RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 25 Oktober 2010

SOKONGAN KEPADA CHEGU BARD TIDAK HARUS DENGAN MEMBURUKKAN AZMIN



Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN Ketua AMK menyaksikan sokongan terhadap tokoh muda yang dilihat radikal, berani serta istiqomah di dalam perjuangannya iaitu Chegu Bard semakin bertambah. Saingan tunggal beliau di dalam perebutan Ketua AMK ini adalah Sdr Shamsul Iskandar yang sinonim dipanggil `Sam' sahaja oleh rakan-rakan di dalam parti. Sam juga tidak banyak menghampakan PKR sepanjang beliau memegang teraju Ketua AMK.

Kebolehan Sam menerajui AMK boleh dikatakan berjaya sehingga beliau disokong penuh oleh kebanyakan Cabang PKR untuk bertanding sebagai Naib Presiden PKR. Apabila Sam menyuarakan hajatnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden, maka sokongan terhadapnya begitu baik dengan mendapat pencalonan kedua tertinggi selepas YB Fuziah Salleh. Namun, Sam mengambil keputusan drastik melangkah ke belakang semula untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK. Tindakannya itu satu kesilapan besar kerana kebayakan ahli-ahli kini sudah bersedia untuk menabalkan Chegu Bard ke kerusi Ketua AMK.

Situasi kempen di dalam pemilihan kali ini tidaklah seteruk mana walaupun dikatakan adanya unsur-unsur atau budaya Umno diserapkan. Paling berbeza adalah tiadanya laporan atau aduan berlakunya unsur rasuah politik wang sepanjang pemilihan di dalam PKR. Masalah teknikal seringkali menimbulkan kekecohan di dalam pemilihan kali ini dan ianya menimbulkan persepsi bahawa adanya campurtangan untuk menentukan siapa yang dipilih. Walaupun kelihatan kecil, namun jika PKR tidak memperbetulkannya maka ianya akan menjadi barah di dalam PKR di masa-masa akan datang.

Menyebut tentang kempen pemilihan Ketua AMK kali ini, propaganda yang dimainkan oleh mereka yang menyokong seseorang calon kelihatan lebih kepada bentuk psikologi. Para penyokong kadangkala terlalu bekerja kuat untuk menentukan kemenangan terhadap calon yang mereka suka. Maka, timbul berbagai cerita di dalam blog-blog sekarang ini. Ada yang berbentuk spekulasi dan tidak kurang juga berbentuk `tuduhan nakal'. Mungkin cara inilah yang dikatakan oleh sesetengah pihak menyerupai cara Umno. Sukar juga untuk kita nafikan.

Chegu Bard pernah dituduh menerima wang jutaan ringgit agar mempengaruhi sokongan AMK terhadap seorang calon jawatan tertinggi parti. Beliau juga dikatakan pasti menang jawatan Ketua AMK kerana beliau adalah di kalangan keluarga terdekat DS Anwar. Chegu Bard juga didakwa hanya memperjuangkan reformasi jalanan semata-mata sehinggakan pernah disindir mengapa tidak mengadakan perhimpunan atau menaikkan banner ketika menyerahkan borang penerimaan pencalonan Ketua AMK yang lalu. Ini semua telah dijawab oleh Chegu Bard dengan baik dan berfakta. Jelas, Chegu Bard berupaya menangkis `serangan nakal' seperti ini.

Saya cuma agak terkilan kerana disaat Chegu Bard kini mendapat sokongan tinggi sebagai Ketua AMK, terdapat golongan yang dikatakan begitu kuat semangatnya menyokong Chegu Bard cuba untuk mencalarkan imej Chegu Bard. Sokongan terhadap Chegu Bard dilihat agak melampau sehingga mengaitkan nama DS Anwar dan juga salah seorang calon Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali. Dakwaan bahawa kemasukan Sdr Shamsul (Sam) semula ke gelanggang perebutan jawatan Ketua AMK adalah atas kehendak DS Anwar dan Azmin adalah satu dakwaan yang amat mendukacitakan.

Mengapa perlu dikaitkan dengan kedua-dua orang ini untuk kita menyatakan sokongan terhadap Chegu Bard? Saya adalah penyokong kuat Chegu Bard sejak awal lagi dan saya merasa mengapa nama DS Anwar dan Azmin dikaitkan. Ini menimbulkan persepsi samada DS Anwar atau Azmin yang tidak suka Chegu Bard atau Chegu Bard yang tidak suka kedua-dua tokoh ini. Di antara kedua-dua sangkaan seperti itu, satu pun tidak dapat memasuki akal saya walaupun saya banyak membaca tulisan dari rakan-rakan di dalam blog yang menyokong Chegu Bard.
Saya khuatir, strategi seperti ini akan memburukkan imej Chegu Bard yang selama ini kita kenal sebagai pejuang yang tidak memerlukan publisiti, belas kesihan atau prejudis. Apakah kita sangka penyokong-penyokong DS Anwar atau Azmin yang bukan sedikit itu gembira dengan dakwaan seperti di atas? Tidakkah merugikan kita untuk melihat Chegu Bard sebagai pemenang kerusi Ketua AMK?

Pada saya, Chegu Bard tidak boleh dipersalahkan dalam kempen seperti ini. Mungkin di luar kawalan beliau akibat terlalu `ekstrim'nya penyokong Chegu Bard. Saya tetap berpegang kepada kenyataan Chegu Bard bahawa beliau akan menyokong Azmin, Zaid dan juga Mustafa Kamil sebagai Timbalan Presiden PKR. Lebih dari itu, saya menganggap satu persepsi yang boleh mencalarkan `kebersihan dan kesucian' yang ada pada Chegu Bard.

Saya amat bimbang jika cara membabitkan Ketua Umum dan Azmin di dalam perkara ini dijalankan oleh mereka yang mahu melihat Azmin tumbang di dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, bukan untuk melihat Chegu Bard menang. Rengkas cakap, mereka mahu Azmin tersungkur dan mereka tidak kisah apa yang terjadi kepada Chegu Bard nanti. Tidak cukupkah cerita demi cerita berkaitan Azmin?

Apa pun, saya mengharapkan Chegu Bard dapat mengawal perkara ini agar beliau berjaya menduduki kerusi Ketua AMK yang baru. Sudah pasti PKR akan bertambah `ummphh' dan `power' jika Timbalan Presiden PKR adalah Azmin dan Chegu Bard sebagai Ketua AMK kerana inilah tokoh yang paling ditakuti oleh Umno. /wfauzdin.blogspot.com

HANYA DENGAN SPM BOLEH JADI PENGURUS DAN BOLEH JADI WAKIL RAKYAT

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO telah mengumumkan nama calonnya untuk bertanding di dalam PRK Dun Galas bagi menentang calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad. Tanpa ditanya, Muhyiddin menyebut calon Umno itu hanya berkelulusan SPM. Kita tidak mempertikaikan apa jua kelulusan calon Umno itu kerana di dalam Umno kelulusan tidak penting.

"Abdul Aziz akan melepaskan jawatannya sebagai pengurus pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah, kata Muhyiddin." (Malaysiakini). Itulah hebatnya orang Umno, dengan hanya kelulusan SPM boleh menjadi seorang Pengurus. Janji main politik dan ikut cakap Umno sudah memadai. Di dalam negara dilambakkan dengan masalah pengangguran, ramai yang terpelajar masih menganggur, orang politik berkelulusan SPM boleh jadi Pengurus. Jadi, tidak hairanlah jika mereka angkat lagi untuk menjadi YB pula, mungkin akan ke tahap Menteri walaupun kelulusan SPM. Syaratnya mesti ikut cakap Umno, jangan melawan dan kena buat-buat `bodoh'.

Taruhan Abdul Aziz calon Umno ini adalah jawatan Pengurus. Jika beliau menang (Na'uzubillah), dikira beruntunglah juga. InsyaAllah, jika beliau tewas beliau mungkin mendapat tawaran kerja lain setelah meletakkan jawatan Pengurusnya itu. Mungkin ini adalah janji Umno kepadanya kerana saya rasa bukan mudah untuk Abdul Aziz terima tawaran jadi calon menentang PAS. Apatah lagi kerjaya beliau menjadi taruhannya.

Samada berkelulusan SPM atau Oxford sekali pun, selagi berada di dalam Umno otaknya tetap sama. Kadangkala seperti otak orang tidak bersekolah. Muhyiddin sebagai contoh, jawatan TPM dan beliau juga orang terpelajar, tetapi banyak percakapannya seperti `orang tidak sekolah'. Kerana apa? Kerana duduk di dalam Umno sebab itu mindanya `terkunci rapat' seperti rapatnya kunci yang menutup isu `Hak Istimewa Orang Melayu' seperti Najib perkatakan baru-baru ini./wfauzdin.blogspot.com

UCAPAN `PUTUS ASA' NAJIB DI PERHIMPUNAN UMNO


TANDA PUTUS ASA NAJIB DALAM PIDATONYA DI PERHIMPUNAN UMNO

Oleh: Dr Chen Man Hin (MALAYSIATODAY)

Terjemahan :wrlr

Pidato pembukaan Najib di Majlis UMNO telah mengejutkan blogger, peselancar internet dan publik.

Media utama memiliki disensor sambutannya Najib sebelum Majelis UMNO, diisi dengan ancaman jatuh badan, kehilangan nyawa dan pembersihan etnis untuk menghindari menyebabkan panik dan kehilangan dukungan di kalangan rakyat dan investor.Pembunuhan Altantuya dan tuduhan palsu Facebook sodomi terhadap Anwar dan sekarang pidato, dicampur dengan ancaman pembersihan etnik mengungkapkan sisi gelap Najib.

Bagaimana Anda mendamaikan ini dengan pembicaraan manis 1 Malaysia dan Malaysia adalah untuk semua ras?Sekarang jelas bahwa kita berhadapan dengan menteri kepribadian aplit utama, yang suka berdolak dalih dalam setiap percakapannya.

Ancaman yang diucapkan pemimpin UMNO adalah pelanggaran serius protokol demokratis dan harus dibawa ke parlimen.PBB harus diinformasikan dan biarkan mereka melihat perbedaan antara pidato di semasa perhimpunan agong UMNO, dan pidato Najib dilakukan sebelum Majelis PBB.

Ianya berkemungkinan jadi Najib dipengaruhi oleh keras para pemimpin UMNO inti yang merasa bahwa mereka kehilangan kendali, dan satu-satunya cara untuk UMNO untuk bertahan hidup adalah kembali ke ideologi mereka terpercaya Ketuanan Melayu (supremasi Melayu), hak Melayu (hak) dan 30 % kuota bumi.

Sumber: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Ahad, 24 Oktober 2010

POLL SINAR BERKENAAN BAJET 2011 - RAKYAT TERUS MENOLAK BAJET SELUAR DALAM

Pendapat anda mengenai Belanjawan 2011 yang telah dibentangkan Jumaat lepas..
Sangat berpuas hati
10%
Puas hati
4%
Tidak berpuas hati
63%
Sekadar melepas batuk di tangga
19%
Tidak kisah
4%
Jum. Undian : 6866

Sumber Carta Di atas: Sinar harian.com

Bajet yang dibentangkan oleh Najib masih hangat diperbahaskan di kalangan rakyat jelata. Cuma, di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini sahaja tiada yang serius untuk membicarakannya. Jika ada pun, semuanya cerita yang mengampu dan membodek. Adakah rakyat percaya bajet ini baik untuk rakyat?

Sinar Harian.com mengadakan Poll berkaitan isu ini. Lihat keputusan semasa Poll berkenaan setakat berita ini ditulis. Rakyat secara jelas menolak `bajet seluar dalam dan kosmetik' Najib tersebut. /wfauzdin.blogspot.com

SIMPATI DENGAN NASIB MAHASISWA, GABUNGAN MAHASISWA UKM BERI KATA DUA

Isu Mahasiswa Sertai Perhimpunan Agung Umno, GMUKM Beri Kata Dua

SHAH ALAM 24 OKT: Isu penglibatan dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini wajar dipandang serius oleh semua pihak khususnya pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kelmarin berkata kedua-dua mahasiswa berkenaan, dipercayai pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina didapati telah mengambil bahagian dalam perbarisan perasmian Perhimpunan Agung Umno.

"Kita bersimpati dengan nasib kedua mahasiswa ini yang jelas dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu atas kepentingan agenda politik mereka.

"Kedua-dua mahasiswa berkenaan tidak harus diarahkan ke program tersebut atas kapasiti badan beruniform yang dianggotai mereka kerana ia dilihat mencabuli etika disiplin badan beruniform tersebut yang seharusnya bersifat non-partisan," kata GMUKM.

GMUKM seterusnya mendesak pentadbiran UKM menangani isu ini dengan lima tuntutan, yang pertama mendesak pihak pentadbiran UKM menjalankan siasatan secepat mungkin bagi menjawab persoalan yang timbul berikutan isu ini.

Keduanya, menurut kenyataan itu lagi, pihak pentadbiran UKM digesa memberikan penjelasan bagaimana sebuah universiti yang sepatutnya bersifat bebas partisan bertindak untuk pihak tertentu mempergunakan mahasiswa dalam program parti politik mereka.

GMUKM juga meminta pihak pentadbiran UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi memberi penjelasan sama ada mahasiswa tersebut akan diambil tindakan sama seperti empat mahasiswa UKM yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana didakwa membabitkan diri dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor April lalu.

Disamping itu, kenyataan GMUKM juga menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi khususnya Datuk Seri Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes ini.

Akhir sekali, gabungan mahasiswa berkenaan juga menuntut Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan satu suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat dakwaan bahawa ada kakitangan pentadbiran UKM secara terang pernah menyatakan sokongan terhadap sebuah parti politik dalam sebuah majlis rasmi di dalam UKM.

"GMUKM berpendirian tegas bahawa mahasiswa tidak wajar dijadikan alat parti politik kerana mahasiswa mempunyai idealisma tersendiri dan seharusnya bebas daripada cengkaman mana-mana parti politik," sebut kenyataan itu lagi.

Menurut GMUKM, mereka amat berharap kampus UKM akan sentiasa mengekalkan identiti universiti itu sendiri sebagai pusat ilmu yang unggul.

TVSelangor, pada 21 Oktober lalu menyiarkan laporan dua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) menyertai raptai Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra namun sehingga kini ini tiada tindakan dikenakan kepada mereka.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang turut mempersoalkan tindakan kerajaan berlaku dwi-standard terhadap mahasiswa yang terlibat dalam politik terutama yang membabitkan parti pembangkang dengan mengenakan Akta AUKU terhadap mereka namun menutup sebelah mata sekiranya melibatkan Umno.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata kerajaan tidak memandang serius perkara ini walaupun disokong oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional(BN) termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri terhadap cadangan pindaan AUKU.

"Kerajaan tidak berhasrat langsung untuk membuka ruang kepada pelajar universiti. Kedua, syarat-syarat yang ditetapkan banyak berlaku 'double-standard'," kata beliau lagi

Dalam sidang parlimen 20 Oktober lalu, Anthony meminta penjelasan Menteri Pengajian Tinggi berhubung cadangan membenarkan penuntut universiti menganggotai parti politik dalam masa terdekat namun ditolak.

Beliau menambah AUKU yang dikuatkuasakan di institut pengajian tinggi tempatan seharusnya tidak bersifat pilih kasih jika kerajaan mahu akta tersebut dihormati semua pihak./TVSelangor

PERSIDANGAN UMNO SEPERTI BIASA, PENTAS MENGAMPU PEMIMPIN

Terbukti: Perhimpunan Agong UMNO Sekali Lagi Jadi "Pentas Budaya" Dan "Pesta Hiburan"
Buat Puak-Puak UMNO Karat Sejak Dulu Kini Dan Selamanya


Nampak, Perhimpunan Agong UMNO yang baru berakhir semalam jelas sekali masih gagal untuk memperjuangkan Islam di negara ini sebenarnya. Sudahlah perhimpunan selama lima hari itu dianggap sebagai "pentas budaya" oleh beberapa orang penganalisis politik berasakan kepada ia menjadi gelanggang untuk para pemimpin meluahkan gurindam, puisi, pantun dan lawak jenaka semata-mata. Namun, hakikatnya "wal hasil balik asal", tiada apa yang diperjuangkan sebenarnya.

Masing-masing hanya sibuk untuk mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan tanpa mahu berpijak di bumi yang nyata. Malah ada kenyataan yang sanggup mengatakan bahawa parti UMNO itu akan hilang jika Melayu itu hilang. Banyak lagi kenyataan yang jelas tidak masuk dek akal diluahkan oleh pada perwakilan yang membahaskan usul sepanjang perhimpunan tersebut. Ternyata, pemimpin UMNO masih mengganggap bahawa parti itu sahaja yang dapat membela orang Melayu di negara ini. Bagi mereka, Melayu adalah UMNO dan mana-mana orang Melayu yang tidak menyokong "parti karat" itu dianggap sebagai pengkhianat dan penderhaka. Dalam masa yang sama juga mereka langsung tidak membicarakan soal masalah-masalah dan kecelakaan yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu itu sendiri.

Misalnya masalah tanah rizab Melayu yang semakin menyusut atas nama pembangunan, masalah gejala sosial dan murtadnya anak-anak Melayu dan masalah orang-orang Melayu yang terus ditindas di bumi sendiri. Semua ini tidak mahu dibicarakan kerana ia amat sensitif dan boleh menggugat kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu./PDO

PAHANG DAILY BETULKAN BERITA, SAPP BUKAN WAKILI PR DI PRK BATU SAPI

Ramai pihak yang menghentam PDO kononnya membuat laporan salah tentang calon Pakatan Rakyat di Batu Sapi ialahh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee (foto). Dalam laporan tersebut, pihak kami mengatakan beliau mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah pada 4 November ini. Sebenarnya, Pakatan Rakyat akan diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan SAPP seperti yang diwar-warkan. Yong Teck Lee bertanding atas kapasiti SAPP dan ini bermakna pilihanraya kecil itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru sebenarnya. Oleh itu pihak kami memohon maaf atas penyiaran laporan tersebut. Ia berlaku secara tidak sengaja berdasarkan kepada laporan yang dibuat oleh krew kami di Sabah. Kesulitan amatlah dikesali dan dengan ini kami menarik balik laporan tersebut. Kesilapan dan kesalahan adalah perkara biasa dalam mana-mana media cetak, namun kenapa bila ia berlaku kepada PDO penyokong Pakatan Rakyat sendiri mengutuk, menghentam dan menuduh kami sengaja mahu memporak perandakan Parti Keadilan Rakyat tu sendiri. Harap Maklum dan terima kasih. PDO

ROSMAH, SEBELUM BUAT TANYA ULAMAK DULU, BUKAN SUDAH BUAT ULAMAK KENA TANYA KAMU


Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

Rusli Yasmin

KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya./Harakahdaily

PUTERI UMNO DAN MUSLIMAT PAS SAMA ?

Muslimat PAS tiru Puteri Umno ?
Oleh: Mandor

MAHU tergelak pun ada, kesihan pun ada apabila mendapat tahu di sini bahawa Puteri Umno mendakwa PAS telah mula meniru mereka. Apa yang aku tahu, semakin hari semakin banyak Umno meniru PAS atau PR. Contohnya terbaru cuti bersalin 90 hari.

Usahlah Puteri Umno terperasan pula. Dari segi pemakaian pun sudah jauh beza Muslimat PAS dengan Puteri Umno. Dari segi dasar lagi la jauh beza malahan jauh bertentangan. Soal PAS kafirkan Umno, itu soal lapuk, soal fitnah terhadap PAS yang Umno sendiri cipta. Sebab itu, bila suatu ketika mahu diadakan debat Umno - PAS tentang tajuk `PAS KAFIRKAN UMNO', mengapa Umno takut berdepan dalam debat tersebut? Jawapannya, sebab Umno tahu bahawa tajuk itu tidak akan membantu mereka bahkan akan kena di atas kepala Umno sendiri.

Maka, Umno buat debat `olok-olok' kununnya debat `Umno - PAS' dalam isu `Takfir'. Anda boleh lihat di dalam youtube debat olok-olok berkenaan. Dalam debat tersebut, kununnya ada ulama Umno dan `ulama PAS'. `Ulama PAS' dilakonkan oleh ulamak Umno juga tetapi dikira lebih cerdik sedikit dari ulamak Umno dalam debat tersebut. Lucunya, dalam debat isu `Takfir' yang olok-olok itu pun ulama Umno terduduk. `Ulama PAS' lakonan mereka secara `tidak sengaja' membelasah ulama Umno. Ini menunjukkan bahawa perjuangan PAS yang berlandaskan Islam, berpandukan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Ulamak itu tidak mampu di`tipu' oleh Umno di dalam lakonan debat mereka. Maha Suci Allah, Al-Quran itu adalah Mukjizat dan tiada siapa boleh memperdaya Al-Quran.

Jadi, dakwaan Puteri Umno yang `suku masak' dalam politik itu adalah dakwaan `penyedap hati'. Dalam usul agama mereka di Perhimpunan Umno kali ini, Puteri Umno sebenarnya tiada modal untuk berucap. Mereka tidak berdaya untuk menegur Rosmah yang menjadi `Penaung' dalam satu festival pakaian Islam yang mempamirkan unsur sesat itu. Sewajarnya Puteri Umno di dalam usul agamanya simpati dengan maruah wanita Islam yang dipersendakan oleh Rosmah. Namun, apakan daya sedangkan `ularmak muda' dalam Umno pun `cover' si Rosmah. Tunggu sahajalah Umno akan jahanam angkara Rosmah./mandor.blogspot.com

Si Abu Nawas Dalam Umno

PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno tidak banyak berbeza dengan perhimpunan perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat sebagai bakal calon pilihan raya tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindrom masuk lif tekan sendiri.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Dari ketiga-tiga tokoh ini yang ada kelas dan kualiti perbahasan kali ini atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Semporna Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki.

Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuta tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Shafei tanpa komromi mendedahkan kelemahan Umno dalam mendaftar anak muda selaku pengundi.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu (Umno) yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan Melayu. Keadaan itu sangat membimbangkannya yang diberita tugas sebagai orang bertanggungjawab menambahkan pengundi.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar ahli. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu. Apakah cadangan ini akan dilaksanakan nanti. Tidak mustahil kalau Umno merasakan tertekan dengan keadaan itu mereka akan menggunakan mimbar masjid untuk meminta anak muda Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Hishmuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Uncapan dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripad ucapan pada perhimpunan tahun lepas. Baginya tidak habis-habis menjual dan menceritakan Umno sebagai parti Melayu terbaik. Kepadanya hanya Umno yang mampu membela orang Melayu.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobot. Diawal pembukaan bicara lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolahnya nyawa dalam hirerki kepimpinan Najib berada digenggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Cerita lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid hampir dengan kisah-kisah suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak berkenana untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufiah, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada? Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa./MSO

Hadi: Calon PAS ada kelebihan di Galas


Okt 23, 10
PAS yakin calon parti itu mempunyai kelebihan dalam pilihan raya kecil DUN Galas walaupun pernah dua kali tewas ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kali terakhir bertanding kerusi Parlimen Gua Musang iaitu pada Pilihan Raya Umum 2008, undi yang diperoleh Dr Zulkefli Mohamad di DUN Galas melebihi undi tokoh veteran Umno itu.

"Pada pilihan raya umum lepas, Dr Zulkefli mendapat majoriti 300 undi di kawasan Galas walaupun beliau kalah di kerusi Parlimen Gua Musang kepada Tengku Razaleigh.

Galas adalah salah sebuah DUN yang terletak dalam kawasan parlimen Gua Musang.

"Ini bermakna tidak mustahil untuk PAS menang di Galas dalam pilihan raya kecil ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu hari ini.

Abdul Hadi berkata bagaimanapun, PAS hanya meletakkan keyakinan 48 peratus peluang untuk menang pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai tarih penamaan calon manakala pengundian pada 4 November.

- Bernama