RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 19 Oktober 2010

AZMIN TIMB PRES PKR, CHEGU BARD KETUA AMK BAKAL MENAKUTKAN UMNO ?


Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH Azmin bakal menjadi Tun Mahathir di dalam PKR suatu masa nanti? Inilah jangkaan yang dibuat oleh sebuah web Umno-reform2 yang kemudiannya dijadikan bahan kempen oleh blog pro PR yang tidak menyokong Azmin. Artikel itu menyifatkan Azmin telah mula menjadi `diktator' di dalam PKR khususnya di dalam pemilihan pimpinan PKR sekarang.

Paling tidak munasabah, dikatakan bahawa Azmin menyokong Sdr Shamsul Iskandar dan ingin melihat Chegu Bard jatuh di dalam pemilihan Ketua AMK. Saya menyokong Azmin untuk Timbalan Presiden PKR dan menyokong Chegu Bard untuk jawatan Ketua AMK. Saya tidak melihat hubungan Azmin dan Chegu Bard `pelik' jauh sekali dianggap `bermusuh'. Begitu juga hubungan Azmin dengan Sdr Shamsul Iskandar, dan hubungan Sdr Shamsul Iskandar dengan Chegu Bard. Walaupun Sdr Shamsul Iskandar dianggap melakukan `U Turn' kerana kembali ke `tapak asal'nya sedikit menyusahkan Chegu Bard, tetapi komen Chegu Bard bahawa beliau meraikan kehadiran Sdr Shamsul Iskandar untuk bersama di dalam pertandingan ini merebut jawatan Ketua AMK adalah satu komen yang positif.

Tidak menjadi masalah dan salah jika Azmin menyokong Sdr Shamsul Iskandar tetapi ini bukan bererti Azmin tidak suka atau `anti' kepada Chegu Bard. Begitulah juga sebaliknya. Kenyataan terbuka Chegu Bard yang boleh menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli sebagai Timbalan Presiden PKR adalah satu kenyataan dan sokongan yang juga positif. Chegu Bard hanya mengiktiraf Umno/Bn sebagai musuh politiknya bukan pemimpin-pemimpin PKR. Mungkin ada yang berpendapat Chegu Bard mengambil jalan tengah yang `selamat' di dalam kempen beliau. Pada saya itu silap kerana jika Chegu Bard menyokong salah seorang dari calon yang bertanding itu, timbul juga anggapan buruk terhadap Chegu Bard.

Ini membuktikan mereka yang anti Azmin atau anti Chegu Bard tetap akan mencari jalan untuk menjatuhkan kedua-dua pemimpin berkebolehan ini. Hakikatnya, musuh PKR sudah semestinya tidak ingin melihat Azmin terus diangkat sebagai pemimpin di dalam PKR dan mereka amat bimbang kekuatan Azmin akan lebih mantap apabila Chegu Bard berada di barisan hadapan bersamanya./wfauzdin.blogspot.com

CABARAN BUAT PEMUDA UMNO JIKA MEREKA MENGAKU ISLAM

Pemuda Umno lawan judi: lawan betul-betul
Oleh Roslan SMS

Baru-baru ini rebut di Pulau Pinang. Umno menjadikan isu wang bantuan rakyat miskin yang diserahkan oleh kerajaan negeri dikatakan datangnya dari sumber judi. Judi itu haram, maka apabila hasilnya dijadikan habuan kepada rakyat miskin, Umno lah juara mahu membenterasnya.

Isu itu telah pun dijawab oleh pihak berkuasa negeri.Pokoknya di sini judi itu kotor dan jahat. Ia berkemampuan meruntuhkan institusi keluarga, suami-isteri kaum keluarga bercerai dan berpecah-belah angkara judi. Ada yang berhutang keliling pinggang angkara judi, ada yang mencuri, menipu sehingga ada yang dibunuh akibatnya.

Ketua Umno, selaku PM baru-baru ini membentangkan Bajet 2011. Beliau membentangkannya selaku Menteri Kewangan. Untuk maklum judi yang haram hukunya itu dihalalkan di Malaysia melalui lessen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, yang Menterinya juga Ketua Umno. Atas alas an kononnya judi ini tidak haram bagi yang bukan Islam, maka industri judi diizinkan. Bermula dengan loteri kebajikan masyarakat dan lumba kuda kini ia berkembang sehingga industri tikam nombor dan kasino yang syarikat-syarikatnya beroleh berbillion keuntungan dan hampir kesemuanya tersenarai di Bursa Malaysia.

Kalau benar Umno ni benci judi kenapa kalau pun tidak diharamkan industri ini, tidak dilakukan sesuautu agar rakyat semakin menjauhi ia? Kalau cukai rokok sebelum ini boleh dinaikkan sehingga sekotak rokok menjadi RM10 hari ini dan menjadi keluhan ramai perokok tegar, mengapa tidak cukai judi baru-baru ini dalam bajet turut dinaikkan?

Biar gergasi-gergasi judi yang merupakan rakan pimpinan Umno itu senak-senak perut membayar cukai yang dinaikkan berpuluh kali ganda. Atau judi sekadar kotor dan haram bila hasilnya RM100 diberi kepada orang miskin tetapi bila berbillion masuk ke kantung kerajaan pusat, saguhati berjuta diberi pada dana politik dalam pelbagai bentuk, ia menjadi suci dan bersih!

Bolehkah agaknya dalam Perhimpunan Umno nanti, jaguh-jaguh juara Umno khasnya dari Pemuda yang sebegitu lantang di Pulau Pinang mendesak agar Ketua parti mereka yang juga Menteri Kewangan agar menaikkan setinggi langit cukai judi? Kelantan negeri yang majoriti Melayu mutlak, kerajaan Tok Guru Nik Aziz mengharamkan pengeluaran lesen premis kedai judi sejak 20 tahun lalu. Di Selangor yang majmuk pun kerajaan negeri telah mengarahkan PBT-PBT agar tidak lagi mengeluarkan lesen premis judi berlesen (yang dilesenkan Pusat) yang baru.

Umno bagaimana?/Detikdaily

PILIHANRAYA - JANGAN JADIKAN BEKAS TENTERA SEBAGAI `ROBOT'


Oleh: WFAUZDIN NS

KERAJAAN menggalakkan kesemua bekas tentera menyertai Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM). Nasihat kerajaan ini memang kita sokong kerana dengan menyertai persatuan seperti ini diharapkan kebajikan bekas anggota-anggota terjaga dan mereka juga boleh saling mengenali di samping mengeratkan perpaduan sesama mereka. Tetapi, langkah PBTM yang secara terang-terangan berpolitik `kepartian' menyebabkan mengapa masih ramai bekas tentera menjauhi persatuan ini.

Sepanjang anggota tentera berkhidmat di dalam tentera, boleh dikatakan mereka dikongkong dan ditakutkan secara langsung atau tidak untuk terus menyokong parti pemerintah. Sebab itulah sehingga kini Undi Pos amat penting bagi Umno/Bn. Jika dibaca akhbar Sinar hari ini, terang-terang persatuan ini dipergunakan di dalam perjumpaan anggota persatuan dengan Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas, YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Paling mengecewakan apabila Presiden PBTM sendiri, Datuk Muhamad Abdul Ghani memberi jaminan bahawa ahli-ahli persatuan itu akan menyokong Bn, termasuk 28 bekas tentera di kalangan orang Asli di Gua Musang.

Di mana maruah PBTM mahu dijual? Tidak cukupkah mereka menjadikan anggota tentera sebagai `robot' mereka sehingga mereka bersara atau berhenti dari perkhidmatan? Jika inilah caranya PBTM berjuang untuk bekas tentera, maka tidak hairanlah persatuan ini semakin tidak dihargai oleh bekas tentera sendiri./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 18 Oktober 2010

KETUA AMK - SHAMSUL LAKUKAN KESILAPAN BESAR, CHEGU BARD KINI JADI PILIHAN

Ketua AMK: SAM U-Turn,Rafizi Lari....Chegubard Kini Pilihan Terbaik

Oleh: antihadhari92

"Mengejutkan.Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan,Rafizi Ramli yang juga ketua "Generasi Reformasi" akhirnya telah menarik diri daripada pertandingan tiga penjuru sayap pemuda PKR.Sebab-sebab rasmi penarikan diri beliau masih belum diketahui,namun bayangannya sedikit sebanyak boleh diintai dalam entri blog beliau di http://rafiziramli.com/2010/10/hayati-perjuangan-dengan-meletakkan-kepentingan-parti-di-atas-kepentingan-peribadi/ .

Semalam,kita juga dikejutkan dengan kenyataan penyandang jawatan Ketua AMK,Shamsul Iskandar Md Akin yang berpatah balik untuk mempertahankan jawatan ketua pemuda selepas mendapat pencalonan agak selesa bagi jawatan Naib Presiden PKR.Rafizi walaupun tidak memberikan alasan kukuh,namun beliau telah memberikan alasan bahawa penarikan diri beliau daripada pertandingan tersebut adalah setelah Shamsul Iskandar membuat pusingan semula untuk jawatan tersebut.Selain itu,beliau juga memberi alasan betapa Generasi Reformasi perlu bersedia dengan kemungkinan PRU 13 sebelum atau selepas Tahun Baru Cina tahun depan.Selain itu,jurucakap kumpulan tersebut,Sim Tze Tzin berkata bahawa mereka lebih menumpukan kepada menawan Putrajaya.Mereka juga tidak begitu mengutamakan jawatan dalam PKR memandangkan parti tersebut tidak menyerlah seperti yang sepatutnya.

Manakala di pihak Shamsul Iskandar pula,beliau mengambil jalan mudah membuat pusingan U setelah sebelum ini menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden.Beliau yang berpeluang menang setelah mendapat lebih kurang 45 undi akhirnya kembali ke pangkuan jawatan yang disandang beliau.Bagi merasionalkan tindakan u-turn beliau,Shamsul telah berkata bahawa dia hanya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan belum tentu masuk bertanding.Dan beliau juga mendapat pencalonan yang banyak untuk mengekalkan jawatan Ketua AMK.Ketika ditanya wartawan semasa proses pencalonan petang tadi,ini jawapan Sam:

"Saya takde u-turn, saya cuma sampai satu T-junction, boleh pusing ke kanan atau kiri," kata Sahmsul yang cuba berkias.

"Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan," katanya.
Seorang lagi calon yang turut mengumumkan hasrat bertanding,Hasmi Hashim juga menarik diri dan tidak meneruskan hasrat untuk ke jawatan Ketua AMK.Alasan rasmi tidak pula penulis ketahui tetapi mungkin beliau melihat kepada jumlah pencalonan yang terkecil yang beliau perolehi berbanding calon-calon lain.

Oleh itu,jawatan Ketua AMK kini akan hanya melibatkan pertandingan dua penjuru.Mujurlah Rafizi tidak bertanding.Sekurang-kurangnya berkuranglah pemimpin yang kuat merajuk dalam arena politik negara.Bagi penulis,Rafizi ini hanya suka nama yang bersih dan jalan politik yang mudah.Beliau mengelak dan tidak bersedia untuk kalah bagi mengelakkan nama beliau tercemar.Sebagai pemikir beliau hebat,tetapi sebagai politikus beliau tidak begitu bagus.Seterusnya,Shamsul Iskandar juga dilihat seorang politikus yang tidak berapa berani.Beliau tidak sanggup bersaing untuk jawatan Naib Presiden yang sengit walaupun pada dasarnya,hampir kesemua ahli AMK akan mengundi beliau.Seorang yang "u-turn" hanyalah mencerminkan sikap seseorang yang tidak yakin dan berbelah-bahagi.

Penulis bukan mahu mengagungkan orang ini.Tapi,dari segi layak,beliau paling layak.Sepatutnya Chegubard sudah hampir memperoleh kemenangan percuma jika Shamsul tidak berpatah arah.Sebagai seorang politikus,Saudara Badrul Hisham adalah seorang yang layak sesuai dengan sikapnya yang berani.Anak muda perlu dipimpin seorang yang berani dalam berubah.Perlu melawan arus bukannya mengikut alunan.Kalau tidak,anak muda akan hanyut.Idea-idea dan manifesto yang bakal dibawa oleh beliau juga kebanyakannya boleh diterima umum (http://chegubard.blogspot.com/2010/09/tulisan-semula-ucapan-20min-debat.html)

Oleh itu,ahli-ahli AMK perlu mengangkat sosok yang bernama Badrul Hisham Shaharin ini./Tranungkite

EZAM SUDAH `ROBEK' DUBUR SAIFUL, KINI MINTA PAS `SULUH' DUBUR SAIFUL

Sudahkah Ezam Periksa Najib Luar dan Dalam?

Oleh Mohd Sayuti Omar

SELAPAS dilantik menjadi senator boy, Ezam Mohamad Noor (foto) secara automatik mengambil alih tugas bekas Perdana Menteri ke 4, untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim sampai lumat dan berterusan. Keadaan kesihatan Mahathir yang tidak begitu membanggakan akhir-akhir ini telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh Ezam untuk meneruskan kerja tidak habis Mahathir tersebut.

Baru-baru ini Mahathir dimasukkan ke hospital di Malborne, Australia kerana dijangkiti kuman. Kejadian itu berlaku selepas Mahathir pulang dari bertemu mesra dengan para penumpang keretapi di stesen keretapi di Pasir Mas atas anjuran sebuah NGO. Mereka yang selama ini tidak pernah pekak telinga mendengar Mahathir menyerang dan membelasah Anwar terubat dengan kehadiran Ezam. Perlantikan Ezam menjadi senator antara lain tujuannya bagi meneruskan kerja-kerja Mahathir dalam kerajaan (baca Umno) secara rasmi. Itulah yang diharapkan kepada Ezam dengan perlantikan itu dan beliau berjaya memainkan peranannya. Ezam semacam menanggung pesaka pelesit Mahathir dalam membelasah Anwar.
Seorang penganalisa dari menara ganding pernah memberi pendapat mengatakan perlantikan Ezam itu membolehkan kebejatan Anwar akan dibawa langsung oleh Ezam ke dalam dewan senat! Katanya perlantikan Ezam itu dialu-alukan. Alangkah dangkalnya penganalisa berkenaan kerana telah mengharapkan Ezam terus membelasah Anwar daripada membawa idea untuk kebaikan ummah sebagai seorang anggota senat.

Ternyata harapan Umno kepada Ezam tidak sia-sia. Ealaun sebagai anggota senat sebanyak RM12,000 sebulan itu dimanfaat sepenuhnya seperti mana dikehendak Umno. Malam tadi di ceramahnya untuk menyelamatkan Selangor, Ezam untuk kesekian kalinya mengutuk bekas ketuanya itu. Kali ini beliau mencabar Pas supaya berjumpa dengan pembacuh kopi untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Tujuan Ezam cabar Pas, biarlah pembacuh kopi yang mendakwa dia diliwat Anwar itu menceritakan keadaan sebenarnya. Katanya, Pas sebagai sebuah parti Islam yang mempertahankan prinsip Islam dan keadilan wajar berbuat demikian dan tidak hanya mendengar penjelasan daripada Anwar atau pihak Anwar saja yang memutar belitkan cerita dan memital fitnah.

Saya bersetujuan dengan pandangan bakal MB Selangor itu. Tetapi apakah beliau sendiri telah melakukan keadilan dalam mempertahankan hal ini tanpa merasai tindakannya menzalimi dan menganiayaan mana-mana individi? Apakah beliau baru melihat keadilan dan keperluan itu setelah beliau mendapat jawatan senator? Apakah sebelum ini ketia beliau mengecam Mahathir dan juga Najib beliau sudah berdiri atas prinsip keadilan dan kebenaran? Apakah waktu itu Ezam tidak bermain politik?

Saya mahu bertanya kepada Ezam apakah dia telah berjumpa sendiri dengan Azizan Abu Bakar - bekas driver Wan Azizah yang telah membuat pengakuan diliwat Anwar dulu. Apakah beliau telah berjumpa sendiri dengan semua orang yang dibawa ke mahkamah atas dakwaan diliwat atau melakukan liwat bersama Anwar dan menginterviu mereka?

Semasam Ezam mempertahankan bekas bosnya dalam isu liwat Bahagian Pertama dulu, tidak pernah Ezam menjelaskan yang dia telah menemuramah semua mangsa-mangsa itu. Tidak ada pun cerita terkeluar dalam mahkamah atau tersebut dalam mahkamah yang beliau berunding dan berjumpa mereka seperti dalam kes liwat Bahagian Kedua ini.

Dalam kes liwat Bahagian Kedua ini Ezam telah menemuramah dan berjumpa dengan pembacuh kopi sehingga ke dini hari di Rawang. Selangor? Apakah pertemuan dengan pembacuh kopi itu beliau bukan saja menemuramah atau sebaliknya membuat dummy untuk memerangkap Anwar yang sudah dibencinya?

Apakah keadaan dan pendirian yang Ezam ambil waktu itu untuk mempertahankan Anwar hingga sanggup ke dalam penjara? Makanya hari ini Ezam tidak perlu mencabar Pas untuk menemuramah ataupun menyelak kain pelikat pembacuh kopi untuk melihat bagaimana keadaan lubang duburnya! Tidak perlu, tidak.

Terima kasih kepada Ezam yang berbuat begitu! Untuk mendapat bukti yang jelas beliau harus berbuat begitu. Kalau itulah yang berlaku maka jawatan senator yang diperolehi hari ini adalah hasil kesanggupan beliau melakukan kerja-kerja diluar kebiasaan dilakukan doktor itu, mengobek lubang dubur? Saya kata begitu kerana Ezam tidak hanya boleh mempercayai apa yang dikatakan oleh pembacuh kopi itu semata-mata tanpa beliau sendiri kena mengobek dan melihatnya. Mungkin dia sudah melaksanakan kerja maha penting itu maka itu beliau percayai apa yang didakwa.

Apabila Ezam menyuruh Pas berjumpa dengan pembacuh kopi, Ezam seolah tidak memahami rentak atau bahasa politik. Pas menyokong Anwar dari dulu hingga kini bukan kerana Anwar bersih atau tidak. Itu soal peribadi Anwar. Kalau Pas hendak mengambil kira kekotoran manusia politik Pas yang Islam seperti fahaman Ezam itu tidak harus menyokong sesiapa saja, hatta ahlinya sendiri.

Kenapa Pas boleh bersama orang bukan Islam dalam usaha untuk meraihkan sokongan? Kenapa. Begitu juga kenapa Ezam boleh berkawan dan menerima nasihat Nalakarupan? Bukankah persahabatan itu atas tujuan politik. Seperti mana Ezam membelakangkan soal keperibadian dan akidah ketika bersahabat dengan Nalakaruppan maka begitu juga Pas membelakangkan soal ketidak samaan akidah dengan rakan-rakannya yang lain. Begitu juga terhadap penerimaan Pas terhadap Anwar. Kalau Ezam boleh bersekongkol dengan Nalakaurpaan (Hindu) kenapa tidak pula untuk Pas? Rasanya bersikap menjaga sejadah orang agar tidak senget baik, tetapi jangan pula sejadah kita langsung tersalah kiblat.
Tetapi dalam soal ini Pas menyokong Anwar kerana Anwar dapat membantu perjuangannya. Anwar menjadi kuasa yang mampu untuk menolak kuasa huduh dan mendapat kuasa baik. Atas prinsip matlamat menghalalkan cara - seperti mana juga Ezam lakukan Pas tidak perlu mempedulikan itu semua. Saya bersetuju dengan sikap dan pandangan Pas, atas landasan politik sekular yang didokong oleh prinsip 4C.

Kalau Ezam nak cabar Pas agar memastikan sejauh mana kebersihan dan ketulusan Anwar saya nak cabar Ezam pula. Sejauh manakah beliau meletakkan nilai kesucian dan kebersihan yang ada kepada Najib Razak dalam hal ini? Apakah Najib begitu kudus dalam pandangan Ezam. Apakah standard yang digunakan Ezam dalam soal ini? Lupakah Ezam kepada kritikan-kritikan dan hemburan beracun beliau terhadap Najib selama ini? Atau semuanya termansuh apabila beliau dilantik menjadi senator? Kalau itu sikap dan pendirian Ezam ianya sangat rapuh dan sama dengan 10 budak hitam dalam PKR yang pelahap dan lapar.

Bukan sahaja Najib bagaimana penilaian Ezam terhadap isteri Najib, Rosmah Mansor? Apakah bagi Ezam Rosmah lebih baik daripada Wan Azizah? Biarlah Ezam menjawabnya? Atas sisa pengormatan saya kepada Ezam sebagai tokoh politik muda elok beliau membetulkan semula dirinya yang kini jauh melencong. Percayalah cita-cita beliau untuk menjadi MB Selangor tidak akan tercapai dengan kaedah atau pendekatan yang dilihat kontras dengan manusia seorang Ezam yang dikenali ramai sebelum ini./ Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/

PEMILIHAN PKR - CALON MENARIK DIRI PUN SALAH AZMIN JUGA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA tidak habis-habis lagi tuduhan dibuat ke atas YB Azmin salah seorang calon popular yang akan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Semuanya dibebankan di atas kepala YB Azmin dan kelihatannya YB Azmin masih tenang dengan berbagai ujian yang menimpa ke atasnya. Inilah salah satu faktor menyebabkan sokongan ke atas YB azmin semakin meningkat mutakhir ini.

Lojikkah penarikan diri Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah dari merebut jawatan Timbalan Presiden PKR disebabkan oleh Azmin? Terlalu bodoh atau pengecut sangatkah anak sulung DS Anwar dan juga MB Selangor itu sehinggakan tunduk kepada Azmin? Jika benar begitu, tidak layak mereka menjadi Wakil Rakyat yang dipilih dan menjadi MB Selangor. Saya tidak percaya mereka berdua menarik diri kerana tekanan yang diatur oleh Azmin. Cerita mengarut ini dibawa oleh mereka yang mempunyai satu selera dengan YB Gobalakrisnan yang terang-terang anti Azmin sehinggakan mengugut untuk keluar dari PKR.

Lagi tidak masuk akal dikatakan tindakan `U-Turn' oleh Sdr Shamsul Iskandar untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK pun dikaitkan dengan pengaruh Azmin. Apa pentingnya Azmin untuk campurtangan pemilihan di dalam AMK? Bukankah Sdr Shamsul dan Chegu Bard dilihat tidak pro atau anti beliau? Politik Sdr Shamsul dan Chegu Bard bukan seperti politik Dato Zaid atau Gobalakrisnan. Jika Gobala ingin sangat keluar dari PKR, saya ucapkan `pergi berambus' sajalah.

Jika kita ingin menyokong Azmin, jangan kita ukur kepada berbagai persepsi atau cerita dongeng seperti ini. Kebanyakan pimpinan PKR telah teruji dengan hebat sejak dari zaman reformasi lagi, masakan jiwa mereka begitu kecil sehinggakan kununnya ditekan oleh Azmin? Ukurlah Azmin dari segi komitmen beliau terhadap parti dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin atasan parti. Jangan kerana cerita dongeng seperti yang dibawa oleh Gobala itu kita sanggup mengangkat orang yang awal-awal lagi memburukkan pimpinan parti./wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN GALAS - `BISA' KU LI BOLEH DIHILANGKAN

Usaha mendapatkan Kelantan daripada PAS adalah usaha yang berterusan. PAS mengalami sedikit kepincangan dalam pilihan raya kecil Manek Urai atas beberapa sebab dan satu sebab yang besar juga adalah krisis dalaman kepimpinan utama PAS. Akibat krisis Jentara Pilihan Raya PAS Kelantan tidak terfokus dan keliru terutama mengatur gerak kerja penceramah termasuk kepimpinan utama PAS.

Serangan peribadi ke atas Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga merupakan kesinambungan usaha-usaha UMNO dalam menjatuhkan PAS dengan "menumbuk umbi PAS" (Tok Guru Nik Abdul Aziz).

Pendededahan demi pendedahan kepincangan PAS Kelantan dengan bantuan seorang blogger yang agak mahir dalam perang saraf, iaitu kickdefella banyak membantu serangan ini dan secara tidak langsung ada maklumat yang disebarkan telah 'termakan'.

Masih membantu kekuatan PAS di Kelentan ialah batang tubuh Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri. Serang secara peribadi, keluarga dan menantu cukup memberikan kesan mendalami berketetapan jika anda mememahami hadis nabi tentang finah dan pembukaan aib yang saya tak akan huraikan faktor dan sebabnya yang berkaitan rapat dengan krisis kepimpinan dalam PAS.

UMNO tak mampu menjatuhkan PAS kerana tidak ada individu boleh mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar. UMNO sendiri juga mengalami krisis dalaman di Kelantan yang berlanjutan sekian lama.

Kesempatan di Galas memberikan ruang DS Najib mengambil kesempatan daripada nasihat pakar politik untuk menarik Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li bukan sahaja menjadi masalah pada masa itu kerana pertentangan dan perbezaan pendapat malah Ku Li sendiri boleh berada di pentas PAS dalam isu Royati Minyak. Semua ini bukanya suatu yang baik bagi UMNO.

Kesempatan PRK Galas, dengan strategi yang bijak Najib boleh mengembalikan Ku Li untuk setia kepada UMNO malah Ku Li pula dijadikan senjata untuk menyerang dan merobek PAS secara teruk dalam PRK nanti.

Ku Li dijadikan bayangan untuk mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar nanti jika UMNO Menguasai Kelantan. Ini satu strategi yang baik.

Saya faham mungkin ada yang mengatakan tidak sama Ku Li dan Tok Guru. Ya itu memang benar sehingga ada joke yang pernah berlinggar dalam ceramah, jika Tok Guru Nik Abdul Aziz pergi solat Jumaat di Masjid UMNO. Semua khariah masjig ahli UMNO, termasuk Ku Li ada sama. Jika bilai memberikan tongkat mimbar kepada Ku Li sedangkan Tok Guru Nik Abdul Aziz ada di situ.

Nescaya Ku Li akan ketuk kepala bilai itu dengan tongkat mimbar seraya berkata "nate demo ni, Tok Guru ken ade!! ambe mano reti baco khutboh"

Saya amat setuju dengan tulisan Subky Latif;
Tetapi PAS yang kosong tahun 1955 menguasai Kelantan tahun 1959. Namun satu kawasan Hulu Kelantan tidak dapat ditembusi PAS. Tengku Indera Putra, bekas Tengku Mahkota Kelantan yang bertukar menjadi orang politik dan ketua Umno Kelantan telah berkubu di kawasan itu.

Pengaruh istana yang begitu kuat di kalanagan penduduk setempat menyebabkan ia tidak dapat ditembusi PAS. PAS boleh bergerak sekencang-kencangnya di Kelantan tetapi tidak di kawasan yang di wakili anak raja sebagai ketua Umno.

Apabila Tengku Indera Putra berundur diganti pula oleh Tengku Razaleigh, juga seorang anak raja yang begitu dekat dengan Sultan. Sehingga hari ini bukan saja ia sukar ditawan PAS, bahkan orang Umno yang bukan kerabat raja tidak dapat menjadi pemimpin Umno setempat.
Tapi dalam keadaaan kepayahan PAS di Gua Musang, ada satu fakta perlu diambil kira iaitu walaupun keistimewaan Ku Li pada Umno dan rakyat di Gua Musang, beliau tidak dapat menyelamatkan Umno di Galas pada pilihan raya umum 2008. Malah undi parlimennya sendiri pada ketika itu dikirakan kalah.

Ketika itu dia hanya dapat menyelamatkan dirinya saja. Kuatnya gelombangan serangan PAS, menyebabkan Ku Li mengambil strategi kalau tidak dapat pertahankan semua kerusi di kawasan itu, jangan hilang semua.

Ibrahim Ali, walaupun apa orang sebut antara mereka yang boleh mengerakkan semangat ahli dan penyokong. Kini Ibrahim ali telah dilucutkan gelaran Dato' dan dia juga dalam keadaan uzur.

Faktor Sultan juga tidak boleh dilupakan di Gua Musang. Tengku Tan Sri Razaleigh Tengku Mohamad Hamzah, nenda saudara kepada Tuanku Muhammad Faris Petra yang dipanggil manja oleh Baginda dengan nama Tok Ku Li, adalah seorang kerabat yang cukup dihormati dan yang pandangannya sering dirujuk oleh Tuanku selama ini.

Begitu rapatnya Sultan Kelantan sekarang dengan Ku Li boleh digambarkan pada bulan Ramadhan yang lalu Tuanku telah berbuka puasa bersama-sama Tok Ku Li Baginda di Kuala Lumpur. Pada malam menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri yang lalu pula, Baginda telah berangkat ke Palm Manor untuk beramah mesra dengan Tok Ku Li Baginda.

Tapi malangnya Ku Li tidak menghadirkan diri di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) yang penuh bersejarah pada 13 September 2010. Dengan tidak hadirnya Ku Li pada mesyuarat tersebut menyebabkan Ku Li terlucut jawatan sebagai ahli MPN mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)

Adalah dimaklumkan bahawa dengan tidak hadirnya Ku Li menyebabkan hubungannya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V menjadi kurang erat. Krisis kesulatanan di Kelantan amat rumit untuk saya bicarakan di sini, tapi sedikit sebanyak boleh mempengaruhi PRK Galas.

Ku Li menjadi tidak rapat dengan Sultan manakala saya dimaklumkan pula Tok Guru Nik Abdul Aziz makin rapat malah ada maklumat yang hampir tepat mengatakan Tok Guru akan ke Mekah bersama Sultan Kelantan. Adakah mereka akan pergi bersama, kita lihat nanti tapi sekurang-kurangnya mereka akan mengeliling Kaabah pada masa yang sama.


Rakyat Gua Musang terbelah bahagi dalam hal ini. Saya tidak mahu menjangka tetapi sekiranya Sultan memainkan sedikit sahaja peranan Ku Li boleh jadi tidak lagi berbisa!!!!

UMNO habis modal, keringat dan wang lagi di Kelantan dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS./batuapi-firestone.blogspot

TIMB PRES PKR - TIADA SIAPA TEKAN TAN SRI KHALID TARIK DIRI

MB S'gor nafi ditekan kepimpinan tertinggi PKR
Okt 17, 10

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan tindakannya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR berpunca daripada tekanan kepimpinan tertinggi parti itu.

Abdul Khalid turut menafikan tidak mendapat sokongan padu daripada PKR Selangor.

Sebaliknya kata beliau, keputusan itu dibuat kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri demi memastikan penguasaan pakatan pembangkang di negeri tersebut pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak tahulah (mengenai kurang sokongan) tetapi ramai penyokong saya suruh buat perkara ini (bertanding) dan kita dapat sokongan yang sangat mantap.

"Bagaimanapun adalah perlu sebagai pemimpin kita ambil keputusan ang penting untuk parti dan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media, di Pelabuhan Klang hari ini.

Pada 10 Okt lepas, Abdul Khalid yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual bulan depan.

Namun, semalam hanya tiga calon iaitu dua Naib Presiden -- Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub -- serta Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan bertanding jawatan tersebut apabila tempoh penerimaan pencalonan berakhir pada pukul 6 petang.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata keputusannya menarik diri juga dibuat berasaskan penemuan jawatankuasa khas yang ditubuhkannya untuk menilai kesan yang akan timbul kepada pentadbiran dan perpaduan parti sekiranya beliau bertanding.

"Kesimpulannya mereka berkata mereka perlukan saya dari segi pembangunan di Selangor dan tidak perlu saya jadi timbalan presiden buat masa sekarang," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau juga mahu memastikan penglibatan aktif Selangor dalam projek 'Greater Kuala Lumpur' yang diumumkan Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2011.

Ditanya sama ada pengunduran beliau itu akan memberi ruang kepada Azmin untuk menerima sokongan penuh daripada PKR Selangor, Abdul Khalid berkata:"Saya tidak pasti."

Abdul Khalid sebelum itu menyampaikan bantuan pembangunan pendidikan Sekolah jenis Kebangsaan Cina Fasa II Negeri Selangor berjumlah RM3 juta.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi PKR akan berlangsung dari 31 Okt hingga 21 Nov, manakala kongres kebangsaan parti bermula pada 26 sehingga 28 Nov./Malaysiakini

MEMO TAUBAT - AWAS, ASKAR UPAHAN PKR

Mohd Ali Hashim

PENANTI, 17 Okt: Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa menyerahkan memorandum taubat kepada ibu pejabat Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kerja orang jahat yang kecewa.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan bagi meraikan 105 orang bakal jemaah haji dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, petang tadi.

"Mereka ini adalah orang upahan yang telah diasuh untuk mencemarkan imej baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukanlah perkara baru yang berlaku setelah melihat kekuatan yang ada pada PKR semakin menggugat kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dakwaan mereka adalah sebagai mengisi kehendak orang atasan bagi memenuhi hasrat mencemarkan Pakatan Rakyat (PR) menjelangnya pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. Tidak menghairankan banyak lagi desperado yang akan muncul sepertimana skrip yang telah mereka rancang, " ujarnya yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Semalam sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Cabang PKR Pulau Pinang dan Perak telah menyerahkan memorandum taubat meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera bertaubat.

Memorandum satu muka surat itu didakwa telah dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang yang mewakili Pulau Pinang dan Perak.

Namun begitu, Mansor berkata bahawa sebenarnya hanya enam orang sahaja yang mengiringi menghantar memorandum tersebut. Manakala Nor Hilmi Ismail yang mendakwa mewakili 3 cabang PKR adalah anak kepada seorang pegawai khas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

"Mereka ini bukannya ahli PKR dan tindakan ini adalah dipercayai didalangi oleh sebahagian dari mereka yang kalah dan kecewa dalam mencapai hasrat mereka.

“Oleh kerana itu satu siasatan akan dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan keahlian mereka terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan," tambahnya lagi.

Mansor menyangkal dakwaan pihak terbabit dan menyeru masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan yang semakin liar cuba direncanakan oleh pihak lawan bagi menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Menurutnya lagi, menjelang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas, maka pelbagai dakwaan akan timbul sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini, termasuklah keluar parti beramai-ramai dan pengakuan sumpah palsu yang sudah menjadi lumrah dan mainan Umno BN./Harakahdaily

Ahad, 17 Oktober 2010

DAPAT RM 500, JOM BELI SELUAR DALAM

Aku tetap berpendirian jika masih ada orang Melayu yang mengundi UMNO dalam Pilihanraya akan datang tetap aku anggap sebagai "BODO!!". Oleh yang demikian cukuplah kita menjadi bodoh kerana diperbodohkan oleh kerajaan yang berketuakan UMNO ini. Kerajaan yang diperintahkan UMNO ini kelihatannya hanya mementingkan rakyat apabila mereka berhasrat kepada sokongan rakyat. Ramai yang mengatakan pilhanraya kian hampir. Sebab itulah kerajaan UMNO /BN ini kelihatan sepintas lalu begitu lunak dalam Bajet 11nya.

Namun demikian jika diamati Bajet 11 ini adalah Bajet untuk kroni dan untuk isteri yang suka membazir. Elaun JKKK dinaikkan sedangkan apa yang JKKK buat untuk orang Melayu di kampung-kampung? Bayangkan betapa tidak bertanggungjawabnya JKKK kerana ada kalangan JKKK yang menjadi broker tanah untuk dijual tanah orang Melayu kepada bangsa bukan Melayu yang kaya raya. Sekadar duduk 'bermesyuarat' yang tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat tempatan. Siapakah JKKK ini kalau tidak orang UMNO totok yang sering menganaktirikan kalangan penduduk yang berlainan fahaman politik. Dan banyak jugak projek-projek kecil luar bandar yang disapu oleh JKKK dan kroni. Inilah antara yang diiktiraf oleh kerajaan UMNO/BN kerana kerja-kerja mereka untuk UMNO bukan untuk rakyat.

Siapa pula kontrator kelas F? Walaupun ada yang tidak menyokong kerajaan namun majoritinya adalah dari kalangan pemuda UMNO/BN dan UMNO/BN bahagian yang mendapat 5 hingga 6 projek seorang! Inilah antara orang yang ditolong dalam Bajet 11 ini yang akhirnya akan menyumbang kepada UMNO. Orang UMNO juga yang diberi ganjaran! Rakyat yang tidak menyokong UMNO....padan muka! Apa yang Kelantan dapat dari Bajet 11 ini? Itulah UMNO sebenarnya.

Semua orang sayang isteri tetapi adalah melampau sayang isteri sehingga menidakkan peranan Kementerian yang berkenaan dan hak rakyat awam. Isteri dengan projek PERMATA yang di atas kerja sahaja untuk anak-anak genius miskin, namun realitinya, menjadi untuk anak-anak orang kaya juga, telah mendapat RM111 juta sedangkan Sekolah Agama Rakyat yang dipenuhi oleh ribuan rakyat miskin di seluruh negara hanya mendapat RM95 juta.

Paling hiba dan menyedihkan kakitangan awam yang bekerja tanpa mengenal penat dan lelah hanya mendapat ihsan anak sekolah tahun depan sebanyak RM500 ringgit seorang. Cukupkah RM500 tu? Kata seorang sahabat yang juga seorang kakitangan awam, " Muka aku ni dah dua tahun Najib jadikan muka RM500."

Aku hanya menjawab sinis, " Padan muka engkau..pangkah lagi... !".

Bajet 11 bajet untuk rakyat ?/garamlada.blogspot

YB GOBALA LOMPAT PARTI ? SIAPA BERANI BERTARUH ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SIAPA berani bertaruh? Siapa berani bertaruh bahawa MP Padang Serai YB Gobalakrisnan akan `bertukar menjadi katak' tidak beberapa lama lagi? Jika saya diberi peluang bertaruh, tentunya saya berani bertaruh bahawa YB Gobala akan menjadi `katak' atau setidak-tidaknya di`campakkan' ke luar dari PKR.

Asas sudah ada, alasan sudah cukup untuk membuatkan YB Gobala akan bertindak seperti `team katak' yang lain. YB Azmin dijadikan mangsa untuk menghalalkan tindakan beliau nanti. Tertarik dengan kata-kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali di sini. YB Gobala sudah mula mengorak langkah dan mempromosikan dirinya untuk dipancing. Tunggu masa yang sesuai, maka jangan kita terkejut nanti.

Paling awal jangkaan saya YB Gobala akan menjadi `katak' adalah apabila keputusan memihak kepada YB Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukankah beliau begitu anti dengan YB Azmin? Ditampilkan kununnya beliau akan menyokong sesiapa sahaja asalkan YB Azmin tewas. Peliknya, mengapa beliau sendiri tidak berani tawarkan dirinya? Penakut atau beliau memang tahu `standard'nya sendiri. Jika betul anak jantan atau `permata hitam' PKR, tawarkan diri masuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Mungkin Dato Zaid boleh sokong kuat beliau.

Nampaknya, beliau hero terbaru TV3 dan Utusan sekarang. Tugas beliau hanya sebut nama YB Azmin dan memang pun media haprak itu amat bimbang jika YB Azmin menang. Saya `salute' YB Azmin kerana bersikap berani untuk hadir debat terbuka Timbalan Presiden PKR jika parti menganjurkannya. Sekali lagi untuk YB Gobala, keluarlah cepat dari PKR sebelum keputusan Timbalan Presiden PKR diumumkan agar tidak ketara sangat niat kamu./wfauzdin.blogspot.com