RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 11 November 2010

ORANG `GILA BABI' TUDUH PAS HALALKAN MAKAN BABI

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG sah MP Kulim Bandar Baru yang dikenali sebagai YB Zul @ Firaun Besar kini dijangkiti penyakit `gila babi'. Semalam di Parlimen, penyakit itu datang menyerangnya. Mangsa akibat serangan penyakit gila babi yang dibawa oleh Zul firaun adalah MP dari PAS. Gara-gara menegur sikap si penyakit gila babi yang membangkitkan isu 'sosej babi', Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor) dihalau keluar dewan.

Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching. Isu tersebut semalam dibangkitkan Chong Chieng Jen (DAP-Kuching). Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kemudiannya membantah dengan mendakwa tidak wajar ruang perbahasan bajet Jabatan Perdana Menteri diguna membangkitkan isu agama yang boleh mencetuskan ketegangan.

Lantaran itu, Zulkifli yang juga bekas ahli PKR, kemudian menanyakan pendirian PAS berhubung perkara itu lalu menuduh PAS berdiam diri dalam isu tersebut dan mendakwa parti itu menghalalkan orang Islam makan babi.

Lihatlah betapa penyakit gila babi Zul Kulim ini bertambah kronik semenjak ditendang keluar oleh PKR. Malang sungguh pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru mempunyai Wakil Rakyat yang berpenyakit seperti ini. Tetapi mahu buat macam mana, pengundi-pengundi tidak redha beliau jadi Wakil Rakyat pun firaun besar ini bukan tahu malu. Sayang mahu tinggalkan gaji dan elaun Wakil Rakyat, mahu jadi Peguam pun siapa mahu lantik peguam bodoh jadi peguam?

Penyakitnya tidak berhenti di dalam Parlimen sahaja. Di luar Parlimen, penyakitnya masih menyerang. Secara tiba-tiba beliau menyuruh DS Anwar pergi menunaikan Haji ke Mekah dan bertaubat. Firaun besar ini tidak tahu bahawa setiap orang Islam memang disuruh bertaubat setiap hari walau di mana sahaja. Lebih-lebih lagi orang yang kuat menipu seperti Zul Kulim ini. Beliau pun mengaku sepanjang berada di dalam PKR beliau selalu `kelentong' orang. Kita lihat beliau lebih kuat `kelentong' apabila berada di luar PKR.

Beliau sepatutnya sedar diri bahawa kerusi yang beliau duduki di dalam Parlimen itu tidak diredhai oleh pengundi-pengundinya. Kalau Imam sembahyang yang Makmum tidak redha, apa hukumnya? Melainkan Imam itu muka tebal atau jahil terlebih bodoh.

Hakikatnya, beliau merasa terpinggir semenjak diterajang keluar dari PKR. Harapkan PAS mahu pelihara firaun besar ini, lebih baik PAS jaga orang-orang Asli di Gua Musang. Sekarang menunggu kalau-kalau Umno mahu tawarkan dia apa-apa yang patut asalkan boleh kasi makan anak bini dia.

Zul Kulim ini hanya berani menyalak di dalam dewan sahaja. Apabila dicabar berdebat oleh YB Khalid Samad, MP Shah Alam dari PAS kecut perut langsung tidak berbunyi. Tetapi di dalam media atau TV3 pencacai, suara dia mengalahkan suara dajal. Kita lihat nanti rakyat di Kulim Bandar Baru akan kuburkan firaun besar ini tanpa nesan./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Zul Nordin ni dah masuk tahap histeria kronik! Sebab PRU13 semakin hampir. Umur MP Zul semakin pendek! Tak kan UMNO bodoh nak bagi dia jadi calun! UMNO pun tengok standard gak. Jadi senang nak faham...macam sifir dualah. Zul akan menyalak lebih-lebih untuk menagih simpati!

    BalasPadam
  2. Tuan blog.
    Zul the jokers ni dah tahap biol kalau giti pandangan...nasib la keluarga kau dapat bapak macam ni, dapat abang macam ni atau besan macam ni,,,,tegedik-gedik bila TV3 interview tapi ajak debat kecut anu.....
    Percayalah suka tak suka Zul Kulim ni dah macam sasau dah makin tak ada kualiti ...buat malu bangsa..simpang 44 jika ada kaitan dgn makhluk Allah yg sorang ni. MUNGKIN dimakan sumpah pengundi kulim terhadap gaji MP nya tu.
    oleh
    Kuliran

    BalasPadam