TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Khamis, 11 November 2010

ZAID DAN MUSTAFA DISARANKAN SERTAI PAS

Oleh: Mandor

Di dalam tekanan menghadapi krisis pemilihan di dalam PKR hari ini, Dato Zaid Ibrahim mungkin tiada pilihan lain kecuali berundur dari PKR. Istilah berundur mungkin lebih manis buat Dato Zaid daripada istilah keluar parti. Apabila hilangnya kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap Ketua Umum, maka apa maknanya Zaid berada di dalam PKR.

Memang benar, Ketua Umum bukan jawatan yang rasmi di dalam PKR bahkan tiada pertandingan untuk jawatan itu. Jawatan tersebut hanya pengiktirafan parti kepada DS Anwar dan sehingga kini ianya masih diiktiraf. Sekiranya Dato Zaid masih yakin dengan parti tetapi tidak yakin dengan Ketua Umum sekarang, cara terbaik untuk Dato Zaid Ibrahim memimpin parti mengikut acuan yang dikehendakinya hanyalah dengan meletakkan dirinya sebagai calon Presiden PKR menentang DS Wan Azizah. Tetapi, Dato Zaid melepaskan peluang itu dan hanya berani walaupun separuh jalan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Oleh yang demikian, Dato Zaid dilihat tiada harapan lagi untuk melakukan apa yang ingin dilakukan kepada parti. Kini, beliau dilihat lebih kepada ingin menghancurkan parti. Justeru itu, tidak hairanlah seminggu ini media milik Umno/Bn mendapat `durian runtuh' yang dianugerahkan oleh Dato Zaid bagi menghentam parti. Terbaik bagi Dato Zaid sekarang adalah berundur dari parti dan menyertai parti lain asalkan bukan Umno. Hanya itu saja cara Dato Zaid ingin mengembalikan nama baiknya di dalam politik setelah `tercemar' angkara isu terbaru ini.

Saya ada terbaca di dalam satu blog yang cuba mempengaruhi PAS agar tidak menerima Dato Zaid Ibrahim seandainya beliau ingin menyertai PAS. Saya rasa pandangan itu tidak boleh diterima bahkan saya sendiri lebih suka Dato Zaid berada di dalam PAS untuk menerima tarbiyah bagaimana untuk berjuang dan bagaimana untuk memelihara adab berjamaah. Di dalam PAS, kemungkinan Dato Zaid melakukan `perangai' yang telah dilakukan kepada PKR sekarang mungkin dapat diatasi kerana PAS sebuah parti Islam yang jauh berlainan dengan parti lain. Sebab itulah PAS sentiasa terpelihara daripada `spesis' seperti Dato Zaid walaupun kadangkala di dalam Muktamar PAS agak panas juga. Akhirnya, semua ahli PAS bertaut dengan prinsip `Wala' kepada keputusan Jemaah yang tentunya berpaksikan kepada nasihat dari Majlis Syura Ulamak. Ini meletakkan hukum agama melebihi dari kuasa pemimpin di dalam PAS.

Begitu juga, saya lebih suka sekiranya Sdr Mustafa Kamil Ayub menyertai PAS seandainya beliau merasakan PKR tidak boleh memberikan apa yang diinginkannya. Cara `mengugut' parti seperti yang dilakukannya tidak boleh menyelesaikan sebarang masalah. Bayangkan jika semua ahli PKR yang merasa tidak berpuas hati terhadap parti turut `mengugut' parti. Sebagai seorang yang `senior' di dalam PKR, Sdr Mustafa Kamil tidak wajar melakukan perangai kebudak-budakan itu./mandor.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Belum tentu PAS akan terima orang-orang macam ini. Buat kacau daun pula.

    BalasPadam
  2. terima dulu..kalau dia buat perangai mcm dlm pkr ...maknanya...nak ambik jwtan mursyidul am....tubuh parti sendiri la

    BalasPadam
  3. Tak payahlah masuk Pas... hanya membawas kerosakan saja nanti... selagi tak ubah sikap... tamak dan gila kuasa tak payah lah... betulkan nawaitu dulu... nanti baru masuk 2/3 hari buat perangai lagi...

    Minta pimpinan PAS jauhi kemudaratan yang telah terbukti...

    BalasPadam
  4. hanya kumpulan masuk pkr sejak menang dalam pru12 ini saja dan seekor dua lagi yang terlena dengan idealisma zaid saja setuju dengan apa yang zaid buat pada masa ini.lain lain yang guna otak akan kata,pi blah lah zaid oooi.aku pula tak tau nak kata apa kalau orang macam ni diterima olih PAS,tak mustahil akan jadi hantu raya macam Zukry Alkasah yang kerap membelasah PKR walaupun dia sekarang ahli PAS fd.an guna pula Harakahdaily yang hidup segan mampuih tak mau.

    BalasPadam
  5. Dicadangkan Zaid masuk PERKASA baru ngam Brahim dari kelantan Zaid pun dari Kelantan.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini