TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Sabtu, 13 November 2010

NAIB PRESIDEN PKR - BERI PELUANG KEPADA YB FUZIAH

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN di dalam PKR semakin ke penghujung. Jawatan paling panas sekarang adalah bagi kerusi Timbalan Presiden PKR di mana dua tokoh lama dan berpengalaman bakal bersaing untuk menabur bakti kepada perjuangan. YB Azmin Ali akan berhadapan dengan Sdr Mustafa Kamil Ayub, kedua-dua mereka telah membuktikan kesetiaan terhadap parti.

Satu lagi jawatan yang tidak kurang panasnya adalah jawatan Ketua AMK yang menyaksikan pertarungan `adik-beradik' iaitu di antara penyandang Sdr Shamsul Iskandar dengan Sdr Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard. Pertarungan di antaranya agak sengit dan sehingga kini tiada siapa boleh meramalkan pemenangnya.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, dimaklumkan buat masa ini YB Nurul Izzah masih berada di hadapan. Terdapat seorang lagi calon di kalangan wanita yang turut bertanding iaitu YB Fuziah Salleh, MP Kuantan. Di dalam masa yang semakin suntuk ini, saya mengharapkan agar YB Fuziah Salleh dapat diberi tempat menduduki kerusi Naib Presiden PKR. Meskipun dikatakan agak sukar untuk menempatkan beliau di situ memandangkan berlakunya pecah undi di antara beliau dan YB Nurul Izzah.

Sekiranya pengalaman di ambil kira, ketokohan dan prestasinya selaku Wakil Rakyat, memilih YB Fuziah Salleh sebagai salah seorang Naib Presiden PKR tidaklah merugikan. Beliau telah cukup terlatih dan telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai MP Kuantan dan juga tugas yang diamanahkan oleh parti kepadanya. Sepanjang kempen pemilihan kali ini, YB Fuziah boleh dikatakan di antara calon yang tidak mendatangkan sebarang kontroversi atau membuat sesuatu angkara yang boleh menyusahkan parti. Ini membuktikan beliau redha dengan apa jua keputusan parti dan menyerahkan kepada ahli-ahli untuk menilai kebolehannya.

Beliau amat peka kepada tugas-tugas yang boleh memartabatkan parti. Di mana-mana kawasan pilihanraya, YB Fuziah boleh dikatakan sanggup berkampung bagi membantu parti. Seorang yang berpengalaman mengatur strategi kempen, jasa beliau terhadap parti tidak boleh dinafikan sama sekali. Diyakini beliau mampu membawa parti ke arah yang lebih gemilang dan boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin sekali pun. Di dalam Parlimen, beliau mampu berhujah dengan baik dan bermutu.

Mudah-mudahan YB Fuziah Salleh diberi tempat menduduki kerusi Naib Presiden PKR. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini