ADA kempen yang telah lama digunakan sepanjang pemilihan PKR kali ini menggunakan slogan ABA (Asal Bukan Azmin). Kempen ini kita lihat agresif melalui blog-blog dan dibantu sedikit sebanyak oleh media pencacai milik Umno. Biasalah, jika media Umno sudah `berminat' dengan sesuatu yang kita lakukan, hati-hatilah. Hakikatnya jelas, mereka (media Umno) amat bimbang dengan Azmin jika beliau ditakdirkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR.
Seperti kata seorang rakan Si Penarik Beca, beliau sememangnya penyokong PKR dan pernah mengundi YB Nurul Izzah atas dasar simpati ke atas keluarga DS Wan Azizah itu. Tetapi di dalam pemilihan PKR kali ini, beliau menggunapakai slogan ABA itu tadi. Ertinya, beliau tidak menyokong Azmin. Saya hormatilah apa yang rakan itu tulis di dalam blognya kerana itu hak beliau untuk menyokong sesiapa. Beliau juga punyai hak untuk berkempen di dalam blognya dan patut kita hormati bagi memeriahkan amalan demokrasi yang cuba dipraktikkan sebaik mungkin oleh parti.
Cuma saya terkeliru sedikit apabila di dalam blognya yang terang-terang tidak menyokong Azmin, beliau kaitkan dengan cerita kununnya DS Wan Azizah dan anaknya YB Nurul Izzah pun tidak menyokong, bahkan tidak suka Azmin. Mana beliau tahu? Katanya beliau dapat tahu dari rakannya seorang wartawan dan pemimpin PKR sendiri. Tambahnya lagi, DS Wan Azizah dan YB Nurul Izzah sekarang `makan hati' apabila melihat kemungkinan besar Azmin akan memenangi pertandingan kali ini. Pada saya cerita beliau tentang ini karut marut belaka. Jika benar sekali pun DS Wan Azizah atau YB Nurul Izzah di dalam hatinya menyokong mana-mana calon, tidak mungkin beliau menzahirkannya. Di dalam hati tiada siapa yang tahu, kita hanya boleh mengetahui yang dizahirkannya.
Apa yang dizahirkan oleh YB Nurul Izzah tentang dakwaan mengatakan beliau sokong si Polan atau si Polan? Kita ada fakta, bukan melalui cerita dari mulut kawan atau wartawan hatta melalui `wahyu' sekalipun. Anda boleh baca di sini apa pandangan YB Nurul Izzah tentang calon Timbalan Presiden PKR. Benarkah YB Nurul Izzah menyokong Zaid Ibrahim? Faktanya ada di sini. Cukup anda baca dua kenyataan itu sahaja dan bandingkan dengan cerita yang diambil dari mulut ke mulut yang dibawa oleh Si Penarik Beca.
Azmin sememangnya diakui menempuhi banyak dugaan semenjak awal penglibatannya di dalam KeADILan sehinggalah ke hari untuk beliau cuba menawarkan diri sebagai orang kedua di dalam parti masih juga menerima dugaan yang tidak kurang hebatnya. Malang bagi Azmin, mereka yang tidak menyenanginya sanggup `menjual' nama Presiden dan anak Presiden untuk menjatuhkan beliau. Alhamdulillah, masih ramai ahli-ahli PKR yang tidak buta hati dengan mainan mereka ini dan mereka masih dapat menilai siapa pejuang sebenar dan perosak parti.
Menyokong Azmin bukan sokongan membuta tuli. Menyokong Chegu Bard juga bukan sokongan membuta tuli. Begitu juga mereka yang menyokong selain dari Azmin dan Chegu Bard, mereka juga ada asas dan penilaian sendiri. Saya percaya mustahil DS Wan Azizah atau YB Nurul Izzah tidak menyokong sesiapa kerana di dalam politik sokongan dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan perlu ada, namun akhirnya keputusan parti mesti diterima.
Pada saya, saya sokong Azmin untuk pemilihan PKR kali ini. Saya sokong PKR pula bukan kerana Azmin atau Anwar. Jika bukan Azmin yang dipilih, saya masih menang kerana PKR masih wujud./wfauzdin.blogspot.com

Tuan blog.
BalasPadamMUNGKIN kerana Zaid kelihatan lebih KAYA dari azmin maka Zaid ibarat lombong emas,
Depa sokong orang yang kaya tapi "baru 8 bulan join PKR dah nak jawatan No.2....DAH nak halau anwar dan azmin...Woii 8 bln belum kompom la.
Biasa la ada blogger yg mudah kecik hati dgn azmin jadi orang baru pun biar lah janji puas hati,,,setuju ada yg tulis sumber kawan. Tak malu ker cuba mendorong orang untuk mempercayai Azizah dan Izzah tak suka azmin.
oleh
Jaga la teloor.