TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Ahad, 7 November 2010

WAHAI DR ASRI, DI ANTARA DS ANWAR DENGAN YB ZUL KULIM SIAPA PATUT LETAK JAWATAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lahi YB Zul Kulim `firaun besar' menyokong jawapan Dr Asri di dalam menghadapi kritikan berbagai pihak terhadap bekas Mufti Perlis ini. Dr Asri tetap mempertahankan saranannya agar DS Anwar bersara dari politik dan sebagai tidak menampakkan `kiblat' sebenar beliau dalam politik, beliau mengambarkan di dalam PR terdapat `dinosour' begitu juga di dalam Umno.

Katanya Dr Asri, momentum rakyat akan hilang kerana rakyat tidak lagi terikat dengan kisah lalu. Justeru itu pemimpin seperti DS Anwar mesti bersara dan diserahkan kepada yang baru untuk mengekalkan momentum yang ada. Begitulah lebih kurang maksud Dr Asri. Apa dia kisah lalu itu, wahai Dr Asri? Kisah kezaliman yang berlaku ke atas DS Anwar sehingga tercetusnya gelombang reformasi itukah yang dimaksudkan kisah lalu? Maksud beliau, rakyat tidak perlu lagi mengingati kisah itu?

Dr Asri mungkin tidak terlibat atau campurtangan langsung sewaktu DS Anwar dizalimi, sewaktu berpuluh ribu rakyat juga dizaklimi akibat menentang kezaliman Tun Mahathir ketika era reformasi. Bukan sedikit rakyat yang menderita, dipukul, dibuang kerja, ditukarkan tempat kerja, dihalang kenaikan pangkat dan berbagai lagi hanya kerana memperjuangkan seorang tokoh Melayu bekas TPM yang dizalimi. Momentum itu berterusan walaupun setelah DS Anwar dibebaskan dari penjara kerana perjuangan rakyat tidak lagi kepada batang tubuh DS Anwasr, sebaliknya perjuangan yang lebih luas untuk kepentingan rakyat jelata.

Hasil dari momentum pertama di era reformasi, berlanjutan sehingga kepada Pilihanraya Umum Ke 12 yang mana rakyat berjaya menyedarkan Umno/Bn bahawa mereka telah bertindak zalim dan tidak adil kepada rakyat. Kemenangan besar PR di dalam PRU Ke 12 bukan lagi atas faktor DS Anwar seperti di dalam PRU Ke 10. Inilah momentum yang dibawa sehingga kini dan tidak timbul persoalan momentum ini akan berkurangan selagi DS Anwar berada diarus politik tanahair. Bahkan, samada Dr Asri terima hakikat atau tidak, momentum ini pastinya lebih hebat di bawah pimpinan DS Anwar di dalam PRU Ke 13 nanti.

Jika ingin membicarakan soal momentum berkurangan atau soal tiada lagi pengaruh, orang yang paling tepat untuk dinasihatkan berundur oleh Dr Asri adalah YB Zul Kulim itu sendiri. Beliau MP Kulim yang dipilih berdasarkan parti bukan individu. Kini beliau tiada parti ibarat `roh tidak bertuan' menjadi seperti hantu berkeliaran. Di Kulim, momentum sokongan terhadap YB Zul boleh dikatakan langsung `Zero'. Beliau hanya berada di kerusi itu sekarang semata-mata atas sokongan undang-undang yang menyokongnya berada disitu. Beliau tidak lagi disokong oleh parti yang diwakilinya dahulu. Inilah orang yang sepatutnya Dr Asri nasihatkan untuk berundur dan kosongkan kerusi yang tidak berkat itu.

Usahlah Dr Asri bertungkus lumus mempertahankan apa yang beliau tulis sebelum ini. Beliau menuduh pemimpin pembangkang melenting dengan tulisannya itu. Bila masanya pemimpin pembangkang melenting? Beliau berhak menegur DS Anwar bahkan ke peringkat menasihatkan DS Anwar bersara dari politik tanpa hujah dan alasan yang kukuh, masakan ahli parti tidak boleh menegur beliau?

Jangan ingat bila kita semua menyokong tulisan atau kenyataan beliau sebelum ini, maka tulisan atau kenyataan beliau yang akan datang maka kita wajib menyokongnuya. Yang benar kita sokong dan puji, tetapi jika kenyataan yang tidak benar malah menampakkan kebodohan perlu apa kita sokong? Buat YB Zul Kulim, jika kamu setuju atau sokong kenyataan Dr Asri itu, tunggu apa lagi? Letak saja jawatan MP Kulim dengan kadar segera./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Itu la Dr Asri,mentang-mentang tidak berparti bkn bererti dia bebas membalun sesiapa shj tanpa alasan-alasan yg biasa dlm berhujah malah tidak mudah pula menerima pandangan org lain seolah-olah pendapat beliau adalah wahyu.Serangan beliau ketika PR menghadapi Bt Sapi dan Galas dpt dilihat sebagai bola lambung kepada BN dan kini Si Zul ambilkesempatan bersandar pd saranan tanpa hujah Dr asri.Dah pelbagai hujah membela DSAI dan tak perlu dititipkan di sini dan jg pelbagai penipuan BN memenangi Bt Sapi dan Galas dah dikeluarkan tetapi keputusan di situ digunakan hujah menyokong saranan beliau sedangkan saranan itu keluar sebelum pilihan raya.Juga kepada para blogger PR ,hentikanlah menulis perkara-perkara memburukkan PR terutama pemilihan timbalan prepa tidak terfikirkah ada tangan-tangan ghaib BN UMNO di belakangnya.Saya bkn kata Azmin maksum tetapi beliau antara manusia awal yg jenuh menanggung derita disebabkan membela keadilan,Biarlah momentum dr mereka yang merasa ini diteruskan kerana beliau yg memikul manakala Zaid baru skrg memandang.

    BalasPadam
  2. Melayu Kena Sokmo7 November 2010 6:26 PTG

    Tuan Wf Auzdin. Saya menyokong penuh pendapat tuan yang amat bernas ini. Besar sangatkah pengorbanan 'bidan latah' ni nak suruh orang politik yang terlalu jauh pengalaman dan survivor politiknya berbanding beliau supaya buat itu dan buat ini. Kalau yang dah biasa mengenali beliau dan biasa mendengar ceramah beliau, rasanya memang beliau ini jenis ego dan kadangkala 'hidung tinggi'. Tak percaya, tanyalah rakan-rakan yang biasa mengenali beliau semasa bersama-sama menuntut dahulu. Persoalannya kini, selagi dilayan, maka selagi dia ni menjadi-jadi dan merasakan diri begitu popular. Nak naik pentas politik rasanya tiada keberanian, tetapi selalu sangat menegur orang politik. Kalau teringin sangat kat UMNO tu, jumpa sahaja Najib dan minta selalu jawatan Menteri Agama kepada 40 orang penyamun, pasti dapat punya, janji sokong UMNO. Beliau juga begitu baik dengan Tun Mahathir katanya, pergi jahanamlah dengan pendapat hipokrit dan ego beliau itu.

    BalasPadam
  3. ulasan paling tepat... cuma hendak ke Zul Kulim lepaskan imbuhan sebagai MP sekarang? Dia berkhidmat untuk rakyat dengan kata sebenar-benarnya kah?

    BalasPadam
  4. Wan, atikel yg baik. dalam firasat saya, Dr Asri cuba mendapatkan habuan tersembunyi daripada BN. Kita lihatlah masa2 mendatang. Beranikah beliau buat perkara yg sama kepada pemimpin atasan BN? Biarkan dia, kami masih memerlukan DSAI untuk berjuang sehingga akhir hayat, teruskan dato' sri sehingga BN menjadi pembangkang.

    BalasPadam
  5. Dr Asri bersetuju dengan freedom of expression? Menjawab tulisan beliau (sama ada melenting atau tidak mengikut tafsiran beliau) adalah juga free of expression! Terimalah hakikat!
    DSI tak ambil pot pun cadangan Asri. Tak respon pun! Tapi ahli-ahli PKR ada hak free of expression membela DSI.

    Pemimpin2 dan ahli-ahli PKR macammana hubungan Asri dengan Shahidan Kassim dan Madey. Kalau tegur pemimpin UMNO berlapis, berbudi bahasa siap dengan berpantun lagi! Ingat pemimpin-pemimpin PKR bodoh sangatkah tak faham mengapa Asri buat cadangan tu menjelang PRK Galas dan Batu Sapi!

    BalasPadam
  6. MENGAPA DR ASRI TIDAK MINTA NAJIB SAJA YG UNDUR.BELIAU JG SERING MENYINDIR PASAL ROSMAH KONTROL NAJIB.NAJIB JG SUDAH TANDUS IDEA MEMBELA RAKYAT MALAH DIKERJAKAN POKET DAN TABUNG-TABUNG RAKYAT,NAJIB JG SANGGUP MEMBUKA PINTU MAKSIAT UTK MERANCAKKAN EKONOMI NEGARA.INI BUKAN HILANG MEMONTEM LG?

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini