RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 23 November 2019

MENGAPA REFORMIS BERKUMPUL SEKALI LAGI ?


Saya masih ingat, pada bulan Februari 2017 kumpulan reformis telah mengadakan konvensyen mereka di IDCC Shah Alam bagi menuntut pembebasan DS Anwar Ibrahim. Konvensyen julung kalinya diadakan itu tanpa diduga turut dihadiri oleh Tun M yang dilihat begitu berani untuk berhadapan dengan penyokong tegar DS Anwar.

Meskipun saya insan kerdil yang bukan dari kumpulan aktivis reformasi jauh sekali digelar Otai Reformasi, saya turut hadir ke konvensyen tersebut untuk memberian sokongan padu kepada para penyokong tegar DS Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di penjara Sg Buloh. Pada awalnya sedikit membimbangkan apabila ketibaan Tun M ke dewan itu seolah-olah tidak dialu-alukan oleh kumpulan penyokong tegar DS Anwar yang memenuhi dewan IDCC Shah Alam kerana kita pun tahu mengapa berlakunya sedemikian. Mereka tidak patut dipersalahkan kerana kehadiran Tun M pada hari itu ibarat ' luka lama berdarah kembali".

Walau bagaimanapun, para reformis masih memiliki jiwa yang bersih dan adab kesopanan yang diajar oleh tokoh reformasi DS Anwar Ibrahim. Akhirnya, mereka menyedari bahawa kehadiran Tun M ke situ adalah juga untuk membantu mereka menjatuhkan rejim zalim Umno/Bn. Kunci utama untuk membebaskan Anwar dari penjara adalah mesti jatuhkan rejim Umno/Bn terlebih dahulu. Apakah salah jika Tun M hadir untuk memberikan 'peluru' kepada kita? Apakah di kala usia Tun M yang sudah lanjut itu kita tidak memberikan ruang untuknya menebus kesilapan lampaunya? Tun M telah diberikan penghormatan untuk berucap dan saya masih ingat kata-kata Tun M pada hari itu, " Jeritan reformasi dan laungan bebaskan Anwar tidak bermakna sekiranya Umno/Bn tidak ditumbangkan".

Alhamdulillah, rejim kleptokrasi Umno/Bn telah pun tumbang pada 09 Mei 2018. Tun M telah diangkat sebagai PM sepertimana perjanjian di dalam PH. Saya tahu, para reformis terlalu berat untuk menerima Tun M sebagai PM, tetapi mereka masih meletakkan keyakinan dan prasangka baik bahawa Tun M sekarang bukan Tun M di kala tahun 1998. Mereka tahu tidak masuk akal insan yang berada di dalam penjara ketika Umno/Bn tumbang diangkat terus untuk menjadi PM. Maka, prasangka baik "husnu Zon" mengatasi segala-galanya. Para reformis berkorban demi Anwar Ibrahim.

Ahad ini (24 Nov 2019) di IDCC Shah Alam bakal menyaksikan para reformis tanahair berhimpun sekali lagi. Tidak seperti kali pertama dahulu, kali ini mereka berhimpun di saat kerajaan sekarang adalah kerajaan PH dan Anwar Ibrahim kini telah menjadi Ahli Parlimen. Mengapa perlunya berhimpun? Ya, bagi para reformis adalah reformasi sebenar kuncinya ada pada DS Anwar Ibrahim bakal PM ke 8. Tokoh yang tidak pernah merasai keperitan dan kepayahan reformasi jalanan tidak akan berjaya untuk mewujudkan reformasi tulen. Bahkan, ada tokoh yang dulunya lantang menjerit reformasi dan menggertak mahu merobohkan tembok penjara untuk membebaskan Anwar, tetapi apabila diuji dengan pangkat, jawatan dan kedudukan, tokoh-tokoh ini lupa kepada agenda reformasi dan paling dahsyat sekali sanggup menghina DS Anwar Ibrahim.

Maka, konvensyen reformis ini wajib diadakan juga kerana tidak semua orang ingat kepada agenda reformasi. Para reformis ingin mengingatkan mereka bahawa pejuang reformasi tidak lapar kepada jawatan dan kedudukan, mereka cuma mahu agenda reformasi itu direalisasikan segera dan Anwar patut diberikan peluang segera untuk membuka kunci reformasi yang didambakan itu. Sekiranya para reformis sebelum ini sanggup berkorban dan memberikan keyakinan kepada Tun M untuk memimpin negara setelah Umno/Bn ditumbangkan, sudah tiba masanya Tun M pula berkorban dan memberikan kepercayaan kepada tokoh reformasi, DS Anwar Ibrahim. Itu sahaja yang dituntut oleh pejuang-pejuang reformasi, bukannya jawatan mahupun kontrak.

Ayuh para pejuang reformasi !! Di saat Anwar diserang dari luar dan dalam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi benteng mempertahankan anak cheruk To' Kun ini. Marilah kita beramai-ramai memenuhi dewan IDCC Shah Alam bagi menyatakan sokongan padu kita kepada DS Anwar Ibrahim. Persetankan para pengkhianat yang telah buncit perut memakan laba hasil darah dan keringat DS Anwar Ibrahim.

Kita bertemu di Shah Alam. Lawan Tetap Lawan !!

Khamis, 21 November 2019

KEKAL TENANG YANG TIDAK LAGI BERTENANG - SIAPA DIA?

Padah bersikap kurang ajar dengan orang yang angkat dia. Jiwa sudah tidak tenteram sehinggakan setahun tidak hadir mesyuarat parti kerana tidak mampu berdepan dan bertentang mata dengan insan yang mendidik dan mengangkat dirinya hingga ke tahap ini.

Mesyuarat dengan parti tiada masa, retreat bersama parti pun tidak berkesempatan. Tetapi banyak masa untuk bertemu dengan pemimpin2 Umno, tidak cukup siang, bertemu malam di rumahnya sehinggakan diberi jamu makan. Alasannya bincang pasal projek. Eh, projek untuk wakil rakyat Umno ke? Bagaimana dengan kos sara hidup rakyat yang lain?

Sampai bila mahu menipu? Dia kata, saya bertemu dengan semua orang tidak kira siapa. Sesiapa yang mahu bertemu dengan saya, saya sebagai menteri kerajaan sentiasa terbuka, katanya. Ewaah....betul ke mereka mahu bertemu kamu untuk mengadu masalah atau kamu yang memanggil mereka untuk mengadu masalah semburit? Kalau kebetulan mereka yang mahu bertemu kamu untuk bincang masalah rakyat, kenapa tidak bertemu di pejabat? Mengapa di rumah kamu waktu malam siap disediakan catering untuk makan besar? Cukup2lah menipu.

Khabarnya, kes semburit dah semakin ke episod akhir. Polis kata mungkin hujung tahun ini akan diketahui siapa pasangan Haziq. Oleh kerana gelabah puyuh, terpaksalah buat kerja gila berpakat dengan musuh untuk menghancurkan PH. Hatinya busuk sekali. Padanya, kalau dia tak boleh jadi PM, dia akan tentukan Anwar tidak akan jadi PM.

Siapa dia itu?

KEKALAHAN PH DI PRK TG PIAI MENUNJUKKAN ADA 'PRIMA FACIE" PERLUNYA PM 8 SEGERA


Terlebih dahulu tahniah kepada BN dan Pas yang telah berjaya melalui calonnya dari MCA di PRK Tg Piai. Syabas kepada parti-parti berkenaan kerana telah berjaya menambah satu Kerusi Parlimen untuk wakil MCA dan berjaya mengurangkan satu Kerusi Melayu Islam di Parlimen yang sebelum ini diwakili oleh Almarhum Md Farid (Bersatu).

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (MCA) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi seperti yang telah diumumkan beberapa jam yang lalu di mana beliau telah memperolehi 25,466 undi daripada 128 saluran undi. calon PH, Karmaine Saidini (Bersatu) hanya memperoleh 10,380 undi.

Terbukti, setakat ini SPR telah berjaya mengendalikan pilihanraya dengan adil. Kerajaan PH tidak tergamak untuk gunakan SPR hanya kerana mahu kemenangan. Syabas, media perdana kerajaan juga tidak berbuat apa-apa untuk menangkis propaganda Pembangkang dan berkelakuan seperti 'malaikat'.

Syabas tidak terhingga kepada pengundi-pengundi tua di Tg Piai terutamanya yang berugama Islam kerana mereka akan dapat pergi umrah tidak lama lagi seperti yang dijanjikan oleh calon MCA. Paling penting, sekiranya ada usul berkaitan pemantapan atau dasar tulisan jawi mahupun RUU Akta 355 yang akan dibawa oleh kerajaan PH di Parlimen nanti, satu suara menentang dari wakil MCA ini sudah tentu menggembirakan buat Umno dan Pas. Kita tahu pendirian MCA di dalam isu ini.

Bagi PH pula, isyarat telah diberikan oleh rakyat di Tg Piai. Sebagaimana kata Dato' Seri Anwar Ibrahim, kekalahan PH kali ini adalah untuk kita bermuhasabah tentang dasar-dasar dan janji-janji PH. Anwar hanya boleh beri pandangan termasuk di Parlimen kerana beliau hanya seorang Ahli Parlimen dan tidak mahu menganggu tugas PM sekarang.

Sejak awal lagi saya menulis apakah wajar PM selaku Pengerusi PH termasuk perangkap perkauman Umno dan Pas apabila beliau hadir di dalam Himpunan Maruah Melayu menjelang PRK Tg Piai? Mungkin beliau merasakan dengan kehadirannya akan dapat membantu kekuatan PH terutamanya dari kaum Melayu? Jelas, PH terus hilang sokongan Melayu dan PH bernasib baik kerana terdapatnya masyarakat kaum Cina yang hanya memikirkan tentang PH dan melupakan tindakan Tun M itu lantas memberikan undi kepada calon Bersatu. Mereka berikan undi juga kepada calon Bersatu walaupun di dalam hati kecil mereka tercalar dek kerana tindakan Tun M bersama Umno dan Pas di dalam program bersifat perkauman tersebut. Nasib baik ada juga pemimpin Dap dan Anwar yang turun ke kawasan mereka untuk memujuk agar lupakan seketika rasa amarah mereka demi PH. Namun, ianya tidak cukup untuk PH kerana bukan itu sahaja isu besar yang meyebabkan PH kalah di Tg Piai.

Rata-rata impikan perubahan besar yang dapat dirasai oleh rakyat semua peringkat. Tidak perlu kita tunggu rakyat melihat Najib masuk Sg Buloh baru kita boleh menang. Rakyat mahu perubahan segera, tunaikan janji PRU14 dan jikalau tidak mampu laksanakan sekarang kerana kekangan kewangan, jangan tinggalkan terus. Tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Gunakan media perdana sebaik mungkin bukan untuk menfitnah tetapi nyatakan kebenaran di samping menjadikannya saluran untuk menangkis propaganda Pembangkang.

Jika kerajaan PH sekarang ini tidak mampu lagi berbuat apa-apa, maka isyarat di Tg Piai adalah kerajaan PH perlukan nakhoda baru. Kekalahan 4 PRK di dalam tempuh setahun setengah bukan isyarat yang baik untuk PM sekarang. Sudah sampai masanya PH memikirkan untuk melaksanakan janjinya iaitu Anwar mengambil alih PM. Tidak perlu kita memaksa Tun M di dalam usianya sekarang bagi menebus maruah kita. Mungkin Tun M telah kehabisan idea sekarang dan kita perlukan idea baru. Beliau telah lakukan yang terbaik pada fikirannya tetapi tidak mencukupi kerana kunci 'reformasi' itu berada di tangan Anwar Ibrahim.

Rabu, 13 November 2019

KENALI SIAPA "BOSS MU ITU"

2011 Anwar pertamakali dedahkan skandal nih di parliaman.

Dalam pada itu Najib mula berpakat untuk diamkan Anwar dengan merancang fitnah liwat 2 terhadapnya.

Makanya bangkai gajah mana mungkin bulih ditutup dengan nyiru. Terdedahlah satu persatu skandal 1MDB.

Dua kes yang saya follow up dengan dekat ialah kes SRC Najib dan kes arwah Zulfarhan. Kes Zulfarhan ini ramai pentaksub tak kisah sebab pelaku dia Melayu; kalau pelaku dia bukan melayu barulah ada #justiceforZulfarhan.

Persamaan antara kedua-dua kes ini adalah tertuduh langsung tiada rasa penyesalan atas jenayah yang telah mereka lakukan siap boleh bersuka-ria dan semacam memperolokkan undang-undang kita.

Kes Najib Razak, yang paling klasik. 7 pertuduhan SRC, 1 satu salah guna kuasa, 3 ubah wang haram dan 3 pecah amanah ke semuanya telah di buktikan ada prima facie. Inilah sebab kenapa pendakwaan terhadap DS Najib lambat, sebab mereka kena bagi bukti pertuduhan tersebut adalah tepat dan tidak ada cacat cela.

Kalau kita tengok hujah peguambela Najib, dia kata, Najib mangsa penipuan Jho Low, ingat dulu dia kata tak kenal Jho Low. Tu yang pendakwaan bawa saksi yang kata Jho Low siap minum milo ais kat rumah Najib. Lepas tu dia kata Najib tak tau duit di masukkan oleh Jho Low dalam akaun dia. Tu pendakwaan bawa saksi pegawai Ambank yang kata tuan punya akaun bank bertanggungjawab atas keluar masuk duit dalam akaun mereka dan Najib sendiri dah tandatangan bersetuju. Jadi bila dia kata dia tak tahu Jho Low masukkan duit, itu bukan alasan yang munasabah.

Yang paling kesian tengok penyokong Najib berselawat dan bertakbir jerit "malu apa bossku". Kalau yang mencuri duit tabung masjid di belasah separuh mati sebab tak mampu nak beli makanan untuk anak2, kenapa penyokong dia boleh sokong orang yang mencuri duit mereka sendiri dan angkat Najib macam dia ini larger than life?

Lepas itu trick Najib ialah MC dan cuba delay the inevitable. Dia ingat dia mempermainkan court ni hakim akan bagi favor kat dia? Silap-silap semua pertuduhan dia kena kena hukuman maksima walaupun 1st time offend, sebab Najib langgar sistem perundangan, tukar peguam negara, tukar gabenor bank negera, tukar pengarah SPRM, pecat TPM demi nak menyelamatkan diri dari penjara. Jenis Najib ni bukan sahaja tak tahu malu, malahan tak boleh pakai. Baru di tunjuk di azab dunia, semua yang di sekeliling dia sanggup di tebus demi kelangsungan hidup dari di penjara.

Kalau di akhirat bandingan dengan semua pendosa, mereka sanggup menebus dengan anak mereka sendiri.

"..orang yang berdosa suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab hari itu dengan anak-anaknya sendiri..." Surah Maarij Ayat 11

Perlu di ingat, kesalahan yang Najib buat adalah melibatkan dana awam dan bukan dosa peribadi. Walaupun dia bakal di penjarakan, dia masih lagi berhutang kemaafan kepada rakyat sebab dia menyamun harta rakyat dan pecah amanah.

Najib sepatutnya insaf dan bertaubat tapi dalam masa kes SRC yang prima facie ini pun, dia masih lagi cuba misled penyokong dia (yang malas berfikir) dengan dasar bumi hangus ( isu perkauman, bangsa dan agama).

Orang yang macam ini patut di kenakan hukuman yang seberat-beratnya sebab dia telah khianat amanah tertinggi dalam negara dan mencemarkan nama baik negara kita.

Kepada yang malas berfikir dah masih kata Najib tak bersalah mudah sahaja. Tak perlu kafirkan, murtadkan saya kalau tak bersetuju atau doa kemusnahan pada saya.

Minta pada Allah supaya kamu di bangkitkan bersama Najib yang kamu cintai nanti di akhirat jika kamu orang-orang yang benar.

WAllahualam


C&P

JANGAN IZINKAN RAFIZI TERANIAYA KERANA MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN WANG RAKYAT - AYOH BERSAMA KE MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM JUMAAT INI


Pada awal Februari 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Pengasas INVOKE yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atas kesalahan mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat Jalil) di atas pendedahan yang dilakukan pada 2012.

Walau bagaimanapun, peguam Rafizi, Sdr Ahmad Nizam Hamid telah menfailkan rayuan. Keputusan kes rayuan beliau telah ditetapkan pada 15 November ini (Jumaat) jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Apakah hukuman 30 bulan penjara itu kekal atau beliau dibebaskan? Jumaat ini adalah keputusannya.

Rakyat yang tidak lupa tentang skandal NFC (lembu dalam kondo) sudah tentunya mengharapkan Sdr Rafizi Ramli akan dibebaskan sekiranya negara ini telah benar-benar merealisasikan sebahagian dari reformasi kehakiman. Rafizi bukan mendedahkan akaun seseorang untuk suka-suka atau untuk mengaibkan sesiapa. Beliau mengambil risiko besar kerana mendedahkan akaun yang memperlihatkan sesuatu yang luar biasa melibatkan wang rakyat. Baayangkan sekiranya Rafizi tdak mendedahkan perkara ini, adakah kita tahu bahawa ada orang yang hidup kaya raya dengan menyalahgunakan dana rakyat?

Justeru itu, apa yang Sdr Rafizi lakukan itu bukan untuk kepentingannya bahkan bakal mendatangkan kesusahan kepada diri dan keluarganya, tetapi beliau lakukan demi untuk negara tercinta. Beliau tidak dapat apa-apa dari hasil kerja mulianya itu. Beliau tidak bertanding di dalam pilihanraya, beliau bukan lagi seorang Wakil Rakyat, jauh sekali seorang Menteri di dalam kerajaan yang beliau sendiri angkat.

Mampukah kita melihat sosok tubuh anak muda ini disumbatkan ke penjara di dalam sebuah negara yang diterajui oleh Pakatan Harapan di mana insan ini terlalu banyak jasanya menyumbang kepada kejatuhan rejim kleptokrasi pada 09 Mei 2018 yang lalu? Kita tidak menuntut anak muda ini dilantik sebagai Senator atau Menteri, kita hanya mahu melihat beliau dan keluarganya boleh menjalani kehidupan aman sentosa dan sejahtera di bawah kerajaan PH.

Kita yakin anak muda ini akan tampil menerajui negara ini di suatu masa kelak. Hanya orang-orang yang suka kepada rasuah dan penyelewengan akan suka melihat tokoh hebat ini terpenjara. Cukuplah Anwar Ibrahim menjadi sejarah kebobrokan sistem keadilan di negara ini.

Bertemu kita di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Kepada yang tidak berkesempatan hadir, kami menuntut doa kalian.

Selasa, 12 November 2019

HADI, KETAM YANG CUBA MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL


Melucukan apabila Hadi menasihat Tun M agar memilih penggantinya dengan tokoh yang paling layak. Kenapa ianya lucu?

Pertama, Hadi sendiri sebagai seorang yg dikatakan ulamak dan pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, partinya sendiri tidak pandai memilih kawan tahalluf. Partinya memilih Najib dan Zahid hamidi sebagai kawan politik. Satu dunia kenal siapa Najib dan Zahid ini. Skandal Najib memecah rekod dunia dan kerana itu partinya lingkup dalam PRU14 yang lalu. Ini kah parti yang Hadi mahu buat kawan? Kalau beliau sendiri tidak pandai pilih kawan, apa moralnya beliau mahu menasihati orang lain untuk memilih pengganti yang terbaik?

Kedua, Hadi merasakan PH ini sama seperti Tun M sewaktu di dalam.Umno dahulu. Siapa PM waktu itu terletak atas Presiden Umno. Waktu itu, Tun M boleh serah jawatan kepada Pak Lah, kemudian Pak Lah serah kepada Najib. Hadi lupa, di dalam PH berbeza dengan Umno/Bn. Siapa PM, Majlis Presiden PH akan tentukan. Tun M jadi PM kerana itu keputusan Majlis Presiden PH walaupun waktu itu Kerusi parti Bersatu hanya ada 13 Kerusi saja. Majlis Presiden PH telah bersepakat selepas Tun M, maka penggantinya adalah Anwar.

Keputusan PH memilih Anwar memang tepat kerana sewaktu kita di dalam Barisan Alternatif dulu, Presiden Pas ketika itu Almarhum Us Fadzil Noor juga memilih Anwar sebagai PM sekiranya Barisan Alternatif berjaya membentuk kerajaan. Yang tidak suka kepada Anwar ini adalah Hadi, bahkan isteri Anwar pun Hadi tak sokong jadi MB Selangor dulu. Hadi memang 'jaki' dengan nama Anwar. Hadi sanggup jual agamanya dengan kata2nya yang berbelit bahkan sanggup terima Najib, Zahid dan MCA sedangkan terbukti mereka adalah perosak negara bahkan penentang hudud berkurun lamanya.

Kerana benci kepada Anwar, Hadi sanggup jadi ulamak yang tidak bermaruah.

ALASAN LEBAI KENAPA HUKUM MENGUNDI NON MUSLIM DI CAMERON HIGHLAND TIDAK SAMA SEPERTI DI TG PIAI

Calon PH - seorang bekas pendidik dan bekas Imam 
Kata si penjual agama ini ialah, di Cameron Highland dulu hukumnya wajib undi calon Islam dari Umno kerana calon PH dari Dap itu bukan Islam.

Tetapi, di Tg Piai pula hukumnya berubah. Wajib undi calon BN dari MCA walaupun calon itu bukan Islam, dan jangan undi calon Melayu Islam dari PH (Bersatu) walaupun calon itu seorang bekas pendidik dan bekas imam. Undi calon Melayu Islam dari Berjasa pun tidak boleh. Mesti undi calon MCA juga.

Hujahnya, kapir ni ada dua jenis. Satu, kapir yang menentang hukum Islam dan satu lagi yg menyokong atau tidak menentang hukum Islam. Maksud lebai adalah, Dap itu menentang Islam dan MCA tidak menentang Islam.

Betulkah MCA tidak pernah menentang Islam? Mungkin lebai ni tahu sejarah MCA terhadap hukum Islam, tetapi dek kerana telah berbudi dan sekelambu dengan Umno, maka buta mata dan buta hati. Kita kesihan dengan walaun2 yg langsung tidak guna otak untuk berfikir. Mudah betul mereka terpedaya dengan sipenjual agama ini.

Khamis, 7 November 2019

AZMIN PUNYA MASALAH HUTANG PUN MAHU DIKAITKAN DENGAN ANWAR ?


Syarikat YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd telah membawa kes ke mahkamah untuk menuntut hutang dari Azmin Ali yang dikatakan berjumlah sekitar RM 300K iaitu berupa tiket penerbangan dan penginapan untuk Timbalan Presiden Keadilan itu.

Pertamanya, tahniah dan syabas kepada Azmin kerana berjanji akan membayarnya. Semua manusia ada melibatkan diri dengan hutang, jadi isu hutang ini perkara biasa.

Pelik bin ajaib, apabila seorang bekas Chegu yang dulunya hari-hari berkokok pasal kubah masjid dan terowong di era Azmin jadi MB Selangor, tiba-tiba mengulas isu ini dan mengaitkannya dengan Anwar. Kononnya, syarikat itu milik kawan Anwar dan anak kawan Anwar itu dikatakannya pernah mengedit video lucah. Umang aiii...jauh bona lari dari isu hutang ni bai.....

Kalaupun syarikat itu milik kawan Anwar, adakah Azmin tidak perlu membayar hutangnya? Kalaupun anak kawan Anwar itu kaki edit video lucah, adakah ada kaitannya dengan hutang tidak berbayar? Nasib baik lah Chegu yang pernah jadi tokey ayam organik dan penjual barang lelong ini tidak kaitkan bahawa Haziq yang mendakwa Azmin adalah pasangannya di dalam hotel itu adalah anak ponakan tokey syarikat tersebut.

Begitulah nasib Chegu yang terbiar. Cerita kubah masjid dan terowong dah senyap sekarang. Cerita tentang Billboard Mak Lampir yang nilainya berjuta di Selangor itu langsung tidak disentuhnya. Maklumlah sibuk sekarang usung tin biskut gambar Mak Lampir ke hulu ke hilir. Patutlah ramai anak2 buah dia dah lari sebab baru tahu wajah sebenar Chegu ni.

KONVENSYEN KEADILAN NEGERI PAHANG BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PADA 08 NOV 2019 (JUMAAT) DI KERDAU


Menjelang Kongres Nasional KEADILAN yang dijangka pada awal Disember tahun ini di Melaka, KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Konvensyen yang berthemakan " Dua Dekad Merakyatkan Reformasi" sebagai momentum menghadapi Kongres Nasional yang akan diadakan.

Konvensyen pada tahun ini akan diadakan di Dewan Dato' Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Peragap, Kerdau pada 08 November 2019 (Jumaat) bermula jam 06.00 petang sehingga jam 11.30 malam. Para perwakilan/Pemerhati dari setiap Cabang diminta untuk mendaftar nama pada jam 05.00 petang di kaunter pendaftaran yang disediakan, Konvensyen kali ini juga turut dibuka kepada orang ramai bagi mengikuti ucapan-ucapan dari pemidato yang terdiri dari berbagai golongan mewakili berbagai peringkat seperti anak muda, wanita, mewakili masyarakat sivil (warga felda/petani/nelayan) serta mewaili golongan akademik/profesional.

Pentas ucapan disediakan bagi golongan ini agar mereka dapat menyuarakan pandangan mahupun kritikan agar suara mereka dapat didengari oleh pucuk pimpinan. Pendekatan ini adalah sejajar dengan inspirasi dan roh perjuangan Parti KEADILAN di mana parti ini tidak menyekat mana-mana suara atau kritikan yang membina demi kebaikan rakyat.

Tayangan video perjuangan akan diselangselikan dengan persembahan kesenian dari masyarakat tempatan serta menampilkan artis terkenal Yassin "reformasi". Turut berucap Pengarah Konvensyen Pahang, Sdr Rizal Jamin (Timbalan Pengerusi MPN), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Konvensyen Pusat), YB Fuziah Salleh (Pengerusi MPN), YB Dato' Saifuddin Nasution (SUA KEADILAN), Timbalan Presiden/Naib-Naib Presiden. Beberapa tokoh lama di dalam perjuangan khususnya di Negeri Pahang ini turut dijemput sebagai tetamu istimewa.


Kemuncak konvensyen nanti, Presiden KEADILAN akan menyampaikan amanat dan pidatonya yang sudah pasti akan merungkai berbagai perkara dan isu semasa untuk dijadikan panduan kepada seluruh ahli parti terutamanya.

Sehubungan itu, marilah kita beramai-ramai untuk tidak melepaskan peluang kali ini kerana ini adalah konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini setelah kita membentuk kerajaan di Persekutuan. Semoga konvensyen ini akan dapat menyuntik semangat kita bagi meneruskan usaha dan bakti kepada rakyat seterusnya berjaya mengambil alih pentadbiran di Negeri Pahang ini, InsyaAllah.



WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Komunikasi
KEADILAN Pahang

Formulanya mudah di Tg Piai.

Calon PH - Melayu Islam dari Bersatu, bekas pendidik dan bekas Imam, sama2 berjuang melawan Umno/Bn dan jatuhkan Najib serta Rosmah dari menjadi ketua kerajaan kleptokrasi. Seorang calon yg akan mengekalkan Kerusi Parlimen milik melayu Islam.

Calon BN - Dari MCA, seorang kaum Cina bukan berugama Islam, pernah menyatakan penentangan terhadap Hudud dan bersama2 bersubahat di dalam kerajaan Bn dahulu yg kleptokrasi bahkan hingga kini kekal di dalamnya. Seorang calon yg cuba untuk mengurangkan satu Kerusi Parlimen milik Melayu Islam dan cuba menggantikannya dgn kerusi milik Cina bukan Islam.

Calon Berjasa - Muncul hanya waktu pilihanraya saja.

Calon Gerakan - Sama dengan calon MCA juga, pernah berada di dalam kerajaan kleptokrasi dahulu.

Calon-calon Bebas - Muncul di waktu pilihanraya saja.

Jangan pilih berdasarkan perkauman, tetapi pilihlah yg mempunyai integriti. Maka, tiada pilihan lain kecuali memilih calon PH yg bukan sahaja Melayu Islam tetapi berintegriti.

PILIHLAH YANG KURANG MUDHARAT DI TG PIAI


Calon BN dari MCA yang disokong oleh Umno dan Pas adalah Non Muslim yang dikatakan amat tegar menentang Hudud bahkan menentang Pas itu sendiri. Calon ini pernah menghentam Dap kerana mendakwa Dap tidak bersungguh-sungguh menentang Hudud, sedangkan MCA jelas dan berani menentang hukum Islam tersebut. Cuba baca link2 di bawah:

WEE JECK SENG BENCI HUDUD & PAS

Selama 3 tahun berturut-turut, Wee Jeck Seng menyatakan kebenciannya kepada PAS, menolak hukum hudud yang diperjuang parti itu dan menakut-nakutkan pengundi cina kepada PAS dan hukum Islam.

2014

Wee Jeck Seng mengatakan pendirian Lim Guan Eng (DAP) berkenaan hukum hudud adalah tidak jelas. Tidak seperti MCA yang jelas dan tegas menolak hukum Islam itu.

2015

Wee Jeck Seng menegaskan pendirian peribadinya untuk menentang undang-undang jenayah syariah (hudud).

2016

Wee Jeck Seng menakut-nakutkan pengundi cina dengan hukum hudud, berikrar akan menentang usul berkaitannya dari diluluskan dan mendakwa pengundi cina telah ditipu DAP kerana DAP bertanggungjawab memujuk pengundi cina untuk mengundi PAS.

Tapi mutakhir ini. dan penyokong parti itu beria mempertahankan Wee Jeck Seng yang jelas telah menolak hudud secara terang-

Meskipun begitu, Umno dan Pas tetap menyokong calon MCA ini asalkan calon Melayu Islam dari PH ini tewas. Ertinya, Umno dan Pas mahu satu Kerusi Parlimen milik Melayu Islam sebelum ini akan diserahkan kepada MCA. Kemudian, mereka akan balik ke kampung masing2 untuk memperbodohkan macai dan walaun masing2 untuk menjerit "Hidup Melayu". " Maruah Melayu" dan " Perpaduan Ummah".

Bagi kita di dalam PH, isunya bukan kaum. Bagi kita, samada Melayu atau tidak, maruahnya terletak kepada keperibadian dan integriti. Serban tebal akan memberatkan kepala jika pemakainya menyokong puak yang jelas bersama kleptokrasi dan rasuah.

Pilihlah yang kurang mudharat!!