RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 8 November 2010

BLOGGER HARIS MAHU CAKAP APA LAGI ?

Kertas Undi Punyai Ciri Keselamatan Ketat : Saifuddin
07/11/2010


PETALING JAYA 7 NOV : Parti Keadilan Rakyat hari ini menegaskan bahawa kertas undi pemilihan parti mempunyai ciri-ciri keselamatan yang cukup ketat dan tidak boleh disalah gunakan oleh mana-mana pihak.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyifatkan dakwaan blogger Haris Ibrahim bahawa kertas undi pemilihan itu boleh dibeli dan disalah guna sebagai berniat jahat dan fitnah semata-mata. Sebelum ini beberapa pihak mendedahkan amalan seorang calon yang mengejar jawatan kanan dalam pemilihan itu mengupah blogger tertentu dan mendalangi sebuah portal berita untuk menjejaskan kredibiliti pemilihan PKR apabila mendapati pencalonan beliau tidak mendapat sambutan akar umbi.

Haris mendakwa bahawa beliau menemui seorang yang mempunyai bukti kononnya calon tertentu boleh membeli kerta undi dan seterusnya pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menggunakan kertas undi berkenaan. Dakwaan itu tidak masuk akan dan dibuat oleh pihak yang tidak mengetahui mengenai ciri-ciri keselamatan pada kerta undi itu sendiri.

"Ini adalah kertas undi untuk minggu pertama, berwarna putih manakala untuk sekarang, kertas undi untuk minggu ini berwarna biru jadi kalau Haris dapat seribu kertas undi berwarna putih, boleh tak dia gunakan untuk minggu ini?" kata beliau dalam sidang media tersebut. Saifuddin menjelaskan terdapat empat ciri keselamatan ketat pada kertas undi pemilihan. Empat ciri itu adalah nombor siri dan warna berbeza mengikut hari, tempat pemilihan dilangsungkan dan jawatan yang dipertandingkan.Seterusnya kertas undi tanpa cop daripada pengawas pemilihan dianggap tidak sah.Setiap calon bertanding berhak melantik wakil masing-masing untuk memerhatikan proses pengiraan. Sebelum diserahkan kepada ibu pejabat, kertas keputusan akan ditandatangan oleh pengawas pemilihan dan wakil calon sendiri.

"Dengan keempat-empat ciri keselamatan itu, sistem ini adalah sistem yang sangat telus" katanya. Saifuddin enggan mengulas dalang disebalik dakwaan yang dibuat oleh Harris. Namun beliau berkata fitnah sedemikian tidak akan melunturkan iltizam parti untuk memperkenalkan demokrasi tulen dalam pemilihan pemimpin di peringkat cabang mahukan nasional. "Serangan macam itu akan mematangkan parti yang paling mustahak ialah kita melaksanakan tuntutan prinsip satu anggota satu undi yang dijalankan parti dan dalam proses itu kita berdepan dengan pelbagai tohmahan. Yang jelas, kita dapat terjemahkan prinsip demokrasi parti ke arah pengukuhan jangka panjang," kata beliau./TVNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan