RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 7 Ogos 2010

APABILA YB KHALID DARI PAS PULA MENJADI MB SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS
Justify Full
ANDAINYA ditakdirkan PAS memerintah Selangor suatu hari nanti, selain dari Pesuruhjaya PAS Dr Hassan Ali tokoh yang paling layak difikirkan untuk menduduki kerusi MB Selangor pada pandangan saya adalah YB Khalid Samad. Ketokohan beliau amat terserlah walaupun penuh dengan kontroversi.

Beliau seorang yang tegas, berprinsip dan berani di samping disukai oleh berbagai kaum. Keberanian beliau seperti kelihatan menungkah arus di dalam PAS, namun apa yang beliau lakukan sebenarnya tidak pernah melanggar dasar PAS. Cuma mungkin gerak geri beliau kelihatan ganjil pada pandangan beberapa pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini tiada pemimpin PAS yang berani bertindak seperti beliau.

Hubungan baik beliau dengan pemimpin dari PR kadangkala dilihat lebih mesra dari pemimpin PAS sendiri. Namun, beliau tetap menerima segala arahan dari partinya walaupun kadangkala berlawanan dengan prinsipnya. Wala' beliau pada pimpinan amat tinggi sehingga beliau sanggup hilang jawatan, namun berpaling dari perjuangan tidak sama sekali.

Keberaniannya menjejakkan kaki ke kilang arak terbesar di Shah Alam mungkin mencetuskan kontroversi lagi. Baca di sini. Tetapi adakah itu satu kesalahan kepada aturan dan disiplin PAS? Mungkin dari segi mengelakkan fitnah, lebih baik YB Khalid tidak berbuat demikian namun selaku MP Shah Alam, apa pilihan yang beliau ada untuk menyelesaikan satu-satu isu? Beliau telah bertindak bijak untuk turun sendiri ke sana bagi mendapatkan maklumbalas sebenar dari pemilik kilang arak tersebut.

YB Khalid Samad bukan tokoh Ulamak, tetapi tidak semua tokoh Ulamak dalam PAS mampu bertindak berani seperti beliau. Keberaniannya tidak kalah dengan Tuan Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan sesuatu walaupun kadangkala tidak berkenan di mata sahabat-sahabatnya di dalam PAS. Apa yang penting, ke mana pun beliau pergi dasar dan prinsip PAS tetap digenggam erat oleh beliau. Inilah tokoh PAS yang layak ditabalkan menjadi MB Selangor suatu hari nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Dulu hassa al bana pergi disko untuk berda'wah..jadi tak salah untuk khalid samad ke kilang arak untuk tinjau keadaan kilang tu dan berda'wah. Semoga terus lahirkn pmimpin PAS seperti Khalid Samad. Ada abg pemimpin UMNO, tp tak pernh dgr khalid ajr umno bergabung dgn PAS. Buknnya mcm pmimpin PAs yg lbh sudu dari kuah.

    Syaas buat Khalid..timbulkn keperibadian hassan al bana dalam organisasi PAS yg sukr untuk berubh..

    BalasPadam
  2. harap ada lebih ramai lagi pemimpin PAS yang seperti TG Nik Aziz dan YB Khali Samad. Terus kan perjuangan anda. Kami sentiasa membantu anda.

    BalasPadam
  3. "..timbulkn keperibadian hassan al bana dalam organisasi PAS yg sukr untuk berubh.."

    Pastikan jangan salah sebut Hassan al Bana bukan Hasan Ali.

    Pada saya tiada apa yang boleh menimbulkan FITNAH kepada YB Khalid sebab apa yang dilakukan semuanya secara terang-terangan. FITNAH hanya akan berlaku jika perbuatan yang disorok-sorok seperti yang dilakukan oleh hasan ali dengan mufti haramjadah serta seperti yang dilakukan oleh hadi & the geng jumpa pak lah dalam gelap kemudian diketahui oleh rakyat dan penyokong oleh pihak lain. Hanya makhluk yang tidak berakal saja yang akan percaya segala penafian mereka. Itulah bezanya...

    BalasPadam