Zainul |
PETALING JAYA, 7 Nov: Sistem keselamatan dan integriti yang diperkenalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan bahawa dakwaan Haris Ibrahim adalah berniat jahat. "Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas-kertas undi ini digunakan semula," ujar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Begitupun, katanya PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Haris, pemilik blog The People's Parliament, http://harismibrahim.wordpress.com kerana menganggap dakwaan liar untuk membantu proses mematangkan parti. Dakwaan itu selepas aktivis sosial Haris yang mendakwa wujudnya jual beli kertas undi kepada kem Azmin Ali sejak 29 Oktober lalu disifatkan Saifuddin mengeluarkan kenyataan liar, semalam. Menurut Saifuddin, kertas undi tersebut mungkin dikeluarkan dari pusat pengundian oleh pengundi berdaftar itu sendiri. "Membuang undi bukanlah sesuatu yang wajib, mungkin pengundi sendiri membawa keluar kertas undi," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR petang ini. Katanya, kedua-dua kemungkinan itu masih tidak boleh mengakibatkan berlakunya manipulasi pada proses pengundian. Ahli Parlimen Machang itu menambah, setiap kertas undi untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua AMK dan calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) terdapat nombor siri. Katanya, kertas undi di Kedah tidak boleh dibawa ke Sabah kerana nombor siri berbeza. Begitu juga, jelasnya warna kertas undi pada minggu ini berbeza dengan minggu lalu. "Kalau Haris ada kertas undi warna putih (minggu) lalu, ia tidak boleh digunakan pada minggu ini. "Saya tidak boleh beritahu warna kertas undi minggu depan, takut Haris cetak," ujarnya seloroh./Harakahdaily |
Isnin, 8 November 2010
Pemilihan PKR: Dakwaan Haris berniat jahat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan