RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 22 Ogos 2010

MESYUARAT TERGEMPAR PR P.PINANG

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.

Mesyuarat tergempar PR dipanggil hari ini berikutan permainan isu “Guan Eng gantikan Agong” yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa. Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain.

Dalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP. 10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:-

1. Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

2. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

3. Menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

4. Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh UMNO.

5. Menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.

6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

7. Menafikan dengan keras dakwaan UMNO kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong serta Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri.

8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

9. Mendesak BN dan UMNO hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam/khatib yang tidak mengikut teks khutbah yang disediakan, kalau ada, dengan fitnah penggunaan nama YAB Lim Guan Eng diarahkan oleh kerajaan negeri.

10. Menyeru rakyat and penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada program baik kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas, menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.

Y
B Dato Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

Pengerusi PKR Pulau Pinang

YB Chow Kon Yeow
Pengerusi DAP Pulau Pinang

Ustaz Rosidi Hussain
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

SERAGAM HARGA AIR DAN CUKAI TANAH - TOLAK CADANGAN MEREKA

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kerajaan Pusat bercadang untuk menyeragamkan kenaikan air dan cukai tanah pada semua negeri, seharusnya negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membuat kajian yang mendalam sebeum menerima pakai cadangan tersebut. Ini bukan soal politik tetapi ini soal dasar sesebuah negeri yang dipilih oleh rakyat. Apatah lagi negeri-negeri di bawah PR yang manifestonya sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu ingin mewujudkan Negara/Negeri berkebajikan.

Pengajaran yang berlaku di Selangor seharusnya dijadikan panduan sebelum Negeri di bawah PR membuat keputusan. Kerajaan Negeri Selangor yang ingin merakyatkan Selangor dengan menunaikan janji air percuma, awal-awal lagi diganggu dengan berbagai cara untuk menggagalkan usaha tersebut. Begitu juga dengan cukai-cukai tanah yang nampaknya Kerajaan Negeri di bawah PR lebih telus dan baik menguruskan hal tersebut daripada negeri-negeri lain. Ini yang menimbulkan rasa resah gelisah mereka kerana mereka bimbang rakyat lebih yakin dengan pentadbiran di bawah PR.

Secara peribadinya, saya tidak bersetuju jika negeri-negeri di bawah PR terpengaruh dengan cadangan Kerajaan Pusat itu. Implikasinya amat besar kerana rakyat kini yakin bahawa hanya PR sahaja yang boleh mengurus dan mentadbir semua itu dengan baik tanpa membebankan rakyat. Justeru itu, jangan mudah terpedaya dengan strategi mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap PR.

Apabila kesemuanya itu dikawal oleh Kerajaan Pusat, maka Kerajaan Negeri tiada hak lagi dan jika berlaku sesuatu yang membebankan rakyat, maka nama baik Kerajaan Negeri akan terjejas. Sudah terlalu banyak dasar Kerajaan Pusat yang menyusahkan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan kebajikan kepada rakyat. /wfauzdin.blogspot.com

Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh ? Ini Buktinya

Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh

Walhal, umum mengetahui bahawa puak-puak UMNO ini sebenarnya "syok sendiri" dalam isu-isu agama seperti itu. Mereka hanya menjadi isu agama untuk kepentingan politik semata-mata. Orang lain buat semuanya tidak kena bagi mereka, tetapi kalau UMNO yang buat semuanya "dihalalkan" begitu sahaja oleh mereka.

Masih kita ingat tatkala musim kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bagi mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan (foto). Bukankah calon BN itu bukan beragama Islam dan terang-terangan dari parti MIC?. Kenapa Zahid Hamidi tidak bising dan menghalalkan pula ianya terjadi di depan mata?. Kenapa tidak mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan melakukan bacaan yassin dan solat hajat terhadap orang kafir adalah salah dan menjatuhkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri. Kenapa dalam kes Lim Guan Eng yang tidak dapat dibuktikan itu, beliau cuba untuk menjadi pembela agama?.

Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam sebaliknya jika dilakukan oleh Parti Pembangkang maka mereka mengharamkannya pula. Apa nak jadi dengan UMNO agaknya?


Bukti, kain rentang solat hajat dan yassin yang dihalalkan oleh UMNO itu

Inilah dia bukti, betapa kucar-kacirnya Islam Hadhari ciptaaan UMNO BN sejak dulu kini dan selamanya. Maka itu, kini sedarlah kita sikap sebenar pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka hanya Islam ketika waktu-waktu tertentu sahaja, sebaliknya menjadi munafik di waktu lain pula. Apakah pemimpin sebegini boleh diterima oleh umat Islam di negara kita agaknya?. Marilah sama-sama kita buat perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang, agar mereka tahu bahawa politik tidak seharusnya dipolitikkan setiap masa. Biar mereka tahu kuasa rakyat itu penentunya.

[Oleh itu, rakyat perlu bijak melihat segala yang disajikan depan mata kita sekarang ini. Usahlah terpedaya dengan hasutan "Utusan Malaysia Penyebar Fikiran Rakyat" itu. Malah Umat Islam itu sendiri perlu lebih tenang dalam menilai setiap provokasi agama yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang ini. Mereka sebenarnya sudah mula terdesak untuk menarik balik sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap parti itu. Lantaran itulah, apa saja kaedah terpaksa digunakan bagi tujuan tersebut. Malahan, mereka sanggup memalukan diri sendiri dek kerana mahu membuktikan merekalah pejuang Islam sebenarnya. Walhal kakikatnya Islam UMNO hanya ada pada nama sahaja, pengisiannya jauh panggang dari api. Umat Islam terutamanya generasi muda terus dirosakkan akhlak dan akidah mereka. Itu semua bagi memudahkan agenda supaya mereka melihat Islam itu zalim dan sebagainya. Akhirnya golongan muda inilah yang akan dijadikan aset untuk mempercayai bahawa UMNO itu membela Islam dan Melayu itu sendiri. Inilah agenda sulit mereka sejak dulu, kini dan selamanya].

Sumber: Pahang Daily

SYABAS ATAS KEBERANIAN TAN SRI KHALID

SPRM, KSSB tubuh pasukan khas antirasuah pasir
Ogos 21, 10

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) berkata, persetujuan itu dicapai pada pertemuannya dengan SPRM di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Katanya, pertemuan itu diadakan susulan pelawaan kerajaan Selangor kepada SPRM untuk menempatkan kakitangan dan pegawai di KSSB bagi tujuan itu.

"Pasukan petugas khas ini dicadang dianggotai pegawai KSSB dan SPRM," kata Khalid yang juga ADUN Ijok.

Menurutnya, dalam pertemuan tersebut, pihaknya turut disertai oleh Ketua Pengarah Eksekutif KSSB Wan Ab Halim Wan Ismail.

Manakala SPRM, antaranya disertai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Sutinah Sultan, dan Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata KSSB akan mengadakan taklimat mengenai operasi KSSB kepada SPRM termasuk prosedur dan kaedah-kaedah yang dipratikkan dalam perlombongan pasir.

"Selain itu, SPRM juga akan didedahkan dengan sistem-sistem yang diguna pakai oleh KSSB dan diajar untuk memahami urus niaga pasir yang dipratikkan oleh anak syarikat kerajaan Selangor ini," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata, apabila pasukan itu ditubuhkan, SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB dan mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah.

Menteri besar berharap, SPRM boleh mencadangkan prosedur yang boleh mengurangkan berlakunya rasuah menerusi pemantauan dan pemerhatian yang dilakukan terhadap KSSB.

Pada awal pertemuan, menteri besar memberitahu, pihaknya menerangkan bahawa kecurian pasir gagal diatasi oleh kerajaan terdahulu kerana hanya menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan tanpa melihat masalah tersebut dari aspek bekalan pasir kepada industri pembinaan.

KSSB akan memastikan perlombongan pasir mengikuti semua peraturan alam sekitar dan geologi yang ditetapkan, tambah Khalid./Malaysiakini

Masa Ezam Disiasat SB Dulu Kenapa Hal Liwat Tidak Disebutkan?

Jika Ezam Bercakap Benar, Dialah Yang Pertama Diliwat

Seluruh negara tahu pada masa itu tidak ada satu pendedahan pun yang dibuat oleh Ezam tentang keburukan Anwar Ibrahim. Jika diperhatikan dengan situasi sekarang, hati tertanya tanya kenapa pada masa itu tidak ada satu patah pun keluar perkataan dari mulut Ezam yang menggambarkan Anwar seorang peliwat" Pada 1999 Ezam telah ditahan di bawah ISA dan dibebaskan pada tahun 2003.

Mungkin inilah saat paling klimaks dalam rencah reformasi Ezam. Pada saat Ezam berada di penjara tentu sekali segala maklumat sulit tentang Anwar dan segala perjuangannya akan cuba dikorek digali oleh SB pada masa itu. Tentu sahaja dia tidak ditahan semata mata tanpa ada soal balas di dalam penjara.

Kini satu dekad telah berlaku, apa yang meniti di bibir Ezam adalah Anwar seorang yang suka sesuatu yang diluar tabii. Kemana sahaja dia dijemput, semua ucapannya terarah kepada 'anwarlah orang yang paling jijik di dunia'.

Terbaru ezam mendedahkan tentang perbualan telefon saat Wan Azizah berada di Amerika sementara Anwar dan Ezam pula berada di malaysia. Ceritanya digambarkan pada saat itu Azizah merasa resah kerana ada lelaki lain di rumah bersama sama dengan Anwar. Cerita ini seolah olah menggambarkan bahawa Azizah, Anwar dan Ezam sendiri telah sekian lama mengetahui tentang perangai Anwar.


Malangnya di dalam facebook atau twitter Ezam, ada seseorang bertanya sejak bila, saat mana, bila tarikhnya, Ezam menyedari Anwar suka sesuatu yang di luar tabii? Sampai ke hari ini Ezam tidak dapat menjawab.

Namun tiap masa yang terluang bagi Ezam sekarang digarap ayat sebaik mungkin digambarkan bahawa Anwar memang sah berperangai suka kepada sesuatu yang di luar tabii. Bila Wan azizah membuat kenyataan supaya Ezam menghentikan fitnah tersebut, Ezam mencabar pula wan azizah bersumpah. Serta dengan beraninya berkata sanggup berjumpa di mahkamah.

Kita tentu sedia maklum bahawa Ezam bukan seorang yang bodoh dan tentu Ezam sendiri menyedari bila menyatakan sesuatu isu yang agak panas, maka beban untuk membuktikannya bukan terletak kepada orang yang dimainkan isu. Tetapi bebannya adalah terletak di bahu Ezam. Ezam mendakwa maka dialah patut membuktikannya.

Umum juga sedia maklum bahawa semenjak orang kenal Anwar dan reformasi, sejak itulah orang kenal Ezam. Itulah gambaran betapa rapatnya Ezam dan Anwar. Ezam juga tampan bergaya. Cun melecun. Dia orang kepercayaan. Dia ayam tambatan. Dia juga ayam laga. Dia juga perisai. Jika sebatang panah dilepaskan ke dada Anwar ibrahim maka jantung Ezam yang akan tembus. Itulah ikatan Anwar dan Ezam. Hinggakan gaya dan lenggok ucapan Anwarpun Ezam telan segalanya.

Jadi adalah agak meragukan jika benar Anwar suka kepada sesuatu yang di luar tabii, Ezam boleh terselamat. Ezam menepati ciri ciri yang diminati oleh orang orang yang suka kepada luar tabii. Wajahnya, percakapannya dan tubuh badannya menawan. Alangkah hairannya ia dapat menyelamatkan dirinya sedangkan dialah orang yang paling hampir. Jika betul Ezam bercakap benar tentang Anwar, Ezamlah orang yang pertama layak menjadi mangsa.

Melainkan Ezam hanya menabur fitnah. Dan ingatlah Ezam, menuduh orang berzina jika tidak di bawa empat orang saksi maka hukuman layak ke atasmu sama juga dengan penzina.

Ingatlah cerita seorang sahabat yang mengadu kepada saidina Omar bahawa dia melihat ada orang berzina, dengan segera saidina Omar meletakkan pedang di lehernya lantas berkata, lebih baik kamu diam jika tidak ingin tengkukmu dipancung, melainkan kamu dapat mendatangkan empat orang saksi.

Sumber: Ar Risalah

Sabtu, 21 Ogos 2010

ISTERI EZAM PUNYAI HUBUNGAN SULIT ?



Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Pakatan Rakyat dinasihatkan popularkan budaya politik yang lebih sihat dengan mengetepikan provokasi Senator Ezam Mohd Noor yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina dan liwat.

Demikian nasihat Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) supaya rakyat tidak muak dengan budaya politik Pakatan Rakyat kelak sebagaimana mereka muak dengan 'politikng' Ezam di sesawang sosial Twitter belakangan ini.

"Ezam membawa politik kebencian, provokasi dan sumpah sana dan di sini yang sebenarnya tiada kene mengena pun dengan rakyat.

"Apa untungnya ini semua pada rakyat sedangkan mahasiswa terbeban dengan hutang PTPTN, buruh hidup melarat dengan gaji yang kecil, rasuah dan jenayah sana sini, apa untungnya rakyat.

"Sekarang ini rakyat dah muak dengan politik yang 'politiking' seperti ini, rakyat susah dan sepatutnya kita (Pakatan Rakyat) perlu mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat dengan budaya politik yang lebih sihat," ujarnya ketika dihubung Harakahdaily.

Beliau yang pernah menyertai Ezam menubuhkan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (GERAK) berkata, beliau sebenarnya mampu bertindak 'politiking' sebagaimana Ezam sanggup bersumpah palsu dengan mengfitnah Anwar, Ketua Pembangkang untuk menghadapi aduan qazafnya semalam.

Namun, katanya lagi, dengan memanipulasi sejarah silam Ezam langsung tidak menguntungkan rakyat.

"Kalau kita nak main-main sumpah seperti Ezam, kita boleh membangkitkan sejarah Zaid Mat Arif menuduh Ghani Harun mempunyai hubungan sulit dengan isteri Ezam waktu dia dalam penjara.

"Sampai sekarang, ketiga-tiga mereka dalam Umno dan kalau dimain politik sumpah dengan minta ketiga-tiga mereka ini saling bersumpah sekarang pun tak selesai masalah pokok yang dihadapi rakyat," ujarnya sambil menegaskan 'politiking' saling bersumpah tidak menguntungkan rakyat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, aksi terbaru Ezam itu semata-mata untuk menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menyambung rezeki keluarganya.

"Dia sebenarnya nak cari makan untuk keluarganya selepas gagal berebut kasih pemimpin tertinggi keadilan (PKR)," beliau menambah.

"Kalau dia gagal tarik perhatian (Datuk Seri) Najib Tun Razak (Perdana Menteri), akar umbi Umno khususnya di Selangor kian pertikai anugerah Senatornya dan percaturan Najib ke atasnya untuk menghadapi pengaruh Anwar (Ketua Pembangkang)."

Dakwanya lagi, Najib yang juga Presiden Umno merangkap Pengerusi BN terpaksa mengambik keputusan tidak popular itu disebabkan beliau tidak mampu menghadapi Anwar.

"Bukan ada pun jasa Ezam pada negara, tetapi dia (Najib) terpaksa lantik Ezam sebab dia tiada pilihan untuk menghadapi Anwar," ujarnya.

Bagaimana pun, sekiranya Ezam dilihat gagal menjadi 'baju pelindung' bagi Najib khususnya di negeri-negeri yang pernah menjadi kubu kuat Umno, seperti Selangor, katanya Najib akan menyingkirkan Ezam.

"Kalau Si Ezam ini nampak tidak berguna lagi, dia akan disingkirkan kelak, zaman rejim Mahathir Mohammad mungkin relevan.

"Tetapi, saya yakin dia akan disingkirkan kerana gaya provokasinya tidak sesuai untuk menghadapi politik rakyat yang jauh lebih sihat," beliau menambah.

Pun begitu, beliau berkata, inisiatif Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin membuat aduan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) serta mencabar Ezam bersumpa petang semalam wajar dilihat sebagai suatu usaha menyuburkan politik sihat di samping menggunakan ruang perundangan syariah yang sedia ada.

Difahamkan inisiatif Shamsul itu merujuk pada Syeksen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang berbunyi, "mana-mana orang menuduh orang lain berzina (atau liwat) tanpa mengemukakan (saksi atau bukti), mengikut hukum syarak, empat orang saksi atau ikrar bahawa orang yang dituduh itu melakukan kesalahan."

Selain menuduh Anwar tanpa bukti dan saksi, Ezam didakwa qazaf ekoran tuduhan beliau kononnya Datik Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang juga Presiden PKR bersubahat melindungi perbuatan zina dan liwat itu.

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seseorang isteri sanggup biarkan suami fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat.

"Azizah lindungi anwar sebagai isteri ok, tp (tapi) (tidak) x boleh biar anwar fitnah yg (yang) lain utk (untuk) tutup kejinya yang meliwat," tuduh Ezam seperti yang didapati pada Twitternya sejak 24 April lalu./Harakahdaily

KARPAL SINGH HINA ISLAM ATAU UMNO ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KARPAL Singh sekali lagi tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz yang menyebut bahawa hukum hudud boleh mengatasi masalah zina dan membuang bayi. Baca di sini. Kenyataan Karpal Singh itu tidak memeranjatkan bahkan tidak memberi kesan langsung ke atas kemuliaan hukum Islam kerana Islam wajib ditegakkan oleh umat-umat Islam sendiri bukannya berpandukan kepada penganut ugama lain.

Seandainya Karpal Singh seorang Muslim, sudah tentu kenyataannya itu boleh merosakkan akidah sepertimana terdapat beberapa pemimpin Melayu berugama Islam yang sejak dari dulu tidak bersetuju hudud dilaksanakan. Karpal berhujah dengan berpandukan Perlembagaan sekarang yang diasaskan oleh Lord Reid dan tentunya hujah Karpal Singh itu ada benarnya selagi Perlembagaan tidak berubah. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam samada dari PAS mahu pun Umno dan kesemuanya untuk memilih parti yang boleh menegakkan Islam di negara ini dengan mengubah Perlembagaan yang berasaskan sekular kepada Perlembagaan berasaskan Al-Quran dan Hadith.

Dalam aspek ini, parti manakah yang boleh diharap untuk berbuat demikian? Umno sudah semestinya tidak mampu melakukannya kerana sudah 50 tahun Umno berkuasa, Perlembagaan masih lagi tidak berubah bahkan tidak pernah diusulkan di dalam Parlimen untuk mengubahnya. Sekiranya Perlembagaan berubah kepada yang berasaskan Al-Quran dan Hadith, mungkin suara Karpal Singh tidak seperti sekarang. Ini adalah kerana beliau menentang hudud bukan kerana hukum hudud itu tidak praktikal tetapi adalah kerana perlaksanaannya tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan yang sedia ada sekarang.

Karpal Singh hanya tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Nik Aziz dan beliau tidak boleh dianggap menghina Islam. Mereka yang menghina Islam itu adalah mereka yang berugama Islam dan mempunyai kuasa eksekutif tetapi tidak berbuat demikian. Siapakah yang sedang berkuasa penuh sekarang? Mereka ini berkuasa kerana ada yang menyokongnya dan yang menyokong puak-puak ini mempunyai saham besar di dalam menggagalkan perlaksanaan hukum Islam di negara ini.

Tidak pelik jika Umno akan menggunakan kenyataan Karpal Singh ini untuk menunjukkan betapa PAS tidak boleh berbaik dengan DAP. Apakah jika PAS berbaik dengan Umno maka ada jaminan Islam akan ditegakkan secara syumul di negara ini? Jawapannya sudah pasti tidak, kerana Islam bukanlah cita-cita Umno sejak `azali' lagi. /wfauzdin.blogspot.com

ISU KHUTBAH - BANKRAP IDEA SANGGUP BUAT FITNAH

Khutbah: K'jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong

Salhan K Ahmad
Ogos 20, 10

Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."

"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri./Malaysiakini

FITNAH TERBARU UMNO

KENYATAAN MEDIA
20 OGOS 2010

Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Dato Sri Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

LAGI KOMEN TENTANG DOA UNTUK KM P.PINANG

Justify Full
Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah menulis tentang cerita di P.Pinang di mana dikatakan terdapat masjid di sana yang mendoakan KM P.Pinang, Lin Guan Eng di dalam Khutbah Jumaat baru-baru ini. Tulisan saya boleh dibaca di sini.

Beberapa komen yang menarik dari pengunjung blog saya boleh kita kongsikan bersama. Di antaranya seperti berikut:

Dari tazkirah Ustaz Sobri Arshad beberapa bulan dahulu, saya tahu ada doa sedemikian, malah digalakkan untuk berdoa agar orang-orang bukan Islam dapat beriman dengan Islam.

Kes Lim Guan Eng ini doa dipohon kepada Allah agar Lim Guan Eng diberikan hidayah untuk memimpin negeri Pulau Pinang dengan baik sebagaimana yang dibuat oleh Umar Abdul Aziz.

Malah saya juga ada mendoakan kepada Allah agar Lim Guan Eng dan keluarganya diberikan pemahaman dengan Islam dan beriman dengannya, rugi rasanya jika dia sekadar menjadi Abu Talib.

Malah saya amat berharap agar semua orang bukan Islam di Malaysia memahami Islam dan memeluk agama Islam semuanya dengan kehendak sendiri tanpa paksaan, dan semoga mereka lebih warak dan zuhud melebihi dari ahli-ahli UMNO yang ada kini.

Saya ingin mendoakan untuk orang UMNO juga, tetapi saya selalu terkilan dengan pemimpin kamu yang kufur menyebabkan saya selalunya terlupa dengan puak ni, dan terkadang terdoa kemusnahan UMNO kerana tindak tanduk kamu menentang Islam secara terbuka mahupun tertutup. Namun saya selalu mendoakan ahli UMNO diberikan hidayah untuk meninggalkan UMNO, jika tidak menganggotai mana-mana parti lain setidak-tidaknya tidak menyokong kezaliman UMNO.

baginda® berkata...

as i know...

mmg ada sebut dalam masjid nama LGE...

bunyik lebih kurang camni...

ya allah berikanlah hidayah kepada LGM KM Penang untuk masuk Islam...

pada UMNGOK yang bangang itu salah... sebab takde cina lam Melayu... melayiu Umno!

Baca semula: wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 20 Ogos 2010

Umno Selangor Telah Memalukan Najib Razak

Program Umno Di Masjid Gagal ,Atas Bantahan Ahli Kariah

Akhirnya Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor tak jadi datang ke Majid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJS. Akibat tentangan kuat dari ahli-ahli kariah khasnya Nazir dan SU Masjid majlis berbuka puasa bersama Najib itu, anjuran Umno Selangor terpaksa dipindahkan pada saat-saat akhir dari Masjid berkenaan ke tapak letak kereta berhadapan Masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS.

Itu pun pihak penganjur masih dengan bongkak menaikkan sepanduk dan kain rentang parti bagi menyambut kedatangan pemimpin mereka itu tanpa kebenaran mana-mana pihak. Negeri ini kan ada peraturan, ikutlah peraturan. Akhirnya pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya PJ (MBPJ) telah bertindak menurunkan bendera dan kain rentang mereka itu.

Bukankah majlis ini sudah dipersetujui dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)? Bukankah antara syaratnya tidak dibenarkan sebarang bendera atau kain rentang parti politik dinaikkan? Kerajaan negeri menghormati hak PM untuk turun berjumpa rakyatnya, tetapi apabila turun ke negeri ini,maka undang-undang dan peraturan negeri perlulah dipatuhi dan turut dihormati.

Kalau ikut nafsu Noh Omar dan Khir Toyo memanglah begitu.

Akhirnya kerana tidak menghormati undang-undang dan peraturan yang diguna-pakai mereka sendiri menjadi susah.

Kedatangan Najib dan majlis berbuka puasa diadakan juga di bawah khemah di tapak letak kereta itu. Segala ucapan dan majlis bantuan diadakan di bawah khemah dan tidak di masjid, kerana mereka tahu jika buat di masjid sudah pasti mereka perlu patuhi peraturan yang dikenakan Jawatankuasa Masjid.

Akhirnya mereka sekadar bersolat di masjid. Itupun terpaksa mendengar tazkirah pula oleh penceramah jemputan masjid. Khabarnya Najib tidak tinggal untuk dengar tazkirah sebaliknya angkat kaki dan pulang ke Putrajaya.

Syabas diucapkan kepada ahli-ahli kariah kedua-dua masjid kerana berjaya menyekat masjid dari digunakan sebagai gelanggang politik oleh mereka-mereka yang "desperado" di Selangor ini. Syabas juga kepada ahli majlis yang bertindak menurut peraturan walaupun terhadap majlis PM!

Sesungguhnya peraturan yang ada bukannya menghalang sekadar majlis kibar bendera dan naikkan kain rentang, tetapi perlulah dipatuhi. Proses kelulusan dan kebenaran perlu dilalui walaupun ke atas siapa tanpa memilih bulu. Kalau dulu semasa BN ada arahan mengharamkan terus permohonan dari parti pembangkang tetapi kerajaan sekarang beri kelonggaran, syaratnya patuhilah proses yang ada.

Syabas sekali lagi semua pihak yang berani mempertahankan kebenaran di PJS......kita tunggu nasib Pengarah JAIS.

Dipetik dari : http://n32.blogspot.com/