Ali Hashim |
BATU MAUNG, 7 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan menghalang mana-mana warga emas untuk mengembalikan wang penghargaan sebanyak RM100 seorang yang diterima sebelum ini. Namun begitu pemulangan wang tersebut sekiranya benar, hendaklah dilakukan melalui pejabat daerah untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri dan bukannya melalui Umno. Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng selepas meraikan majlis kesyukuran di Kampung Permatang Tepi Laut, semalam. Menurutnya, walaupun sebelum ini Umno Pulau Pinang mendakwa mengumpulkan sejumlah wang penghargaan warga emas tetapi sehingga ke hari ini, kerajaan negeri tidak menerima senarai nama dan pengesahan warga emas mengenai pemulangan wang tersebut. "Kita tidak pernah menghalang warga emas yang ingin memulangkan wang penghargaan tersebut, tetapi mereka haruslah menurut prosedur yang telah ditetapkan. "Ianya harus dikembalikan kepada kerajaan negeri melalui pejabat daerah dengan menyertakan butir-butir peribadi sepertimana yang tercatat pada permohonan mereka dalam sistem daftar yang ada serta tidak melalui Umno atau saluran lain," ujarnya lagi. Beliau juga mengingatkan warga emas supaya tidak menggunakan Umno sebagai saluran kerana parti tersebut akan mempolitikkan isu tersebut. Tambahnya lagi, seandainya Umno benar-benar ikhlas untuk mengembalikan wang tersebut, maka tindakan terbaik yang boleh mereka ambil ialah membantu warga emas supaya menghadirkan diri ke pejabat daerah serta memadamkan nama mereka dari senarai nama penerima. Pada minggu lalu Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan mendakwa akan mengembalikan wang yang telah dikutip melalui akaun kerajaan negeri tanpa mengikuti prosedur yang telah ditetapkan. "Umno tidak boleh memasukkan wang yang mereka dakwa sebagai kutipan dari warga emas kerana tindakan tersebut adalah salah dan tidak menurut cara yang betul. "Apa yang dibimbangi kemungkinan besar wang yang didakwa sebagai wang pemulangan dari warga emas itu bukan datang dari warga emas yang sebenarnya, tetapi dari sumber yang tidak sahih atau pun rasuah dan dari sumber yang haram," tegasnya lagi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim./Malaysiakini |
Isnin, 8 November 2010
P.PINANG - NASIHAT KEPADA WARGA TUA YANG JAHIL
FASHA SANDHA HADIRI MAJLIS SYAITAN ?
terpapar pada Facebook kelab peminat.
KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.
Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.
Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya.
Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian.
Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.
Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.
Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’).
Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka.
Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan.
Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.
Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.
“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.
“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.
“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya./Metro
DI SEBALIK BERBAGAI DAKWAAN, AZMIN MASIH TERUS DIBERI KEPERCAYAAN
Selepas pemilihan 1/3 cabang, Azmin kekal di depan | ||
|
Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang (78 setakat semalam dan sembilan hari ini) yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - kini naib presiden - di depan dengan majoriti 2,620 undi.
![]() |
Semalam, Azmin di depan dengan dengan majoriti 1,619 undi. Beliau mendapat keseluruhan 5,027 undi diekori Zaid dengan 3,408 dan Mustaffa pula 1,197 undi.
Ini bermakna, walaupun Sabah dianggap banyak pihak sebagai kubu kuat Zaid, Azmin membuktikan berjaya memperoleh peningkatan majoriti sebanyak 1,001 undi hari ini.
Bagaimanapun, menurut sumber dalaman parti, terdapat perbezaan kecil daripada jumlah angka yang mana Azmin dikatakan mendapat 6,502 undi, Zaid mendapat 3,973 dan Mustaffa pula sebanyak 1,208 undi.
Berdasarkan sumber ini, Azmin di depan dengan majoriti besar 2,529 undi.
PKR dijadual mengumumkan keputusan rasmi pemilihan untuk minggu ini dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu tengah hari esok.
Berikut keputusan mengikut cabang:
Tawau Azmin (553), Zaid (4), Mustaffa (0)
Sepanggar Azmin (114), Zaid (49), Mustaffa (10)
Sipitang Azmin (83), Zaid (65), Mustaffa (1)
Putatan Azmin (28), Zaid (112), Mustaffa (2)
Beluran Azmin (9), Zaid (37), Mustaffa (0)
Kota Marudu Azmin (173), Zaid (65), Mustaffa (2)
Tuaran Azmin (178), Zaid (74), Mustaffa (4)
Tenom (311), Zaid (4), Mustaffa (0)
Pensiangan Azmin (49), Zaid (87), Mustaffa (0)
Sumber: Malaysiakini
Pemilihan PKR: Dakwaan Haris berniat jahat
Zainul |
PETALING JAYA, 7 Nov: Sistem keselamatan dan integriti yang diperkenalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan bahawa dakwaan Haris Ibrahim adalah berniat jahat. "Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas-kertas undi ini digunakan semula," ujar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Begitupun, katanya PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Haris, pemilik blog The People's Parliament, http://harismibrahim.wordpress.com kerana menganggap dakwaan liar untuk membantu proses mematangkan parti. Dakwaan itu selepas aktivis sosial Haris yang mendakwa wujudnya jual beli kertas undi kepada kem Azmin Ali sejak 29 Oktober lalu disifatkan Saifuddin mengeluarkan kenyataan liar, semalam. Menurut Saifuddin, kertas undi tersebut mungkin dikeluarkan dari pusat pengundian oleh pengundi berdaftar itu sendiri. "Membuang undi bukanlah sesuatu yang wajib, mungkin pengundi sendiri membawa keluar kertas undi," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR petang ini. Katanya, kedua-dua kemungkinan itu masih tidak boleh mengakibatkan berlakunya manipulasi pada proses pengundian. Ahli Parlimen Machang itu menambah, setiap kertas undi untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua AMK dan calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) terdapat nombor siri. Katanya, kertas undi di Kedah tidak boleh dibawa ke Sabah kerana nombor siri berbeza. Begitu juga, jelasnya warna kertas undi pada minggu ini berbeza dengan minggu lalu. "Kalau Haris ada kertas undi warna putih (minggu) lalu, ia tidak boleh digunakan pada minggu ini. "Saya tidak boleh beritahu warna kertas undi minggu depan, takut Haris cetak," ujarnya seloroh./Harakahdaily |
Ahad, 7 November 2010
HUJAH SAIFUDDIN LEBIH BERFAKTA DARI BLOGGER HUTAN
BERANI. Itulah yang boleh saya katakan pada SU Agung PKR, YB Saifuddin yang telah menjelaskan persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa Blogger berkaitan pemilihan parti. Saifuddin berjaya menjawabnya dengan baik termasuk dakwaan oleh Blogger Harris yang langsung gagal bawa bukti setakat ini.
Saya juga tidak selesa bila Saifuddin menyebut masih ada kertas undi pemilihan yang tersimpan walaupun sepatutnya telah dilupuskan. Maka, Saifuddin mesti mengambil tindakan segera dan siasat ke mana kertas undi tersebut dibawa, atau untuk apa ianya disimpan. Penjelasan Saifuddin bahawa setiap kali pemilihan diadakan, pengiraan undi mesti dilakukan di hadapan wakil calon adalah satu perkara yang boleh mengelakkan parti dituduh tidak berlaku adil. Mengapa tiada laporan dibuat jika ada penyelewengan seperti dakwaan menjual undi itu? Mengapa tidak dilaporkan oleh agen calon, menapa Blogger dari hutan mana yang datang buat kecoh?
Saya harap pemilihan PKR kali ini kununnya diatur oleh tangan Azmin dan Anwar tidak bertukar menjadi pemilihan yang diatur oleh tangan Blogger hutan tersebut. PKR mesti berani menjawab hujah, biar mereka dakwa seribu cerita lagi./wfauzdin.blogspot.com
WAHAI DR ASRI, DI ANTARA DS ANWAR DENGAN YB ZUL KULIM SIAPA PATUT LETAK JAWATAN?
Katanya Dr Asri, momentum rakyat akan hilang kerana rakyat tidak lagi terikat dengan kisah lalu. Justeru itu pemimpin seperti DS Anwar mesti bersara dan diserahkan kepada yang baru untuk mengekalkan momentum yang ada. Begitulah lebih kurang maksud Dr Asri. Apa dia kisah lalu itu, wahai Dr Asri? Kisah kezaliman yang berlaku ke atas DS Anwar sehingga tercetusnya gelombang reformasi itukah yang dimaksudkan kisah lalu? Maksud beliau, rakyat tidak perlu lagi mengingati kisah itu?
Dr Asri mungkin tidak terlibat atau campurtangan langsung sewaktu DS Anwar dizalimi, sewaktu berpuluh ribu rakyat juga dizaklimi akibat menentang kezaliman Tun Mahathir ketika era reformasi. Bukan sedikit rakyat yang menderita, dipukul, dibuang kerja, ditukarkan tempat kerja, dihalang kenaikan pangkat dan berbagai lagi hanya kerana memperjuangkan seorang tokoh Melayu bekas TPM yang dizalimi. Momentum itu berterusan walaupun setelah DS Anwar dibebaskan dari penjara kerana perjuangan rakyat tidak lagi kepada batang tubuh DS Anwasr, sebaliknya perjuangan yang lebih luas untuk kepentingan rakyat jelata.
Hasil dari momentum pertama di era reformasi, berlanjutan sehingga kepada Pilihanraya Umum Ke 12 yang mana rakyat berjaya menyedarkan Umno/Bn bahawa mereka telah bertindak zalim dan tidak adil kepada rakyat. Kemenangan besar PR di dalam PRU Ke 12 bukan lagi atas faktor DS Anwar seperti di dalam PRU Ke 10. Inilah momentum yang dibawa sehingga kini dan tidak timbul persoalan momentum ini akan berkurangan selagi DS Anwar berada diarus politik tanahair. Bahkan, samada Dr Asri terima hakikat atau tidak, momentum ini pastinya lebih hebat di bawah pimpinan DS Anwar di dalam PRU Ke 13 nanti.
Jika ingin membicarakan soal momentum berkurangan atau soal tiada lagi pengaruh, orang yang paling tepat untuk dinasihatkan berundur oleh Dr Asri adalah YB Zul Kulim itu sendiri. Beliau MP Kulim yang dipilih berdasarkan parti bukan individu. Kini beliau tiada parti ibarat `roh tidak bertuan' menjadi seperti hantu berkeliaran. Di Kulim, momentum sokongan terhadap YB Zul boleh dikatakan langsung `Zero'. Beliau hanya berada di kerusi itu sekarang semata-mata atas sokongan undang-undang yang menyokongnya berada disitu. Beliau tidak lagi disokong oleh parti yang diwakilinya dahulu. Inilah orang yang sepatutnya Dr Asri nasihatkan untuk berundur dan kosongkan kerusi yang tidak berkat itu.
Usahlah Dr Asri bertungkus lumus mempertahankan apa yang beliau tulis sebelum ini. Beliau menuduh pemimpin pembangkang melenting dengan tulisannya itu. Bila masanya pemimpin pembangkang melenting? Beliau berhak menegur DS Anwar bahkan ke peringkat menasihatkan DS Anwar bersara dari politik tanpa hujah dan alasan yang kukuh, masakan ahli parti tidak boleh menegur beliau?
Jangan ingat bila kita semua menyokong tulisan atau kenyataan beliau sebelum ini, maka tulisan atau kenyataan beliau yang akan datang maka kita wajib menyokongnuya. Yang benar kita sokong dan puji, tetapi jika kenyataan yang tidak benar malah menampakkan kebodohan perlu apa kita sokong? Buat YB Zul Kulim, jika kamu setuju atau sokong kenyataan Dr Asri itu, tunggu apa lagi? Letak saja jawatan MP Kulim dengan kadar segera./wfauzdin.blogspot.com
PEMILIHAN PKR - BLOGGER SEDANG MENJAHANAMKAN PARTI
Saya tahu beberapa Blogger begitu mengharapkan Zaid Ibrahim menjadi Timbalan Presiden PKR, begitu juga ada Blogger yang ingin melihat Sdr Mustafa Kamil menjadi Timbalan Presiden PKR sama juga saya berharap agar YB Azmin memenangi kerusi Nombor Dua di dalam parti ini. Maka, pastilah masing-masing akan cuba berkempen untuk calon pilihan masing-masing. Peliknya, di dalam keadaan mereka ingin naikkan calon-calon mereka, mereka menyebut bahawa negara akan hancur jika PKR menuju Putrajaya. Mungkin, negara tidak jadi hancur seandainya Zaid memenangi pertandingan ini.
Dakwa mereka pemilihan PKR kali ini dicemari dengan tangan Azmin serta dibantu oleh Anwar. Peliknya, sehingga kini Azmin semakin dihampiri oleh Zaid dari segi jumlah undian. Jika benar tangan Azmin bersama Anwar mencatur pemilihan ini, bodoh sangat bagi Azmin untuk membiarkan dirinya dihampiri rapat oleh Zaid. Mungkin bagi puak ini, kedudukan YB Nurul Izzah yang berada di depan sekarang di dalam perebutan kerusi Naib Presiden PKR juga adalah hasil campurtangan Azmin dan Anwar? Tetapi ada yang mendakwa Azmin tidak `sebulu' dengan Nurul Izzah, mengapa pula Nurul Izzah sekarang berada di depan?
Bukan untuk menepis dakwaan kelemahan JPP mengendalikan pemilihan kali ini. Mungkin ada beberapa prosedur dan cara pemilihan yang diadakan boleh dipertikaikan. Bagi saya, jika PKR membatalkan kesemua pencalonan sebelum ini dan mengadakan pemilihan semula itu adalah lebih baik agar puak-puak itu berpuas hati. Tetapi, berpuas hati jugakah mereka jika mereka dapati calon yang mereka mahukan itu tidak mendapat pencalonan atau undian yang tinggi? Mereka akan mencari seribu alasan lain untuk mengatakan pemilihan patut diadakan semula.
Kita boleh beri pendapat dan kita juga boleh tidak bersetuju dengan sesiapa di dalam parti. Tetapi untuk menyebut keburukan parti sehingga ingin menyamakan dengan Umno adalah satu perbuatan yang teramat bodoh. Lebih baik keluar dari parti yang kita sendiri percaya parti ini akan meruntuhkan negara suatu hari nanti.
Saya tetap yakin, semua ahli PKR akan dapat menilai siapa yang sebenarnya sayangkan parti atau sayangkan dua tiga kerat tokoh parti. Apa yang penting, parti telah laksanakan pembaharuan yang baik dari segi amalan demokrasi. Kelemahan tetap wujud, jika ada penyelewengan berlaku menjadi kewajipan pimpinan parti memperbaikinya segera. Samada Azmin, Zaid atau Mustafa memenangi pemilihan kali ini, biarlah mereka menang dengan bermaruah. Jika terbukti ada unsur yang tidak baik sepanjang pemilihan ini, PKR wajib mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja. Sekadar bercakap dan menuduh seolah-olah calon pilihan kita sahaja yang betul, sampai bila pun parti ini tidak boleh kita baiki bersama./wfauzdin.blogspot.com
BLOGGER MAT KILAU KELUAR PKR ? KEPUTUSAN YANG BAIK, TETAPI....
Malas mahu ulas mengapa dan kenapa beliau mahu keluar dari parti yang beliau katakan banyak berjuang terhadap parti ini. Cuma, saya ingin tahu ke mana arahnya perjuangan beliau selepas ini. Adakah terus berjuang tanpa parti, ataupun berjuang di dalam sebuah lagi parti sekutu PKR iaitu PAS. Jika PAS pilihan beliauy, Alhamdulillah, kerana kita sebenarnya tidak kehilangan pejuang untuk menentang Umno/Bn.
Seandainya Blogger ini meninggalkan PKR yang dikatakan tidak lagi sejiwa dengan perjuangannya, dan beliau menyeberang pula kepada Umno, maka saya sudah dapat meneka mengapa Blogger berkenaan berpaling tadah. Saya yakin Blogger Cucu Mat Kilau tidak sebodoh itu untuk bersama Umno. Mungkinj pilihannya adalah PAS dan bagi saya pilihan beliau itu adalah lebih bijak. Zukri Aksah pun keluar dari PKR dan menyertai PAS cumanya Zukri Aksah masih berminat berkempen untuk Zaid di dalam PKR. Saya harap Blogger Cucu Mat Kilau tidak sedemikian.
Saya sentiasa mendoakan agar Blogger Cucu Mat Kilau masih istiqamah dengan perjuangan rakyat ini. Mungkin ada benarnya PKR kadangkala membuatkan kita rimas untuk memikirkan sejauh mana PKR boleh mendisiplinkan ahli-ahlinya. Sejauh mana PKR mampu untuk merealisasikan amalan semokrasi dan ketelusannya. Namun, secara jujurnya saya berpendapat di sebalik kelemahan yang ada di dalam PKR, parti ini masih boleh diharapkan dari parti bangsat yang berperangai APCO itu.
Semoga Blogger Cucu Mat Kilau yang saya hormati dan segani itu berjaya di dalam perjuangan barunya terutamanya di dalam PAS jika PAS menjadi pilihannya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com
MEREKA SEMAKIN GANAS, CABARAN BUAT PR

Tidak sukar untuk mengagak tajuk utama muka depan akhbar-akhbar arus perdana esok berikutan kemenangan 2-0 Barisan Nasional(BN) di Galas dan Batu Sapi semalam.
Kemenangan dengan majoriti besar sudah tentu akan dicanang oleh Berita Harian, Utusan Malaysia dan akhbar lain sebagai bukti nyata BN semakin mendapat keyakinan rakyat dan hari-hari gelap tsunami politik 2008 sudah berlalu.
Sememangnya itulah mesej yang dibawa oleh RTM, TV3, Awani dan BernamaTV semalam dan tentunya hari ini dan beberapa hari yang akan menyusul.
Akhbar arus perdana terpaksa sabar sedikit hari ini dalam usaha membawa pesanan sama kerana tidak ada penerbitan sempena cuti Deepavali.
Tidak ada antara media berkenaan yang akan menyebut rakaman video di Batu Sapi menunjukkan orang ramai beratur untuk menerima wang dari Wanita Umno. Begitu juga dengan foto-foto serupa di luar pejabat MCA di kawasan parlimen itu.
Tidak juga akan ada media arus perdana yang akan mengimbas video zink bumbung diberikan percuma kepada pengundi di situ.
Begitu juga di Galas - khemah khas Umno untuk memberikan pengundi RM250,00 setiap seorang selepas mengundi yang dirakam dengan bukti bergambar dan wawancara dengan penerima akan tenggelam begitu sahaja.
Jika ada pun laporan media arus perdana yang mahu menyingkap isu rasuah, tentunya yang dijadikan rujukan adalah pemberian duit zakat kepada tiga mualaf Orang Asal oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Galas.
Pastinya tidak ada media yang 'berani' menyentuh pesta arak dan karaoke yang dianjurkan di penempatan Orang Asli supaya mereka memberikan undi kepada Umno.
Semua ini akan ditolak ke tepi dalam keghairahan media arus perdana mencanang kemenangan Umno-BN di Galas dan Batu Sapi.
Kemenangan BN itu diangkat sebagai bukti rakyat menyokong pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menolak PAS serta Parti Keadilan Rakyat(PKR), malah seluruh Pakatan Rakyat.
Mungkin kemenangan itu sendiri adalah 'ilham' yang ditunggu-tunggu oleh Najib untuk memanggil pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat terhadap pemerintahannya.
Apa pun tafsiran yang dibuat terhadap keputusan pilihan raya di Galas dan Batu Sapi, ia tidak harus menenggelamkan hakikat bahawa rasuah politik berleluasa pada kadar yang lebih teruk daripada sebelumnya.
Yang lebih mendukacitakan ialah pendirian yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya iaitu berpeluk tubuh apabila sogokan membabitkan BN dan menunding jari dengan pelbagai tuduhan apabila PAS atau Pakatan Rakyat menjadi sasaran.
Kewujudan pengundi warga asing yang memegang Mykad di Batu Sapi dan tindakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA) 'menjaga' Orang Asal bagi memastikan mereka mengundi BN, adalah realiti politik yang terpaksa dihadapi oleh Pakatan Rakyat.
Nyata gagasan itu tidak boleh mengharapkan kepada SPR untuk mendapatkan pembelaan. Nyata padang adalah tidak rata untuk PR menyaingi Umno dari segi jentera dan wang untuk berkempen.
Nyata juga gagasan pembangkang mempunyai kelemahan dalaman dari segi organisasi dan dasar yang perlu diperkemaskan.
Keputusan Batu Sapi dan Galas adalah amaran paling lantang kepada Pakatan Rakyat bahawa sifir politik yang memberikan kemenangan kepada mereka pada tahun 2008 perlu diolah dan dirombak semula supaya selaras dengan realiti politik semasa.
Kali ini ancaman daripada kekuatan agensi-agensi persekutuan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sendiri adalah lebih nyata.
Ketelusan senarai daftar pengundi dan keadilan proses pengundian itu sendiri semakin terhakis dan akan terus menjadi faktor penentu untuk memastikan kemenangan mutlak Umno-BN pada pilihan raya akan datang.
Pakatan juga perlu menjalani muhasabah dan mengambil tindakan yang perlu untuk menampilkan diri sebagai sebuah barisan yang jitu dan berwibawa untuk menawan Putrajaya dan lebih penting bagi membela rakyat - rakyat yang dahagakan pemerintahan yang bebas dari rasuah, kronisme dan penyelewengan kuasa.
Amaran Najib bahawa Umno akan mempertahankan Putrajaya habis-habisan tidak harus diambil ringan. Galas dan Batu Sapi adalah bukti nyata dan jelas bahawa Umno sanggup mencapai matlamatnya dengan menghalalkan apa cara sekali pun./TVNews
BERJIHAD JIHAD JUGA, TETAPI KENA BIJAK
Naik malas untuk bercakap pasal rasuah pilihanraya. Bila kita bercakap pasal itu, orang akan kata kita cari alasan mengapa kita kalah. Bila bercakap pasal media yang tidak bebas, orang akan kata itu alasan semata-mata. Hakikatnya, kita percayakah ada rasuah berlaku di dalam pilihanraya? Kita percayakah semua peruntukan yang turun melambak-lambak ketika pilihanraya itu sebenarnya kebetulan, bukan rasuah pilihanraya?
Apa yang kita lakukan setelah kerap kali di`buli' sedemikian rupa? Parti kita ini bodoh sangatkah sehingga sanggup masuk gelanggang di dalam keadaan begitu? Jika kita cakap tidak payah masuk bertanding di dalam keadaan begitu, mereka akan cakap yang untung pihak mereka sebab menang tanpa bertanding. Habis tu, kita mahu buat apa? Masuk juga gelanggang dan serahkan `kepala' kita untuk di`buli' semahu-mahunya?
Kita tidak ada pilihan langsungkah? Bukan kita tidak tahu media kepunyaan kita kekuatannya setakat mana. Permit Suara Keadilan sehingga sekarang kena beku. Di Gua Musang, berkesan sangatkah media alternatif seperti internet? Sampai bila kita seperti meredhakan semua ini? Sampai kerusi yang kita ada di Parlimen dan Dun licin semuanya baru kita mahu sedar?
Bangkitlah wahai PR. Lakukan lah sesuatu yang benar-benar berkesan agar sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sikit rasa kena buli oleh puak mereka. Sewaktu kita bangkit di dalam kempen `BERSIH' dahulu, nah, kita lihat betapa besarnya kesan kepada kita. Lepas itu, kita kembali rehat dan balik kepada program ceramah.
Harapan kita, PR hendaklah lebih radikal selepas ini. PRU Ke 13 tidak lama dan masihkah kita mahu sondolkan kepala kita lagi. Jihad, jihad juga tetapi kena bijaklah./mandor.blogspot
PEMILIHAN PKR - AZMIN TERUS MENGATASI ZAID
Timbalan presiden PKR: Azmin terus di depan | ||
|
Walaupun sebelum ini Sabah dianggap sebagai kubu kuat Datuk Zaid Ibrahim, pesaing utamanya Azmin Ali bagaimanapun terus menjarakkan diri di depan dalam persaingan kerusi timbalan presiden PKR.
Berdasarkan keputusan tak rasmi daripada 77 cabang yang diperoleh setakat ini - 68 sebelum ini dan 9 hari ini - Azmin mendapat 4,146 undi, Zaid 3,402 dan Mustaffa Kamil Ayub 1,189.
Ini bermakna, Azmin unggul depan dengan majoriti 744 undi.
Bagaimanapun, keputusan berdasarkan sumber dalaman parti menunjukkan perbezaan kecil daripada segi jumlahnya di mana Azmin dikatakan mendapat 4,197 undi, Zaid 3,405 dan Mustaffa 1,186 undi.
Sebanyak 12 cabang dijadual mengadakan pemilihannya hari ini.
Dua daripadanya - Silam dan Penampang - ditangguhkan kepada 20 November atas sebab-sebab tertentu.
Manakala satu lagi kerusi, Libaran - antara kerusi terbesar yang mengadakan pemilihannya hari ini - setakat jam 11 malam, keputusannya masih belum diketahui.
Minggu lalu Azmin mengutip 3,051 undi, Zaid sebanyak 2,529, Mustaffa pula mendapat 1,149 undi.
keputusan rasmi pemilihan untuk minggu ini dijadual diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dalam satu sidang media Isnin ini.
Pasir Mas Azmin (35), Zaid (53), Mustaffa (0)
(89 daripada 490 turun mengundi)
Kota Belud Azmin (16), Zaid (133), Mustaffa (1)
(153 daripada lebih 2,000 turun mengundi)
Papar Azmin (124), Zaid (28), Mustaffa (2)
(154 daripada kira-kira 2,700 turun mengundi)
Sandakan Azmin (417), Zaid (25), Mustaffa (13)
Keningau Azmin (26), Zaid (169), Mustaffa (3)
Kota Kinabalu Azmin (34), Zaid (162), Mustaffa (0)
Ranau Azmin (153), Zaid (107), Mustaffa (10)
(290 daripada kira-kira 3,800 turun mengundi)
Kudat Azmin (67), Zaid (138), Mustaffa (2)
(222 daripada 2,226 turun mengundi)
Beufort Azmin (223), Zaid (58), Mustaffa (9)
Sumber: Malaysiakini