Awang penipu tu kau nak jadikan hujah???

      Otak kau kat mana hahaha!!!

      Padam
    3. Biase la bro. Otak Dah tepu. Dah dilencun dek lebai 90 jote... Masa rafizi memula Sebar isu 1mdb. Lebai Yg Puas hati pun Kata Dia penipu. Skang ni, Dengar angka2 Kat mahkamah pun kita naik Demam. Sape sangka org Yg mengaku hantuk kepala Kat Batu hitam, masuk Makam nabi tu pembelit no 1... Biar la macai2 walaun terjun dgn jubah2 nya.

      Padam
    4. Dan Jgn layan puak BMF ni. Depa meniaga pun tak Tau... Tgk boslu meniaga 1mdb. Hancur, kalau duit sendiri tu lantak la, ni harta rakyat. Biar la bos dgn levai and the gang jawab sendiri dgn Allah... Bagi amanah, cina gemok Yg dikayakan, lepas tu, hidup Melayu. Kata macai sambil ambik gelang pusaka derma Kat bos. Cina makin kaya, Melayu korek harta sendiri utk Melayu pembelit. Hidup Melayu ..

      Padam
  2. FUYO POMEN BAWAH POKOK MUNCUL AHIRNYA
    BRING IT ON JON DOE SUMAN SEKALI LAA
    PESAN JON DOE PANJI KUNYIT ITAM MANA.?
    KAMI NAK ORDER POPCORN WAYANG NAK MULA


    KIKIKIKI.. KLU AKO BRING IT ON ISU PLURALISMA MURTAD GAY JUBO MESTI MACAI DIAM MCM SETAN BISU


    #formulaturunhargabarangBMFokeyy.!

    BalasPadam
  3. Dia org kaki penipu ke bohong ke kya rya..yg papa kedana dn duk bergdh sesma sdiri kita..sape bodoh

    BalasPadam