RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 11 November 2010

GEMPAR - ZUL KULIM KOSONGKAN KERUSI DAN ZAID WAKILI DIRINYA BERTANDING DI SITU ?

LAGI sekali penyakit `gila babi' Zul Kulim menyerang. Kali ini dia meroyan cabar DS Anwar lawan Zaid bagi jawatan Presiden PKR. Sebelum kita ulas panjang, mahu tanya `firaun besar' Kulim ini berani ke dia kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan dia pilih seseorang atau letak Zaid bertanding bagi pihaknya, kita tengok apa keputusannya. Agak-agak berani ke Zul Kulim ini buat?

Jika Zul Kulim berani, itu bukan Zul Kulim namanya. Zul Kulim terkenal dengan sikap pengecutnya, beliau hanya berani terhegeh-hegeh depan TV dan media pencacai sahaja. Bila YB Khalid Samad, MP Shah Alam dari PAS cabar beliau berdebat tentang isu Kalimah Allah, `Ustaz' kaki temberang ini terus jadi bisu.

Tentang cabaran Zul Kulim kepada DS Anwar agar menentang Zaid Ibrahim sebagai Presiden PKR, itu hanya cabaran bodoh dari Zul Kulim. Jika adanya pertandingan sekali pun, sudah pasti akan timbul dakwaan dari Zaid bahawa pemilihan itu tidak adil sepertimana yang beliau dakwa sekarang apabila tertinggal jauh oleh Azmin. Itu baru Azmin, budak yang Zaid kata perlu belajar banyak lagi.

Jadi untuk lebih lojik, kita cabar Zul Kulim kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru dan letakkan Zaid sebagai `lambang' dirinya. PKR akan letakkan calon di situ dan kita lihat siapa yang menang. Berani ke Zul? Biar saya jawab dulu, mampus Zul tidak akan berani.../wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Itu yang sepatutnya Tuan. Pendapat Tuan cukup bernas. Dijamin DSAI berani menyahut cabaran itu bagi menentang Zaid kiranya si Munafik Berlebai tu sanggup kosongkan Parlimen Kulim Bandar Baru tu bagi memberi laluan kepada pertandingan tersebut. Tapi munafik macam Zul Nordin ni mana berani nak berdebat apa lagi nak tinggalkan pendapatan haramnya tu. Beranikah Zul..?

    BalasPadam
  2. bro.. teman kalau pasal Zul Kulim ni..
    dah naik muntah!!

    Apa yang keluar dari mulut dia.. semua busuk je bro!

    BalasPadam
  3. Sunsnake
    Macamana tak merapu dan nak muntah pasal tiap patah kata zulkulim...sebab makan duit elaun MP kulim tapi pengundi kulim sumpah dan tak halalkan...merapu-rapu ler dia.

    Bungulan

    BalasPadam
  4. aku cukup meloya dgn zul kulim ni.dpn tv berani la.berani kosongkan kerusi kulim badar baru tu.ko menang tu atas tiket pkr.beringat sikit.Pru 13 sap nak bagi org jenis ni.

    BalasPadam
  5. Zul tahi kucing ni memang busuk hatinya.. sebusuk2 tahi kucing. Tak sedar2 jadi MP atas tiket PKR. Kopiah atas kepala. Kalau alim sangat letaklah jawatan barulah orang respect.

    BalasPadam
  6. aku stuju sgt..mmg naik meluat giler zul sial nie..mcm bgus,kopiah jer atas kpala,prasan bgus...

    BalasPadam
  7. Ngko nak kutuk zulkulim sempat jgk kau kutuk zaid sekali. Kau kutuk zulkulim mmg aku sokong tapi yg tak pasal2 kau kutuk zaid tu apasal pulak? Mcm mana kau benci zaid mcm tu jgk aku benci azmin. Perangai kau dah sama dgn awang selamat dah.

    BalasPadam