RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 10 November 2010

KALI INI AKU SOKONG ZUL KULIM

KALI ni aku sokong pandangan YB Zul Kulim. Beliau nasihatkan Zaid Ibrahim supaya sertai PAS. Semoga Allah limpahkan pahala kepada Zul Kulim kerana menyeru seseorang menyertai parti Islam seperti PAS.

Walaupun Zul Kulim di `black list' oleh PAS dan beliau tidak mungkin diterima lagi oleh PAS, namun pandangannya itu menunjukkan Zul Kulim masih percaya kepada perjuangan PAS. Mungkin pandangannya itu secara `automatik' menolak dakwaannnya di Parlimen pagi tadi yang menyebut `PAS mengajar anak-anak Muslim makan Babi' (Rujuk Malaysiakini hari ini). Ertinya, kata-kata Zul Kulim di Parlimen sebentar tadi hanya `gurauan dan usikan' dari seorang yang tidak berparti umpama `roh tidak bertuan'.

Harapan saya juga, lebih baik dan afdhal untuk Zaid masuk PAS. Cuma harapan kita jangan pula setelah berada di dalam PAS, perangai tiru macam Zul Kulim pula./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. x salah klu zaid join PAS, namun zaid tiada tmpat istimewa dlm PAS, trlebih dahulu zaid kena sesuaikan diri dgn 'org PAS', sbb sesetengahnya ada yg suka melabelkan - erdogan, erbakan.

    Pasti ada suara2 dlm PAS sndiri yg 'perlekeh' beliau, bekas penagih, itu la, ini la..

    Siapa dlm PAS yg sanggup pertahankan zaid? TGNA mungkin, tp utk tempoh yg lama bagaimana?

    BalasPadam