RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 6 Mac 2020

KENAPA SUKAR SANGAT WUJUDKAN KABINET WALAUPUN TANPA DAP?

Kami dulu ada Dap dlm gabungan kami, tapi tetap aman tenteram dan dpt wujudkan barisan kabinet dgn pantas.

Dalam parti 'Pengkhianat Negara" (PN), tiada Dap kononnya Dap tu komunis, kononnya PN tu kerajaan Melayu Islam, tapi sampai sekarang Kabinetnya hanya ada sekor PM. Sebab apa? Sebab masing2 berebut nak jadi menteri. Buat malu melayu dan Islam je. Pak lebai pun bukan main lagi, tersingkap jubah dan serban bila berdepan dgn jawatan.

Kerajaan tak berkat mmg Allah sempitkan jalan. Percayalah, kerajaan pengkhianat ini akan tunbang bila2 masa saja.

USAHA PUJUK AHLI2 KEADILAN KELUAR PARTI, TETAPI KETUA CABANG TIDAK BERANI KELUAR

Tersebar skrg surat tawaran keluar parti, disebarkan oleh kumpulan kartel yg semakin gelisah kerana semenjak pengkhianat si kitol azmin dan mak lampir dipecat, beberapa ekor saja yg ikut mereka keluar parti.

Aku nasihatkan kpd ahli2 Keadilan yg masih ada maruah diri, jangan termakan dgn umpan mereka. Percayalah, kerajaan pintu belakang skrg ini tidak akan lama. Anda akan menyesal nanti jika bertindak sebodoh itu. Jika mereka pujuk anda keluar parti, anda cabar ketua2 cabang yg kartel itu keluar dulu.

Jangan jadi bodoh, anda keluar tapi ketua2 cabang dan ajk2 cabang kartel masih bertenggek atas parti Keadilan. Jadilah seorang manusia yg berakal, jgn jadi robot kepada pemimpin kartel yg pengkhianat.

Selasa, 3 Mac 2020

MENIPU MANDAT PENGUNDI ITU BUKAN KHIANATKAH ?



Saya tidak pasti samada Muhyidin Yassin faham maksud 'pengkhianatan". Beliau berkata beliau bukan pengkhianat sebagaimana rakyat Malaysia dan seluruh dunia mengenalinya sekarang.

Apakah dengan memenangi pilihanraya di Parlimen Pagoh dengan menggunakan logo KEADILAN atas nama Pakatan Harapan, kemudian melompat keluar dari Pakatan Harapan untuk bersama musuh Pakatan Harapan itu bukan khianat?

Apakah setelah bersetuju dengan Pakatan Harapan di dalam manifesto PRU14 iaitu Tun M adalah PM 7, kemudiannya Anwar Ibrahim sebagai PM 8, tiba-tiba Muhyidin keluar dari Pakatan Harapan untuk bersama musuh PH bagi menjayakan cita-citanya sebagai PM 8 itu bukan khianat?

Pengundi-pengundi memilih Muhyidin sebagai Wakil Rakyat yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan yang menggunakan logo KEADILAN adalah kerana pengundi-pengundi yakin dengan Pakatan Harapan, tiba-tiba mandat rakyat ini dicuri dan dibawa lari oleh Muhyidin untuk kepentingannya bersama Pakatan Nasional iaitu musuh Pakatan Harapan, apakah tidak boleh digelar satu pengkhianatan kepada para pengundi?

Beliau tidak boleh bermain dengan kata-kata dengan memberikan seribu alasan untuk menghalalkan apa yang beliau lakukan. Alasannya untuk menstabilkan kerajaan amat melucukan kerana tiada kerajaan yang boleh stabil apabila kerajaan itu wujud hasil dari pengkhianatan kepada rakyat, bukannya pilihan rakyat. Rakyat pilih kamu atas nama Pakatan Harapan dan sekiranya di dalam PRU14 yang lalu kamu bertanding atas logo dacing baghdad, pasti kamu tewas dengan teruk.

Jelaslah, gelaran pengkhianat itu memang secucuk dan sinonim dengan apa yang telah kamu lakukan. Ingatlah, alangkah busuk dan malangnya jika gelaran itu kekal kamu bawa sampai ke penghujung nyawa.

RAMPAS KUASA, TIDAK MELALUI PILIHANRAYA, ITU KERJA FASIK DAN DILARANG ISLAM - TOK GURU NIK AZIZ

Sejarah kejatuhan kerajaan Perak yang dipimpin oleh Nizar Jamaludin (Pas) akibat 4 orang Adun dari PR waktu itu telah melompat menyokong Bn pada tahun 2009, sepatutnya memberi pengajaran kepada kita semua.

Demokrasi dihina sedemikian rupa dan rakyat diperbodohkan oleh golongan elit yang tiada peri kemanusiaan, tamak dan rakus. Lebih jijik lagi mereka ini menggunakan hujah perkauman atau agama untuk menghalalkan perbuatan fasik mereka.

Almarhum Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) sendiri mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mungkar tersebut. Saya masih ingat, sewaktu tragedi tersebut berlaku, pimpinan Pas memohon agar umat Islam berdoa dan mengadu kepada Allah agar tangan-tangan yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu dilaknat Allah dunia dan akhirat.

Hari ini, paling menyedihkan berlaku. Pimpinan-pimpinan dari parti yang sama yang masih hidup telah membenarkan tangan-tangan mereka untuk bersubahat bersama satu lagi parti yang dulunya dikenali sebagai kleptokrasi yang telah ditolak rakyat pada PRU14, untuk menjatuhkan kerajaan PH bagi menubuhkan kerajaan pintu belakang. Apakan mereka lupa asal usul parti mereka serta dasar parti mereka? Tidak ubah seperti parti orang Yahudi kelihatannya.

Pas tidak boleh menyatakan mereka tidak terlibat atau bersubahat melakukan rampasan ini. Pas bukan merompak, tetapi Pas telah bersubahat merayakan dan memakan bersama hasil rompakan itu. Apa lagi hujah dan dalil agama untuk Pas ambil bagi mempertahankan kerja terkutuk mereka? Tidak malukah mereka kepada rakyat jelata? Inikah gambaran politik Islam yang Pas mahu tunjukkan kepada orang-orang bukan Islam? Haji Hadi berjanji dengan Tun M akan tetap sokong Tun M sehingga PRU15, apakah Hadi telah mempersendakan janji-janji yang telah dibuat terhadap Tun M dan lebih parah lagi Hadi telah membawa partinya ke lembah kehinaan apabila bekerjasama mewujudkan kerajaan pintu belakang.

Pakatan Harapan tidak malu jatuh melalui cara jijik seperti ini. Kami malu dan paling takut jika kami jatuh ditolak oleh rakyat melalui pilihanraya. Percayalah, kerajaan seperti ini tidak akan berkat dan selamat. Kami di bawah akan terus berjuang agar kerja-kerja khianat dan mungkar ini akan dihentikan secepat mungkin. Kepada parti Pas, jika kamu masih ingat pesanan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, tidak terlambat untuk kamu menyucikan diri dan keluar dari tong najis itu segera.

HUKUM JATUHKAN KERAJAAN YANG SAH

Hari ini kalau tanya lebai, apa hukumnya menjatuhkan kerajaan yg sah dipilih oleh rakyat selagi kerajaan itu tidak menentang syiar Islam? Lebai akan jawab halal ke haram?

Lebai kata, bukan mereka yg jatuhkan kerajaan, tetapi pihak lain. Lebai cuma berada dlm kerajaan yg telah dijatuh saja, katanya.

Sama juga, bukan saya yg merompak bank. Orang lain yg merompak. Saya cuma ambil duit hasil rompakan tu je.

Pening....ehehh

TERIMA KASIH, MUHYIDIN


Tkasih Muhyidin. Tatkala parti kamu belum diluluskan, program ceramah kamu di Paya Besar, di kawasan kubu kuat Umno, kami telah menyediakan tapak ceramah di perkarangan pejabat Keadilan Paya Besar di Batu Sawar. Kami juga bekerja keras mempromosikan program kamu dgn beberapa hari membuat siaran raya dan mengawal keselamatan kamu. Kini kamu telah jadi PM. Patutnya kami paling berbangga, tetapi.....(tak sanggup mulut nak berkata benda2 yg keji kpd kamu) Biarlah Allah membalas apa yg kamu lakukan kpd rakyat. Hari ini kamu boleh tersenyum...

SEJARAH TERCIPTA - PEMBANGKANG YANG MENDAPAT MAJORITI SOKONGAN RAKYAT

Kerajaan PH yang telah mendapat sokongan majoriti rakyat di dalam PRU14 yang lalu masih wujud, tidak perlu bimbang.

Cuma, kerajaan ini telah dirampas secara tidak demokrasi di mana sebilangan MP yang khianat juga minoriti jumlahnya telah mengambil alih kerajaan pilihan rakyat ini.

Alhamdulillah, sebagaimana awal-awal kerajaan PH memasuki Putrajaya, berlangsung dengan aman, waktu kerajaan yang telah dianiayai ini keluar pun berlangsung dengan aman.

Yakinlah, tidak lama kerajaan yang dibentuk seperti ini. Ibarat kita bermain bola, pihak lawan sebenarnya banyak jaringkan gol, namun pasukan kita tetap dikira pemenang. Kita seronok kah?

Bersabarlah, sebagaimana Anwar dan Kak Wan bersabar. Allah tahu pihak mana yang benar, InsyaAllah, Allah akan bantu. Mereka sendiri pun tidak nampak begitu seronok merayakan kejayaan mereka merampas kerajaan secara sebegini sebagaimana kita begitu seronok merayakan kemenangan kita pada Mei 2018. Mereka tidak boleh berpura-pura.

Alhamdulillah, hikmahnya sedikit demi sedikit parasit di dalam parti kita jelas kelihatan dan dapat kita buang lebih awal. Bila diuji begini, baru kita tahu siapa sebenarnya yang ikhlas berjuang dan siapa pengkhianat.

Mungkin Allah mahu bersihkan setiap dari parti kita sebelum kita kembali semula menjadi satu kerajaan yang lebih baik dari sebelum ini.

Di hadapan kita sekarang adalah kerajaan yang kita kenali satu persatu integriti mereka. Hanya PH sahaja yang terus menjadi harapan rakyat dan kita perlu kembali kepada rakyat.

Bersyukurlah, kita jatuh bukan kerana ditolak oleh rakyat tetapi kerana pengkhianatan dari gerombolan yang rakus kuasa serta dibantu oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Terima kasih semua pimpinan PH yang tidak tidur siang malam untuk berusaha mempertahankan kerajaan pilihan rakyat ini.

Rabu, 19 Februari 2020

PERALIHAN KUASA - BELUM MESYUARAT TUN M TELAH BUAT KEPUTUSAN ?


Tun M berkata, "Saya bersedia untuk meletak jawatan BILA-BILA MASA". Tun M juga berkata, 
" Apa pun keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH, saya akan letak jawatan SELEPAS APEC". Sesiapa yang pening kepala, sila makan panadol sekarang.

Pada Jumaat ini, Majlis Presiden PH akan bermesyuarat dan mungkin akan membincangkan tarikh peralihan kuasa PM di antara Tun M dengan Anwar Ibrahim. Apa tujuan dan nawaitu Tun M menyatakan pendiriannya seperti di atas itu sebelum mesyuarat dan perbincangan bermula? Tidakkah ini satu perbuatan yang tidak menghormati Majlis Presiden? Bagaimana penyokong-penyokong di bawah diseru untuk menghormati Majlis Presiden sedangkan Pengerusinya bebas bercakap mendahului ketetapan Majlis Presiden? Mengapa bersungguh benar Tun M mahu selepas APEC? Adakah masih ada 'plan' yang belum selesai? Selepas APEC itu 'subjektif". Tarikh selepas APEC itu bila? Tahun 2021? 2022 ? Mudah untuk Tun M bermain dengan "open date".

Saya masih percaya Majlis Presiden PH tidak akan terpengaruh dengan kenyataan Tun M yang terbaru ini. Saya yakin Majlis Presiden yang rata-ratanya terkenal dengan 'garangnya' sehingga berkali-kali masuk penjara dan sering membaling mikropon sewaktu berucap dulu akan kekal dengan keberaniannya apabila berdepan dengan Tun M. Rakyat akan melihat adakah benar Majlis Presiden PH sekarang sama seperti Umno/Bn yang dikawal oleh Tun M seperti di era Tun M berkuasa selama lebih 20 tahun lalu.

Majlis Presiden PH menghadapi ujian besar Jumaat ini. Kelian akan membuktikan 'kejantanan' kelian kepada rakyat. Buktikan kepada Tun M bahawa beliau tidak berkuasa seperti diktator di bawah kerajaan PH. Sekiranya Majlis Presiden PH 'lembik tengkuk' apabila berhadapan dengan Tun M, tidak pelik kalau PH akan menjadi kerajaan sepenggal atau lebih awal dari itu.

TERLALU AWALKAH DUA TAHUN SEBAGAI PM SEMENTARA ?


Saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar hari ini bertarikh 17 Februari 2020 bertajuk " Terlalu Awal Untuk Peralihan Kuasa".

Di dalam laporan akhbar tersebut telah memetik kenyataan penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff, di mana beliau tidak begitu bersetuju sekiranya proses peralihan kuasa PM dilaksanakan secara tergesa-gesa. Alasan beliau adalah lebih baik tumpukan kepada masalah ekonomi, kestabilan politik serta masalah kesihatan (wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara sekarang.

Tahukah beliau bahawa atas hujah yang sama juga maka rakyat mahukan peralihan kuasa berlaku selewat-lewatnya Mei ini kerana keadaan ekonomi ternyata gagal ditangani sebaiknya oleh Tun M. Buktinya di dalam 5 PRK, parti kerajaan telah ditolak oleh rakyat dan paling memalukan di PRK Tg Piai di mana boleh dikatakan parti kerajaan ditolak oleh semua kaum dengan kekalahan besar yang mencipta sejarah. Kesilapan Tun M meletakkan seorang Menteri Ekonomi yang tidak cekap dan terlalu banyak berpolitik untuk menyailang Presidennya sendiri di samping begitu membelai MP-MP Pembangkang telah menambah kegawatan ekonomi. Kegawatan politik juga berpunca dari Tun M sendiri di mana beliau sering hilang arah dan berbelit-belit apabila membicarakan soal peralihan kuasa. Dari dua tahun, hingga kepada dua tahun setengah, hingga kepada ekonomi pulih dan terakhir selepas Persidangan APEC November nanti, adalah jangkamasa yang Tun M berikan untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar ternyata membelakangkan Majlis Presiden PH yang sepatutnya berkuasa menentukan tempuh perkhidmatan beliau.

Kegawatan politik semakin bertambah apabila terdapat di kalangan Menteri di dalam PH sendiri yang siang malam kerjanya melobi mencari sokongan dari MP-MP Pembangkang untuk menentukan Tun M terus berkuasa. Kelakuan yang semakin menjolok mata ini dibiarkan oleh Tun M tanpa sebarang tindakan. Mana mungkin seorang Menteri boleh bertemu dengan beberapa orang MP dari Pembangkang di rumahnya tanpa pengetahuan pimpinan PH sendiri dan ditawarkan dengan projek-projek tanpa diambil tindakan tegas oleh PM? Itu belum dikira kes semburit yang menjadi isu kontroversi yang turut menggawatkan keadaan politik negara.

Seorang lagi penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Mohammad Fuad Othman yang meminta semua pihak termasuk Majlis Presiden PH supaya tidak ragu-ragu dengan kesungguhan Dr Mahathir menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Anwar. Katanya lagi, Tun M harus diberi masa secukupnya oleh kepimpinan PH dan rakyat untuk melunaskan kerja-kerja pemulihan sosioekonomi negara yang belum beres dengan tarikh peralihan kuasa paling sesuai dilaksanakan selepas persidangan APEC 2020 pada November ini. "Saya yakin Majlis Presiden PH masih mempunyai rasa hormat cukup tinggi kepada Dr Mahathir. Lagipun Anwar sendiri memberitahu beliau tidak bermasalah menunggu sedikit masa lagi bagi mengambil alih jawatan PM," katanya.

Soal ekonomi juga menjadi hujah kepada Prof Madya ini dan seperti yang telah saya sebutkan tadi atas hujah itu juga maka rakyat mahu Tun M serahkan jawatan PM kepada Anwar pada Mei ini nanti kerana rakyat telah menilai kecemerlangan Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan dahulu sehingga diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik.
Euromoney menamakannya sebagai empat menteri kewangan teratas dan pada tahun 1996, Asiamoney menamakannya sebagai Menteri Kewangan Terbaik. Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008. Bahkan, di penghujung karier politiknya bersama Umno, beliau tetap dikenali di dunia sehingga majalah Newsweek menamakan Anwar "Asian of the Year" pada tahun 1998. Adakah ini tidak mencukupi untuk menyatakan Anwar Ibrahim mampu mengemudi negara di dalam keadaan sekarang?

Majlis Presiden tidak pernah tidak menghormati Tun M kerana beliau adalah Pengerusi PH. Bahkan, sikap hotmat dan berlapang dada Majlis Presiden kepada Tun M dilihat keterlaluan di mana beberapa tindakan Tun M dibuat secara bersendirian tanpa merujuk kepada Majlis Presiden. Sifat hormat Tun M kepada Majlis Presiden sebenarnya yang boleh dipertikaikan. Beliau bebas untuk bercakap soal peralihan kuasa PM tanpa pernah merujuk kepada Majlis Presiden PH. Ini masalah besar Tun M sebenarnya.

Apabila Anwar di dalam kenyataannya menyatakan beliau bersedia untuk menunggu selepas APEC, itu adalah kata-kata diplomasi penuh hikmah dari seorang tokoh dan pemimpin yang tidak suka berbalah dan mencetuskan isu. Namun, beliau tetap akur dan hormat kepada Majlis Presiden PH apabila beliau berkata, " terletak di tangan Majlis Presiden PH untuk menentukannya". Isunya, bukan kehendak Anwar, tetapi ini kehendak rakyat iaitu Anwar Ibrahim perlu diangkat untuk menjadi PM ke 8 pada Mei 2020.

Kesimpulannya, tempoh dua tahun menjadi PM sementara itu memang mencukupi buat Tun M, apatah lagi itulah janji beliau yang pertama sebaik sahaja diangkat menjadi PM. Di dalam usianya sekarang, beliau telahpun mencipta rekod dunia seorang PM tertua di alaf moden ini. Kita tidak mahu beliau mencipta rekod seorang PM yang khianat kepada janji-janjinya. Majlis Presiden PH diharapkan tidak bersekongkol dengan sebarang pengkhianatan.

Ahad, 16 Februari 2020

MAJLIS PRESIDEN HARUS BERANI BUAT KETETAPAN PADA 21 FEBRUARI INI

Majlis Presiden PH menjadi tumpuan para penyokong dan pengundi PH sewaktu di dalam PRU14 yang lalu apabila Majlis Presiden akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada tahun 2020, iaitu pada 21 Feb ini.

Kita mahu lihat, adakah benar Majlis Presiden akan mematuhi janji peralihan kuasa PM akan berlaku di mana tempuh dua tahun untuk Tun M menjadi PM berakhir pada Mei 2020 ini. Semua tahu, Tun M adalah PM sementara dan itulah yang dijanjikan kepada kita semua.

Kita juga dengar dari mulut Tun M sendiri selepas beliau dilantik menjadi PM, beliau akan menjadi PM untuk tempuh dua tahun. Ikuti wawancara beliau dan kenyataan beliau yang awal, bukannya kenyataan beliau selepas itu yang semakin bercelaru.

Lojiknya, PM sementara tidak akan lebih lama dari PM sebenar yang mahu diangkat oleh PH. Seandainya Majlis Presiden membenarkan Tun M menjawat jawatan PM sehingga selepas Persidangan APEC iaitu pada November 2020, ini bermakna Tun M akan menjadi PM lebih lama dari Anwar sebelum parlimen dibubarkan. Selepas APEC, mungkin bulan Disember 2020 atau Januari 2021, atau bila2 masa selepas itu. Semuanya boleh dipusing oleh Tun M sepertimana beliau telah pusing kenyataan beliau awal dahulu iaitu dua tahun.

Bagi mengelakkan kontroversi berterusan dan negara kembali tenang tanpa isu ini terus dimainkan serta meyakinkan pelabur, Majlis Presiden yang kebanyakan pimpinannya sebelum PRU14 dahulu terkenal dengan keberanian serta komited dengan reformasi, harus berani mengambil ketetapan bahawa peralihan kuasa wajib dilakukan pada Mei 2020 . Jika ini boleh dilakukan, maka imej Majlis Presiden akan dipandang tinggi oleh rakyat dan tidak dilihat terlalu takut dengan PM atau dilihat terlalu sayang kepada kedudukan masing2 di dalam Kabinet.

Benar, Anwar berkata beliau cenderung untuk bersetuju dengan Tun M agar peralihan kuasa berlaku selepas APEC. Sebagai manusia yang ada kepentingan dan disebut untuk menjadi PM dan juga sebagai Presiden Parti Keadilan, kenyataan Anwar itu boleh dianggap kenyataan diplomasi yang tujuannya untuk meredakan suasana. Tetapi, beliau juga memberikan isyarat jelas iaitu terpulang kepada Majlis Presiden.

Maka, bola di kaki Majlis Presiden PH sekarang. Soal mengkotakan janji bukan ditentukan oleh Tun M atau Anwar, tetapi oleh Majlis Presiden PH. Kami tuntut janji itu.

ALMARHUM US FADZIL NOOR DAN TOK GURU NIK AZIZ SUKA KALAU ANWAR JADI PM, TETAPI TIDAK BUAT HADI

Kenapa Hadi amat tidak suka Anwar jadi PM, sedangkan Anwar adalah nama yang disebut oleh Almarhum Us Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai calon PM yang terbaik?

Sebenarnya semua keluarga Anwar tidak disukai oleh bekas MB Terengganu sepenggal ini. Ada yang kata kerana kes liwat yang difitnah terhadap Anwar menyebabkan beliau tidak suka Anwar. Sebenarnya, bukan itu sebabnya. Jika itu sebabnya, mengapa sewaktu isteri Anwar, Kak Wan mahu dicalonkan oleh PR untuk menjadi MB Selangor, Hadi tetap tidak setuju atas alasan Kak Wan tidak layak jadi MB. Anwar dia tidak suka, Kak Wan pun dia tidak berkenan.

Berkat kesabaran Kak Wan yang tidak sepatah pun beri komen di atas penghinaan yang diterima dari Hadi itu, Alhamdulillah, bukan sahaja MB, bahkan Kak Wan kini telah menjadi TPM. Di mana kedudukan Hadi? Kedudukannya terhina bukan semakin tinggi darjatnya, bahkan semakin rendah di tapak kaki pemimpin Umno sekarang. Dihinakan lagi apabila tokoh yang dia hina sebelum PRU14 iaitu Tun M dikatakan hanya layak jadi doktor klinik 1Malaysia, kini telah menjadi PM. Terhina bukan kepalang apabila Hadi terhegeh2 ketuk pintu pejabat Tun M untuk mohon bantuan.

Semua yang pernah Hadi hina, semuanya lebih tinggi kedudukan dari Hadi. Hadi pula bertambah rendah kedudukannya apabila terpaksa melutut kepada Umno yang pernah dikatakan kapir melalui amanatnya dulu.

Itulah punca Hadi amat jaki Anwar menjadi PM. Padanya, kalau dia tidak boleh jadi PM, Anwar pun tidak boleh jadi PM. Tapi Hadi tiada kuasa. Allah berkuasa yang merancang kesemuanya. Hadi hanya boleh jadi pegawai veterinar kerana dia hafal banyak nama2 binatang.