TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Rabu, 10 November 2010

Desakan Zaid Supaya Beliau Undur Diri, Azmin Ali Jelaskan Kedudukannya Dalam Parti Di Tentukan Oleh Para Ahli Dan Bukannya Individu Tertentu !!

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali (foto) berkata kedudukan beliau dalam parti itu ditentukan oleh anggota parti dan bukannya individu yang menentukan saf kepimpinan parti. Dalam hubungan ini, katanya beliau tidak akan tunduk dengan desakan agar beliau mengundurkan diri daripada PKR kerana menerima sokongan baik untuk memberikan khidmat bagi membawa parti itu ke tahap yang lebih besar.

Azmin berkata demikian sebagai mengulas desakan Datuk Zaid Ibrahim agar beliau dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada parti itu kerana didakwa merekalah yang membawa masalah kepada PKR. "Saya bersedia untuk mengambil peranan yang lebih kecil jika itulah yang diputuskan. Namun Alhamdullillah setakat hari ini dukungan oleh anggota parti untuk saya memimpin itu cukup kuat dan besar termasuk negeri Sabah," kata Azmin kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. "Maka bukan soal individu mahupun Zaid menentukan saf kepimpinan parti ini bermakna beliau tak menghormati prinsip dan amalan demokrasi di dalam parti," kata Azmin yang akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR.

Mengenai permintaan Zaid supaya proses pemilihan yang sedang diadakan ditangguhkan kerana dakwaan berlakunya manipulasi, Azmin berkata jika ada tuduhan mana-mana pihak perlu mengemukakan bukti, malangnya sehingga sekarang tidak ada bukti secara khusus dihantar kepada sekretariat Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk diteliti aduan-aduan berkenaan. Oleh itu, beliau meminta pihak-pihak yang mengeluarkan dakwaan sedemikian supaya lebih bertanggungjawab dan tidak beremosi kerana semata-mata telah tewas dan tersungkur di beberapa negeri dalam pemilihan parti. "Mengapa perkara ini tidak dibangkitkan pada hari pertama pemilihan semasa beliau mendapat sokongan, mengapa hanya setelah dua minggu pemilihan berlaku dan setelah tewas teruk di negeri Sabah baru perkara ini dibangkitkan. Jadi banyak juga persoalan dibangkitkan anggota juga mengenai keikhlasan beliau dalam perkara yang dibangkitkan itu," katanya./PahangDaily

2 ulasan:

  1. Tak payah tanya sebab apa dah nak kalah baru dia komplen mcm2,dia gila kuasa.Dia yakin kita menang PRU nanti n ada peluang jd PM.Dasar perosak Zaid ni.Zaid,BERAMBUSSSSSSSSSS

    BalasPadam
  2. Tok sah perasanlah menang pru... Tolong ingat, kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu maka pilihanraya dah lama diharamkan. Jgn dok mimpi nak tawan putrajaya... Berangan tak habis2 tapi perangai sama mcm umngok.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini