Aziz Bari: Politik Apa Yang Zaid Mainkan?
Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abdul Aziz Bari.
“Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik sikitlah.
“Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal,” ujar Aziz.
Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.
Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah.
“Sebagai seorang yang kononnya komited dengan perjuangan mendemokrasikan Malaysia baru, dia tidak sepatutnya mengambil jalan ini kerana ini akan menjadi bahan kepada musuh-musuh atau mereka yang tidak mahu berubah ini.
“Jadi saya rasa Zaid telah tersilap besar dan dia dengan tidak semena-mena menyediakan peluru untuk mereka yang tidak suka demokrasi, yang tidak suka pembaharuan Malaysia,” tambah Aziz lagi.
Selepas membuat keputusan mengejut semalam dengan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri dari pemilihan PKR, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini, turut mengecam supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berundur dari parti.
Ia turut mengundang reaksi dari Aziz.
“Siapa dia untuk menyuruh orang lain keluar. Dia boleh kata begitu sebagai seorang ahli parti tetapi saya fikir satu perkara yang lucu lah apa yang dia minta itu. Orang akan kata, siapa Zaid untuk menyuruh Datuk Seri Anwar keluar dari parti.
“Datuk Zaid kena tahu siapa dia. Jangan semberono, main hentam sahaja. Apa yang berlaku ini pun tidak begitu ceria untuk masa depan dia dalam politik,” kata Aziz lagi.
Tambah Aziz, walaupun beliau tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti itu, namun beliau percaya, bahawa setiap ahli parti mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak goyah ketika berhadapan dengan masalah.
Dalam nada sinis, Aziz seolah-olah memberi peringatan kepada Zaid agar kembali merenung matlamat asal pemimpin itu.
“Saya rasa kita sepatutnya tidak lupa dengan gambar besar untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah, daripada penipuan,daripada tekanan, daripada ISA dan sebagainya. Dan saya rasa, apa yang Zaid lakukan hari ini, ialah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang disebut sewaktu meninggalkan Umno.
“Sepatutnya sebagai seorang yang komited dengan parti dan perjuangan, dia semestinya tidak buat begitu,” jelasnya kepada Tv Selangor.
Bahkan menurut Aziz, tindakan seumpana itu menjadikan Zaid tidak ada bedanya dengan mereka yang keluar dari PKR kerana tidak mempunyai semangat juang dan matlamat yang jelas dalam parti.
Malah ujarnya, tindakan kurang bijaksana Zaid itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada parti melainkan kepada diri beliau sendiri.
” Dalam jangka masa panjang saya rasa tidak ada apa-apa. Sedangkan orang seperti Datuk Onn Jaafar dan orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah sekalipun, tidak jadi apa setelah meninggalkan parti mereka, jadi siapalah Datuk Zaid ini kan…. Saya tidak fikir apa yang dilakukan beliau mendatangkan masalah pada parti. Saya rasa yang menerima risiko negatif itu dia sendiri,” katanya./TVSelangor
abih kalu zaid baru sedar matlamat PKR adalah memperjuangkan parti anak beranak..nak muhasabah ape lagi? parti kencing rakyat, parti kelentong rakyat disebalik logo "keadilan"..
BalasPadamape matlamat perjuangan PKR? kalu direnung2kan, mmg patut zaid keluar sahaja kerana keadilan adalah retorik shj...
dari dulu org cakap dia tak percayaa....