RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 9 Jun 2011

ZUL KULIM MEREPEK LAGI....


Oleh: WFAUZDIN NS

ADA orang marah bila aku menulis atau mengulas isu yang dibangkitkan oleh Zul Kulim yang sinonim dengan nama firaun besar ini. Tetapi bagi aku, selagi Zul Kulim ini boleh tunjuk sikap kurang ajar atau loyar buruk kalau pun tidak bodoh, aku juga mahu bersaing dengannya.

Seorang rakan telah mengulas juga tentang isu Zul Kulim yang menjadi MP Kulim Bandar Baru atas tiket PKR itu. Baca saja di sini. Jenis muka yang tidak tahu malu seperti Zul Kulim ini memang layak digelar `bangsat politik'. `Kebangsatan' beliau semakin menjadi apabila PAS berjaya adakan Muktamarnya tanpa berlaku sebarang kekecohan, dan bertambah gila Zul Kulim memikirkan bagaimana abang Mat Sabu boleh menjadi Timbalan Presiden PAS.

Mungkin terfikir di kepala otak Zul Kulim ini betapa selama beliau berada di dalam PAS dulu, beliau yang sentiasa berkopiah dan berlagak ustaz ini tidak pun mempunyai keupayaan seperti Mat Sabu. Usahkan mahu bertanding jawatan seperti Mat Sabu, untuk menjadi calon pilihanraya pun tak pandang, sedangkan beliau mungkin perasan beliau lebih `ustaz' dari Mat Sabu.

Baru-baru ini hujah Zul Kulim bahawa PAS kini dijangkiti oleh `Anwarisme'. Kununnya bila golongan Ulamak tidak berada di jawatan Timbalan Presiden PAS dan juga Naib Presiden, maka itu bukti PAS ada `Anwarisme'. Itulah standard Zul Kulim di dalam politik. Kepala otak Linkbeliau sentiasa memikirkan nama `Anwar...Anwar dan Anwar'. Katakan lah jika Us Tuan Ibrahim Tuan Man atau Us Nasha yang menang, Zul Kulim ini tetap akan sebut nama `Anwar' juga, beliau akan berkata, "Lihat, Ahli-ahli PAS memilih golongan Ulamak dan pengaruh Anwar tiada di dalam PAS". Apa kena mengena Anwar dengan PAS?

Jika dahulu Us Nasha menang, PAS tetap bersama PR. Jadi, hujah Zul Kulim yang pandai-pandai mengandaikan orang itu orang ini geng Anwar adalah hujah dari kepala otak yang busuk hati. Beliau akan tahu nasibnya selepas PRU akan datang. Zul Kulim kita campakkan ke lubang `dubur Saiful atau Eskay' bintang pujaan beliau sekarang./wfauzdin.blogspot.com

PAS SATU-SATUNYA PARTI POLITIK SOSIALIS YANG MEMPUNYAI MAJLIS SYURA ULAMAK?

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini seorang Penganalisa Politik, Datuk Dr Zainal Kling membuat kenyataan di dalam akhbar Sinar bahawa PAS kini menuju ke arah parti sosialis. Saya tidak tahu selama ini apa yang dianalisa oleh Penganalisa Politik yang pro Umno tersebut berkaitan dengan PAS dan adakah beliau faham dengan dasar PAS semenjak ia ditubuhkan.

Kenyataan beliau itu tidak lebih daripada untuk membantu Umno di dalam menjalankan propaganda terhadap PAS yang kini semakin mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan agama. Apa buktinya PAS menuju ke arah sosialis dan bukti menunjukkan PAS telah mengubah dasarnya? Adakah kerana kemenangan Mat Sabu yang bukan dari golongan Ulamak menjadikan PAS sebagai sosialis? Mat Sabu seorang sosialiskah?

Mengapa Dr Zainal Klin ini tidak mengulas tentang Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak yang masih dikekalkan di dalam PAS sebagai badan yang mempunyai kuasa tertinggi melebihi Presiden dan Mursyidul Am PAS sendiri? Cuba sebutkan di mana contoh sebuah negara sosialis atau parti sosialis yang mempunyai Majlis Syura atau Dewan Ulamak?

Beliau selanjutnya menyebut bahawa PAS telah berubah daripada ingin membentuk Negara Islam kepada sebuah Negara Berkebajikan. Mengapa terlalu cetek pemahaman Dr Zainal Kling di dalam hal ini? Adakah sebuah Negara Islam itu tidak menitikberatkan kebajikan? Apa ertinya negara yang hanya menjadikan kebajikan sebagai slogan atau retorik seperti Umno yang juga mempunyai Kementerian Kebajikan, Rumah Kebajikan termasuk loteri kebajikan? PAS meletakkan harapan untuk mewujudkan Negara Berkebajikan berpaksikan kepada Islam bukan mencontohi seperti apa yang Umno telah lakukan selama ini.

Sekiranya PAS menyebut Negara Islam sekali pun, asasnya adalah juga kebajikan dan keadilan sejagat. Umno sering mendakwa negara ini adalah Negara Islam, tetapi apa yang telah mereka lakukan banyak yang menyimpang dari Islam. Ini bukti menunjukkan mempopularkan nama Negara Islam tidak membawa apa-apa erti tanpa penghayatan sebenar. Islam hanya digunakan oleh Umno hanya untuk meneruskan kuasa mereka menindas rakyat.

Konsep Negara Berkebajikan lebih mudah difahami oleh semua termasuk yang bukan Islam. Mereka akan mengetahui betapa Islam itu bukan hanya memperjuangkan hukum Hudud semata-mata. Hukum Hudud juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya negara ini rakyatnya susah dan miskin akibat kebajikan rakyat tidak terbela. Justeru itu, pengutamaannya adalah melaksanakan kewajipan untuk membentuk negara yang adil dan berkebajikan terhadap rakyatnya./wfauzdin.blogspot.com

IBU PEJABAT PKR DILELONG HARI INI, SAAT PALING BAIK UNTUK NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA


Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini, bermulalah lelongan terhadap Ibu Pejabat PKR di Tropicana, PJ. Satu cabaran buat PKR disaat kita menanti Najib mengumumkan bila tarikh Pilihanraya Umum. Jika Najib cerdik, inilah saat yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Umum kerana maklumlah PKR sudah tidak mempunyai Ibu Pejabat, maka tentunya pengurusan dan gerak kerja parti terjejas.

Tetapi Najib bukan manusia yang berani jauh sekali dari bijak. Ketakutannya terhadap bayang-bayang DS Anwar mengatasi kebijaksanaan dan percaturan politiknya. Sebab itu, memikirkan tarikh pilihanraya umum satu mimpi ngeri buat beliau. Berbalik kepada soal Ibu Pejabat PKR, saya yakin pimpinan PKR telah mempunyai alternatif lain seandainya berlaku perkara di luar jangkaan. Cadangan PKR untuk membida bangunan tersebut amat baik, tetapi kita percaya ada pihak lain yang akan berusaha agar PKR kehilangan Ibu Pejabat tersebut. Mereka ada banyak wang, tiada masalah untuk mereka membida dengan harga yang PKR sendiri tidak mampu mengatasinya.

Alangkah baiknya, Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh PR melakukan sesuatu agar PKR dapat memiliki Ibu Pejabat sendiri. PKR boleh membeli tanah di Selangor atau membeli mana-mana bangunan yang bersesuaian di Selangor untuk dijadikan Ibu Pejabat. Kita bukan minta tanah atau bangunan secara percuma walaupun kita memerintah di selangor, tetapi tentu ada inisiatif dari PKR dan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini.

Mungkin ada hikmahnya dugaan yang dihadapi oleh PKR ini. Kehilangan Ibu Pejabat di Tropicana mungkin akan diganti dengan Putrajaya selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Tidak mustahil, bukan?/wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 8 Jun 2011

ASTRO NAIKKAN HARGA, PUNCANYA ADALAH KERAJAAN JUGA


Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK sungguh rasanya, masih ada segelintir rakyat terutamanya orang Melayu yang memandang Kerajaan Bn terlalu bijak memerintah. Walaupun rakyat semakin dihimpit kesusahan dengan kenaikan harga minyak, barang dan letrik namun masih ramai yang merasakan memang wajar rakyat menanggung semua bebanan itu kununnya itu kenaikan global. Seluruh dunia begitu.

Terbaru, Astro yang bukan hak kerajaan pun mengikut langkah kerajaan menyusahkan pelanggan mereka. Semalam, Astro mengumum untuk menaikkan harga pakej perkhimatannya nya sehingga RM15, berkuatkuasa 15 Julai ini atas alasan tidak mampu menyerap kenaikan kos. Sebab apa Astro tidak mampu tanggung kos? Sebab harga minyak naik? Letrik naik dan barang-barang juga semakin naik? Siapa yang menaikkan itu semua?

Inilah kesannya bila semuanya naik harga, kununnya bil letrik dinaikkan hanya kepada mereka yang kurang dari jumlah penggunaannya lebih kurang RM77 sebulan. Tidakkah otak kita boleh berfikir, bagi kilang-kilang atau industri dan juga kedai-kedai makan serta pasaraya, adakah bil letrik mereka di bawah jumlah tersebut? Jika mereka terpaksa menanggung kos letrik yang tinggi, maka terpaksa mereka naikkan harga barang atau produksi syarikat mereka. Kemudiannya, kos pengangkutan lori yang membawa barang juga tiada lagi subsidi, mereka terpaksa membeli minyak dengan harga yang tinggi. Adakah harga barang semakin rendah akibat semua ini?

Tidak pelik jika Astro pun turut menaikkan harga langganan mereka disebabkan faktor utamanya kerana kerajaan sendiri tidak bertanggungjawab. Kesan atau yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri samada mereka orang kuat Umno/Bn atau Pembangkang, di felda atau luar felda, di kampung atau di pekan termasuk yang tidak berparti. Tokeh Astro semakin kaya raya, tokeh TNB pun semakin tidor lena, tetapi rakyat?

Tiada jalan lain, kita terpaksa turunkan kerajaan yang menyiksa rakyat sepanjang masa. Jika sudah harga minyak dibuat `penyelarasan', harga gula dikatakan `pengurangan subsidi', harga letrik pun begitu dengan berbagai istilah lagi, mahu tidak mahu rakyat terpaksa bertindak jika kita tidak mahu terus menjadi hamba sepanjang masa./wfauzdin.blogspot.com

UMNO TIDAK PERNAH BERUBAH, PAS WAJIB JAUHI UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini akhbar Sinar menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menasihatkas PAS agar `jangan sandarkan pada kenangan' jika mahu perpaduan PAS - Umno terjalin. Satu kenyataan dari tokoh kanan Umno yang membuktikan bahawa Umno tidak akan berputus asa untuk mendapatkan sokongan PAS agar dapat melambatkan `kereputan' parti sekular tersebut.

Sekali imbas dibaca, terlalu hebat Umno ini dengan kepekaannya terhadap perpaduan umat. Memang benar, untuk kita berbaik tidak perlu kita mengungkit kisah silam. Tetapi PAS masih enggan menerima Umno sebagai teman berkongsi politik (jika dulu, istilahnya Kerajaan Perpaduan) bukan kerana kisah lampau Umno. Itu hanya satu faktor untuk PAS lakukan muhasabah jika ingin berbaik dengan Umno.



Kenyataan Ahmad Maslan itu jelas membuktikan bahawa Umno sememangnya mengaku khianat kepada PAS, cuma beliau berkata pemimpin di waktu itu kini tiada lagi di dalam Umno, kecuali Ku Li di Gua Musang. Kini, Umno dipimpin oleh pemimpin baru, katanya. Maka, PAS perlu buang kenangan lampau, tambahnya.

Saya ingin bertanya kepada Umno, benarkah Umno sudah berubah sekarang atau lebih teruk lagi? Umno perlu menjawab perkara-perkara berikut sebelum ingin berangan mendekati PAS;

1. Ketika dahulu, Umno bertanggungjawab merampas royalti minyak daripada Kerajaan Negeri Terengganu sebaik sahaja PAS memerintah Terengganu. Adakah hak royalti itu dipulangkan semula kepada yang berhak seperti Terengganu dan Kelantan? Bukankah kedua-dua negeri ini negeri Melayu yang hampir 100 peratus berugama Islam?

2. Sejak dari dulu lagi PAS menentang keras akta zalim Akta ISA di mana ramai pemimpin Pembangkang teraniaya di bawah akta zalim ini. Adakah Akta ISA itu telah dibuang setelah Umno kununnya berubah wajah? Pembangkang tidak setuju akta tersebut dipinda, sebaliknya PAS sebagai sebuah parti Islam mahu akta zalim itu dihapuskan. Adakah memakan daging babi itu haram maka kita boleh mengambil tulangnya sahaja untuk dibuat sup?

3. Umno dahulu jika jahat pun hanya sekitar lakukan rasuah politik kecil-kecilan, melakukan fitnah memburukkan peribadi seseorang, kroni dan sebagainya. Kini, budaya rasuah semakin dipertingkatkan dengan pemimpin rasuah dilantik memegang jawatan eksekutif dan ketua kepada golongan muda. Mungkin Ali Rustam, Isa Samad atau KJ boleh menjawab benar atau tidak perkara ini. Itu belum dicerita tentang komisyen kapal selam lagi, kehilangan injin pesawat, Altantuya, kematian di bangunan SPRM dan tidak tertulis rasanya kemungkaran pimpinan mereka hari ini. Adakah itu pertanda Umno sudah berubah?

4. Sebagai saebuah parti yang memperjuangkan Islam, sudah tentu PAS amat sensitif apabila isu video seks sekarang ini menjadio mainan di kaca TV dan akhbar. Budaya fitnah berat, kemudiannya `menghalalkan' pula sumpah laknat kununnya untuk menunjukkan kebenaran samasekali membuktikan Umno bukan jenis yang boleh didekati. Jika Anwar seorang pemimpin yang ternama yang pernah berada di kerusi nombor dua Umno pun mereka sanggup fitnah dan dihina sedemikian rupa, apa sangatlah dengan PAS ini.

5. Pemimpin Umno pernah mendakwa PAS parti ajaran sesat, Mursyidul Am Pas melakukan rasuah tunaikan haji danb berbagai-bagai tuduhan lagi yang tidak pernah putus sehingga sekarang. Terbaru, dituduhnya Presiden PAS gila mahu menjadi PM. Ini kah cara atau pendekatan orang yang ingin berbaik? Berubahkah Umno?

Sebenarnya tidak cukup ruang untuk menceritakan kisah Umno, dulu, kini dan kisah ini akan berterusan selamanya selagi Umno menolak Islam. Asas penting PAS menolak Umno bukan kerana dendam lama, tetapi kerana Umno tidak pernah berubah dan menolak Islam, itu sahaja. Apabila kita menyebut pasal Islam, maka juak-juak ini akan berhujah adakah DAP terima Islam dan mengapa PAS ingin bersama DAP?

Soalan itu patutnya Umno sendiri yang jawab. Adakah jika kita ingin berpuasa, kita perlu lihat samada DAP berpuasa atau tidak terlebih dahulu. Tetapi jika Umno meletakkan taraf iman dan taqwanya `setaraf' DAP, maka tunggulah masanya waktu Umno untuk di`talqin'kan./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 7 Jun 2011

HISHAMUDDIN SIBUK FIKIR PASAL PERHIMPUNAN BERSIH, KES TAYANG VIDEO SEKS BAGAIMANA?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri berkata tiada layanan istimewa buat Perhimpunan Bersih yang dijadualkan pada 09 Jul nanti, kita menjadi terpinga-pinga dengan kenyataan seperti orang tidak siuman itu. Semenjak bila perhimpunan atau demontrasi anjuran PR mendapat layanan istimewa?

Kita mahu berhimpun bukan menuntut layanan istimewa pun dan jika tiada layanan istimewa sekalipun adakah PR akan membatalkan perhimpunan tersebut? Puak yang selalu mendapat layanan istimewa itu siapa? Pertanyaan ini boleh dikemukakan kepada Pemuda Umno ataupun kumpulan songkok tinggi dari Perkasa. Oleh itu, kenyataan Hishamuddin sedikit pun tidak menghairankan, kecuali kita mungkin jatuh pengsan jika beliau berkata pihak Polis akan mengawal perhimpunan tersebut.

Adakah kata-kata Hishamuddin yang `lemah lembut' itu boleh memberi kesan kepada kumpulan reformasi, kumpulan SAMM, AMK, Pemuda PAS, DAP dan lebih-lebih lagi kepada abang Mat Sabu yang baru memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS itu? Kali ini jika Perkasa mahu turut serta samada secara bersama atau berasingan di dalam perhimpunan ini kita alu-alukan agar mereka juga boleh merasa `nikmat' pancutan Water Canon yang selama ini mereka tidak pernah rasai.

Kesimpulannya, Hishamuddin banyak buang masa mengulas tentang perhimpunan ini. Daripada beliau sibuk memikirkan itu semua, lebih baik beliau selesaikan dulu `penyangak' yang mengaku menayangkan video seks itu, sudah didakwa atau belum?/wfauzdin.blogspot.com

PRESIDEN PAS PERNAH KAFIRKAN UMNO - ZUL LEMBU DARI KULIM

Oleh: WFAUZDIN NS

BULETIN Utama TV3 malam tadi di penghujung siarannya sempat lagi menemubual Zul Kulim dan seorang lagi bekas orang kanan di dalam PKR yang menjadi `katak berkerusi roda' iaitu Dr Chandra. Mengulas tentang pemilihan pimpinan PAS, tetapi tetap mahu dikaitkan dengan DS Anwar kerana memang itulah musuh mereka yang sebenar.

Zul Kulim yang bakal dikuburkan selepas PRU akan datang nanti mengulas betapa PAS telah menjual prinsipnya. Tanpa rasa berdosa dan malu, Zul Kulim secara terang-terangan menuduh Presiden PAS pernah mengkafirkan Umno. Semua tahu, Zul Kulim dahulunya ahli PAS juga dan sewaktu itu PAS telah lama dituduh suka mengkafirkan Umno, tetapi Zul Kulim tetap memilih PAS. Masakan Zul Kulim tidak tahu semenjak bila PAS dituduh mengkafirkan Umno dan ketika itu beliau bermati-matian mempertahankan PAS.

Akhirnya Zul Kulim `terpecat' dengan sendirinya dari PAS setelah beliau menjadi calon PKR atas ihsan musuh ketatnya sekarang iaitu DS Anwar. Jika tidak kerana DS Anwar memilih beliau sebagai calon, sampai kiamat PAS tidak akan calonkan beliau kerana pemimpin PAS sudah lama tahu `auta' Zul Kulim ini. Kemenangan beliau adalah kerana pengundi-pengundi mahu calon dari Pembangkang dan dengan sebab itu PKR yang diwakilinya menang. Tetapi, Allah mahu tunjukkan kepada kita siapa Zul Kulim ini, maka PKR terpaksa `sepak' Zul Kulim keluar dari parti atas sebab disiplin dan egonya.

Di dalam TV 3 malam tadi, Zul Kulim mendakwa PAS kini diresapi oleh `Anwarisme' atau `fahaman Anwar'. Zul Kulim guna hujah bodoh dia dengan menyebut PAS tidak lagi berminat dengan Negara Islam tetapi mahu melaksanakan Negara Berkebajikan. Sebagai seorang peguam walaupun mungkin sebagai tukang bawa fail keluar masuk mahkamah, Zul Kulim sepatutnya tahu apakah dasar PAS. Ibarat menuju ke satu lokasi, jika kita merasa sukar atau jauh mungkin juga terlalui banyak halangan, kita boleh bertukar arah perjalanan yang lebih baik dan selamat asalkan tidak mengubah lokasi tujuan kita.

Tujuan PAS adalah untuk laksanakan Islam. Bagaimana untuk ke arah itu? Di sinilah pemimpin perlu bijak memilih jalan yang ingin dilalui menuju ke lokasi (matlamat) tersebut. Mungkin tahun ini dicuba jalan yang lain, jika gagal tahun depan kita mencuba pendekatan atau jalan yang lain, tetapi matlamat tetap sama. Dakwaan Zul Kulim bahawa PAS telah mengubah dasarnya adalah satu kenyataan yang terlalu dungu dari seorang peguam yang dahulunya pernah berada bersama PAS. Adakah Muktamar PAS baru-baru ini meluluskan sebarang pindaan atau mengubah dasar parti tersebut? Zul Kulim cuba untuk memperbodohkan orang ramai dengan hujah yang bodoh, maka yang akan percaya hanya yang bodoh sahaja.

Dr Chandra pula tidak kurang perangai busuk hatinya terhadap PAS. Beliau dulu berada di dalam Parti Keadilan di kerusi nombor dua sebagai Timbalan Presiden, sebenarnya tidak diminati oleh ahli-ahli Keadilan sendiri. Seorang yang lembab, tidak berkarisma dan berpengaruh pun, tetapi oleh kerana ketika itu beliau adalah seorang Akademik yang ada nama sedikit dan ditonjolkan oleh DS Anwar (ketika itu dipenjara) dan Wan Azizah, ahli-ahli terima jua seadanya. Apa kehebatan beliau yang boleh dibanggakan ketika itu? Tiada langsung, bahkan Wan Azizah walaupun seorang wanita dilihat lebih bekerja kuat untuk parti ketika itu.

Kini, beliau di pihak sana dan seperti lazimnya bila berada di pihak itu maka yang cerdik sehebat profesor pun akan menjadi bodoh. Semua hujah dan pandangan menampakkan kebodohan belaka. Dr Chandra juga seperti Zul Kulim yang mendakwa PAS juga turut mengubah dasarnya demi untuk berkuasa.

Sebab itu lah saya katakan, hujah yang tidak berpijak di bumi nyata dan kelihatan amat bodoh sekali sering keluar dari tokoh yang dahulunya bijak tetapi menjadi bengap bila berada di sebelah sana. Mengapa terjadi begitu kalau tidak kerana memikirkan perut?/wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 6 Jun 2011

JAMIL KHIR SEMAKIN KUAT `MENGIPAS'

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR nampaknya kurang senang apabila ada perwakilan dan pemimpin PAS yang bercakap tentang `Syaitan bisu' apabila mereka merujuk kepada segelintir ahli ugama di dalam Umno yang `membisu' melihat kemungkaran di depan mata. Hujah paling bijak dari Menteri yang menjaga ugama di dalam Umno ini adalah sekadar menyebut, " Bagi saya, saya melihat (mereka) tak jadi syaitan (bisu)... Itu hak Allah (untuk menghukum)," (Malaysiakini).

Jika begitulah hujah seorang ilmuan Islam, maka apa akan jadi dengan umat Islam? Bukankah perangai `Syaitan Bisu' ini ada digambarkan di dalam Al-Quran yang menggelar mereka sebagai `Ulamak As-su' (ulamak jahat)? Satu dunia tahu bahawa media kita telah mensensasikan video seks beserta gambar-gambar yang penuh mengaibkan dengan memberi bayangan kepada seseorang untuk melakukan fitnah jahat, adakah ini boleh didiamkan sahaja oleh mereka yang berilmu dan dianggap Ulamak?

Jika mereka tidak mahu memuji atau menyokong mana-mana tokoh pembangkang sekali pun, wajarkah tokoh itu diaibkan sedemikian rupa tanpa dapat membuktikan sebagaimana yang diajar oleh Islam? Jamil Khir orang yang berpendidikan agama dan beliau adalah bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), walaupun beliau gagal memartabatkan Islam di dalam kehidupan dan kerjaya tentera, beliau tidak perlu menjadi pencacai agama yang murahan di dalam Umno. Di dalam Umno, golongan agama tidak akan ke mana.

Cuba sebut siapa tokoh agama yang berjaya naik di dalam Umno? DS Anwar dahulu walaupun bukan Ulamak, tetapi berjiwa Islam semenjak dari ABIM lagi hanya berjaya ke peringkat nombor dua di dalam Umno dan Kerajaan. Itu pun Umno `sembelih' tokoh ini dan sehingga kini dendam kesumat tidak berkesudahan. Siapa lagi selepas Anwar? Di mana bekas Imam Besar Masjid Negara, Firdaus? Setakat mana hebatnya Hamid Othman, Hamid Zainal Abidin, Yusof Nor, Mashitah dan bekas Naib Presiden PAS iaitu Us Nakhaie Ahmad? Setakat tukang baca doa makan dan Imam Tahlil atau doa selamat semasa perhimpunan Umno sahajakah?

Di mana yang bunyinya dulu hebat `40 Ulamak Muda' itu? Tiada seorang pun yang berani menegur dan membantah keras kelakuan media yang dikuasai oleh Umno itu untuk melakukan kemungkaran. Hanya seorang yang berani mengulas tentang isu video seks yang kini semakin dijaja ke merata kampung sehingga ke pintu masjid, itu pun sekadar mengulas tanpa ada tindakan tegas atau membantah keras pemimpin Umno.

Umno berkali-kali menyebut tidak terlibat di dalam video seks berkenaan. Kita mahu percaya atau tidak, terpulang kepada kita setelah kita melihat betapa media-media yang mereka kuasai terus menayangkan sedutan atau babak lucah berkenaan. Kita juga boleh berfikir dengan waras mengapa sehingga kini Trio Datuk `T' masih bebas tanpa didakwa atas kesalahan menayang video lucah walaupun mereka telah mengaku melakukannya. Umno boleh melepaskan tanggungjawabkah apabila semakin meluas kegiatan pengedaran video seks ini? Bukankah Umno tunjang kerajaan dan pihak berkuasa di bawah kerajaannya?

Buat Jamil Khir, cukup-cukuplah jika ingin membodek pemimpin. Jawatan Senator tanpa perlu bertanding dan dipilih oileh rakyat itu sudah memadai buat beliau. Tidak guna beliau mengipas kuat pemimpin Umno kerana di dalam wadah Umno, golongan agama tidak diperlukan. Sejarah ada bukti kesemuanya./wfauzdin.blogspot.com

PAS PERLU BERHATI-HATI DENGAN RAJA PETRA

Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN bahawa Raja Petra Kamarudin (RPK) seorang yang penuh kontroversi dan `misteri' itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PAS. Ini satu berita baik buat kita semua kerana semua tahu akan keberanian RPK di dalam mendedahkan beberapa isu dan skandal di dalam negara ini.

Di sebalik kita bergembira dengan perkhabaran itu, kita jangan lupa bahawa masih ada musuh yang sedang memasang berbagai strategi untuk memusnahkan kita semua. PKR khususnya DS Anwar pernah dikejutkan dengan kenyataan RPK melalui wawancara beliau di TV 3 berkaitan isu melibatkan Altantuya dan Najib. Sehingga ke hari ini ramai yang tertanya mengapa begitu mudah TV 3 dapat menemubual RPK sedangkan pihak Polis begitu lama mencari RPK atas beberapa kes tetapi tidak dapat menemuinya. Lebih lagi orang bertanya mengapa RPK juga begitu mudah mempercayai TV 3 untuk menemubualnya sedangkan satu dunia tahu perangai TV 3 terhadap Pembangkang lebih-lebih lagi DS Anwar.

Sehubungan itu, ada sebab dan munasabah jika kita peringatkan PAS agar berhati-hati jika ingin menggunakan RPK sebagai `jentera' atau `peluru' kita untuk menghadapi Umno/Bn. Memang kita mesti bersangka baik dengan sesiapa sahaja kerana itu yang Allah ajarkan kepada kita, tetapi Allah juga mengajar kita agar lebih berhati-hati dan bijaksana ketika berada di medan. Kita sekarang sedang menuju ke medan Pilihanraya Umum dan pada ketika ini kita tahu musuh kita di dalam keadaan `sakit tenat', namun kita jangan alpa barang sedikitpun. Mereka akan terus berusaha untuk `membunuh' kita, jika tidak berupaya menghancurkan kita dari luar mereka akan mengirim wakil untuk menghancurkan kita dari dalam.

Mudah-mudahan Allah pelihara jamaah kita agar musuh tidak menembusi benteng kita. Jangan terlalu ghairah melihat kelemahan musuh kita kerana mereka sanggup lakukan apa saja untuk mempertahankan Putrajaya seperti yang pernah Najib ikrarkan. /wfauzdin.blogspot.com

VIDEO - UMNO TIDAK LENA TIDOR KERANA MAT SABU, KATA NIK AZIZ

Ahad, 5 Jun 2011

ULAS KEMENANGAN MAT SABU - PERKASA HURU HARA BUAT KENYATAAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG hebat sungguh penangan Mat Sabu sehinggakan puak pencacai pun naik `gila' dibuatnya di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu tersebut, kenyataan puak-puak pencacai ini bercanggah di antara satu sama lain dek kerana terlalu ghairah untuk memburukkan PAS.

Apa kata raja katak Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa? " Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan dan dicerminkan oleh pengaruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. “Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi" (sumber).

Itu kata Ibrahim al kataki, rengkasnya raja katak mengatakan bahawa Mat Sabu adalah pilihan Tuan Guru Nik Aziz dan Mursyidul Am Pas itu pula mengikut kata Anwar. Agaknya keputusan Tuan Guru Nik Aziz `memberi hadiah' kerusi Parlimen Pasir Mas kepada beliau itu pun dek kerana Anwar yang suruh jika mengikut lojik raja katak tersebut. Lihat betapa cerdiknya Ibrahim Ali di dalam memberi komen. Memang wajar Umporno tidak menawarkannya menjadi ahli parti tersebut kerana beliau terlalu bijak.

Apa pula kata Pak Syed, Setiausaha Agung Perkasa? Beliau berkata kemenangan Mat Sabu pasti mengecewakan Tuan Guru Nik Aziz, Hj Hadi, puak `erdogan' dan Ulamak di dalam PAS. Ertinya, Mat Sabu bukan dari golongan di atas. Habis tu, Mat Sabu di pihak mana? Mat Sabu tidak menyokong Anwar, tambahnya. Kenyataan Pak Syed ini bercanggah pula dengan raja katak Ibrahim Ali. Mana satu yang betul? Sahih, kedua-duanya dari Perkasa itu tidak betul belaka kerana semenjak bila Perkasa itu betul? Bukankah Perkasa selalu temberang?

Nampaknya kali ini Perkasa terlalu ambil berat dengan PAS. Mengapa? Mungkin kerana ingin tumpang publisiti murahan kerana sesiapa sahaja yang mampu memburukkan PAS dan pemimpinnya pasti akan dapat publisiti percuma. Sebelum ini raja katak dapat publisiti percuma apabila `menawarkan' diri untuk berjihad `Perang Salib'. Orang Islam dahulukala sebut `Perang Sabil, atau Fi-Sabilillah', raja katak sebut `Perang Salib' iaitu istilah yang digunakan oleh puak Kristian dahulu. Mahu guna istilah pun tidak tahu, ada hati mahu komen tentang parti lain.

Saya nasihatkan kepada raja katak ini, jika mahu sangat `berjihad', paling senang adalah letak jawatan dari kerusi Parlimen Pasir Mas kerana majoriti pengundi-pengundi yang mengundi beliau dulu tidak redha lagi raja katak menenggek di situ. Jika mahu lepaskan kerusi itu pun raja katak tidak berani, usah bicara pasal `mati syahid' atau `berjihad'. Buat malu saja.

Memang bercelaru puak pencacai itu sekarang kerana hajat mereka tidak kesampaian. Perkasa pula semakin dijauhi orang dari kaum Melayu, lebih-lebih lagi kaum bukan Melayu. Di dalam PRU ke 13 nanti, raja katak akan sedar dari mimpinya di bawah tempurung. Ketika itu jangan sampai `mati katak' di Pasir Mas pula./wfauzdin.blogspot.com