TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Isnin, 2 Ogos 2010

UMUM HARTA - MENGAPA HISHAMUDDIN HARUS TAKUT?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SAYA tertarik dengan cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim yang mahukan anggota Kabinet mengistiharkan harta mereka kepada umum. Beliau merujuk kepada saranan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiaga sebelum ini. Baca di sini.

Seperti yang dijangka, tentunya cadangan seperti ini tidak menyenangkan sesetengah pemimpin Umno dan salah seorangnya adalah Naib Presiden Umno sendiri iaitu Datuk Seri Hishamuddin. Beliau berkata cukup sekadar diumumkan senarai harta anggota Kabinet kepada bos mereka iaitu Najib. Apa ertinya jika diserahkan kepada Najib? Sedangkan semua tahu dan kenal Najib yang penuh diragui kredibilitinya itu. Harta Najib pula mahu diumumkan kepada siapa ?

Sekiranya mereka tahu harta yang mereka miliki itu datangnya dari punca yang bersih dan halal, mengapa perlu takut? Sampai bila pemimpin Umno mahu berani untuk menunjukkan ketelusan mereka? Apakah dengan hanya menuduh pemimpin pembangkang yang tidak telus maka mereka boleh dikatakan telus?

Datuk Hishamuddin nampaknya sentiasa bimbang kepada bayang-bayang sendiri. Sepatutnya beliau menyokong penuh cadangan dari Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut. Beliau juga menentang cadangan Karpal Singh yang mahu hukuman mati dikenakan kepada pesalah rogol kanak-kanak. Alasannya, seberat mana pun hukuman diberikan tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi, apa cara penyelesaiannya yang beliau boleh cadangkan? Tiada apa pun. Maka, haruskah dibiarkan sahaja jenayah ini berleluasa? Atau, perlukah diadakan lagi Sekolah Rendah Mangsa Rogol pula sebagaimana impian Kerajaan Melaka yang mahu dirikan Sekolah Mengandung itu?

Jika Perundangan Islam pun pemimpin Umno tidak mahu laksanakan, cadangan dari Karpal Singh ini pun dipandang remeh oleh mereka, apa lagi yang kita boleh harapkan dari Umno untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin berleluasa ini? Nampaknya murid-murid awal persekolahan sehingga ke peringkat tinggi pun menjadi mangsa jenayah seperti ini termasuk masalah sosial yang semakin serius. Apa Kementerian lakukan untuk mengatasi masalah ini? Muhyiddin tidak mampu untuk menjaga pelajar-pelajar ini dan kebanyakannya adalah Melayu berugama Islam. Kerja Muhyiddin adalah menghentam Pembangkang setiap hari, hinggakan tanggungjawabnya di Kementerian langsung diabaikan.

Inikah wajah pemimpin Melayu yang boleh kita harapkan lagi untuk membela nasib orang Melayu? /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Salam Semua,

    sebagai warga negara malaysia saya sangat bertuah dapat hidup di negara yang aman damai dan berbilang kaum. Tetapi sejak akhir2 ini, kenapa kedaan di mlaysia agak kurang senang kerana dek bahang politik yang berbeza. Saya menetap hampir 11 tahun di luar negara, termasuk England,France, tokyo, Finland dan juga indonesia. Dalam pengamatan saya, Malaysia adalah lebih baik dan juga aman jika nak dibandingkan dgn negara2 lain..Tetapi sekarang ni kenapa ia seakan2 berubah? Adakah melayu sekarang ini sedara akan kedudukan mereka? kenapa kita harus taksub dengan arena politik? adakah perjuangan utuk bangsa atau hanya diri sndiri yg mengejar kekayaan dan nama? Kenapa kita perlu tunduk pada permintaan s.Ambiaga? siapa dia? ketua agama Islam kita? Kenapa kita nak menafikan yg Anwar itu mmg kaki Sodomise, knp harus kita pertahan lagi? knp melayu sesama melayu harus berpecah/ kenapa? adakah melayu ini sudah lupa akan 13 Mei, Lina Joy dan sebagainya, Kenapa agama di persendakan untuk berpolitik? Kesian kepada mereka yg terlalu taksub. Kalau kita nak senang kena kerja kuat, lebih kan usaha. Bukan sekadar menjaga tepi kain org terutama bangsa sendiri. Jangan lah jadi bodoh kerana bangsa lain. Kepada semua para pembangkang mahupun kerajaan, sebenarnya perjaungan adalah menjaga hak dan kepintangan rakyat, jalan kan tugas anda dengan baik. Buat pengikut setia S.ambiaga, tolong hentikan niat anda itu, kerana di malaysia ini bukan seperti di Delhi mahupun mumbai seharunya anda perbaiki sistem pilihanraya di kampung halaman anda terlebih dahulu. Jangan jadikan kepadai anda sebagai peguam utuk mencari publisiti murahan dan jadikan melayu sebagai kuda tunggangan anda. Kepada ahli PKR,PAS tlg la jgn berkerjasama dengan DAP, fikir lah kerana korang selalu mengaku org yg bijak pandai. ibarat pepatah, Bijak tak mahu kongsi, Bodoh tak boleh nak tunjuk>>>.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini