RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 20 April 2010

TAK DAPAT KENCING PKR, KENCING UMNO PUN JADILAH!!

Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili

Tulisan MSO

TUHAN Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau Tuhan ingin menolong sesuatu pihak mudah saja, cukup bagi-Nya dengan mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah. Pengumuman Dr Halili Rahmat keluar darip PKR dan menyertai Umno hari ini adalah atas kehendak Tuhan.

Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati penyokong dan ahli PKR makin parah. Sungai Choh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah darah kekecewaan ahli. Ahli akan menangis atas tindakan itu kelak.

Apabila Tuhan mengawalkannya membawa Halili ke dalam Umno ini bermakna Tuhan tidak mahu ahli PKR dan Pakatan Rakyat merasai kesedihan atasnya lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya dengan Tuhan membuka pintu hati Halili menyertai Umno ia membolehkan ahli PKR cepat mencari ubat merawati dan mbaluti kelukaan itu. Ahli PKR dan penyokong PKR kena bersujud syukur kepada Terima atas apa yang berlaku ke atas Halili.

Saya cukup yakin, dan dari sumber yang diperolehi kenapa beliau tidak dipilih sebagai calon kerana sudah ada keraguan dan kesetiaan beliau kepada parti. Itulah yang menjadi dilema kepada Anwar Ibrahim dalam menimbangkan Halili dan calon lain menjadi calon. Anwar juga sudah tahu ke mana sahabat karibnya itu. Dan ia tidak menghairankan kalau Ezam Mohd Noor yang dikembangbiakkan oleh Anwar pun boleh meninggalkan dan mencerca Anwar sambil berlari-lari ke rumah Umno semula. Jadi apalah sangat dengan Halili dan orang-orang sejenis dengannya. Bagaimana cara Ezam mengentuk pintu belakang Umno begitulah juga Halili.

Apa lah Halili berbanding dengan Ezam dan lain-lain. Seorang pakar bedah saraf boleh dan pakar membedah tetapi dia tidak pakar dalam menilai saraf politik yang lebih shofiketed dari saraf kepala manusia. Saya sebelum ini pun tidak pernah menulis dan mencatat nama Dr Halili ini menunjukkan nama itu hama dalam kamus politik saya. Dia menjadi sebutan hanya kerana diambil Anwar menjadi doktor peribadi.

Yang tinggal dalam Keadilan adalah mereka yang kental. Mereka yang suci hati dan nekad berjuang untuk melakukan perubahan demi rakyat. Pun begitu kesetiaan seseorang tidak boleh diukur. Hari ini mungkin setia esok mungkin memungkiri segala persetiaan. Itulah manusia. Mereka yang rapuh, lemah semangat dan tidak tahan diugut dengan api perjuangan, akan menggeletar dan mengaku kalah kepada musuh.

Sekali lagi terima kasih kepada Halili kerana bersikap gentlemen menyertai Umno tidak dalam mendapat mandat rakyat. Pasti ahli PKR akan lebih kecewa kalau beliau bertindak seperti beberapa yang lain setelah berjaya memasuki ke parlimen yang dihampar karpet merah oleh rakyat kemudian berak dan kencingnya atas laluan itu.

Dalam usaha menganggui semangat dan jentera PKR saya percaya selepas ini ada bebera individu lain akan mengikut jejak Halili. Kalaupun tidak orang besar tetapi pembantu Halili semasa dalam bilik pembedahan pasti akan menurut jejak bosnyanya.

Begitu juga dengan calon bebas Melayu itu saya saya dia juga akan mengistyharkan diri dan menyokong Umno. Hari ini Chandran sudah berbuat demikian. Membatalkan niat dan menyatakan sokongan kepada MIC. Dari awal sudah diduga kenapa dan mengapa Johan Mat Diah menyertai pilihan raya berkenaan ia adalah strategi dan motif yang jelas.

Orang sudah tahu di mana akar politiknya. Ia bertunjang di Shah Alam Selangor. Kalau akar tunjang sudah buruk sudah pasti akar cabang, akar rambut dan ranting serta daun-daun pokok berkenaan semuanya akan buruk dan akan layu yang mana akhirnya pokok itu akan menyembah bumi.

Saya percaya ahli PKR dan Pakatan Rakyat sudah memahami tribulasi ini. Makanya hadapilah hari-hari mendatang yang tersisa selama enam hari saja lagi dengan penuh semangat dan keyakinan kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah apa yang berlaku hari ini, esok dan lusa itu semua menandakan kedudukan UBN hari ini sudah benar-benar terdesak. UBN akan sedia menerima apa saja untuk menguatkan partinya hatta bangkai.

Ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat perlu menjadikan tindakan berpaling tadah Halili itu sebagai penyuntik semangat baru untuk berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PKR. Jangan sesekali merasa cemas dan hilang tumpuan dengan kejutan yang kecil itu.

Ingatlah kemenangan sejati ialah bila kita mampu mempertahankan prinsip dan setia janji kepada rakyat bukannya bersikap hipokrit untuk melepaskan diri dan membalas dendam atas kekecewaan kerana sesuatu sebab. /

http://msomelayu.blogspot.com/

HENDAK SANGAT MAIN GAMBAR, MARI SINI KITA MAIN!!

Monday, April 19, 2010

UMNO NAMPAKNYA KEHILANGAN MODAL.APABILA DATO ZAID MENGAKU BAHAWA ITU KESILAPAN LAMA BELIAU, UMNO MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM ISU INI.KKITA KATAKAN UMNO KERANA BLOGGER TERSEBUT BERTINDAK MENYOKONG UMNO.UTUSAN JUGA MAHU MEMBUKTIKANNYA.JADI KINI GAMBAR-GAMBAR YANG DI TUNJUKKAN DI BAWAH INI ADALAH BUKTI ORIGINAL DAN BUKANNYA SUPERIMPOSED.









KIRI GAMBAR TERKINI DI JEPUN.KANAN PULA GAMBAR LAMA BARANGKALI.NAK TUDUH TAK BOLEH.MUNGKIN MINUM TEH JEPUN BARANGKALI SEBAB WARNA MACAM WARNA TEH?....




Malaysia's Prime Minister Najib Abdul Razak




Malaysia's Prime Minister Najib Abdul Razak (L) and Japan's Prime Minister Yukio Hatoyama raise a toast during a welcome dinner hosted at the latter's official residence in Tokyo April 19, 2010.… Read more »

REUTERS/Kiyoshi Ota/Pool (JAPAN - Tags
TERDESAK - UMNO menggunakan taktik kotor menyerang peribadi Zaid Ibrahim dgn dakwaan MINUM ARAK.MACAM LAH PEMIMPIN UMNO BAIK-BAIK BELAKA. JADI GAMBAR INI RASANYA BUKAN SUPERIMPOSED.TUAN NILAI LAH SENDIRI.










GAMBAR ORI DARI BUKU SKANDAL BMF SUATU KETIKA DAHULU YANG PERNAH DI SIARKAN DALAM BUKU SYED HUSSEN







GAMBAR ORI DAN SUPERIMPOSED OLEH BLOGGER UMNO,KENYATAAN YANG DI KELUARKAN OLEH THE NUT GRAF BAHAWA GAMBAR MEREKA TELAH DI CIPLAK DAN DI SUPERIMOSED KAN .











ANDA TENTUKAN IANYA OROGINAL ATAU SUPERIMPOSED










NI GAMBAR DEPAN AYAQ MILO,KOPI O,TEH TARIK,HOLICK,KOPI JANDA,KOPI JANTAN..HE..HE...HE......NAMPAK MACAM SI KHAIRY....MACAM JA......




PERANG GAMBAR INI KITA TUNJUKKAN YANG ORIGINAL BUKAN SUPERIMOSED .

Isnin, 19 April 2010

KANTOI - INI GAMBAR SEBENAR ZAID !! SAH MEREKA BERPERANGAI YAHUDI APCO!!

Gambar yang dikeluarkan oleh blogger UMNO/BN (GAP)...

Gambar sebenar sebelum di Photoshop...

"Sesungguhnya Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh..." - (Al-Baqarah - 191)

Sumber: Perisik Rakyat

IBLIS TIDAK SUKA MELIHAT FOTO INI

Mengapa foto ini tidak disiarkan? Ini adalah kerana Iblis tidak suka melihat foto ini.

BETAPA jahat dan busuk serta Munafiknya mereka yang sengaja membawa kisah buruk calon Dato' Zaid. Dato' Zaid dengan jujur, berani dan insaf mengaku bahawa dahulunya ketika berada di dalam Umno bukan manusia yang bersih seperti Malaikat. Bahkan, tiada manusia yang boleh menjadi Malaikat suci dan bersih dari dosa. Cuma, manusia itu lebih mulia di sisi Allah apabila bertaubat dari melakukan dosa-dosa terdahulu.

Apabila seseorang manusia itu mengakui kesilapannya dan ingin menuju ke jalan yang benar, menjadi kewajipan kita membantu serta membimbingnya bukan mengutuk dan mancaci apatah lagi membuat fitnah yang berlebihan. Apakah kita ingin mengambil alih kerja Syaitan dan Iblis yang tidak suka manusia itu bertaubat?

Biar beribu foto yang disiarkan, biar beribu kisah aib yang dihebahkan dari mulut-mulut Syaitan dan Iblis ini yang dibantu oleh media berlidah Syaitan dan Iblis laknatullah, kita wajib membantu seorang insan ini yang mahu kembali ke pangkal jalan. Saya terharu dengan sokongan PAS kepada Dato' Zaid dan ini menggambarkan bahawa PAS akan sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang sanggup berubah ke arah jalan agama. InsyaAllah, semakin kuat Syaitan dan Iblis ini menjaja keburukan Dato' Zaid, pasti Allah akan bersamanya.

Seandainya Dato' Zaid tewas sekalipun, beliau tetap menang di sisi Allah kerana orang yang menang itu sebenarnya adalah mereka yang sanggup meninggalkan dosa-dosa terdahulu. Bagaimana pula dengan puak mereka? Apakah mereka telah berubah? /wfauzdin.blogspot.com

Lagi Melompat: Lagi Ramai Anak Muda Bersama PR - Nazri GERAK

Monday, April 19, 2010

-REFORMASI SUDAH KANDAS DALAM DIRI PELOMPAT PARTI-

Jika semalam 7 ahli AMK termasuk tiga pemimpin AMK Shah Alam telah keluar PKR. Namun ini semua lebih menambah ramai anak muda bersama Pakatan Rakyat sama ada melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS ataupun DAP.

Alasan mereka serupa dengan alasan Bekas Ketua AMK lama mereka. Kecewa dengan sikap Anwar. PKR kononnya telah menyeleweng daripada landasan perjuangan reformasi. Rekod calon P.094 tidak teruji reformasinya dan buruk moralnya? Tetapi persoalannya sekarang, ke mana arah tuju politik mereka yang melompat ini? Adakah bersama dengan UMNO/BN?. Jika bersama UMNO/BN apakah mereka juga tidak berfikir bahawa terdapat juga calon daripada UMNO/BN termasuk yang telahpun menjadi Ahli Parlimen mempunyai akhlak dan nilai moraliti yang lebih teruk dan sehingga kini belum lagi bertaubat. Presiden MCA sudahpun terbukti terlibat dengan skandal seksnya. Boleh rujuk kepada hansard Parlimen berkaitan pertikaian ini. Apakah kayu ukur sudah teruji reformasi itu dikira dengan lamanya mereka dalam arus gelombang reformasi?. Jika ini sikap mereka, tidak ubah pemikiran mereka ini dengan paten/corak pemikiran ala-ala UMNO/BN iaitu melalui sistem feudal politik.

Percayalah bahawa jika mereka ini yang melompat kerana disebabkan mereka mempertikaikan tempoh lama mananya seseorang berada dalam reformasi, maka begitu juga mereka akan diperlakukan oleh pimpinan UMNO/BN terhadap mereka. Mereka tidak akan diberikan tempat dalam UMNO/BN. Bahkan jika Ezam diberikan kerusi bertanding sekalipun maka akan ada juga orang lama UMNO/BN akan mengungkit mengapa diberikan kerusi bertanding buat Ezam yang sekian lama selama 10 tahun apa yang tidak dicacinya kepada UMNO/BN?.

Sebab itu, ini bezanya politik Pakatan Rakyat dan PKR, sesiapapun yang berkredibiliti akan diangkat dan diberikan ruangan untuk menterjemahkan idealisme perjuangan parti menjadi realiti. Ini tidak berlaku dalam UMNO kerana para pendukung mereka mempunyai pemikiran yang serupa termasuk yang baru melompat masuk iaitu yang baru terlibat dengan UMNO/BN perlu duduk dibawah menjadi kuli dan macai terlebih dahulu. Akhirnya mereka yang melompat kerana alasan itu akan kembali ditimpakan dengan alasan itu. Sepertimana mereka tidak suka kepada orang baru di dalam PR atau PKR, maka seperti itu gerombolan melompat ini akan ditolak oleh ahli dan pemimpin UMNO/BN. Inilah akibat perjuangan individu yang tidak ada prinsip dan kefahaman. Mereka akan diperlakukan dengan sebegitu rupa oleh UMNO/BN.

Jika hanya sekadar orang lama dan menjadi pencetus reformasi bermula tahun 1998 tetapi kini mengkhianati perjuangan reformasi sebenarnya adalah orang yang tidak terkesan dengan arus reformasi itu sendiri. Mereka sebenarnya tidak faham apa itu reformasi. Bahkan REFORMASI SUDAH KANDAS DALAM DIRI MEREKA. Justeru, kepada pendukung perjuangan keadilan dan kebenaran yang masih ada, teruskan perjuangan kalian. Dan panjatkan doa agar masing-masing diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk terus kekalkan istiqamah dalam titian sirotolmustaqim.

Hari ini Dr. Halili Rahmat telah mengumumkan keluar dengan alasan PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri. Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN. Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.

Sekali lagi kita persoalkan tentang pendirian seumpama ini. Bolehkah beliau senaraikan usaha ikhlas Najib Tun Razak itu? Ataupun tanpa sedar sebenarnya pengakuan-pengakuan mereka yang melompat parti ini sebenarnya membuka pekung bahawa mereka juga dahulu sebenarnya tidak faham dengan penglibatan mereka dalam perjuangan reformasi menuntut keadilan dan kebenaran yang lebih baik buat rakyat Malaysia. Mereka dahulunya berjuang bersama PKR kerana emosi bukan kerana kefahaman. Apabila emosi mereka tidak puas, mereka melompat. Berbeza dengan yang menyertai reformasi dengan kefahaman, kelompok ini akan lebih cekal dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat/PKR.

Hari ini rata-rata anak muda yang menyertai PKR atau PR adalah kerana sudah mula dibentuk minda perjuangan mereka berasaskan kefahaman bukannya lagi emosi. Sebab itu isu lompat parti ini sedikitpun tidak mempengaruhi anak muda termasuk mahasiswa untuk terikut sama. Jika masih ada yang berjuang kerana emosi, maka mereka juga boleh mengikuti gerombolan lompat parti ini.

Bahkan sebagai contoh, dalam isu Ezam menyertai UMNO, saya telah bertemu semula dengan kelompok anak muda dan mahasiswa yang jelas mereka menyatakan bahawa pendekatan Ezam itu hanyalah mengulang semula episod Anwar sertai UMNO yang mana akhirnya akan diketahui bahawa agenda anti rasuah Ezam tidak akan berjaya melalui UMNO. Ini telah dihidu oleh UMNO. Jika Anwar yang hebat itupun tercampak keluar daripada UMNO disebabkan membawa agenda anti rasuah, maka apatah lagi Ezam. Yang menjadi Ketua Menteri Melaka, Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga terlibat rasuah politik. Mana muka Ezam mahu bicara tegur mereka soal rasuah. Inilah antara sinisan anak muda dan mahasiswa terhadap Ezam.

Mereka mahu saya sampaikan kepada Ezam, ya hari ini saya sampaikan makluman ini kepada beliau. Namun jika bukan sebenarnya agenda anti rasuah yang dibawa Ezam dalam UMNO, apakah agenda sebenarnya? Sudah benar-benar termakan oleh dakyah pangkat dan ringgit UMNO? Ataupun Ezam bawa agenda Anwar? Adakah cita-cita Ezam mahu membawa Anwar berbaik dengan Najib? Kita tidak jelas dengan prinsip Ezam. Ya, yang dinyatakan adalah atas alasan soal Melayu, anti rasuah, PKR khianati perjuangan. Namun menyertai UMNO itu adalah tidak benar dan tepat masa ini. UMNO masih dalam keadaannya seperti rosaknya UMNO di bawah Dr. Mahathir. Mengapa dalam keadaan rosak ini mahu disertai UMNO? Ataupun yang menyertai UMNO dengan melompat beramai-ramai itu sebenarnya telah rosak. Ataupun merekalah yang sebenarnya tidak jelas dengan agenda reformasi dahulu yang bertujuan untuk kemakmuran rakyat.

Mereka melompat ke UMNO/BN adalah disebabkan tidak dapat jawatan setelah berjuang 10-12 tahun dalam gelanggang reformasi. Nasib baik Anwar tidak memilih Dr.Halili sebagai calon. Jika tidak mungkinkah akan ada lagi selepas memenangi kerusi MP melompat menjadi MP Bebas?. Wamakaruwamakarallah wallahukhairulmakiriin. Allah telah menunjukkan kebenaran dan memberikan petunjuk kepada kita bahawa amalan syura dan muafakat dalam mematuhi keputusan pimpinan ada keberkatannya. Dan ini jelas dan kes pemilihan calon PKR P.094.
Selamat berjuang buat teman anak muda dan mahasiswa di Hulu Selangor.

Link: http://nazreeyunus.blogspot.com/2010/04/lagi-melompat-lagi-ra

INSAF DAN BERTAUBAT SALAH BESAR BUAT UMNO?

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.

“Saya sudah mintak maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor.

“Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu. Kalau Umno hendak mainkan isu ini kerana mereka itu malaikat terpulanglah,” katanya pemberita selepas menunaikan solat asar di masjid Kerling di sini hari ini.

Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.

Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini

Mengulas lanjut isu berkenaan, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru berkata, apa pun kelemahan dan ketidaksempurnaannya sebagai seorang manusia beliau masih mampu menjadi wakil rakyat yang baik dan memperjuangkan hak rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya kecil ini.

“Saya tidak kisah jika Umno hendak serang peribadi saya..serang lah mereka tak perlu berhenti.Mereka ada tujuh hari lagi untuk serang saya. “Apa yang silap itu silaplah, saya tidak lari daripada kebenaran. Saya tidak hipokrit dan bukan macam mereka. Bila saya silap saya mengaku tapi mereka tidak mereka angkuh,” ujarnya.

Sekadar gambar hiasan. Takdo kono mengono dengan yang mati. Sobab dio masih hidup maa. Semoga dah bertaubat

Zaid percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai sama ada beliau layak atau tidak menjadi wakil rakyat di sini. “Kalau saya layak saya akan menang, kalau tidak layak saya kalah. Itu sahaja,” katanya. Ditanya bila beliau berhenti daripada amalan minum arak itu Zaid berkata: “Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi.”

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata beliau tidak perlu bersumpah untuk membuktikan dia tidak pernah minum arak.

“Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam Umno itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mencabar bekas menteri Kabinet itu supaya bersumpah bagi membuktikan beliau tidak pernah minum arak. [link]

Sumber: Baganutama.blogspot

Ahad, 18 April 2010

JAHATNYA MEREKA TERHADAP MELAYU ISLAM KERANA SEORANG INDIA HINDU?

Gelas ini pernah dipegang oleh Najib, Hishamuddin dan KJ? Seorang Melayu Islam dihina demi seorang India Hindu?

Oleh: WFAUZDIN NS

FOTO di atas boleh diperolehi di dalam sebuah portal/web Agenda Daily selaku sekutu kepada parti pemerintah yang pernah menggunakan khidmat APCO. Apa yang ingin dibuktikan oleh mereka adalah Dato' Zaid calon PR di Hulu Selangor adalah `kaki botol' hanya berdasarkan gambar tersebut. Jika inilah corak atau kaedah mereka ingin mainkan di dalam kempen PRK Hulu Selangor, mereka pasti akan menyesal kerana kita juga punyai banyak gambar-gambar sedemikan bahkan melibatkan terlalu ramai pemimpin Umno termasuk Najib sendiri. Mahukah kita bermain dengan cara ini?

Soal foto Dato' Zaid memegang gelas yang kununnya mengandungi arak itu sama seperti gambar Najib yang juga pernah memegang gelas yang sama. Hishamuddin dan KJ pun ada. Dan, ramai lagi termasuk gambar-gambar peribadi yang lebih mengaibkan pemimpin-pemimpin Umno. Foto di atas adalah sewaktu Dato' Zaid berada di dalam Umno dan jika benar sekali pun itu adalah air arak, perbuatan itu dilakukannya sewaktu beliau berada di dalam sebuah parti yang bernama Umno yang tidak mampu menginsafkannya. Dato' Zaid telah pun menunaikan Haji dan beliau sendiri telah banyak meninggalkan perbuatan-perbuatan yang negatif sewaktu beliau berada di dalam Umno. Sepertimana yang dikatakan oleh Tuan Guru Hj Hadi, Dato' Zaid kini telah insaf dan berubah. Salahkah kita mengangkat orang yang telah insaf dan berubah ini menjadi pemimpin sebagaimana ramai di kalangan sahabat Nabi juga dahulunya seorang yang zalim dan dipenuhi dengan dosa dan maksiat. Dato' Zaid berani untuk berubah, tetapi bagaimana dengan pemimpin Umno yang terus bergelomang dengan maksiat itu sehingga sanggup berkongsi dengan APCO dan Israel Laknatullah itu?

Foto yang menggelar calon MIC Kamalanathan seorang hindu dengan nama `Kamal' kemudian digandingkan dengan Dato' Zaid seorang Melayu Islam dengan botol arak adalah satu perbuatan jijik, tidak bermaruah serta satu fitnah yang amat dahsyat sekali. Bayangkan, kita melakukan fitnah serta membuka aib seseorang yang telah kembali ke pangkal jalan dan ingin menjadi manusia yang lebih baik. Jenis apakah perbuatan sedemikian? Sanggup melabelkan seorang Melayu berugama Islam dengan fitnah sedemikian rupa semata-mata untuk menaikkan seorang India berugama Hindu?

Hakikatnya mereka tidak mampu berlawan hujah dengan kita. Rakyat tidak sebodoh mereka yang tidak nampak perbuatan pemimpin-pemimpin mereka yang lebih dahsyat lagi. Jangan nanti kamu menuduh kami pula memainkan isu peribadi setelah kamu yang memulakannya./wfauzdin.blogspot.com

HUJAH BN MUDAH, SOKONGLAH BN KERANA KAMU TIDAK MATI LAPAR, ITU SAJA?

Muhyiddin: Kerajaan BN bukan kerajaan zalimi rakyat
Apr 18, 10


Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang menzalimi rakyatnya seperti yang digembar-gemburkan pihak pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sentiasa membela nasib dan tidak mengenepikan kebajikan rakyat.

"Kalau ada pihak yang mengatakan kerajaan BN menzalimi rakyat seperti yang disebut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata kita tak beri perhatian kepada nasib rakyat, adakah penduduk di Hulu Selangor ini mati tak makan," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Choh di Hulu Selangor, hari ini.

Muhyiddin berkata Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti dirinya sering berkata bahawa kerajaan BN sentiasa membela nasib rakyat, tetapi apabila sudah menjadi pembangkang, Anwar berasa tertekan dan sanggup berkata apa sahaja.

"Waktu dia jadi timbalan perdana menteri macam saya, dia berucap berapi-api tak sebutpun kerajaan BN zalim dalam ucapannya, dia kata BN bela rakyat, (sekarang ini) mungkin dia tertekan dengan masalah peribadinya, masalah mahkamahnya," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata jika kerajaan BN menzalimi rakyatnya, sudah pasti akan berlaku kebuluran dan demonstrasi menentang kerajaan seperti di negara jiran.

"Kalau kita sudah zalimi rakyat, sudah banyak rakyat keluar beramai-ramai berarak seperti di negara jiran, mereka akan sengsara, tidak makan, tidak minum. Siapa rakyat yang ada di Hulu Selangor ini mati kebuluran kerana dizalimi oleh kerajaan BN.

"Kalau ada beritahu saya, saya akan bantu," katanya.

Beliau berkata tahun ini merupakan tahun yang penting bagi memastikan tiada rakyat yang miskin tegar supaya mereka dapat hidup lebih baik dan selesa.

"Kalau ada kelompok miskin tegar di Hulu Selangor kita akan bantu, sejak merdeka sebanyak 60 peratus rakyat miskin, tetapi sekarang hanya tiga peratus sahaja yang miskin," katanya.

- Bernama

Blogger:

Beginilah jika kita ada pemimpin yang hanya tahu pasal perut dan makan. Mereka tidak hirau soal rasuah, penyelewengan, masalah sosial dan berbagai lagi kesusahan yang dihadapi oleh rakyat. Mereka hanya mahu rakyat kenyang seperti ayam daging, kemudian boleh disembelih. Rakyat tidak lagi bertanya pasal mati tidak makan kerana rakyat sudah biasa dengan susah mencari rezeki sendiri. Rakyat mahu tahu benarkah kamu memerintah tidak berlaku rasuah yang berleluasa?

Bagaimana pula dengan kisah APCO dan Israel itu? Kisah injin pesawat yang hilang dan komisyen kapal selam beratus juta itu? Kenaikan harga minyak dan barang keperluan serta kesusahan golongan peneroka di Felda bagaimana? Bagaimana sehingga kaum Orang Asli sekarang sudah berani memberontak? Mengapa? Bagaimana pula kami yang tidak mati kerana lapar ini boleh melihat kamu mentedarah hasil bumi di negara ini dengan hidup mewah dan senang lenang?

Terlalu banyak perkara yang patut kamu ceritakan pada kami, bukan masalah mati tidak makan.

MASYA'ALLAH, HISHAMUDIN PANDANG REMEH ISU APCO-YAHUDI?

BN yakin cipta kejutan

HULU SELANGOR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meluahkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Menurutnya, walaupun Pakatan Rakyat (PR) dijangka membawa pelbagai isu seperti Apco Worldwide dan kerajaan ejen Yahudi, beliau yakin pengundi di kawasan ini tidak terpengaruh dengan dakyah mereka.

Katanya, BN akan lebih mengutamakan nasib dan kebajikan penduduk dikawasan ini daripada membawa isu yang langsung tidak membawa sebarang makna kepada mereka.

“Saya letak keyakinan yang tinggi di sini bahawa kita boleh menang, dengan semangat 1Malaysia, saya yakin rakyat akan menerima kita.

“Saya tidak gusar dengan isu Apco dan ejen Yahudi yang dipermainkan oleh PR, kerana orang di sini mahu kita membela nasib mereka,” katanya kepada media di pusat penamaan calon di Dewan Sebaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Ditanya mengenai keperluan untuk menambah a:nggota keselamatan di Hulu Selangor, Hishammu-ddin yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan tiada keperluan lagi kerana anggota yang ada sudah mencukupi.

“Seribu anggota seperti yang saya cakapkan tidak bermaksud hanya seribu, kita ada pasukan tambahan yang boleh dikerahkan bila-bila masa,” katanya./Sinar

PROVOKASI PEMUDA BN TANDA MEREKA MULA MERASAI KEKALAHAN

Hari pertama kempen dicemari insiden baling botol
Abdul Rahim Sabri
Apr 18, 10


Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.

Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.

Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.

Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.

Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.

Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.

Malaysiakini turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan.

Ketegangan yang berlaku selama 10 minit itu, berjaya ditenteramkan oleh kira-kira 30 anggota polis yang berada di situ termasuk lapan anggota Light Strike Force yang datang beberapa minit kemudian.

Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka.

Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN./Malaysiakini

WOW !! KELUAR DARI PKR, MAKA HUTANG KERETA DAPAT BAYAR!!

Fairuz selesai pinjaman kereta
Apr 18, 10


Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin (bawah, kiri) telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lalu bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.

- Bernama