RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 19 Februari 2020

TERLALU AWALKAH DUA TAHUN SEBAGAI PM SEMENTARA ?


Saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar hari ini bertarikh 17 Februari 2020 bertajuk " Terlalu Awal Untuk Peralihan Kuasa".

Di dalam laporan akhbar tersebut telah memetik kenyataan penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff, di mana beliau tidak begitu bersetuju sekiranya proses peralihan kuasa PM dilaksanakan secara tergesa-gesa. Alasan beliau adalah lebih baik tumpukan kepada masalah ekonomi, kestabilan politik serta masalah kesihatan (wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara sekarang.

Tahukah beliau bahawa atas hujah yang sama juga maka rakyat mahukan peralihan kuasa berlaku selewat-lewatnya Mei ini kerana keadaan ekonomi ternyata gagal ditangani sebaiknya oleh Tun M. Buktinya di dalam 5 PRK, parti kerajaan telah ditolak oleh rakyat dan paling memalukan di PRK Tg Piai di mana boleh dikatakan parti kerajaan ditolak oleh semua kaum dengan kekalahan besar yang mencipta sejarah. Kesilapan Tun M meletakkan seorang Menteri Ekonomi yang tidak cekap dan terlalu banyak berpolitik untuk menyailang Presidennya sendiri di samping begitu membelai MP-MP Pembangkang telah menambah kegawatan ekonomi. Kegawatan politik juga berpunca dari Tun M sendiri di mana beliau sering hilang arah dan berbelit-belit apabila membicarakan soal peralihan kuasa. Dari dua tahun, hingga kepada dua tahun setengah, hingga kepada ekonomi pulih dan terakhir selepas Persidangan APEC November nanti, adalah jangkamasa yang Tun M berikan untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar ternyata membelakangkan Majlis Presiden PH yang sepatutnya berkuasa menentukan tempuh perkhidmatan beliau.

Kegawatan politik semakin bertambah apabila terdapat di kalangan Menteri di dalam PH sendiri yang siang malam kerjanya melobi mencari sokongan dari MP-MP Pembangkang untuk menentukan Tun M terus berkuasa. Kelakuan yang semakin menjolok mata ini dibiarkan oleh Tun M tanpa sebarang tindakan. Mana mungkin seorang Menteri boleh bertemu dengan beberapa orang MP dari Pembangkang di rumahnya tanpa pengetahuan pimpinan PH sendiri dan ditawarkan dengan projek-projek tanpa diambil tindakan tegas oleh PM? Itu belum dikira kes semburit yang menjadi isu kontroversi yang turut menggawatkan keadaan politik negara.

Seorang lagi penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Mohammad Fuad Othman yang meminta semua pihak termasuk Majlis Presiden PH supaya tidak ragu-ragu dengan kesungguhan Dr Mahathir menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Anwar. Katanya lagi, Tun M harus diberi masa secukupnya oleh kepimpinan PH dan rakyat untuk melunaskan kerja-kerja pemulihan sosioekonomi negara yang belum beres dengan tarikh peralihan kuasa paling sesuai dilaksanakan selepas persidangan APEC 2020 pada November ini. "Saya yakin Majlis Presiden PH masih mempunyai rasa hormat cukup tinggi kepada Dr Mahathir. Lagipun Anwar sendiri memberitahu beliau tidak bermasalah menunggu sedikit masa lagi bagi mengambil alih jawatan PM," katanya.

Soal ekonomi juga menjadi hujah kepada Prof Madya ini dan seperti yang telah saya sebutkan tadi atas hujah itu juga maka rakyat mahu Tun M serahkan jawatan PM kepada Anwar pada Mei ini nanti kerana rakyat telah menilai kecemerlangan Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan dahulu sehingga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik.
Euromoney menamakannya sebagai empat menteri kewangan teratas dan pada tahun 1996, Asiamoney menamakannya sebagai Menteri Kewangan Terbaik. Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008. Bahkan, di penghujung karier politiknya bersama Umno, beliau tetap dikenali di dunia sehingga majalah Newsweek menamakan Anwar "Asian of the Year" pada tahun 1998. Adakah ini tidak mencukupi untuk menyatakan Anwar Ibrahim mampu mengemudi negara di dalam keadaan sekarang?

Majlis Presiden tidak pernah tidak menghormati Tun M kerana beliau adalah Pengerusi PH. Bahkan, sikap hotmat dan berlapang dada Majlis Presiden kepada Tun M dilihat keterlaluan di mana beberapa tindakan Tun M dibuat secara bersendirian tanpa merujuk kepada Majlis Presiden. Sifat hormat Tun M kepada Majlis Presiden sebenarnya yang boleh dipertikaikan. Beliau bebas untuk bercakap soal peralihan kuasa PM tanpa pernah merujuk kepada Majlis Presiden PH. Ini masalah besar Tun M sebenarnya.

Apabila Anwar di dalam kenyataannya menyatakan beliau bersedia untuk menunggu selepas APEC, itu adalah kata-kata diplomasi penuh hikmah dari seorang tokoh dan pemimpin yang tidak suka berbalah dan mencetuskan isu. Namun, beliau tetap akur dan hormat kepada Majlis Presiden PH apabila beliau berkata, " terletak di tangan Majlis Presiden PH untuk menentukannya". Isunya, bukan kehendak Anwar, tetapi ini kehendak rakyat iaitu Anwar Ibrahim perlu diangkat untuk menjadi PM ke 8 pada Mei 2020.

Kesimpulannya, tempoh dua tahun menjadi PM sementara itu memang mencukupi buat Tun M, apatah lagi itulah janji beliau yang pertama sebaik sahaja diangkat menjadi PM. Di dalam usianya sekarang, beliau telahpun mencipta rekod dunia seorang PM tertua di alaf moden ini. Kita tidak mahu beliau mencipta rekod seorang PM yang khianat kepada janji-janjinya. Majlis Presiden PH diharapkan tidak bersekongkol dengan sebarang pengkhianatan.

1 ulasan:

  1. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    Over 160,000 men and women are trying a easy and secret "water hack" to drop 1-2lbs each night in their sleep.

    It is easy and works all the time.

    You can do it yourself by following these easy steps:

    1) Go grab a drinking glass and fill it up with water half the way

    2) Proceed to do this strange hack

    so you'll be 1-2lbs skinnier when you wake up!

    BalasPadam