TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

PROGRAM 14 OKT 17

PROGRAM 14 OKT 17

Rabu, 10 November 2010

ZAID, JENTERA KAMU LEMAH JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN

JPP Tidak Memihak: Zaid Menang Di 38 Cabang Berbanding Azmin 37
09/11/2010


PETALING JAYA 9 NOV: Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menempelak tuduhan Datuk Zaid Ibrahim, kononnya ibupejabat parti memihak kepada Azmin Ali dalam pemilihan itu dan tidak melayan sebarang cadangan beliau bersabit pemilihan itu.

Menurut Saifuddin hakikat adalah Zaid menang di 38 cabang PKR manakala Azmin di 37. Azmin bagaimana mendahului dari segi majoriti undi kerana keahlian yang lebih besar di cabang-cabang yang dimenangi oleh beliau. Saifuddin turut menegaskan bahawa rungutan beliau kononnya cadangannya untuk memperkasakan proses pemilihan ditolak adalah tidak berasas. "Surat dari calon Zaid pada JPP dan sekretariat bertarikh 5 OKT ada tujuh cadangan.

Pertama calon dibenarkan lantik 'polling agen' di setiap cabang. Cadangan dia kita terima pakai. Kedua kertas undi patut letak no siri. Cadangan ini diterima. "Peti undi mesti lutsinar. Kita tak buat sebab tak cukup duit. Senarai ahli berdaftar sahaja diguna pakai, yang ini kita buat. Ruang buang undi mesti diasing, kita buat. Masa perlu tetap dan ketujuh ahli yang bayar yuran parti mesti diberi peluang mengundi. "Diakhir surat ini, Zaid kata harap cadangan dia diluluskan cepat supaya dia boleh buat keputusan samada mahu menerima pencalonan atau tidak.

Hakikatnya, pada masa itu Zaid telah menerima pencalonan," terang Saifuddin. Saifuddin kesal atas tindakan Zaid melontarkan tuduhan yang bertujuan mencemari kredibiliti ibupejabat PKR dan jawatankuasa pemilihan pusat. Keputusan ahli PKR pada pemilihan adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak dan tidak dimanipulasi sebagaimana yang didakwa oleh Zaid. "Zaid menang 38 cabang, azmin 37 cabang. Ini fakta. Bila Azmin mendahului alasannya mudah kerana mobilisasi Azmin yang baik. Itu diluar kuasa JPP dan sekretariat. "Kalau kamu jaga baik mobilisasi kamu, maka baiklah politik kamu. 38 cabang 'solid' sokong Zaid.

Kalaulah benar berlaku aktiviti memenangkan, mustahil Zaid mendahului 38 cabang," katanya. Saifuddin berkata jentera calon-calon yang tidak dapat menjalankan tugas masing-masing tidak harus menunding jari kepada ibu pejabat parti. "Atas pemintaan Zaid sendiri ada 'poling agen' dan 'counting agen' dibenar bertugas. Kegagalan calon lantik 'poling agen' untuk pantau pemilihan, jangan tuding JPP dan sekretariat, salahkan jentera kamu sendiri," katanya./TVNews


1 ulasan:

  1. pkr bila da rosak jgn salah kan org lain jugak..pandai cakap org, diri sendiri tak sedar..mmg ayam berak kapur ekor bertaik tak sedar!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini