TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Selasa, 9 November 2010

ZAID SENDIRI INGIN MENJADIKAN DIRINYA SEPERTI ALMARHUM GHAFAR BABA?

Oleh: WFAUZDIN NS

BERTAMBAH menarik `sandiwara' yang sedang bermain di dalam PKR sekarang ini. Sebelum ini di dalam pemilihan pimpinan PKR tidak pernah berlaku `sandiwara' menarik seperti sekarang. Mungkin kerana pemilihan kali ini yang memberi kuasa penuh kepada setiap ahli untuk memilih sendiri pemimpin mereka menjadikan keadaan `luar biasa' berlaku sekarang. Mungkin juga kerana PKR dilihat mempunyai harapan cerah untuk bersama PR menakluk Putrajaya maka `selera' beberapa kerat pemimpin kini berubah.

Ada teman yang berkata, pemilihan sebelum ini aman dan tenteram, tetapi setelah Dato Zaid berada di dalam PKR maka pemilihan kali ini berubah rentak. Awal mula Dato Zaid berkali-kali berkata tidak berminat untuk merebut sebarang jawatan tertinggi di dalam parti. Namun, bak kata orang cakap orang politik kita hanya boleh mendengar sahaja. Akhirnya Zaid mengambil keputusan untuk meraikan amalan demokrasi di dalam parti dan beliau masuk gelanggang untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Walaupun banyak cakap-cakap Zaid ini mengelirukan kita dengan berubah-ubah syaratnya untuk bertanding atau menarik diri, tetapi kita tetap menghormati selera beliau.

Setelah beliau mengumumkan keputusannya untuk bertanding bersama dengan YB Azmin dan Sdr Mustafa Kamil Ayub bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, pada awal pencalonan Zaid telah mendahului YB Azmin dan juga Sdr Mustafa Kamil. Ketika itu tiada pun dakwaan pemilihan tidak adil atau sebagainya. YB Azmin pun tidak berbunyi walaupun ketika itu ketinggalan dari segi pencalonan dan undi. Apabila serangan demi serangan berlanjutan ke atas YB Azmin dan ditujukan juga kepada Ketua Umum, maka dapat dilihat pencalonan dan undi bertambah dari masa ke semasa untuk YB Azmin. Semakin banyak fitnah dilemparkan kepada YB Azmin dan DS Anwar, bertambah undi untuk mereka.

Maka timbullah pula dakwaan kununnya JPP termasuk SU Agung PKR berpihak kepada YB Azmin. Tuduhan ini berlanjutan dan dimainkan setiap hari oleh kumpulan yang menyokong beliau. Biarpun SU Agung telah menjawab segala tohmahan mereka, tetapi mereka terlebih awal `mengecop' SU Agung juga berpihak, maka dengan mudah mereka tidak menerima penjelasan dari SU Agung YB Saifuddin.

Terkini, diberitakan bahawa Dato Zaid menarik diri dari bertanding dan melepaskan semua jawatannya di dalam parti. Kununnya beliau tersilap memilih PKR yang disangkanya lebih baik dari Umno. Saya menunggu untuk mendengar adakah Dato Zaid akan meninggalkan PKR seperti yang amat dinantikan oleh media pencacai dan Umno sendiri. Jika beliau tinggalkan PKR, saya berminat untuk mengetahui ke mana arah tuju beliau selepas itu. Adakah beliau akan `U-Turn' kepada Umno atau mencari parti lain yang lebih baik dari Umno dan PKR iaitu PAS? Jika hala tujunya kepada PAS, Alhamdulillah.

Dato Zaid pernah menyuarakan kebimbangannya sekiranya beliau akan di`Ghafar Baba'kan oleh ahli-ahli PKR. Terbukti setakat ini PKR tidak tergamak untuk menjadikan beliau begitu, sebaliknya beliau sendiri ingin menurut langkah Almarhum Ghafar Baba apabila `merajuk' untuk menarik diri dari bertanding. Memang dijangka `Sandiwara' beliau ini akan mendapat sambutan hangat dari media pencacai dan beberapa pencacai seperti `firaun besar' dari Kulim itu. Inilah saat yang dinantikan oleh mereka semua.

Saya mengharapkan pimpinan PKR serius melihat isu ini. Jika terbukti ada kepincangan berlaku, lebih afdal jika pemilihan ditangguhkan ke tahun hadapan. Tetapi jika terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan pemilihan ini semata-mata tekanan dari puak yang terasa mahu tewas itu, pimpinan tidak harus mengalah. Mana mungkin parti boleh tunduk kepada mereka yang hanya mahu pandangan dan tuntutan mereka sahaja diterima. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini