RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 9 November 2010

MENGAPA ZAID TARIK DIRI - SEBUAH KISAH DARI PENULIS BODOH UNTUK SI BANGANG MEMPERCAYAINYA

PEDULI aku cerita mengapa Zaid tarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Semasa dia mendahului di awal pemilihan, tak timbul pun cerita tarik diri dan sebagainya. Bila beliau mula rasa tergugat dengan agak jauh ketinggalan, maka timbul cerita bermacam cerita. Dan, akhirnya menunjukkan keperwiraan serta semangat juangnya dengan menarik diri. Apa nak buat, dah itu memang stail Zaid.

Kisah ni lagi menarik. Ada rakan di dalam blog buat cerita pemilihan di dalam PKR kali ini hanya pemilihan melalui telefon. Kununnya, Anwar akan telefon Ketua Cabang seluruh Malaysia agar tentukan Azmin menang. Hahahaha....terasa macam bodoh je si tukang cerita ni. Bodoh-bodoh pun tentu ada yang bodoh mempercayainya. Mudahnya Anwar berkempen untuk Azmin hanya dengan panggilan telefon? Macam buat panggilan telefon kepada si `Penarik Beca' je kan?

Ok lah, peliknya dalam ramai-ramai Ketua Cabang yang dapat panggilan telefon dari Anwar tu takkan semuanya penakut? Tak adakah yang berani tampil membuat laporan beserta bukti panggilan yang semestinya ada tercatat dalam telefon bimbit mereka? Jika ada arahan melalui SMS misalnya, takkan tak boleh simpan SMS tu sebagai bukti ada campurtangan Anwar?

Kununnya pula di Sabah, Ketua-Ketua Cabang ditawarkan jadi calon pilihanraya akan datang asalkan menyokong Azmin. Gilakah Anwar sampai sanggup tawar sedemikian? Berapa ramai Anwar nak calonkan di satu-satu kawasan di Sabah itu? Ada berapa banyak Dun atau Parlimen di Sabah yang boleh Anwar tawarkan kepada semua Ketua Cabang tersebut? Lojikkah cerita itu? Sedangkan untuk menyuruh MP dari Bn Sabah dan Sarawak agar melompat ke PKR pun Anwar tidak janjikan apa-apa, walhal itu untuk mendapatkan kuasa memerintah negara. Inikan pula untuk menangkan Azmin saja Anwar sanggup buat janji tak masuk akal begitu? Masakan semua Ketua Cabang di Sabah bodoh-bodoh belaka tidak terfikir lojik atau tidak kesemua mereka akan dipilih sebagai calon di dalam pilihanraya akan datang jika menyokong Azmin.

Ini semua cerita yang tak masuk akal, jauh lagi untuk dapat dibuktikan. Apa yang SU Agung PKR dah jelaskan lebih berfakta dan lojik daripada cerita seperti di atas. Biarlah Zaid tarik diri kerana mungkin dia terasa kecewa akibat Sabah yang diharapkan memberi undi kepadanya namun majoriti ahli-ahli PKR Sabah lebih yakin dengan Azmin daripada Zaid. Aku yakin Zaid akan memilih PAS jika beliau keluar dari PKR. Jika itulah yang dipilihnya, aku ucap Alhamdulillah. Tetapi jika beliau kembali kepada Umno, maka benarlah dakwaan kawan aku yang selama ini berkata Zaid dibawa ke dalam PKR hanya untuk musnahkan PKR.

Apabila difikir semula, tidak mustahil kata kawan aku tu. Sebelum Zaid ada dalam PKR, pemilihan di dalam PKR berjalan dengan baik. Namun, aku bersangka baik terhadapnya. Zaid tentu akan pilih PAS dan tidak mungkin bersama Umno jauh lagi untuk bersama dengan kumpulan `firaun besar' yang diketuai oleh Zul Kulim itu./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. lantak korang la, yg nampak skrg jalan ke p/jaya dah makin gelap... org2 biasa cam kami ni dah naik muak dah dgn pkr ni... byk la hilang undi nanti

    BalasPadam