| V Sivakumar |
|
Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Persidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat. Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri. Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik ‘akuarium’ yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya. Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata. Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13. Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup menggadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif. Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif. Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan Konvensyen Dewan Negeri. Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta. Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR. Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvensyen. Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia. Ahli-ahli Dewan Negeri BN di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli Dewan Negeri PR di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin. Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar. Walaupun Datuk Seri Zambry dan konco-konconya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama sekurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu. “Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan dewan kerana penyalahgunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Datuk Seri Nizar dari Dewan. V Sivakumar, Adun Tronoh dan Speaker Pakatan Rakyat Dewan Negeri Perak. Sumber: Harakahdaily |
Rabu, 4 Ogos 2010
Adun BN Perak bacul, tak berani berbahas
`RAJA KATAK' KENA BELAJAR BAHASA INGGERIS ?
| Pelajaran bahasa Inggeris untuk Ibrahim Ali | ||
|
Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius.
![]() |
Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu.
Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda.
Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa.
![]() |
Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian.
Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.
![]() |
Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme.
Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English.
Sumber: Malaysiakini
Selasa, 3 Ogos 2010
YB ZUL, MENGAPA TIDAK CADANG MCA DIHARAMKAN ?
MCA masuk campur soal melayu, masuk campur soal islam kenapa ? siap buat demo lagi...berkumpul ramai-ramai menyalak bantah hukum Islam kenapa ?
hukum hudud adalah hukum Islam...untuk orang Melayu Islam...apa kena mengena hukum untuk orang Islam dengan kaum Cina MCA ? takde kena mengena kan? habis kenapa buat demo? bukankah ini dinamakan ganggu hak melayu ? bukan kah ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan ?
yang hairannya, kenapa YB Zul tak minta supaya MCA diharamkan ? kenapa YB Zul tak buka mulut dalam soal ini?

AMARAN - JANGAN JADI PEMIMPIN CELAKA !!
Umno menyalak ke hulu ke hilir kununnya membela nasib rakyat. Umno bertopengkan Apco kununnya untuk memperjuangkan Islam. Di dalam keadaan Umno sekarang nyawa-nyawa ikan, mereka masih sombong dan angkuh menzalimi rakyat. Bayangkan jika mereka sudah kembali kuat dan gagah. Adakah terliur lagi pemimpin kita untuk berjabat tangan dengan Umno? Jika ada, memang itulah pemimpin celaka sebenarnya.
Amaran kita berikan kepada mana-mana pemimpin agar menjauhkan diri dari Umno. Umno tidak layak untuk kita jadikan sahabat. Biarlah beribu Mufti mengeluarkan `fatwa' wajib bersatu dengan Umno, persetankan. Biar Mufti itu memberi hukum di atas apa yang berlaku kepada rakyat yang majoritinya Melayu Islam yang dikasari dan dizalimi sewaktu program Pembangkang baru-baru ini. Mana Mufti yang selama ini menjerit melolong minta bersatu? Bisu seribu bahasa melihat kezaliman di depan mata?/wfauzdin.blogspot.com
PENDEDAHAN ANWAR, APA PULA KOMEN EZAM ?
| Anwar dakwa Jho Low dapat lapangan terbang Sg Besi | ||
|
Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang malam semalam, Anwar membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.
Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.
"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).
Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.
PKR mendakwa perjanjian itu bernilai RM500 juta dan dikaitkan dengan Low kerana pembabitannya dengan Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya diperbadankan menjadi 1MDB.Bagaimanapun pada wawancaranya dengan the Star minggu lalu, Low menafikan dakwaan berkenaan.
"Zaman baik macam Nik Aziz dikatakan rasuah, yang rompak naik jadi Tun, yang bunuh naik takhta, ini zaman edan, cukuplah kita bangsa Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Orang Asli, Bugis, Bajau, semuanya mahukan perubahan, pembaharuan untuk yang lebih baik di semua peringkat, baru boleh pimpin orang lain.
Tutup mata
Pa
da ceramahnya malam semalam itu, Anwar juga mendakwa usaha mengheret bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling liong Sik ke mahkamah atas percubaan menipu jemaah menteri pada 2002, hanya percubaan mengaburi mata rakyat.
Ditambah dengan wang ikat jamin RM1 juta yang dikenakan ke atas Ling, Anwar berkata pihak berkuasa cuba menunjukkan seolah-olah mereka serius dalam usaha membanteras rasuah.
"Semasa di Pulau Pinang, rakyat kata: 'Aiyo... RM1 juta begitu tinggi tapi saya kata jumlah itu terlalu kecil bagi Ling,” kata Anwar.
Sambil mengajuk bekas presiden MCA itu, Anwar berkata: "Huh? RM1 juta? Maksud anda RM10?"
Menurut Anwar lagi, terdapat dalang lain yang turut terbabit dalam skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang yang masih bebas.
"P
enyelewengan PKFZ adalah antara keuntungan kecil kepada BN. Terdapat banyak lagi penyelewengan besar yang tidak diketahui umum tetapi saya tahu.
LAPORAN POLIS BUAT SAIFUL PULA
| Kes ditangguh, Anwar mohon batal pertuduhan | |
| |
Ogos 2, 10
![]() |
Peguam utama Anwar -- Karpal Singh -- yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara, hadir hari ini.
Katanya, timbalan pendakwa raya itu, Farah Azlina Latif dan pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan "seharusnya mengemukakan afidavit berasingan" bagi menjawab dakwaan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. yang mereka mempunyai 'hubungan romantis”.
"Pihak pendakwaan tidak mengesahkan hubungan itu mahupun menafikannya. Berdasarkan ini, kami yakin wujudnya hubungan dan terpulang kepada mereka untuk menafikan dakwaan itu,” katanya di luar mahkamah.
![]() |
Justeru, katanya, integriti dan keadilan seluruh pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan tersebut dan dengan itu mahkamah harus membatalkan tuduhan liwat yang dihadapi Anwar.
Karpal berkata Farah Azlina telah melanggar Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi manakala Mohd Saiful pula telah melanggar Seksyen 8(2) akta yang sama.
Katanya notis usul untuk menggugurkan tuduhan itu telah difailkan pagi tadi bersama afidavit Anwar untuk menyokong permohonan berkenaan.
Walaupun mengikut jadual, Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur sepatutnya memberi keterangan dan disoal balas, namun 'hubungan romantis' berkenaan mencuri tumpuan.
Karpal meminta mahkamah mendengar permohonan itu sebelum meneruskan perbicaraan.
Peguam Anwar mendesak hakim supaya membuang kes ini berdasarkan dakwaan hubungan berkenaan.
P
![]() |
Faraf Azlina juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan, pejabat peguam negara.
Perbicaraan hari ini dimulakan dengan Karpal memfail permohonan supaya pendakwaan terhadap ketua pembangkang itu digugurkan.
Bagaimanapun, ketua pendakwa raya membantah permohonan berkenaan tetapi bersetuju supaya kes itu ditangguh seketika.
Mohamed Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam hujah balasnya berkata ia hanyalah tuduhan tanpa kebenaran sama sekali, tambah lagi penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai prosiding tersebut.
Dalam permohonan itu, alasan yang dinyatakan dalam afidavit Anwar bagi menyokong permohonan beliau antaranya adalah Farah Azlina mempunyai pengetahuan kepada kertas siasatan dalam kes itu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk mendengar permohonan Karpal tetapi disebabkan peguam belum bersedia, perbicaraan ditangguh seketika.
Selepas perbicaraan ditangguhkan, Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur ini.
Kedua-dua mereka didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.
Di dalam laporan itu Anwar juga menggesa pihak polis menyegerakan siasatan terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful.
![]() |
Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat./Malaysiakini
Isnin, 2 Ogos 2010
DS ANWAR BERJAYA `JAM' KAN JALAN SEJAUH 10 KM DI JOHOR
Oleh: notan
"Assalamulaikum,,.

Itu di Johor, negeri yang mempunyai ahli UMNO teramai dan negeri yang sudah lebih 50 tahun memberi kemenangan yang selesa kepada UMNO/BN. Yang keluar ke ceramah itu ialah orang Johor, bukan orang Serawak dan yang semakin ghairah untuk mendengar fakta dan angka mengenai isu isu utama negara itu ialah orang Johor, bukan orang Sabah.
Itu hakikatnya yang boleh dibaca dari peristiwa jalan jam tersebut dan ini bukan kali pertama berlaku di Johor. Ianya sudah menjadi fenomena sejak selepas PRU 12 lalu dan fenomena ini sudah lama berlaku di Terengganu. Menyekat ceramah dengan road block sudah tidak berlaku lagi di Terengganu tetapi orang Terengganu faham benar atas apa yang sedang berlaku di Johor sepertimana kisah bakar pos pilihanraya BN di Penang ketika PRU 12 lalu.
Rengkasnya, peristiwa yang pernah berlaku di Terengganu kini berjangkit di negeri negeri kubu kuat UMNO/BN. Tetapi yang menarik ialah ketika jalan jam di Johor, Dr.Badrul Amin sedang bercakap pada majlis ceramah yang diadakan di dataran Hj.Muda, Geliga Kemaman. Kerana itu orang orang Terengganu mendapat maklumat segera atas apa yang berlaku di Johor hasil dari hebahan Dr.Badrul Amin. Ketika inilah Dr.Badrul yang pernah ada pengalaman disekat di Terengganu dulu bertanya hadirin, kalau di Johor sekarang boleh jam 10 km, bagaimana kalau ceramah PR di Terengganu di sekat dengan cara yang sama?
Orang orang Terengganu sudah lali dengan sekatan sebegini dan polis juga sudah tidak segarang dulu lagi di Terengganu. Polis sudah tidak lagi menyembur gas pemedih mata, sudah tidak lagi menembak orang seperti menembak kambing dan polis juga sudah tidak lagi menyekat ceramah PR baik dengan cara tidak meluluskan permit atau mengadakan road block. Kenapa? Sebabnya seperti kata Dr.Badrul Amin, kalau di Johor boleh jam 10 km, di Terengganu kita akan jamkan seluruh negeri sekiranya ceramah PR diganggu seperti gangguan di Johor.
Kepada orang orang yang pernah memperlekehkan kekalahan PR di Terengganu sewajarnya menilai fakta ini sebelum begitu cepat memperlekehkan kekalahan ini dan kepada orang orang yang suka memperkecilkan ceramah PR, tolong ambil perhatian dengan semua peristiwa ini kerana ini adalah fakta bukannya rekaan semata mata./Tranungkite
UMUM HARTA - MENGAPA HISHAMUDDIN HARUS TAKUT?
Oleh: WFAUZDIN NSSeperti yang dijangka, tentunya cadangan seperti ini tidak menyenangkan sesetengah pemimpin Umno dan salah seorangnya adalah Naib Presiden Umno sendiri iaitu Datuk Seri Hishamuddin. Beliau berkata cukup sekadar diumumkan senarai harta anggota Kabinet kepada bos mereka iaitu Najib. Apa ertinya jika diserahkan kepada Najib? Sedangkan semua tahu dan kenal Najib yang penuh diragui kredibilitinya itu. Harta Najib pula mahu diumumkan kepada siapa ?
Sekiranya mereka tahu harta yang mereka miliki itu datangnya dari punca yang bersih dan halal, mengapa perlu takut? Sampai bila pemimpin Umno mahu berani untuk menunjukkan ketelusan mereka? Apakah dengan hanya menuduh pemimpin pembangkang yang tidak telus maka mereka boleh dikatakan telus?
Datuk Hishamuddin nampaknya sentiasa bimbang kepada bayang-bayang sendiri. Sepatutnya beliau menyokong penuh cadangan dari Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut. Beliau juga menentang cadangan Karpal Singh yang mahu hukuman mati dikenakan kepada pesalah rogol kanak-kanak. Alasannya, seberat mana pun hukuman diberikan tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi, apa cara penyelesaiannya yang beliau boleh cadangkan? Tiada apa pun. Maka, haruskah dibiarkan sahaja jenayah ini berleluasa? Atau, perlukah diadakan lagi Sekolah Rendah Mangsa Rogol pula sebagaimana impian Kerajaan Melaka yang mahu dirikan Sekolah Mengandung itu?
Jika Perundangan Islam pun pemimpin Umno tidak mahu laksanakan, cadangan dari Karpal Singh ini pun dipandang remeh oleh mereka, apa lagi yang kita boleh harapkan dari Umno untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin berleluasa ini? Nampaknya murid-murid awal persekolahan sehingga ke peringkat tinggi pun menjadi mangsa jenayah seperti ini termasuk masalah sosial yang semakin serius. Apa Kementerian lakukan untuk mengatasi masalah ini? Muhyiddin tidak mampu untuk menjaga pelajar-pelajar ini dan kebanyakannya adalah Melayu berugama Islam. Kerja Muhyiddin adalah menghentam Pembangkang setiap hari, hinggakan tanggungjawabnya di Kementerian langsung diabaikan.
Inikah wajah pemimpin Melayu yang boleh kita harapkan lagi untuk membela nasib orang Melayu? /wfauzdin.blogspot.com
DIALOG - IBRAHIM ALI DIASAK, CABUT AWAL
| Ibrahim Ali pertahan PERKASA tidak rasis | |
|
Bagaimanapun, penjelasannya itu nampaknya tidak begitu meyakinkan kira-kira 600 orang pelajar yang hadir apabila soalan demi soalan diajukan bertalu-talu kepadanya.
Program dialog tersebut merupakan antara tarikan utama dalam persidangan selama dua hari, berakhir hari ini, anjuran Majlis Pelajar United Kingdom dan Eire (UKEC).
Antara soalan yang diajukan daripada seorang pelajar jurusan kewartawanan yang mahu Ibrahim menjelaskan mengapa pemimpin PERKASA tidak diheret ke penjara bawah undang-undang ISA, atas kenyataan didakwa rasis yang dikeluarkan mereka.
Tidak cukup dengan itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas juga terpaksa menadah serangan daripada dua lagi anggota Dewan Rakyat -- Khalid Samad dan Khairy Jamaluddin yang berkongsi pentas dengannya.
Beliau juga mengumumkan bahawa Khairy bukan lagi "anaknya", biarpun beberapa minit sebelum itu Ibrahim menganggap Khairy demikian.
Dengan nada berjenaka, Ibrahim sebelum itu berkata, beliau menganggap Khairy sebagainya anaknya disebabkan ketua pemuda Umno itu kini baru berusia 34 tahun, namun beliau sudahpun mencecah usia 59 tahun.
Katanya lagi, beliau juga telah dua kali ditahan bawah ISA malah merupakan seorang pemimpin pelajar yang lantang memperjuangkan nasib rakyat ketika Khairy belum lahir lagi.
Katanya lagi, setakat ini belum ada apa-apa laporan polis dibuat ke atas pertubuhan itu dan PERKASA hanya memperjuangkan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan.
"Tapi adakah kenyataan yang kami keluarkan supaya (kerajaan) mengabaikan hak orang lain?," soalnya.
Malah, beliau juga berkata faktor keselamatan negara perlu diutamakan supaya peristiwa berdarah 13 Mei tidak lagi berulang.
Perkara tersebut diulangnya beberapa kali, yang mengundang cemuhan daripada Khairy.
Khairy berkata, para pelajar kini tidak lagi boleh dimomokkan dengan undang-undang ISA dan peristiwa 13 Mei dan mereka telah berani bercakap soal melibatkan isu kaum dengan berkeyakinan.
Khairy ketika menjawab soalan berkenaan juga berkata beliau tidak ingin memanjangkan lagi isu di antara beliau dengan PERKASA.
Katanya, dalam kedudukannya sebagai ketua pemuda Umno, beliau membuat percaturan politik yang berisiko besar apabila mengambil pendekatan inklusif dalam menghadapi soal isu kaum.
Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan Ibrahim sebelum ini bahawa beliau tidak dapat mempertahankan seorang setiusaha politik perdana menteri, Datuk Nasir Safar.
Nasir didakwa telah mengeluarkan kenyataan perkauman apabila menyifatkan kaum bukan Bumiputera sebagai pendatang.
Namun, jelas Khairy, tindakan itu sememangnya tidak dapat dipertahankan dan beliau telah membaca transkrip ucapan tersebut yang "sememangnya rasis."
Istilah "pendatang" tidak lagi boleh digunakan ke atas golongan bukan Melayu dan bumiputera kerana mereka sememangnya telah dibesarkan dan dibesarkan di negara ini, kata Khairy lagi.
Bagaimanapun, Ibrahim kemudiannya bingkas mempertahankan dirinya dan berkata, dakwaan bahawa Umno lemah tidak ada kena mengena dengan kegagalannya mempertahankan Nasir Safar.
Namun, ini disebabkan kelesuan pemuda Umno dalam mendepani isu-isu semasa melibatkan negara.
"Pemuda Umno bukan lemah disebabkan tidak defend (pertahan Nasir Safar), tapi disebabkan Pemuda Umno memang lemah," katanya.
Tanpa diduga, Ibrahim juga sempat mengambil peluang untuk menyindir Khairy berhubung dakwaan hubungannya dengan aktres jelita Maya Karin.
Perkara tersebut tidak diendahkan oleh Khairy yang sekadar tersenyum dan memulangkan semula paku buah keras kepada "bekas ayahandanya" itu.
Katanya, beliau lebih suka mempertahankan idea yang dipegangnya pada usianya sekarang, berbanding pandangan yang dipegang Ibrahim pada usia 59 tahun.
"Anda kata sebab tak ada laporan polis (bermakna PERKASA tidak melakukan kesalahan). Tapi hanya sebab tidak ada laporan polis, tidak bermakna anda tidak rasis," kata Khairy lagi.
Ibrahim kemudiannya turun dari pentas, dengan alasan untuk memulakan perjalanan ke Seremban bagi satu program PERKASA, sementara Khairy menyambung dialog bersama seorang lagi ahli panel Khalid Samad./Malaysiakini
KEPUTUSAN POLL - MAJORITI ANGGAP NAJIB PENIPU RAKYAT
Keputusan Poll yang diperolehi adalah seperti berikut:
Najib Menipu Rakyat - 85 %
Sangsi Dengan Najib - 9 %
Najib Bercakap Benar - 5 %
Berkecuali - 1 %
GANAS..GANAS...DAN GANAS !!!
| Upacara anti-ISA dihalang polis, 29 ditangkap | ||
|
Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.
![]() |
Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut
Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu.
Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.
Sekurang-kurangnya lima orang telahpun ditangkap temasuk pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin.
![]() |
Selain Ibrahim dan Badrul Hisham, turut ditahan dan dibawa ke balai polis daerah Petaling Jaya ialah Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Ng Yap Hwa dan Wei Lee.
Siti Kasim dari Majlis Peguam berkata ini adalah kali pertama beliau melihat polis bertindak ganas, sehingga bertindak menangkap orang ramai walaupun mereka masuk ke sebuah pusat membelibelah.
Pada sekitar jam 9:15 malam, polis menghentikan tindakan menyurai dan menangkap.
Dalam sidang akhbar sejurus selepas itu, ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini.
"Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya.
Beliau juga berkata pihak penganjur mendakwa telah mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
"Tetapi MBPJ bukan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit tersebut," katanya sambil menambah MBPJ seharusnya tahu perkara itu.
Beliau juga mempertahankan tindakan polis kerana peserta perhimpunan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.
"Kita telah meminta mereka bersurai, tetapi mereka enggan dan masuk ke dalam Amcorp Mall," katanya.
Arjunaidi berkata apabila keluar, mereka mengkritik dan mencabar polis yang kemudiannya menangkap mereka.
Menuutnya, seramai 25 orang dewsa - enam wanita dan 19 lelaki - ditahan kerana menyertai perhimpunan haram.
Katanya, walaupun terdapat kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, tetapi tidak ada yang ditahan.
Di Pulau Pinang, empat orang ditangkap termasuk Choo Choon Kai dan Kris Khaira dari PSM.
Seorang lagi - Darshan Singh - ditangkap kemudiannya. Manakala yang keempat ditangkap ialah Ong Jing Cheng dari Suaram./Malaysiakini
Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini, 3 Ogos amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidangan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.











