RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 7 Ogos 2010

TUDUH PAS - CHUA SOI LEK TOLAK AGAMA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KENYATAAN Presiden MCA yang pernah terlibat di dalam skandal seks, Chua Soi Lek di dalam Malaysiakini hari ini yang menuduh Umno dan PAS menggunakan Islam untuk meraih sokongan orang-orang Melayu memperlihatkan Presiden MCA itu seperti tidak percaya kepada agama. Mungkin sebab itu, beliau memandang remeh perbuatan seks tanpa nikah yang pernah beliau lakukan.

Jika beliau menuding jari kepada Umno, mungkin ada lojiknya kerana Umno sebuah parti sekular yang bukan sahaja tidak berjuang untuk mendaulatkan Islam, bahkan gagal membela nasib Melayu. Tetapi PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam bukan parti yang ekstrim terhadap Melayu, telah menunjukkan rekod bahawa dengan Islam maka keadilan semua kaum dapat ditegakkan. Chua Soi Lek boleh bertanya kepada kaum Cina di Kelantan di bawah pentadbiran PAS selama 20 tahun. Mengapa majoriti kaum Cina di Kelantan masih kekal menyokong PAS tidak MCA jauh sekali Umno?

Presiden MCA itu patut menilai mengapa MCA gagal memberi keadilan kepada kaum Cina selama beliau bersekutu dengan Umno. Mengapa kaum Cina tidak lagi percaya kepada MCA mahu pun gerakan, sebaliknya mereka lebih yakin kepada PR termasuk PAS? Adakah kerana PAS menggunakan agama maka sekarang ini kaum Cina mulai yakin dengan PAS?

Sewajarnya MCA dan Gerakan mendekati PAS dan memahami tujuan perjuangannya. Chua Soi Lek jangan cuba untuk melindungi kelemahan MCA dengan menuding jari kepada PAS. Beliau juga jangan mengajar rakyat melupakan agama sekiranya beliau tidak berugama. Chua Soi Lek patut berasa beruntung kerana MCA masih mahukan pemimpin yang `berzina' untuk memimpin parti terbesar kaum Cina itu. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. PAS meperjuangkan Islam ?. Nama Allah pun dijual kepada Kristian dan Yahudi. PAS Meperjuangkan Politik ulamak mereka. Lihat apa PAS telah buat di Selangor dan Pulau Pinang. Islam bukan sekadar berceramah politik. Apa PAS lakukan untuk perpaduan Umat Islam ? Islam bukan sekadar di mulut , akhirat tujuan sebenar Umat Islam bukan Islam PAS atau Islam UMNO. Umat Islam semakin terpingir dari Islam kerana Ulamak nya sibuk mengejar kuasa Dunia dan apa yang di dalamnya.
    Kelantan telah di perintah oleh PAS selama hampir 30 tahun tetapi adakah umat Islam di kelantan lebih Islam daripada umat Islam di negeri lain, cuba nilai sendiri dengan hati yang jujur. Umat Islam kehausan Dakwah Islam yang sebenar bukan ceramah politik PAS.

    BalasPadam
  2. Betu-betul tu lu cakap (tanpa nama)...gua amat sokong kerana lu sendiri bodoh tegar dan berpandangan sekular macam pemimpin UMCO juga. Beruk di Zoo mana yang lahirkan anak bodoh macam lu ni..WFauzdin. tolong kurung anak beruk tu semula sebelum dia makan anak ayam.

    BalasPadam
  3. Kalau negara luar seperti Taiwan, Jepun dan Korea nak guna nama Allah bagi tujuan keagamaan Lu mau bikin apa... mau serang sama dia orang? Lu ingat Allah hanya tuhan melayu ke? Tutup saja UIA kalu tak mahu orang kafir guna nama Allah.. memang betul le.. lu ni anak beruk Zoo yang terlepas, inilah minda hasil dari didikkan pemimpin UMCO yang sekular. Ini pun mungkin lu tak faham lagi sebab lu dah buta hati.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama 2010 Ogos 7 10:10

    lebih baik kau pergi cakap pada pemimpin UMno supaya haramkan anggota PDRM yang bukan beragama Islam supaya jangan guna lencana yang ada kalimah ALLAH dan MUHAMMAD tu.

    BalasPadam